Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Tuesday, February 19, 2013

"Islamic Worldview" ini apa sebenarnya ya?

Sekadar bertanya "Islamic Worldview" ini apa sebenarnya ya?Mengapa mereka yg mendakwa memperjuangkan "Islamic Worldview" ini dilihat terikat dengan satu bentuk pemikiran tertentu dan dilihat sukar menerima pandangan yg dikatakan lari daripada "Islamic Worldview".Tak boleh ke kita berpegang kepada sesuatu yang lebih universal atau hikmah yang boleh dikutip dimana sahaja kita menjumpainya? Satu lagi saya teringat satu soalan yg pernah ditanya kepada saya oleh seorang sahabat Filipina ketika kami lepak berdiskusi dalam satu program di Bali yg lebih kurang begini "Mengapa perlu ada pandangan hak asasi manusia(HAM) menurut agama-agama(hak asasi menurut Islam- Kristian-Buddha dll)?Bukankah kita semua manusia?Tidak adakah hak asasi manusia yg universal?".Soalan sama saya bawa dalam satu diskusi kumpulan bengkel di Pulau Pinang tempoh hari.Sampai sekarang saya tak jumpa atau belum jumpa jawapan2 kepada soalan2 ini.Apa pandangan kalian ya?Ada cadangan buku2-artikel-tulisan yg baik yg mengupas persoalan2 ini?

FB bukan hak milik eksklusif orang muda.Hidup orang tua !!!

Sudah beberapa orang profesor-ahli akademik-pensyarah sahabat Facebook ku yg ku terserempak dlm perjalanan dan mereka sempat bertanyakan tentang perkembangan terbaru dan menyentuh tentang status FB ku.Nampaknya mereka juga membaca status 2 FB ku.Alamak,kantoi. Zaman tiada FB dulu kalau saya berjumpa mereka kadang2 sekadar bersalaman dan tiada modal nak bincang apa dengan mereka.Zaman aktif FB ini masing2 mengikuti status FB sahabat FB masing2 dan secara tak langsung boleh dijadikan modal perbincangan-diskusi setiap kali bertemu-terserempak. Kepada guru-guruku teruskanlah menulis status FB masing2 kerana aku juga membaca status2 FB mereka walaupun jarang bersua muka dengan mereka.Semoga hasil status FB itu menjadi modal perbincangan bila bersua muka nanti. FB bukan hak milik eksklusif orang muda.Hidup orang tua !!! Kalian kelihatan muda dgn status2 FB kalian :)

Membaca + mendengar tapi terlupa menulis+bercakap

Membaca + mendengar tapi terlupa menulis+bercakap mmm Jom membaca+mendengar+menulis+bercakap. Berfikir?

Mencari jawapan terhadap persoalan

Dalam kehidupan ini kita kena sentiasa mencari jawapan terhadap persoalan.Kalau kita berhenti mencari jawapan terhadap persoalan,lebih baik kita hidup di alam kematian.....mmmm...'hidup di alam kematian?' .Satu persoalan juga ni......:) ada juga yg berpandangan ''bukan semua soalan ada jawapan''..

Mana pemikiran agama versi Malaysia ya?

Belajar di Arab Saudi ,balik Malaysia terus nak import pemikiran agama versi Arab Saudi, Belajar di Iran,balik Malaysia terus nak import pemikiran agama versi Iran. Dll negara: Amerika ke Turki ke Australia ke Jordan ke dll ke :) Versi Malaysia?

Ada baju kurung nak pakai jubah hitam, Ada baju Melayu nak pakai jubah putih.

Ada baju kurung nak pakai jubah hitam, Ada baju Melayu nak pakai jubah putih. Saya nak pakai kesemuanya. Keislamanku bukan bergantung kepada jenis pakaianku? Jangan ada dalam kepala otakmu tahap keislamanmu meningkat tinggi hanya dengan terus memakai jubah hitam+jubah putih. Setiap negara punya jenis pakaian yg berbeza dan jangan sesekali difikiranmu "pakaian Islam" hanya satu jenis satu versi iaitu pakaian yg sedang kamu pakai sekarang

'pertempuran' perbezaan pandangan seperti sunni/aswj-syiah-sufi-salafi?

