Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Friday, November 07, 2008

Usrah Online-Usrah Maya

Semalam saya sempat ‘usrah online’ melalui Yahoo Messenger bersama dengan sahabat blogger(http://nazifatunnisa.blogspot.com/)

Beberapa perkara sempat saya kongsikan dengan sahabat saya ini dan disini saya kongsikan hasil ‘usrah’ semalam(setakat mana yang saya ingat..)kepada para pembaca blog ini.

Kepentingan usrah-tamrin

Bagi saya sesebuah persatuan-gerakan-jemaah itu janganlah menjadikan keutamaan gerakan mengadakan program-program besar (projek mega?)sehingga mengabaikan program usrah-tamrin.Tak ada banyak program mega pun tak apa tapi jangan sampai tak ada usrah-tamrin.Usrah-tamrin ini lah tunjang utama kepada proses tarbiyah dalam gerakan dan jika kita mengabaikan 2 perkara penting ini pasti akan pincang usaha kita untuk mentarbiyah ahli.

Meluaskan pembacaan buku

Saya berkongsi dengan sahabat saya ini tentang pengalaman mengunjungi rumah DSAI dan sempat menjenguk ke bilik bacaan beliau yang penuh dengan buku-buku.(perpustakaan peribadi).

Saya sarankan kepada beliau supaya membaca buku koleksi –koleksi ucapan dasar presiden mana –mana gerakan dalam muktamar gerakan tersebut.(Seperti ucapan dasar Anwar Ibrahim,Abdul Hadi Awang,Allahyarham Fadzil Nor,Siddiq Fadzil dan lain-lain)

Sebarkan penulisan

Memandangkan sahabat blog saya ini semakin aktif menulis saya cadangkan beliau supaya mencuba menghantar tulisan beliau kepada majalah atau akhbar.Ini tidak lain supaya manfaat hasil tulisan tersebut tersebar luas kepada pembaca keseluruhannya. Secara tidak langsung ia merupakan satu dakwah yang sememangnya cukup berkesan untuk mempengaruhi pemikiran khalayak ramai.

Kuasai kemahiran-kemahiran

Kemahiran mengecam muka orang,ber pidato dan lain-lain kemahiran lagi perlu dimiliki oleh para aktivis dakwah.Saya sendiri sebenarnya kadangkala tidak terlalu cam muka orang yang pernah saya jumpa(apatah lagi mengetahui namanya).Secara peribadi saya kagum kepada ingatan DSAI yang kuat sehingga mampu mengecam saya (walaupun baru beberapa kali jumpa)apabila berjumpa dengan beliau walaupun beliau telah berjumpa dengan pelbagai orang di serata dunia.

Saya juga sempat ‘berkempen’ kepada sahabat saya dalam ‘usrah’ semalam tentang PULAPIPRO dan laman webnya(http://www.pulapipro.org/home/ ).Kemahiran berpidato ini sememangnya amat penting dikuasai oleh pendakwah untuk mempengaruhi mad’u nya dan tapi kita harus ingat pidato itu bukan sekadar melontarkan kata-kata bahkan merupakan seni melontarkan kebijaksanaan.

Saya berterima kasih kepada sahabat saya yang sudi ber ‘usrah online’ semalam dan ‘mendengar saya berceloteh panjang’.Semoga ramai lagi yang akan mempraktikkan ‘usrah maya’ ini dan insyaallah disusuli dengan usrah realiti nanti.


Satu lagi projek ‘menghambakan teknologi demi ISLAM.Sampaikan salam kepada semua,sebarkan ISLAM ke seluruh dunia......

Wednesday, November 05, 2008

Bicara Anwar Ibrahim tentang Pak Natsir

Saya tidak berapa ingat bila kali pertama saya mendengar nama Pak Natsir.



Yang pastinya saya mengenali beliau melalui tulisan Dato Seri Anwar Ibrahim,buku terbitan ABIM dan juga melalui perbincangan dengan sahabat-sahabat PKPIM.



Artikel di bawah ini merupakan bicara Dato Seri Anwar Ibrahim (edisi Bahasa Indonesia)tentang salah seorang tokoh pemikir yang beliau cukup kagumi iaitu Mohamad Natsir

http://siapakah.wordpress.com/2008/07/17/natsir-kolom-anwar-ibrahim/

Untuk maklumat lanjut tentang Pak Natsir -rujuk artikel di bawah:-

http://mohamadnatsir.wordpress.com/

http://bulanbintang.wordpress.com/about/natsir-on-5-jelang-satu-abad/

http://jainal13.multiply.com/journal/item/3/100_tahun_Pak_Natsir

http://www.scribd.com/search?query=mohamad+natsir&x=15&y=10

http://adianhusaini.blogspot.com/2007/11/mengenang-seabad-mohammad-natsir.html

http://empimuslion.wordpress.com/2007/09/27/natsir-dan-warisan-yang-terabaikan/

http://isnet.org/masfami/2007/08/22/mohammad-natsir-1908-1993/

http://www.padangkini.com/mozaik/?id=16

Monday, November 03, 2008

‘Kisah method dakwah senyap -dakwah bisu’


Ketika saya sedang melayari internet(duduk bersila atas lantai depan Dewan Gemilang Kolej 12),tiba-tiba datang 2 orang(seorang lelaki agak lembut dan seorang perempuan) duduk tidak jauh depan saya.

Tanpa disangka-sangka mereka bangun berdiri dan berlatih depan saya sebuah tarian,tarian salsa kalau saya tak silap) dengan penuh ‘ghairah khusyuk wa tawaduk’ nya...

Dalam hati saya berkata,aku sekarang kat negara Amerika Latin ke?Ni mesti pengaruh drama-drama Latin ni...ataupun pengaruh ‘sehati berdansa’ ni....

Tiba-tiba saya teringat akan baju T-shirt yang dibeli oleh seorang kawan saya(PKPIM) di Indonesia.T-shirt hitam itu tertulis di depannya

Ya Allah ampuni dosa mereka yang berada di depan ku

Dan tertulis juga di belakangnya

Ya Allah ampuni dosa mereka yang berada di belakang ku

Menurut kawan saya ini,beliau sering menaiki lrt dan melihat pelbagai ragam anak muda masa kini.Jadi beliau akan memakai t-shirt tersebut dan berdiri di depan mereka yang didapati melakukan perkara yang tidak senonoh(sambil mempamerkan tulisan yang tercatat atas t-shirt tersebut}

Ini bagi saya merupakan satu bentuk ‘dakwah senyap’-‘dakwah bisu’ yang perlu juga diamalkan oleh para pendakwah aktivis gerakan Islam.

Namun begitu saya juga berfikir kalau t-shirt tadi tertera perkataan

Ya Allah ampuni dosa mereka yang berada di depan ku dan
Ya Allah ampuni dosa mereka yang berada di belakang ku

Perlu juga ada t-shirt yang tertera perkataan

Ya Allah ampunilah dosa aku yang menumpang hidup di atas muka bumi mu ini.....

Barangkali saya perlu membeli dan memakai t-shirt tersebut ya........

2 orang yang ‘mempersembahkan tayangan tarian percuma ‘di hadapan saya itu perasan saya sedang memerhatikan mereka(macam juri hakim pula).

Saya hanya melemparkan senyuman kepada mereka.(Dalam hati saya mengatakan ‘aku bukan juri hakim ya!!)

Mereka membalas senyuman saya(macam pertandingan membalas senyuman pula ya!!!)

Kemudiannya saya terus memasang lagu Andai Ku Tahu nyanyian Ungu(sengaja dikuatkan rangkap Andai ku tahu kapan tiba ajal ku’ nak bagi mereka berdua dengar..)

Tanpa disangka mereka tiba-tiba berhenti daripada berlatih tarian Salsa tersebut......
Saya tidak tahulah samada mereka berdua berhenti berlatih tarian itu sebab letih, penat ataupun sebab apa.Barangkali dan mungkin juga sebab ‘insaf sebentar ’ akibat ‘penangan’ lirik lagu andai ku tahu ini.....

Kalau benarlah dengan ‘penangan ‘ ‘sengatan’ lirik lagu tersebut menyebabkan mereka berhenti berlatih tarian tersebut maka ternyatalah ‘dakwah senyap -dakwah bisu’ ini sedikit sebanyak telah berjaya.

Semoga method ‘dakwah senyap-dakwah bisu ‘ ini dapat kita amalkan bersama...

Apabila aku bertanya ustaz Google,pakcik Yahoo dan abang Wikipedia.....

Hari ini saya cuba mendapatkan maklumat daripada ustaz Google,pakcik Yahoo dan abang Wikipedia berkenaan beberapa istilah yang saya sedang cuba hadamkan iaitu berkenaaan dengan sosialisme,kapitalisme,liberalisme,Neoliberalisme
libertarian ,modernisme,pasca modernisme dan lain-lain istilah yang sering saya jumpa tatkala membaca (buku,blog,laman web,majalah dll)

Saya tak tahu kenapa saya agak berminat untuk mengetahui istilah-istilah tersebut tetapi saya yakin dan percaya saya perlu dan wajib mengetahuinya.


Harap ada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi ilmu dengan saya tentang istilah-istilah tersebut ya...

Mencari maklumat gerakan anak Malaysia di UK-USA

Saya tidak ingat sejak bila saya berminat untuk mengetahui perkembangan gerakan Islam di sekitar UK dan USA.

Tetapi saya sedar pengalaman perjuangan sahabat-sahabat (junior dan senior) para aktivis Islam yang menuntut ilmu dan berada di sana perlu dikongsi bersama.

Saya kini sedang mencari maklumat berkenaan persatuan dan gerakan seperti Hizbi,Majlis Syuro Muslimun,MISG,FOSIS(Terima kasih kepada saudara Saifullah PKPIM-http://saifullah-zulkifli.blogspot.com/ yang pernah menceritakan secara ringkas berkenaan FOSIS suatu ketika dahulu) termasuk juga UKEC,Malaysia Think Tank dan lain-lain lagi persatuan yang wujud di sana.