Ada kemungkinan tak gerak kerja kita di lapangan seperti bantuan misi kemanusiaan dimana2,bela nasib orang miskin-oku-ibu tunggal-penghidap aids-rawatan penagih dadah-masalah sosial-kesukarelawanan dll lembab sebab wacana 'agama' kita masih berlegar sekitar 'pertempuran' perbezaan pandangan seperti sunni/aswj-syiah-sufi-salafi-...dll......?????

Hiii samseng samseng

Hiiii samseng samseng Apa khabar? Seronok jadi samseng? Engkau dicipta dan dilahirkan untuk menjadi samseng ya? Aku mendengar engkau melafazkan ikrar dan bersumpah menjadi samseng seumur hidup.Betul? Biarpun kau mati berkali-kali,hidup semula,mati kembali,kembali hidup kau akan terus berkhidmat sebagai samseng ya? Aku tahu tiada istilah pencen sebagai samseng dalam kamus hidupmu, Hidup matimu hanyalah demi mencapai kebahagian hidup sebagai seorang samseng , Aku mendoakanmu semoga mati sebagai seorang samseng, Akanku ziarahi pusaramu nanti dan mengukir kata-kata di batu nisanmu :- ''Sahabatku yang mati sebagai seorang samseng.Selamat menempuh hidup baru di neraka''

Askar-tentera pencen=Pegawai keselamatan?Pemandu teksi?

Ramai askar-tentera Malaysia yg dah ikut latihan ketenteraan yg lasak-lasak berpuluh-puluh tahun,lepas pencen ,sekadar(terpaksa) jadi pegawai keselamatan-pemandu teksi...... Apakah perkerjaan yg sesuai buat mereka selepas pencen ya?

Be toleran

Dengar arahan ketua.Serang !!!

Jangan pandang mudah apa yg telah didedahkan oleh mantan pimpinan tertinggi askar-tentera Malaysia ini.Ini soal keselamatan negara Malaysia. Campur tangan politik melampau terhadap urusan ketenteraan menyukarkan kerja angkatan tentera."Perniagaan'' jual beli senjata,rasuah-penyelewengan kuasa-soal komisen -kronisme -kualiti peralatan ketenteraan-kebajikan tentera dll disentuh dalam ceramah ini. Semangat kesetiakawanan-persahabatan-pengorbanan-disiplin tentera wajar ditauladani. Ayuh bertempur di medan peperangan melawan ketidakadilan. Dengar arahan ketua.Serang !!!

undilah calon Muslim..tidak utk calon bukan Islam.???

katanya ''undilah calon Muslim..tidak utk calon bukan Islam.Sanggupkah anda memangkah yg bukan Islam semata-mata utk kemenangan parti anda yg diwakili bukan Islam...fikirkan...tangan yang memangkah akan dipersoalkan di hadapan Allah...'' kata saya ringkas ''aduh!!!ada lagi pemikiran kuno sebegini ya?sedih sungguh'' Gelanggang perkongsian perdebatan idea dibuka.Masuk gelanggang.

Ibnu Battutah-Wali Songo(GPTD)

Tengahari tadi saya di sekitar Kotaraya bersama abang2 Bangladesh-Nepal-Myanmar-Filipina dll (rujuk http://www.youtube.com/watch?v=KY362XhCwqI dan http://www.youtube.com/watch?v=se9qCTYrdXY ) sebelum sempat singgah hadir ke program GPTD :- ‘’GPTD is the Malay acronym of Grup Pengkaji Tamadun Dunia (World Civilization Research Group) formed under Global Peace Mission to train young volunteers mainly students from higher education institutions, as social and relief workers as well as researchers of world civilizations. GPTD was founded by Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman in 2001. The idea of its establishment was purposely to offer an alternative for young generations to explore the world besides overcome social problems. Its logo was meant to be designed from the word 'rahmat' which is in Arabic that means blessing. With the spirit of spreading the blessing towards all mankind, our volunteers shall travel all over the world. With love and care, we treat people especially those who are in need of help. We come and serve for them in order to provide them better lives. In preparation for the field work, these young volunteers will be equipped with basic volunteer skills and trainings. From these trainings, only those qualified are eligible to enter the main projects. GPTD has 5 main projects namely Spain-Latin America, France-Africa, China, Cocos Island and Turkey-Central Asia. In 2010, GPTD starts on focusing its projects to 9 subgroups based on various scholars namely: • Al-Fateh Group • Cheng Ho Group • Ibnu Khaldun Group • Ibnu Battutah Group • Wali Songo Group • Tariq Ziyad Group (GIBRALTAR Group) • Jil Salahuddin al-Ayyubi Group (Jil Saladin Group) • HAMKA Group • Jejak Melayu Group’’ (rujuk blog GPTD http://gptd.blogspot.com/2007/07/what-is-gptd.html) Saya sempat mendengar perkongsian pengalaman kembara aktivis GPTD Grup Ibn Battutah & Wali Songo. Ketika di Maghribi dulu kami sempat dibawa melawat ke satu makam yg dikatakan makam Ibn Battutah.Dan ketika di Turki dan di Mesir juga saya telah dibawa melawat ke pelbagai makam sehingga menyebabkan saya mula kurang berminat melawat makam-makam sebab terlalu banyak perbezaan pandangan tentang '' makam ini makam siapa?'' ''ada yg kata disini,ada yg kata disana'' ''kepalanya disini,tubuh badannya disana'' ''mungkin ini makamnya'' ''ada yg berpandangan ini makamnya'' ''entah ini makam siapa''......ada yg mencium-'bercumbu' dengan kekasih mereka 'sang besi' di makam..mmuahh!!(gaya DSAI)..ambil berkat kata mereka....campak duit pun ada(duit itu lebih baik derma kepada saya untuk dana kembara) dan pelbagai ragam manusia lagi.. Kalau saya dibawa ke makam sekalipun saya lebih suka membaca sejarah tokoh yg tercatat di pinggir makam tersebut.Sejarah cukup penting !!! Kisah Ibn Battutah dengan pelbagai versi dan perbezaan pandangannya wajar dikaji dan dijadikan rujukan sekaligus menyuntik semangat anak muda untuk meneruskan kembara ilmu di universiti kehidupan yg sementara ini. Ketika sesi soal jawab saya sempat melontarkan sedikit tambahan terhadap resolusi bagi agenda misi Grup Wali Songo (saya peminat kisah-kisah Wali Songo,,,,dan juga pendengar setia lagu Wali Band ! ).Di sini saya mengambil peluang menjelaskan serba sedikit pandangan saya yang sebahagiannya saya tidak sempat utarakan dalam sesi soal jawab tersebut. Bagi saya ‘’ pendekatan kultur’’ Wali Songo wajar diberi perhatian serius bagi mereka yang berminat untuk mengkaji Wali Songo dan perlunya pemahaman terhadap adat budaya setempat tanpa mencedok bulat-bulat atau mengimport pendekatan negara lain(saya mengambil contoh mengimport pendekatan Arab Saudi,Iran,Turki,Mesir dll).Saya berharap para peminat Wali Songo(termasuk saya) dapat memberi fokus kepada soal seni-budaya ,dapat menghasilkan karya kritik sosial,teater,lagu,lirik lagu,wayang kulit,sastera-puisi-cerpen,novel,dokumentari-filem,dan sebagainya yang sesuai dalam konteks zaman sekarang dengan mengambil semangat ‘pendekatan kultur’wali songo tersebut. Saya juga sempat mengambil contoh di Indonesia misalnya ‘’sholawat jawa’ yang menggunakan bahasa yang difahami oleh majoriti masyarakat Jawa tanpa perlu meng’arab’kan kesemuanya.Kita dapat melihat peningkatan terhadap sambutan majlis-majlis zikir-solawat di Malaysia yang kebanyakannya dalam Bahasa Arab dan tidak ramai yang cuba menghasilkan zikir-solawat dalam Bahasa Melayu dengan lebih kreatif. Dalam konteks Malaysia juga kita dapat melihat peningkatan kecenderungan sesetengah pihak yang suka mengharam(agenda haram-mengharam?),dan membidaahkan sesuatu dan barangkali pendekatan perjuangan wali songo boleh dijadikan contoh terbaik bagi menangani pemikiran jumud dan tidak berhikmah tersebut. http://www.youtube.com/watch?v=u3PPa-2dVng http://www.youtube.com/watch?v=YRAEpZRj9cs http://www.youtube.com/watch?v=sokUmnz-G6w