Kadang-kadang gurauan itu menjadi kenyataan,,,,,,

Apabila balik bercuti di rumah, saya sering juga bergurau dengan adik-beradik saya terutama waktu makan .Selalunya adik-adik dan kakak saya akan bercerita- bersembang dan saya selalunya suka mendengar dan kemudiannya sering menyampuk dengan pelbagai bentuk ‘sampukan’(ada ke istilah ni ha?)antaranya:-

Gurauan 1

-Ha a..kan .,Waktu wasif kat UK dulu kan...bla bla bla
-Waktu wasif belajar kat Jepun dulu pun ...bla bla bla....
-Teringat waktu wasif kat Iran dulu...bla ...bla...bla...
-Pernah wasif kat Turki dulu..bla..bla..bla....


Sejak bila saya pernah belajar di luar negara pula?Cara percakapan saya itu seolah-olah saya pernah tinggal lama di beberapa buah negara asing.....padahalnya ,tidak pun...


Pernah juga terjadi 2 dialog gurauan antara saya dan mama saya.

Gurauan 2

Saya bertanya kepada mak saya

’’Mama,nak 5 ribu ringgit .... ..nak pergi Turki jap...”

Jawab mama saya ;

“Ha..ambil bawah karpet tu....”

Gurauan 3

‘Wasif nak pergi mana tu?’tanya mama saya.

Lalu saya menjawab;

‘Nak pergi solat Zohor kat Iran jap ...pas tu solat Asar kat Turki pas tu solat Maghrib kat Jepun pas tu solat Isya kat Itali..subuh esok wasif balik solat kat Masjid Putrajaya..ok?’

Entah bagaimana gurauan itu kadang-kadang menjadi kenyataan.Barangkali dengan gurauan yang sering diulang-ulangkan itu akhirnya berjaya juga saya menjejakkan kaki ke salah sebuah negara yang sering saya ‘guraukan’(sekali lagi,ada ke istilah ni ha?) itu.....
Syukur Alhamdulillah......

Berguraulah selalu ya sahabat ku!!!

Al-Kisah wireless di Kolej 12 UM

Barangkali ramai yang tidak mengetahui bahawa ketika saya menulis ,chatting melalui YM,membaca artikel-artikel dalam internet,buka blog orang lain,buka laman web berita,politik,dakwah,mahasiswa dan sebagainya,ketika itu saya sebenarnya sedang duduk bersila atas lantai dihadapan Dewan Gemilang Kolej Kediaman 12@Raja Dr.Nazrin Universiti Malaya(sambil mendengar muzik)

Disinilah 'kediaman rasmi' saya untuk melayari internet sepanjang menetap di Kolej 12 ini memandangkan disini mempunyai access wireless(kadang-kadang dapat kadang-kadang tidak...yang peliknya kadang-kadang tak boleh layari laman web tetapi boleh pula chatting YM)

Selalu bersama saya access wireless disini ialah seorang Pak Arab dari negara Iraq(sepupu Saddam Hussein kot..hehe) dan juga beberapa orang pelajar berbangsa cina(anak saudara Lim Kit Siang kot..)

Kadang-kadang saya terfikir alangkah baiknya jika seluruh kawasan di Kolej Kediaman 12 ini dilengkapi dengan capaian wireless internet yang laju tanpa sebarang gangguan.Jika hal tersebut menjadi kenyataan,maka mudahlah saya melayari internet...

Bayangkan saya melayari internet sambil minum milo ais di kafe kolej 12,sambil duduk rehat di bilik,sambil menunggu giliran cucuk duit di ATM,sambil menunggu azan bilal di surau,sambil naik lift,sambil naik tangga ke koperasi,sambil .......

Berapa banyak sambil dah?

Saturday, November 01, 2008

Perihal peperiksaan....

Peperiksaan semester 1 tahun 3(tahun akhir ,insyaallah) semakin dekat.Tarikh 5,6,7,13,14,18 November ini merupakan tarikh peperiksaan saya.(6 Subjek-Hadith Ahkam,Falsafah Beragama,Hadith dan Isu Semasa,,Fiqh Kepenggunaan,Histiografi Islam,Takhrij Hadith)

Nota dan bahan rujukan belum dikumpulkan lagi(apatah lagi dibaca kan?).'Study week'(ke Studur?-Study Tidur-Study 5 minit Tidur 5 Jam????) tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.Jadual sebenar peperiksaan pula baru diketahui dan barulah sibuk nak susun jadual 'study'(minit-minit terakhir-masa kecederaan)

Memang diakui inilah semester yang paling teruk dan prestasi paling buruk sepanjang saya menuntut di Universiti Malaya ini.Tambahan pula,saya sebenarnya bukanlah berminat sangat dengan sistem peperiksaan-sistem pointer(termasuk sistem tandatangan kehadiran-Sem ini mencipta sejarah apabila 3 subjek saya hampir-hampir diberi amaran larangan menduduki peperiksaan semuanya gara-gara 'sedikit ponteng' dan malas tandatangan kehadiran kuliah)

Entah sistem apa yang saya minat ya....Semuanya serba tak kena(kata diriku kepadaku ;kau buatlah sendiri universiti mengikut acuan kepala otak kau !!Lantas aku membalas kepada diriku juga;kepala otak kau!! Haha..mengarut...)

Apapun saya sebenarnya cemburu terhadap Isa Tan(cina baru 2 tahun lebih masuk Islam,pelajar tak rasmi di APIUM) yang bebas menuntut ilmu dan hadir ke mana -mana majlis ilmu,seminar ,pembentangan master dan PHD,bengkel,tiada tandatangan kehadiran,tiada peperiksaan,tiada 'pointer' dan .................tiada ijazah!!!

Tetapi apakan daya saya terpaksa memilih sistem universiti ini.Terpaksa jugalah berhadapan dengan peperiksaan.Bagaimana ya universiti tanpa peperiksaan?(macam best juga ya....haha)

Untuk mengelakkan saya gagal dalam peperiksaan yang bakal menjelang tiba nanti (ingat,,,saya tak berapa suka sistem peperiksaan ini ya...)saya terpaksa membuat keputusan 'menggantung' , 'merehatkan' dan ,memberikan 'kad merah' kepada laptop saya ini memandangkan kehadiran laptop ini sedikit sebanyak(banyak sangat sebenarnya) mengganggu persiapan saya menghadapi peperiksaan .

Apa tidaknya?Tatkala sahabat -sahabat lain sibuk mengumpul dan membaca nota-nota dan buku-buku rujukan,saya 'uzlah' dan 'berkhalwat' dengan laptop ini untuk chatting-yahoo messenger,baca blog orang lain,buka web politik, dakwah, berita dan lain-lain lagi.

Doakan saya cemerlang dalam peperiksaan nanti ya(walaupun saya langsung tidak berminat dengan sistem peperiksaan ini....)

02112008
Kafe Kolej 12
2.07 am

Akhirnya, aku memiliki Laptop sendiri ;langkah pertama menghambakan teknologi demi ISLAM.....

Setelah sekian lama saya mengimpikan memiliki laptop sendiri akhirnya impian tersebut termakbul juga akhirnya.Terima kasih tak terhingga kuucapkan kepada baba dan mama dalam kesibukan menguruskan perkahwinan kakak Saiedah di mesir sempat mengambil peluang transit di dubai untuk membeli laptop anak mu ini(Toshiba).

Terima kasih juga kepada adik-beradik ku yang lain(12 beradik ya jangan lupa) yang sanggup 'beratur panjang' (hehe..)menunggu giliran masing-masing untuk memiliki laptop sendiri.

Sebelum ini saya sudah berjanji kepada diri sendiri akan aktif
menulis@berkarya sebaik sahaja memiliki laptop peribadi sendiri.Agak sukar juga menulis menjadi 'penumpang'(bukan pendatang ya) kepada komputer@laptop orang lain.(komputer makmal komputer APIUM kini tinggal kenangan..hehe)

Sebelum ini agak penuh disket,cd,dan pendrive saya dengan koleksi artikel pilihan yang saya fikir agak menarik (tulisan orang lain).Saban hari sebelum ini saya melayari internet mencari artikel dan tulisan menarik untuk dibaca dan dihadam juga sebagai koleksi simpanan untuk rujukan.

'Folder' saya juga dibahagikan kepada topik-topik penting seperti pemikiran,dakwah,hiburan,tokoh,mahasiswa,dan lain-lain .Artikel dan tulisan yang menarik dalam 'folder' tersebut selalunya akan saya 'print' untuk dibaca dan di 'conteng' (isi-isi pentingnya).

Pernah saya menangis(lelaki menangis dalam hati ya..)apabila mp3 saya hilang setelah adik-adik saya pinjam(mengamuk juga abang mu ini..) bukanlah sangat kerana kerana kehilangan koleksi muzik (biasalah,peminat muzik) yang terdapat dalam mp3 tersebut tetapi 'yang paling menyayat hati'-'tragedi'-'bala bencana'-'malapetaka'dan yang sama maksud dengannya ialah kehilangan folder-folder yang didalamnya koleksi artikel menarik yang dikumpul sejak sekian lama dan yang paling pedih sekali ialah kehilangan koleksi tulisanku(baru berjinak-jinak nak menulis...) yang terdapat dalam mp3 itu...ish ish ish...sedih banget....

Semoga kehadiran laptop baru ini membawa sinar dan menjadi batu loncatan kepada ku untuk terus menulis berkarya penuh ikhlas demi ISLAM tercinta.

Peringatan buat diriku sendiri setelah memiliki laptop ini

Jangan terlalu leka dengan chatting-yahoo messenger(walaupun chat dakwah dan ukhwah sekalipun),baca blog orang lain(blog sendiri bagaimana pula?),web politik(nak jadi orang politik ke?) web dakwah(amali-praktikal dakwah bagaimana pula?),web berita(nak jadi wartawan ke?) dan jangan hanya ada laptop tetapi malas belajar aplikasi sofware nya.

Hambakan teknologi demi ISLAM....