Classroom Mumbai

kalau anda tak minat isu politik(kepartian-kenegaraan dll) atas alasan nak jadi 'neutral' 'bebas' 'tak berpihak' 'tak sokong siapa-siapa' 'tak sokong mana-mana' 'atas pagar' 'bawah katil' 'tepi longkang' 'dalam kubur' dll lebih anda fokus kepada gerak kerja ini. Tapi pada masa yg sama janganlah sesekali melupakan isu rasuah-penyelewengan kuasa-jenayah-harga barang-perumahan-pengangkutan-dll kerana ia juga punya kaitan erat dengan gerak kerja di bawah.... http://www.facebook.com/photo.php?v=10151249495430588 (Classroom Mumbai)

SHOLAWAT DAN SYAIR GUSDUR SYAIR TANPO WATON : (SYAIR YANG BELUM ADA JUDULNYA)

SHOLAWAT DAN SYAIR GUSDUR SYAIR TANPO WATON : (SYAIR YANG BELUM ADA JUDULNYA) Astaghfirullah robbal baroya.. Astagfirullah minal khotooya.. Robbi zidni ilmannaafiia.. Wawaffikni amalan soliha.. //aku mohon ampun pada Allah, tuhan sekalian makhluk.. //Aku mohon ampun pada Allah, dari segala kesalahan.. //Tuhanku tambahkan aku ilmu yang bermanfaat.. //Dan berikan taufiq kepadaku untuk beramal sholeh.. Ya rosulallah salammunalaik.. yaa rofiasaaniwaddaaroji.. atfatayaji rottal aalami.. Yauhailaljuu diwaalkaromi.. //Wahai utusan Allah, semoga keselamatan tetap padamu.. //Wahai yang berbudi luhur dan bermartabat tinggi.. //Rasa kasihmu wahai pemimpin tetangga //Wahai ahli dermawan dan pemurah hati Ngawiti ingsun nglara syiiran Kelawan muji maring pangeran Kang paring rohmat lan kenikmatan Rino wengine tanpo pritungan 2x //Kuawali dengan melantunkan syair //Dengan memuji kepada Tuhan //Yang memberi rahmat dan kenikmatan //Siang dan malam tanpa perhitungan 2x Duh bolo konco priyo wanito Ojo mung ngaji syareat bloko Gur pinter ndongeng nulis lan moco Tembe mburine bakal sangsoro 2x //Wahai sahabat pria dan wanita //Jangan hanya mengaji hukum saja //Hanya pandai bercerita menulis dan membaca //Akhirnya hanya akan sengsara2x Akeh kang apal Quran haditse Seneng ngafirke marang liyane Kafire dewe dak digatekke Yen isih kotor ati akale 2x //Banyak yang hafal Quran dan Haditsnya //Senang mengkafirkan orang lain //Kekafirannya sendiri tak diperhatikan //Kalo masih kotor hati akalnya Gampang kabujuk nafsu angkoro Ing pepaese gebyare ndunyo Iri lan meri sugihe tonggo Mulo atine peteng lan nistho 2x //Mudah tertipu nafsu angkara //Dalam hiasan gebyarnya dunia //Iri dan dengki kekayaan tetangga //Maka hatinya gelap dan nista2x Ayo sedulur jo nglaleake Wajibe ngaji sak pranatane Nggo ngandelake iman tauhidnya Baguse sangu mulyo matine 2x //Mari saudara jangan lupakan //Kewajiban mengaji dan tingkatannya //Bagusnya bekal mulia matinya 2x Kang aran soleh bagus atine Kerono mapan seri ngelmune Laku thoriqot lan ma’rifate Ugo hakekot manjing rasane 2x //Yang disebut orang baik itu bagus hatinya //Karena sempurna seri keilmuannya //Melakukan thariqat dan ma’rifatnya //Juga hakekat sampai terasa 2x Alquran qodim wahyu minulyo Tanpo ditulis biso diwoco Iku wejangan guru waskito Den tancepake ing jero dodo2x //Alquran qodim wahyu yang mulia //Tanpa ditulis bisa dibaca //Itu wejangan guru waskita //Ditancapkan ke dalam dada2x Kumantil ati lan pikiran Mrasuk ing badan kabeh jeroan Mujizat rosul dadi pedoman Minongko dalan manjinge iman 2x //Tertempel di hati dan pikiran //Merasuk ke dalam badan dan tubuh //Mujizat rasul jadi pedoman //Sebagai jalan meniti iman 2x Kelawan Allah kang moho suci Kudu rangkulan rino lan wengi ditirakati diriyadhohi dzikir lan suluk jo nganti lali 2x //Karena Allah yang maha suci //Harus mendekatkan diri siang dan malam //Diusahakan dan dilatih //Dzikir dan suluk jangan dilupakan 2x Uripe ayem rumongso aman Dununge roso tondo yen iman Sabar narimo najan pas pasan Kabeh tinakdir saking pangeran 2x //Hidupnya tentram dan merasa aman //Itulah perasaan tanda beriman //Sabar menerima meski pas pasan //Semua yang ditakdirkan dari Tuhan 2x Kelawan konco, dulur lan tonggo Kang padha rukun…. Iku sunnahe rasul kang mulya nabi Muhammad panutan kita2x //Terhadap teman, saudara dan tetangga //Yang saling rukun… //Itu sunnah Rasul yang mulia //nabi Muhammad suri tauladan kita-2x Ayo nglakoni sekabehane Allah kang bakal ngangkat drajate Senajan ashor toto dhohire Ananging mulyo maqom drajate 2x //Mari melakukan semuanya //Allah yang akan mengangkat derajatnya //Meskipun rendah secara lahiriah //Namun mulia kedudukan derajatnya 2x Lamun palastro ing pungkasane Ora kesasar roh lan sukmane Den gadang Allah swargo manggone Utuh mayite ugo ulese 2x //Saat tiba pada akhirnya //Tidak tersasar roh dan sukmanya //Disanjung Allah surga tempatnya //Utuh mayatnya juga kafannya 2x

Universitiku,diskoku

Universitiku,diskoku

Si A:Saya tolak dia sebab dia membawa agenda sekularisme-pluralisme-liberalisme dll Si B: Saya sokong dia sebab dia perjuangkan urustadbir baik,lawan rasuah-penyelewengan kuasa,jenayah,nasib orang miskin,anti perkauman sempit,pro Islam pendekatan hikmah

Anwar Ibrahim-Fadzil Nor

mahasiswa yang bodoh tetapi pandai sedikit daripada lembu

Untuk melahirkan mahasiswa yang bodoh tetapi pandai sedikit daripada lembu maka mereka perlulah disumbatkan dengan satu pandangan sahaja dan sebarang pandangan yang berlawanan dengan pandangan yang disumbatkan itu perlulah diharamkan dan adalah satu kewajipan untuk menghalang mahasiswa daripada mendengar pandangan-pandangan yang bertentangan yang dikira mampu menggugat status mereka sebagai calon mahasiswa yang bodoh tetapi pandai sedikit daripada lembu.

Profesor Kangkong didahulukan,Profesor Petai diutamakan

Profesor Kangkong didahulukan,Profesor Petai diutamakan

Jumlah pengunjung

web statistics