Thursday, October 30, 2008

Semarak Pidato Di Aidilfitri PULAPI PRO

26 Oktober 2008-Ahad

Hari ini saya berkunjung ke rumah terbuka anjuran @majlis sambutan aidilfitri PULAPI-PRO(Pusat latihan pidato profesional -http://www.pulapipro.org/home/)dibawah bimbingan Dato Dr. Syed Ahmad bin Syed Samsudin Al=-Saggof(belajar pidato dengan kiai dari indonesia yang mengajar Dato Seri Anwar Ibrahim pidato-citra ageng pidato nusantara) di Auditorium SIRIM Shah Alam.

Semarak pidato di aidilfitri .Inilah tema rumah terbuka PULAPI-PRO menggambarkan ruh semangat berpidato yang tertanam dalam jiwa aktivis-aktivis Pulapipro.

Banyak rumah terbuka aidilfitri yang saya telah saya hadiri sebelum inilah tetapi rumah terbuka pulapipro ini agak berlainan sedikit dengan rumah -rumah terbuka yang lain.

Bermula daripada pengacara majlis,doa,ikrar,deklarasi,ucapan pengarah program,sajak,nyanyian lagu semuanya berasaskan gaya, teknik-teknik, dan jurus-jurus pidato.

Bahkan jemputan khas YB Yaakob Sapari-PKR(belajar pidato dengan Dato Syed Ahmad) yang merasmikan program ini turut menyampaikan pidato perasmiannya.

Saya sebelum ini hanya mendengar nama Dato Syed Ahmad antaranya melalui cikgu hafizi(anak murid Dato Syed Ahmad) yang telah memberi pengisian dalam bengkel pidato anjuran Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya(PBMUM) baru-baru ini.

Dan saya juga telah menjemput dan ber 'kempen' kepada 4 orang sahabat saya (Zulzaidi,Syahir,Hafes Sabri,Aizuddin ) untuk mengikuti kelas pidato dibawah seliaan dato syed ahmad di IYC,Cheras walaupun saya sendiri belum pernah mengikuti kelas tersebut.

Dalam program semarak pidato di aidilfitri inilah saya berpeluang buat pertama kali mendengar pidato dato syed ahmad yang cukup bertenaga,menaikkan semangat pendengar,menggunakan bahasa yang cukup cantik dan menarik,diselitkan dengan unsur
humor@lucu,sindiran tajam dan pengisian rohani.

Pidatonya memukau audien seperti pidato Dato Seri Anwar Ibrahim cuma bezanya anwar ibrahim tidak membuka dan mengajar secara khusus dalam kelas pidato (Siri pidatonya di seluruh dunia itulah barangkali kelas pidato beliau).

Dalam laman web DSAI beberapa tahun yang lalu,saya pernah bertanyakan beliau melalui ruangan dalam web tersebut bila beliau mahu menulis buku tentang teknik berpidato seperti mana yang telah ditulis oleh dato seri dr zahid hamidi('anak didik' beliau).Jika beliau berjaya menulis buku teknik pidato tersebut barangkali buku itu akan menjadi 'best-seller' dan laris di pasaran.

Insyaallah bengkel pidato anjuran PBMUM di bawah seliaan cikgu hafizi akan cuba saya teruskan pada semester akan datang dan mungkin juga PBMUM akan menjemput Dato Dr Syed Ahmad sendiri untuk menyampaikan pidato beliau.

Dan pasti juga ramai mahasiswa UM yang tertanya-tanya bila PBMUM nak jemput bekas presiden PBMUM ,Dato Seri Anwar Ibrahim.........;untuk belajar pidato !!!

Friday, October 24, 2008

SARANAN PAKATAN RAKYAT UNTUK BELANJAWAN 2009

MENANGANI KEMELUT EKONOMI DAN MEMULIH KEYAKINAN:SARANAN PAKATAN RAKYAT UNTUK BELANJAWAN 2009

Sila klik-

http://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2008/10/menangani-kemelut-ekonomi-dan-memulih-keyakinan.pdf

Tuesday, October 21, 2008

Misi Mas Darwin di Turki

Semalam saya melayari laman web Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD-ABIM) ,http://gptd.blogspot.com/ dan baru sahaja mengetahui pemergian sahabat saya ,Mas Darwin@Faiz ke bumi Turki untuk melanjutkan pelajarannya dan menyempurnakan misi dakwah GPTD Turki.

maklumat lanjut klik-

http://gptd.blogspot.com/2008/09/misi-ke-turki.html
http://gptd.blogspot.com/2008/09/salam-syahadah-dari-turki.html

Kepada Mas Darwin diucapkan selamat berjaya menuntut ilmu di bumi bertuah bumi Sultan Mohd Al-Fatih,Badiuzzaman Said Nursi,Erbakan,Erdogan,Gul dll.........

Aku merinduimu Istanbul,Turki!!!!

Tuesday, October 14, 2008

Kiai Kanjeng?

Ketika sedang melayari youtube,saya terjumpa video Kiai Kanjeng.

Saya tak berapa ingat bila kali pertama saya mendengar nama Kiai Kanjeng@Cak Nun.

Sedikit maklumat yang saya tahu sebelum ini ialah beliau antara mereka yang menyampaikan dakwah melalui seni dan ini mengingatkan saya kepada gerak kerja dakwah Wali Songo suatu ketika dahulu.

Sedikit pengenalan tentang siapa beliau-Klik

http://www.tokohindonesia.com/ensiklopedi/e/emha-ainun-nadjib/index.shtml

Untuk mendengar video beliau yang menarik-klik

http://www.youtube.com/watch?v=diTgOm1VAf8&feature=related (Lagu Lil Ilir-(ciptaan Sunan Kalijaga kalau tidak silap)mengingatkan saya kepada kenangan program Temu Pemuda Serantau 1,Kaliurang,Yogyakarta-lagu rasmi program)

http://www.youtube.com/watch?v=G4yq_KFVLXk&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=5DX2R7BTNuY&feature=related

Wednesday, October 08, 2008

Persiapan Aktivis Gerakan Mahasiswa Islam

Malam ini saya keluar makan malam dengan seorang sahabat(Hafez Sabri,bekas Presiden PEMARAK dan kini Pengerusi BERSATU-Perak) yang mengajak saya keluar makan sambil bersembang-sembang,berdiskusi,bertukar-tukar fikiran,melontar pandangan dan.....’yg sama waktu dengannya’.

Sepanjang perjalanan menaiki motor menuju ke sekitar Kerinci mencari restoran pilihan sempat kami bersembang beberapa perkara (atas motor)dan disambung semula di meja makan sebuah restoran sambil menjamu hidangan makan malam.

Beberapa topik berkaitan gerakan mahasiswa Islam menjadi pilihan diskusi kami malam itu dan hasil diskusi tersebut saya dapat membuat rumusan (sebagai persiapan aktivis gerakan mahasiswa Islam )seperti berikut:-

Membaca buku daripada pelbagai cabang bidang Ilmu pengetahuan

Adalah penting sekali bagi anak-anak muda terutamanya mahasiswa yang terlibat dalam gerakan Islam agar membaca sebanyak mungkin buku-buku daripada pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan hasil bacaan buku-buku tersebut perlu selalu dibahaskan@diskusi@bedah buku.

Kecenderungan di kalangan aktivis gerakan ialah membaca buku-buku yang bersifat ‘haraki’(terutamanya karya tokoh Ikhwanul Muslimin) namun begitu perlu juga diperkasakan pembacaan buku-buku yang bersifat ‘pemikiran’(buku Syed Mohd Naquib Al-Attas dan anak-anak muridnya sebagai contoh@’Mazhab ISTAC’.) dan bahan-bahan bacaan yang lain.

Mengetahui aliran pemikiran semasa yang berpengaruh

Aktivis gerakan mahasiswa Islam perlu memberi penekanan kepada penguasaan aliran pemikiran semasa yang banyak mempengaruhi pemikiran orang ramai sebagai contoh aliran Sosialisme,Kapitalisme,Liberalisme dan lain-lain.

Kalau dahulu pejuang gerakan Islam era akhir 60 an dan awal 70 an yang berusaha menyebarkan ’fikrah’ Islam turut mengetahui selok-belok aliran Sosialisme yang berpengaruh ketika itu barangkali era kini menuntut kita mengetahui pula selok-belok aliran liberalisme-pasca modernisme dan berusaha menonjolkan kehebatan fikrah Islam berbanding aliran pemikiran lain.

Membuat kajian tokoh-tokoh

Tokoh-tokoh reformis berpengaruh yang banyak menggerakkan perubahan(rujuk senarai tokoh pilihan saya dalam.....) perlu dikaji perjalanan hidup,sejarah perjuangan,jasa-jasa,pemikiran,karya-karya dan apa-apa sahaja berkenaan mereka sebagai pedoman ,rujukan dan suntikan motivasi buat aktivis gerakan mahasiswa Islam kini.

Tokoh-tokoh berpengaruh ini boleh diperkenalkan secara mendalam dalam siri-siri usrah ,diskusi dan sebagainya


Memperlengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran
Aktivis gerakan mahasiswa Islam perlu berusaha menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa(Bahasa Melayu,Bahasa Arab,Bahasa Inggeris,Bahasa Mandarin dan lain-lain)termasuk hebat berpidato,berdebat,berhujah atau ilmu mantik ,kemahiran ’ICT’ (komputer,internet dan sebagainya)dan lain-lain kemahiran lagi.

Penguasaan kemahiran ini amat penting sebagai nilai tambah yang dapat mengkembangkan lagi potensi individu yang terlibat dalam gerakan mahasiswa Islam untuk menjadi lebih ke hadapan berbanding mahasiswa-mahasiswa lain.

Mengadakan usrah rentas jemaah

Kebiasaanya sesuatu usrah itu diadakan dan dihadiri oleh ahli jemaah yang sama atau se’fikrah’.Usaha untuk menghidupkan usrah yang dihadiri oleh ahli daripada kepelbagaian jemaah perlu digerakkan.

Usrah rentas jemaah ini pastinya akan menemukan kepelbagaian fikrah yang pastinya lebih menyegarkan dan menghidupkan sesuatu usrah sekaligus menjadikan perbincangan dalam usrah tersebut lebih mencabar minda dan pemikiran ahli usrah tersebut.

Tidak terlampau taksub kepada jemaah atau pemikiran tokoh jemaah

Antara masalah besar yang dihadapi sebilangan mahasiswa yang terlibat dalam sesuatu jemaah@gerakan ialah ketaksuban melampau terhadap jemaah dan kepada pemikiran tokoh-tokoh daripada jemaah yang disertai.

Ahli sesebuah jemaah @gerakan perlu bersifat terbuka kepada jemaah@gerakan Islam yang lain dan bersedia mengkaji dan mengikuti pemikiran tokoh-tokoh daripada jemaah Islam yang lain atau tidak membabibuta mengikuti pemikiran tokoh-tokoh daripada jemaah yang disertai

Keseimbangan spiritualisme-aktivisme-idealisme-intelektualisme

Ketidakseimbangan aspek spiritualisme,aktivisme,idealisme,intelektualisme(maklumat lebih lanjut tentang ’4 isme’ ini boleh rujuk kepada PKPIM) mampu membantutkan perkembangan potensi kader-kader dakwah.

Tidak dapat dinafikan ada kecenderungan tertentu di kalangan aktivis gerakan mahasiswa Islam untuk lebih tertumpu kepada satu aspek daripada ’4 isme’ utama tersebut namun demikian usaha perlu dilakukan untuk memperkasakan kader-kader dakwah dengan keseimbangan antara ’4 isme’ ini tanpa mengabaikan walaupun satu aspek tersebut.


Ternyata hasil bersembang-sembang,berdiskusi,bertukar-tukar fikiran,melontar pandangan dan.....’yg sama waktu dengannya’ antara dua orang ini(saya dan Hafez Sabri) berjaya melahirkan rumusan buah pemikiran yang pastinya sedikit sebanyak dapat membantu menggerakkan dan memantapkan lagi perjuangan gerakan mahasiswa Islam di kampus .

Bagaimana pula jika ramai yang merenung ,mengamati dan berfikir walaupun sejenak?....Ayuh bersama kita berfikir dan jadi pemikir.....!!!

1020 pm
08102008
Kolej Kediaman Raja Dr.Nazrin
Universiti Malaya

Jalan-jalan di 2 buah kedai buku (Tradisi ilmu-Dakwah Corner)


7 Oktober 2008

Sudah lama saya mendengar nama Kedai Buku Tradisi Ilmu@kedai buku ABIM yang terletak tidak jauh daripada ‘Masjid bulat’di Seksyen 14(Right Angle) Petaling Jaya namun belum kesempatan mengunjunginya sehinggalah kunjungan pertama saya ke sana hari ini bersama seorang sahabat.(Hafez Sabri) .

Agak lama juga kami di sana ‘membelek-belek ‘ buku-buku pilihan sebelum kami mem’borong’nya.14 buah buku(tebal dan nipis) menarik perhatian saya untuk dibeli kali ini iaitu:-

1) Gelombang Kebangkitan Asia-(Sedutan pilihan karya Anwar Ibrahim ‘The Asian Renaissance’ Suntingan Nik Mohd Yusoff Nik Ismail)
2) Derita Seorang Pemimpin(kisah Anwar Ibahim) tulisan M.Anuar Tahir
3) Idealisme Belia-Mustaffa Kamil Ayub
4))Membina Generasi Pelajar Berilmu Penggerak Tamadun tulisan Mustaffa Kamil Ayub (Siri Pergerakan Pelajar Malaysia PKPIM)
5) Pengurusan dan pentadbiran Organisasi Pelajar-Saifuddin Abdullah,Drs Hj.Ismail Abdullah,Mohd.Sukor Abd.Manan (Siri Pergerakan Pelajar Malaysia PKPIM)
6)Muafakat Kecemerlangan Perjuangan(Koleksi sedutan ucapan penting Mustaffa Kamil Ayub-Forum Intelektual Muda Muslim Asia Tenggara
7) Ucapan dasar Presiden PKPIM Pembina generasi abad 21-Mustaffa Kamil Ayub
8) Menerajui Perubahan Politik Malaysia-Mustaffa Kamil Ayub
9) Tangungjawab Akademikus Muslim dan Islamisasi Ilmu-Ilmu Sosial-Prof Dr Ismail Faruqi
10) Islamisasi Pengetahuan- Prof Dr Ismail Faruqi
11) Islam as a pan –national movement and nation-states-Dr Hassan Al-Turabi-ABIM
12) Pemimpin Mustadh’afin –Dr Ali Syariati
13)Madaarij Antologi Puisi ABIMoleh Ustaz Niamat Yusoff(terbitan ABIM)
14) Intisari Sejarah Islam di Afrika Utara dan Sepanyol tulisanProf Dr.Abdul Halim Mat Diah terbitan ABIM

Sebaik sahaja keluar daripada pintu Tradisi Ilmu,kami terserempak dengan seorang sahabat(Mus) yang selepas itu mengajak kami mengunjungi Dakwah Corner Bookstore;kedai buku yang baru sahaja dibuka(tempat kerja sambilan Mus) yang terletak tidak jauh daripada kedai buku Tradisi Ilmu .

Dakwah Corner (mempunyai cawangan di Mekah dan Jeddah)banyak menjual buku-buku agama dalam Bahasa Inggeris dan buku-buku stok daripada Arab Saudi dan turut menyediakan sesi penerangan tentang Islam dan memberi buku tentang Islam secara percuma bagi pengunjung yang bukan beragama Islam.

Corat-coret Aidilfitri

Mendapat abang ipar daripada Indonesia

Baba dan Mama saya ke Mesir baru-baru ini (Hari raya keempat)untuk urusan perkahwinan (perkahwinan pertama adik beradik saya)kakak saya yang ketiga,Wan Saiedah Hanim yang menuntut di Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah .

Kakak saya ini berkahwin dengan pelajar Universiti Al-Azhar juga daripada Cirebon,Bandung ,Indonesia dan ini bermakna saya mendapat abang Ipar daripada negara jiran Malaysia,Indonesia .(bolehlah saya memesan buku-buku daripada Indonesia nanti kan..?)

Semakin dekat diri saya dengan negara Indonesia yang pernah saya kunjungi salah sebuah kotanya,Yogyakarta dalam program Temu Pemuda Serantau beberapa tahun yang lalu.(rujuk artikel dalam Kembara di Indonesia)

Kakak saya ketiga ini sudah berkahwin manakala saya sebenarnya 'sedang berkahwin' juga...'berkahwin' dengan buku...'berkahwin' dengan ilmu...demi mencari makna diri..demi meraih cinta Ilahi.

Pindah ke rumah baru di Kajang

3 hari sebelum I Syawal 1428 H,saya sekeluarga berpindah ke rumah baru di Kajang berhampiran sahaja dengan Kolej Dar Hikmah milik keluarga besar PKPIM-ABIM-WADAH dan tidak jauh juga dengan rumah salah seorang tokoh pilihan saya Dato Dr.Siddiq Fadzil(mantan Presiden ABIM,Presiden WADAH)

Sebelah rumah saya ialah rumah sepupu rapat saya.

Hari Raya Aidilfitri

Baju raya saya kali ini berwarna biru pekat dan saya solat sunat aidilfitri di Masjid Hasanah,Bandar Baru Bangi(sampai sahaja di sana ,solat sudah pun bermula)
Tak sangka raya kali ini dapat juga duit raya ya....terima kasih juga kepada sahabat-sahabat dari Malaysia dan Indonesia yang menghantar 'SMS' raya dengan pelbagai bentuk dan ragam bahasa nya.

Tuesday, September 23, 2008

Dialog 3 Tokoh

Abdul Hadi Awang: Sedar tak sedar,kita semua dah semakin tua...
Nik Abdul Aziz Nik Mat: Ya..Tapi jiwo ambo tetap mudo...
Anwar Ibrahim: Kita doakan anak-anak muda mewarisi perjuangan kita....

Monday, September 22, 2008

Kisah tamrin bersama Pak Imad-Usrah bersama Anwar Ibrahim

2 buah kisah menarik disampaikan oleh En. Ahmad Azam Abdul Rahman(mantan Presiden ABIM) ketika program MIFTAH 08 anjuran PKPIM di Masjid Negara yang saya hadir baru-baru ini(20 September 2008).

Pengisian beliau yang bertajuk Disiplin gerakan:Memahami dan menghayati tanzim haraki benar-benar membangkitkan semangat , meniup roh perjuangan dan menyegarkan jiwa anak-anak muda aktivis dakwah PKPIM.

Dibawah ini saya bawakan 2 kisah ringkas tersebut sebagai perkongsian dengan sahabat-sahabat sekalian.

1)Tamrin bersama Bapak Imaduddin Abd Rahim


Bapak Imaduddin Abd Rahim atau lebih dikenali dengan Pak Imad merupakan seorang aktivis dakwah dari negara jiran,Indonesia yang banyak mempengaruhi pemikiran para aktivis gerakan dakwah di Malaysia terutamanya ABIM.

En. Ahmad Azam membawa kisah bagaimana Pak Imad suatu hari memberi pengisian membakar semangat tauhid buat anak-anak muda dalam satu siri latihan –training-tamrin dakwah dan kemudiannya mencabar mereka sebagai bukti ketauhidan agar memenuhi saf-saf depan tatkala solat jumaat di Masjid Negara ketika itu .

Lantas anak-anak muda tersebut pun memenuhi setiap ruang saf depan ketika solat jumaat tersebut tanpa menghiraukan tempat yang sebenarnya disediakan khas buat pak menteri dan VVIP.Bagi mereka,di luar masjid kita mungkin terpaksa mengikuti undang-undang manusia tetapi dalam masjid ,kita hanya perlu mengikuti undang-undang Allah dan mengikut undang-undang Allah semua manusia sama di sisi Allah tanpa mengira dia itu menteri atau bukan dan oleh itu bagi anak-anak muda yang menyahut cabaran Pak Imad ini mereka juga berhak untuk memenuhi saf-saf depan ketika menunaikan solat di masjid.

Soal tauhid-keyakinan mutlak total kepada Allah yang selalu ditekankan oleh Pak Imad inilah yang berjaya melahirkan ramai aktivis dakwah yang tidak takut dan tidak gentar dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

2)Usrah bersama Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim ketika itu memimpin ABIM bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangannya .Dalam satu usrah ABIM, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor(mantan Presiden PAS) membaca dan membentangkan tafsir Fi Dzilalil Quran karangan Syed Qutb dan kemudiannya disyarah oleh Anwar Ibrahim .

Menurut En.Azzam,Ustaz Fadzil Nor ketika itu mengakui yang dia lebih memahami tafsir Fi Dzilalil Quran hasil syarahan Anwar Ibrahim daripada apa yang dia baca dan bentang sendiri.

En.Azzam juga menceritakan bagaimana Anwar Ibrahim ketika itu yang selalu usrah dan qiamulail bersama-sama sahabat-sahabatnya yang lain dan juga bagaimana Anwar Ibrahim yang selalu tidur agak lewat demi menyiapkan kerja-kerja jemaah tetapi pada masa yang sama dia juga yang bangun tidur paling awal keesokan harinya!!!







Demikianlah 2 buah kisah ringkas tetapi padat yang dapat dijadikan renungan dan pedoman buat kita semua dalam usaha menggerakkan kekuatan jemaah demi memimpin perubahan di kampus agar Islam terus menyinari dan dominan di alam kampus.

Thursday, September 18, 2008

Buku-buku atas rak buku…….

Kadang-kadang saya kasihan kepada buku-buku yang terdapat atas rak buku saya sekarang( bilik A 103,Blok A,Kolej Kediaman Raja Dr.Nazrin-Kolej 12).Seakan-akan jadi perhiasan semata-mata. Seandainya buku-buku tersebut mampu berbicara dan bersuara ,saya yakin 'mereka '(buku-buku tersebut)akan berdemonstrasi sambil memegang sepanduk dan kain rentang ’Bacalah kami!!...jangan jadikan kami hiasan semata-mata!!’ atau ’Sumber ilmu tertindas:Mana keadilan? atau Jangan rampas hak kami!!Bacalah kami!!! dan lain-lain lagi. Sebahagian daripada buku-buku tersebut telah saya habiskan bacaan namun begitu masih banyak lagi yang masih belum belum dibaca dan di ’hadam’.

Saya fikir ada manfaatnya jika buku-buku yang yang saya miliki tersebut dipinjamkan kepada sahabat-sahabat sang ulat buku yang berminat.

Di bawah ini saya senaraikan beberapa buah buku yang saya miliki ,yang ada atas rak buku saya di bilik dan yang saya tawarkan kepada sahabat-sahabat sekalian untuk meminjamnya secara percuma..

Anggaplah ini perpustakaan-khutub khannah saya ya...

Jika berminat,hubungi wan_wasif@yahoo.com@012-9312185@melalui shout box blog ini.....ok.Salam perjuangan ....

Buku Bahasa Melayu

1)Penjelasan Budaya Ilmu-Prof Wan Mohd Nor Wan Daud
2)Masyarakat Islam Hadhari suatu tinjauan epistemologi dan kependidikan ke arah penyatuan bangsa-Prof Wan Mohd Nor Wan Daud
3)Mensyukuri nikmat menginsafi amanat-Siddiq Fadzil
4)Kaum ilmuwan dan misi pencerahan-Siddiq Fadzil
5)Sains barat moden dan percanggahannya dengan Islam-Sulaiman hj Noordin
6)Islam ,al-quran dan ideologi masa kini-Sulaiman Nordin
7)Intelektualisme budaya-A.Aziz Deraman
8)Strategi dunia Islam abad ke 21-Ziauddin Sardar
9)Rahsia sukses membangkitkan ESQ power sebuah inner journey melalui al-Ihsan-Ary Ginanjar Agustian
10)Potret perjuangan mahasiswa dalam cerminan dekad-Riduan Mohamad Nor
11)Meneroka identity Islamic Jerusalem-Abd Al-Fattah el-Awaisi
12)Wahai anakku yang tercinta ;40 nasihat Imam Ibnul Wardi-penterjemah Ahmad Fahmi Zam-Zam
13)Gerakan Islam antara dua paradoks-ABIM
14)Politik Melayu dan penyatuan ummah-ABIM
15)Seruan-seruan Islam tanggungjawab sosial dan kewajipan menegakkan syariat-Kalam
Siddiqui
16)Adab-adab usrah Ikhwan Muslimin
17)20 asas kefahaman Islam
18)Cara hidup islam-Abu A’la Al-Maududi
19)Golongan yang takut kepada Islam,Mengapa?-Dr.Mohamad Naim Yasin
20)Islam dan politik kenegaraan-Dr Abd Karim Zaidan penterjemah Abd Ghani Samsudin
21)Ucapan-ucapan dasar muktamar PKPIM-ABIM-WADAH

Buku Bahasa Inggeris

1)The muslim world ;book review-The Islamic Foundation
2)The 7 habits of highly effective people-Stephen R.Covey
3)The concept of God in major religious-Dr.Zakir Naik
4)The high priests of war-Michael Collins Piper
5)Let us be muslims-Abu A’la Al-Maududi
6)Future Fastforward the Zionist Anglo-American Empire Meltdown-Mathias Chang
7)The Israel lobby and US foreign policy
8)Faces of Islam
9)The art of Japanese Management

Wednesday, September 17, 2008

Hadapi dengan senyuman -DEWA

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja
Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Monday, September 15, 2008

Pidato Sukarno


Sukarno Pidato di Depan Rakyat Jakarta-




Ceramah Sukarno -Arti Tauhid-

Sajak-Puisi WS Rendra

WS Rendra-http://id.wikipedia.org/wiki/W.S._Rendra

Revolusi - WS Rendra

http://www.youtube.com/watch?v=G46xAXYOQFg&feature=related

Sajak Sebatang Lisong-WS Rendra

http://www.youtube.com/watch?v=MQxEgrwJLkk

Puisi Pertemuan Mahasiswa-WS Rendra

http://www.youtube.com/watch?v=DdwQFoB7Tcc&feature=related

Iwan Fals - Bongkar

http://www.youtube.com/watch?v=fP99l8sz7CI&feature=related

Iwan Fals - Bongkar

Kalau cinta sudah dibuang
Jangan harap keadilan akan datang
Kesedihan hanya tontonan
Bagi mereka yang diperkuda jabatan
Ooh ya oh ya oh ya bongkar2X
Sabar sabar sabar dan tunggu
Itu jawaban yang kami terima
Ternyata kita mesti ke jalan
Robohkan setan yang berdiri mengangkang
Ooh ya oh ya oh ya bongkar2X
Penindasan serta kesewenang-wenangan
Banyak lagi...
Teramat banyak untuk disebutkan
Oh hentikan,hentikan jangan diteruskan
Kami muak,dengan ketidak pastian dan keserakahan
Di jalanan,kami sandarkan cita-cita
Sebab dirumah,tak ada lagi yang bisa dipercaya
Orang tua,pandanglah kami sebagai manusia
Kami bertanya,tolong kau jawab dengan cinta

Iftar Jamaiyy keluarga besar PKPIM-ABIM-WADAH

13 September 2008

Hari ini saya hadir ke majlis Iftar Jamaiyy keluarga besar gerakan PKPIM(anak muda)-ABIM(belia)-WADAH (veteran)dan agensi-agensi seperti Koperasi Belia Islam Berhad,Yayasan Takmir Pendidikan,Islamic Outreach ABIM(IOA),Global Peace Mission(GPM) dan lain-lain yang agensi yang mempunyai kaitan dengan keluarga besar gerakan ini.

Majlis ini mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran ramai ahli-ahli gerakan dan keluarga .Kehadiran ramai tokoh-tokoh gerakan yang berpengalaman seperti mantan-mantan Presiden ABIM; Dato Dr.Siddiq Fadzil(kini Presiden WADAH),Dr.Mohamad Nor Manuty dan ramai lagi memeriahkan lagi suasana ’hari keluarga’ ini.

Sebaik sahaja selesai solat maghrib dan sementara menanti solat Isya dan terawih,Dato Dr.Siddiq Fadzil (Presiden WADAH) menyampaikan tazkirah ringkas sebagai ganti kuliyah tafsir maudui(tafsir tematik-mengikut tema) yang sering beliau sampaikan sebagai pengisian buat ahli-ahli gerakan.

Beliau memulakan tazkirah tersebut dengan menimbulkan persoalan seandainya cucu beliau bertanyakan kepada beliau kenapa datuk berpuasa?maka akan dijawab beliau kerana ingin menemui tuhan.Beliau mengupas hadith yang menerangkan 2 saat kenikmatan bagi orang yang berpuasa iaitu tatkala berbuka puasa dan saat menemui tuhan dan juga tafsir surah Al-Qalam.

Beliau berharap kehadiran bulan ramadhan ini akan memeperkasakan lagi dimensi haraki(gerakan) dan dimensi tarbawi(pendidikan) bagi setiap ahli gerakan.

Beliau menekankan juga tentang proses transformatif dan reform man(manusia yang reform) sebagai matlamat sebaik sahaja selesai berpuasa di bulan ramadhan selain aspek integriti moral.

Dalam tazkirah ini juga beliau menyelar sikap sesetengah pihak yang suka bersumpah atau mempermainkan sumpah dan kesal dengan keadaan masyarakat sekarang yang menurut beliau seakan-akan menjadi masyarakat yang berbudaya sumpah dan mendustakan kebenaran.

Tazkirah ringkas beliau dengan pengisian tafsir tematik ayat-ayat Al-Quran dengan mengaitkannya dengan isu-isu masyarakat dan realiti semasa ternyata cukup meninggalkan kesan kepada jemaah yang hadir.Walaupun tazkirah yang disampaikan beliau agak ringkas memandangkan menghormati waktu solat Isya dan terawih tetapi ia cukup padat dan tepat serta mampu dijadikan bekalan buat ahli-ahli gerakan untuk terus berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan serta menyanggah kebatilan.

Kehadiran ke majlis ilmu ini juga dimanfaatkan saya untuk membeli 2 buah buku baru dan 1 majalah terbitan ABIM(1 set =RM 30 ) iaitu Siri Penerbitan Ta’dib Islami ;Isu-isu dalam pemikiran Islam tulisan Dr Mohd Farid Mohd Shahran(Timbalan Presiden ABIM) dan Himpunan Makalah Seminar Ta’dib Islami dan lain-lain esei serta Risalah(majalah keluaran ABIM) dan juga mendapatkan buletin percuma ,Madaniyat keluaran Kolej Dar Al-Hikmah - Akademi Kajian Ketamadunan.

3.05 am
15092008
Kolej Kediaman 12

Friday, September 12, 2008

Bedah tokoh

Bedah tokoh


Dalam usaha memperkasakan penghayatan budaya ilmu dan tradisi keintelektualan mahasiswa ,saya fikir disamping melakukan bedah buku dan membaca karya-karya besar(jiwa besar mampu dibina melalui bacaan karya-karya besar) ,mahasiswa perlu menanam tekad yang tinggi untuk mengkaji pemikiran,gagasan idea dan wawasan tokoh-tokoh melalui bedah tokoh.

Melalui bedah tokoh,mahasiswa diharapkan dapat mengetahui latar belakang,sejarah perjuangan,jasa –jasa dan yang paling penting seperti mana yang saya nyatakan di atas ;mengkaji pemikiran,gagasan idea dan wawasan tokoh-tokoh tersebut.

Berikut disenaraikan beberapa orang tokoh pilihan saya yang saya kira sesuai dijadikan mauduk pilihan wacana bedah tokoh oleh mahasiswa sang pencinta budaya ilmu dan tradisi keintelektualan.


Syed Mohamad naquib al-attas
Anwar ibrahim
Nik Abdul aziz nik mat
Fadzil nor
Osman bakar
Sidek baba
Siddiq fadzil
Burhanuddin al-helmi
Prof Zulkifli Mohamad
Prof Wan Mohd Nor Wan Daud
Prof diraja Ungku Aziz
Prof Syed Hussein Al-Attas

Mohamad Natsir
Hamka
Ali syariati
Murtadha muttahari
Ayatollah Khomeoini
Syed Hussein nasr
Ismail Faruqi
Fazlur Rahman
Badiuzaman said nursi
Hasan turabi

Yusuf Qardhawi

Sheikh Mohamad Al-Ghazali
Rashid ghounusi
Hassan al-banna
Syed Qutb
Abu Ala al maududi

Abu Hasan Ali An Nadwi
Malek ben nabi
Mohamad iqbal
Ziauddin Sardar
Malcolm x
Che guevera

Bedah buku GLOBALISASI DAN PERADABAN DI MALAYSIA

GLOBALISASI DAN PERADABAN DI MALAYSIA(Kumpulan Kertas Kerja)Penyelenggara A.Aziz Deraman,Rohani Zainal Abidin-DBP KL-cetakan pertama 2003

Globalisasi dan peradaban oleh Prof.Dr.Osman Bakar


Saya tertarik dengan tulisan Prof.Dr.Osman Bakar dalam kertas kerja ini.
Beliau membawa kenyataan daripada The Washington Post tentang trend di kalangan kaum Hispanik(mazhab Katolik)untuk meninggalkan agama asal mereka dan memeluk Islam.

PBB telah mengistiharkan tahun 2001 sebagai tahun dialog peradaban hasil daripada cadangan OIC atas desakan Iran.

Tentang Islam dan globalisasi pula beliau mengatakan ’Islam mempunyai semangat globalisme dan sangat berminat untuk melihat segala persoalan kemanusiaan dari perspektif global’

Bagi Prof.Dr.Osman Bakar ilmu adalah salah satu penggerak utama peradaban Islam

Kalau dahulu proses penjajahan agak sinonim dengan 3G-(God,Gold,Glory) tetapi sekarang (Gold,Governance,God)

Prof Dr.Osman Bakar juga mengupas bagaimana kuasa besar memanfaatkan globalisasi untuk menyebarkan Kristian,mengaut kekayaan tanah jajahan dan seterusnya membawa pulang ke negara mereka dan memaksa digunapakai sistem pemerintahan mereka.

Dalam kertas kerja ini juga beliau menyentuh soal faith-based development atau konsep pembangunan yang berasaskan keimanan dan kepercayaan agama.

Beliau juga membicarakan antara kesan terburuk globalisasi kepada maklumat dan ilmu iaitu pembanjiran maklumat yang tidak berguna.

Menurut Prof.Dr.Osman Bakar ‘maklumat y ang tidak benar dan yang tidak berguna mungkin sukar untuk dibendung daripada terus mengalir ke dalam masyarakat kita.Kalaupun ini tidak boleh disekat ,seharusnya boleh dijawab dengan maklumat dan ilmu yang benar.Kebenaran perlu disebarkan seluas-luasnya’

Saya juga tertarik dengan kata-kata beliau dalam kertas kerja ini iaitu ‘Untuk berjaya insya allah kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita terutamanya kekayaan dalaman(inner riches)yang terdapat dalam agama dan tradisi kita,baik yang berupa kerohanian mahupun yang berupa intelektual atau keilmuan’

Tulisan Prof.Dr.Osman Bakar ini wajar dibaca bagi sesiapa yang ingin mendalami lebih lanjut tentang globalisasi dan peradaban.


Masyarakat madani dalam peradaban Malaysia oleh Dato’ Dr.Siddiq Fadzil

Siddiq Fadzil dalam kertas kerja ini membicarakan persoalan masyarakat madani yang menurut beliau merupakan ‘masyarakat bertamadun yang beriltizam kepada pengangkatan martabat insan dalam aturan sosioekonomi-politik berteraskan prinsip-prinsip agama dan moral,kedaulatan undang-undang(rule of law),keadilan sosial,budaya ilmu,keluhuran budi dan kehalusan seni’

Beliau juga menjelaskan tentang beberapa persoalan tauhid dan saya cukup tertarik dengan kenyataan beliau bahawa ‘Yang ditolak oleh faham tauhid sebenarnya bukan hanya berhala-berhala fizikal tetapi lebih jauh dari itu ialah budaya dan mentaliti mem’berhala’kan seseorang dalam erti memuja dan menerima segala-gala darinya tanpa sikap rasional dan kritis’

Siddiq Fadzil juga menjelaskan pengertian adat yang mana orang Melayu sinonim dengan pepatah ’biar mati anak jangan mati adat’ dimana adat disini bukan sekadar tradisi nenek moyang tetapi merujuk juga kepada ‘adat yang sebenar adat iaitu sunnatullah dan hukum-hukum agama(kitab dan sunnah).

Ketika membicarakan hubungan antara raja dan ulama,beliau memetik catatan amanat Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang tercantum dalam Kanun Aceh Darussalam yang mana kandungannya memperingatkan zuriat pewaris takhta dengan nasihat ’raja-raja hendaklah senantiasa memandang sekalian ulama dan bermesyuarat dengan ulama dan mendengar nasihat ulama’

Ulama dalam sejarah dan tamadun Melayu menurut beliau sangat dihormati kerana ilmu dan kewibawaan moral mereka disamping mengakar di tengah umat dimana suara mereka ialah suara rakyat keseluruhannya.Ulama ketika itu juga merupakan pembimbing raja dan pendidik umat.

Menurut beliau,proses pembangunan masyarakat madani sebenarnya amat berkait dengan gerakan pencerdasan bangsa.Terbangunnya tamadun keilmuan di rantau ini disebabkan tingginya nilai ilmu dalam urutan sistem nilai ajaran islam

Turut menarik perhatian saya apabila membaca tulisan beliau ini ialah apabila beliau memetik syair yang dikarang oleh Pendeta Zaaba dibawah:-

‘martabat ilmu amat tingginya
emas dan intan bukan bandingnya
barang siapa mendapat dianya
nikmat sejahtera jua kiranya

berkata ilmu ‘akulah sultan’
kuasa perintahku laut daratan
jahil berseru ‘akulah syaitan’
ikutlah aku merata hutan’

Sikap menjunjung tinggi nilai ilmu itulah yang menjadi motivasi dalaman kepada pembinaan tamadun keilmuan dan apa yang diungkapkan oleh Siddiq Fadzil sebagai
‘revolusi celik huruf dan pemerataan budaya ilmu’.

Beliau juga menegaskan soal pencerdasan masyarakat yang mana dengan pencerdasan masyarakat inilah yang memungkinkan mereka berfikir rasional,objektif dan kritis sehingga tidak dapat diperbodoh oleh sesiapa pun.

Di samping itu beliau juga memperkatakan tentang kehidupan masyarakat Melayu tradisional yang menurut beliau merupakan masyarakat yang beradat dan berkitab serta hidupnya melayu ialah hidup dikandung adat yang bererti kehidupan yang tertib dan beradab.

’adat bapaneh,syarak balindueng
syarak mengato,adat memakai
adat dan syarak sanda manyanda
adat basandi syarak,syarak basandi kitabullah’

Demikianlah syair melayu minangkabau yang dipetik oleh Siddiq Fadzil ketika mengupas tentang gandingan syarak dengan adat yang harmonis dan juga ’syarak nan lazim,adat nan kawi’ yang membawa pengertian bahawa Melayu Minang harus hidup berlandaskan ajaran syarak(agama) yang mesti dihayati disamping adat yang diperkuat dengan muafakat.Orang yang mengetepikan prinsip tersebut dikatakan orang yang ‘berkitabullah di lengan’ membawa maksud orang yang tidak mengikut syarak dan adat.

Tulisan Dato Dr.Siddiq Fadzil ini ternyata mampu menjelaskan persoalan makna masyarakat madani yang sebenar dalam usaha membina peradaban Malaysia.


Islam dan proses politik dalam peradaban Malaysia oleh Prof.Dr.Mohammad Redzuan Othman

Prof.Dr.Mohammad Redzuan Othman dalam kertas kerja ini membincangkan tentang peranan Islam dalam proses politik tanah air.Beliau menghuraikan tentang beberapa faktor kebangkitan Islam di Malaysia antaranya melalui sumbangan institusi pendidikan(sekolah),bahan-bahan penerbitan,usrah,ceramah,forum perdana,kuliah subuh,qiamulail dan juga peranan kerajaan antaranya melalui Bulan Dakwah(tahun 78, zaman pemerintahan Tun Hussein Onn) dan dasar penerapan nilai-nilai Islam(1982,zaman Tun Dr.Mahathir Mohamad).Hasil usaha dakwah inilah terzahirnya kewujudan institusi-institusi Islam seperti bank Islam,Takaful National,UIA,YPEIM dan lain-lain.

Beliau juga membawa pengalaman gerakan Islam di luar negara seperti di Algeria dan Turki. Gerakan Islam di Algeria misalnya ,(FIS-Front Islamique du salut) yang ditubuhkan pada tahun 1989 pernah memenangi 188 daripada 231 kerusi dalam pilihanraya Algeria pada bulan Nov 1992 tetapi malangnya kemenangan mereka telah dinafikan apabila perlembagaan Algeria digantung dan FIS diharamkan serta merta dan pemimpin -ulama parti seperti Abbassi Madani ,Ali Benhij dan 30000 orang penggerak FIS telah dipenjarakan.

Di Turki pula satu demi satu parti yang berteraskan perjuangan Islam diharamkan sepertu NOP(Milli Nizam Partisi)yang diharamkan pada tahun 1971,NSP(Milli Salamah Partisi)pada tahun 1980 dan yang terakhir parti Refah pada tahun 1998.

Pilihanraya Turki 1995 menyaksikan parti Refah pimpinan Necmettin Erbakan telah memperolehi 21.3 % undi atau 158 daripada 550 kerusi dalam pilihanraya tahun tersebut yang melayakkan Erbakan menjadi Perdana Menteri kerajaan campuran Turki .Namun begitu pada tahun 1998 ,Refah telah diharamkan atas tuduhan membahayakan dasar sekular Negara Turki manakala Erbakan turut dipenjara.Datuk Bandar Istanbul,Tayyib Erdogan(kini PM Turki) juga turut dipenjara hanya disebabkan membaca sajak karya Mehmet Akif yang telah dianggap menghina institusi sekular Negara Turki!!

Pemimpin parti Refah ,Sukru Karatepe yang juga merupakan Datuk Bandar Kayseri turut dipenjara-kerana mempersoalkan dasar sekular Negara Turki apabila mengatakan semua ideologi berakhir ;yang tinggal ialah agama!!


Bagi Prof.Dr.Mohammad Redzuan Othman ,’peningkatan pengaruh Islam dalam politik bukanlah satu ancaman kepada kestabilan negara sebaliknya merupakan unsur produktif terhadap perkembangan Negara sebagaimana yang sudah dibuktikan sebelum ini.’

Tulisan beliau ini ternyata mampu dijadikan rujukan buat sesiapa yang ingin mengetahui tentang peranan Islam dan proses politik dalam peradaban Malaysia.


’’Kita lebih menghargai agama kita bila kita tahu kekurangan agama lain…..’’


’’Kita lebih menghargai agama kita bila kita tahu kekurangan agama lain…..’’

Demikianlah kata-kata yang masih saya ingat diungkapkan oleh seorang intelektual dari Indonesia ,Adnin Armas sewaktu membentangkan kertas kerja beliau dalam satu program yang saya hadiri iaitu Bengkel Pemikiran Islam Kontemporari anjuran Akademi Kajian Ketamadunan ( http://www.madaniyat.com/) di Kolej Dar Hikmah,Kajang.

Dalam bengkel pemikiran islam ini,saya dihidangkan dengan wacana pemikiran yang agak tinggi oleh para pembentang dan saya dapat rasakan sayalah peserta yang termuda dalam program ini dengan para peserta lain yang kebanyakannya penuntut Master ,PHD dan beberapa orang pensyarah universiti.

Kembali kepada kata-kata tadi,bagi saya selaku mahasiswa Usuluddin(Jabatan Al-Quran dan Hadith) memang perlu sekali saya mengetahui tentang asas agama-agama lain selain Islam terutamanya agama-agama utama seperti Hindu, Yahudi ,Kristian, ,Buddha.Kebetulan pula pada semester ini saya mendaftar subjek Falsafah beragama yang dalam silibus buku rujukannya banyak berkisar tentang asas agama-agama di dunia.

Untuk kerja khusus subjek falsafah beragama ini saya sepatutnya membuat kajian pilihan saya tentang agama Buddha namun atas beberapa masalah teknikal terpaksa ditukarkan kepada kajian tentang agama Hindu.

Barangkali saya agak berminat untuk mengkaji agama Buddha setelah asyik melihat filem-filem dan drama-drama dari negara China yang banyak menyelitkan unsur-unsur agama Buddha terutamanya dalam cerita-cerita kungfu dan kepahlawanan mereka.

Dan untuk menyiapkan kajian tentang agama hindu pula ,saya insyaallah akan menghubungi dan bertukar-tukar fikiran dengan seorang sahabat,Adam(seorang Hindu yang memeluk Islam(untuk memudahkan beliau membuat kajian tentang Islam,menurut beliau ) dan masih mencari kebenaran dan membuat kajian perbandingan antara Hindu dan Islam.)


Mengetahui asas tentang agama –agama lain bagi saya amat penting demi mewujudkan pemahaman kepada individu beragama tentang sifat toleransi ,menghormati kepercayaan orang lain seterusnya mengelakkan persengketaan antara penganut agama apatah lagi dalam kehidupan masyarakat majmuk berbilang agama di Malaysia.

Berbuka puasa-solat terawih di rumah DSAI

Selasa,9 September 2008

Malam ini saya hadir ke majlis berbuka puasa dan solat (maghrib-hajat-isya-terawih )di rumah seorang tokoh pejuang kebenaran dan keadilan,Dato Seri Anwar Ibrahim.Majlis ini diadakan untuk mendoakan kesejahteraan buat DSAI yang akan dibicarakan di mahkamah keesokan harinya.

Kebetulan dalam minggu ini saya sedang menghadam beberapa buah artikel tulisan DSAI antaranya ialah Ke Arah Mewujudkan Masyarakat Madani,Budaya Ilmu(bab daripada buku Menangani Perubahan), teks ucapan beliau sewaktu perhimpunan agung ke 12 World Assembly of Youth (1993)dan majlis penyampaian The Ismail Faruqi Award (1995) serta ulasan buku beliau Membangun Semula Makna Diri Malaysia.

Saya cuma mahu menyentuh sedikit berkenaan ucapan@tazkirah ringkas beliau sebaik sahaja selesai solat terawih antaranya berkenaan kepentingan keikhlasan dalam perjuangan dan ‘kuasa’doa .

Menurut beliau antara sumber kekuatan beliau bukanlah sekadar pidato-pidato yang mampu memukau pendengar dan karisma yang dimiliki beliau seperti yang selalu diperkatakan orang kepada beliau tetapi kerana keikhlasan dalam perjuangan dan yang lebih penting menurut beliau; banyaknya doa orang ramai kepada beliau.


Beliau juga membicarakan bagaimana orang bukan Islam yang yakin dengan perjuangan pemimpin Islam yang menentang rasuah, memperjuangkan keadilan untuk semua kaum dan agama berbanding pemimpin Islam yang korup yang mencemarkan nama baik Islam.Kehadiran pemimpin Islam yang mendapat kepercayaan orang bukan Islam untuk memerintah secara tidak langsung merupakan satu mesej dakwah kepada orang bukan Islam.

Semoga hati dan jiwa para pejuang kebenaran dan keadilan suci tulus murni ikhlas berjuang demi Allah dan doa-doa manusia beriman mengiringi perjalanan perjuangan mereka,perjuangan kita semua…..

1250 am
10092008
Kolej Kediaman 12
Universiti Malaya

3 K

Ketika sedang mengemas ’kelambakan’ nota-nota di bilik,saya terjumpa satu catatan ringkas yang saya rangka sewaktu menuntut di Nilam Puri,Kelantan(entah ketika semester-tahun berapa catatan itu ditulis)sebagai catatan peringatan buat diri sendiri.
Catatan tersebut berkisar tentang 3 K kebersihan,kesihatan,komunikasi) yang saya fikir perlu diberi perhatian dan fokus buat diri saya ketika itu.Di bawah ini saya sertakan catatan ringkas tersebut:-

Kebersihan-kemas bilik,almari,meja,pakaian ,ketrampilan
Kesihatan-sukan,makan minum
Komunikasi-ustaz,pensyarah,kawan-kawan,ibubapa dan keluarga

Kebersihan -Ketika itu bilik saya terutamanya atas meja agak selerak dengan nota-nota,buku-buku,kertas,risalah,dan dalam almari penuh dengan baju yang tidak disusun rapi.Aspek pakaian dan ketrampilan pula saya sedikit cerewet dan ingin kelihatan bersih dan kemas selalu.

Kesihatan
-Ketika itu saya agak asyik dengan buku-buku di maktabah(sehingga digelar Sohibul Maktabah oleh rakan-rakan sekelas-Majmuah 2) sehingga sanggup ponteng kelas semata-mata ingin membaca buku-buku yang cukup menarik di Maktabah Al-Malik Faisal(kalau tak silap namanya).Saya sering terlupa penjagaan aspek kesihatan diri sehingga sering mengabaikan sukan-riadhah dan makan minum yang tidak menentu jadualnya.


Komunikasi
-Ketika itu juga saya fikir saya agak kurang berkomunikasi terutamanya dengan para ustaz-pensyarah dan kawan-kawan walaupun sebenarnya ketika mula-mula menjejakkan kaki di Nilam Puri ini saya bertekad untuk rapat dan berbaik dengan seramai mungkin ustaz-pensyarah dan kawan-kawan.Bahkan ibubapa-keluarga juga seringkali saya lupa dan jarang-jarang sekali menghubungi mereka.

Apabila difikirkan semula ternyata 3K ini masih relevan sebagai catatan peringatan buat diri saya saat ini ;dulu di Nilam Puri dan sekarang di Lembah Pantai.....


220 am
04092008
Kolej Kediaman 12

Muktamar Sanawi ke 37 ABIM dan Seminar Islam dan Cabaran Semasa

16 OGOS 2008

Hari ini saya hadir ke Muktamar Sanawi ke 37 ABIM dan Seminar Islam dan Cabaran Semasa di Pusat Dakwah Islamiyah Paroi Negeri Sembilan.

Ucapan dasar Presiden ABIM kali ini bertajuk ’memperkasa perjuangan agama dan bangsa’ . (Kalau melihat daripada perspektif politik, perjuangan agama sinonim dengan PAS manakala perjuangan bangsa pula sinonim dengan UMNO dan ABIM juga memainkan peranan besar dalam penubuhan KEADILAN,semoga ABIM terus istiqamah dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan)

Saya tertarik dengan selingan selepas ucapan dasar presiden yang memaparkan sepintas lalu tentang TV ABIM;Madani Tv Network(layari. http://www.madanitv.net/).Semoga ia mampu menajdi wadah dakwah dan memberikan informasi bermanfaat kepada umat Islam seluruh tanah air.

Anugerah Khas Presiden ABIM pula dianugerahkan kepada Dato Prof Dr.Zainal Abidin Wahid,seorang pejuang bahasa ,pendidikan ,nasib orang Melayu

Saya sempat membuat beberapa catatan penting hasil Seminar Islam dan Cabaran Semasa yang diadakan sebaik sahaja selesai Muktamar ABIM .Antaranya ialah:-

Sesi 1-Dato’Dr.Hasan Ahmad-Prof.Shamsul Amri-Dato Dr.Siddiq Fadzil


Dr.Hasan Ahmad
-Beliau menyentuh sedikit situasi orang Melayu di Malaysia pasca ‘tsunami politik’(PRU 12) yang lalu.Bagi beliau yang rebah dalam PRU 12 yang lalu ialah UMNO bukannya orang Melayu.Beliau juga menyatakan bagaimana orang non-muslim menyokong pemimpin Islam yang baik dan adil dan juga bagi orang Melayu yang sinonim dengan pepatah ‘Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah’.

Beliau juga membawa kisah pertarungan Hang Tuah dengan Hang Jebat sambil menyentuh isu Anwar Ibrahim dan mengatakan barangkali anwar ibrahim itu hang jebat dan menyindir secara halus dengan mengatakan ‘hakim India anwar bebas,hakim Melayu …jail’, Islam tak ‘racist’ kata beliau.Beliau juga menyentuh tentang kepentingan memilih pemimpin dan menteri berdasarkan ‘merit’dengan merujuk kes Singapura dan Lee kuan Yew.


Dr.Shamsul Amri-Beliau menyentuh persoalan demokrasi.Bagi beliau amat penting kita mendengar dan memberi perhatian kepada suara minoriti.Beliau juga membicarakan tentang beberapa kelompok penting dalam sesebuah negara antaranya kelompok politik,kelompok komunity based society,organization, dan kelompok elektronik.


Siddiq Fadzil
-Beliau membicarakan persoalan berkaitan daulah syuriah,syura,musyawarah dan membandingkannya dengan persoalan demokrasi.
Bagi beliau amat penting sistem demokrasi itu disesuaikan dengan konsep syura dimana konsep dan nilai-nilai Islam harus dihormati.Bagi beliau juga yang dapat menyatukan orang Melayu di Malaysia ini ialah institusi raja-raja dan beliau juga menegaskan perbezaan antara raja sebagai individu dan juga institusi.

Konsep raja sebagai ’bayangan tuhan di muka bumi’ yang sinonim dengan orang Melayu dahulu bagi beliau tidak lain merujuk kepada persoalan ’pemerintahan kamu harus melambangkan keadilan Ilahi’.Rajalah tempat orang lemah dan teraniaya mendapat pembelaan kata beliau.Beliau juga menyentuh sepintas lalu konsep Melayu Islam Beraja seperti mana yang diamalkan di negara Brunei .

Sesi 2- Dr.Awang Sariyan-Prof Wan Mohd Nor Wan Daud

Dr.Awang Sariyan
-Beliau menyentuh soal falsafah pendidikan Islam .Disamping itu beliau menegaskan tentang kesatuan akidah dan juga kesatuan bahasa Melayu dalam konteks umat Islam di Malaysia.Beliau menjelaskan kepentingan menggunakan Bahasa Melayu baku-seragam dan bagaimana bahasa itu mencerminkan sesebuah fikiran mengambarkan ketinggian tamadun.Beliau menjelaskan salah satu wasiat Hasan Al-Banna berkenaan pentingnya mempertahankan bahasa Arab baku.

Dr.Awang Sariyan turut menyentuh keunikan huruf tulisan jawi misalnya ‘pa,cha,nga,ga’ dan beberapa persamaannya dengan bahasa Arab .Beliau meluahkan rasa kekecewaan beliau dengan langkah kerajaan memperkenalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan juga langkah menghadiahkan I juta bagi setiap atlet yang meraih emas Sukan Olimpik dan pada masa yang sama terus meminggirkan peranan para ilmuwan.

Bagi beliau ,kita telah zalim apabila kita menafikan sumbangan dan peranan ilmuwan.Beliau juga membicarakan kaitan linguistik bahasa dengan Islam yang sering diabaikan oleh umat Islam.Beliau turut mengkritik program television pada masa kini yang banyak menganjurkan budaya hedonisme yang tiada nilai ilmu langsung.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud
-Beliau membicarakan kepentingan Bahasa Melayu yang diperkasakan pandangan alam,makna diri dan kandungan hidup Islam.Bagi beliau kuasa politik boleh hilang,tetapi kuasa ilmu tak boleh hilang.Beliau turut menyentuh apa yang beliau anggap ‘the clash of worldview’ atau pertembungan pandangan alam.

Di samping itu beliau turut membicarakan persoalan kefahaman yang dipancarkan melalui bahasa Melayu,proses deislamisasi dan Islamisasi dan menjelaskan apa yang diperkatakan oleh guru beliau ,Syed Moh Naquib AlAttas tentang bahasa Melayu sebagai ‘a family of Islamic language’Ilmu menurut beliau akan memberi arah kepada politik dan menguatkan ekonomi sesebuah negara dan beliau menegaskan kepentingan bagi kita menggunakan akal yang sihat dan ilmu yang dalam.


Beliau turut mengupas tentang bagaimana Solahuddin Al Ayubi dapat membebaskan AL-Quds yang sebenarnya tidak dapat dinafikan hasil sumbangan buah pemikiran Imam Al-Ghazali yang diterimanya melalui Abdul Qadir Jailani anakmurid Imam Al-Ghazali yang menjadi guru kepada Solahuddin Al Ayubi. Prof Wan Mohd Nor turut menegaskan kepentingan umat Islam untuk kembali kepada sumber yang muktabar.

Sesi 3- Prof Dr.Redzuan Osman-YB Dr.Fuad Zarkashi

Prof Dr.Redzuan Osman
–Beliau membuat analisis keputusan Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.Melalui fakta dan statistik beliau menerangkan kedudukan kerusi orang Melayu-Islam dalam DUN dan Parlimen Malaysia.Beliau menjelaskan tentang sejarah politik Malaysia bermula sebelum kemerdekaan sehingga kini dan menegaskan cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu-Islam terutamanya kesan ‘tsunami politik ‘ yang lalu.

Menurut beliau 4 perkara utama yang dijamin Perlembagaan Malaysia iaitu hak keistimewaan Melayu,raja-raja Melayu,bahasa Melayu,agama Islam perlu dipertahankan habis-habisan oleh semua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu-Islam.Beliau turut mendedahkan tuntutan 18 perkara Hindraf yang cukup berbahaya dan salah satunya ialah ingin menamatkan hak keistimewaan Melayu.Beliau menyeru orang Melayu-Islam agar bersatu padu dan kenal pasti siapa kawan siapa lawan.

YB Dr.Fuad Zarkashi-Beliau menyentuh soal kesungguhan dan kejujuran politik.Beliau menegaskan pentingnya orang melayu agar sentiasa berstrategik,dan mengamalkan kebijaksanaan dalam politik dan tidak memiliki apa yang dipanggil ‘mentality minority’. Beliau menganggap Umno sebagai alat bukan matlamat dan menyeru orang Melayu-Islam agar bermuafakat,.Beliau menegaskan kepentingan mencari apa yang salah daripada mencari siapa yang salah.Beliau turut menegur kesilapan media massa terutamanya akhbar Melayu yang semakin hilang fokus.

Seminar Islam dan Cabaran Semasa ini diakhiri dengan 6 Resolusi Paroi yang dibacakan oleh Presiden ABIM,Yusri Mohamad.

Sebaik sahaja selesai Muktamar Sanawi ke 37 ABIM dan Seminar Islam dan Cabaran Semasa,saya dan 2 orang sahabat pulang ke UM dengan menumpang kereta anak lelaki kepada Tan Sri Sanusi Junid(bekas ABIM,UMNO dan Presiden UIAM yang dipecat)Dan dalam keretanya,sembang kami membincangkan beberapa isu berkenaan perjuangan Melayu-Islam,punca pemecatan ayahnya,isu politik tanah air,isu minyak, ,isu gerakan mahasiswa,perniagaan dll…..

Sekelip mata bagai dirasa

Sekelip mata bagai dirasa
Pertemuan insan yang menyangka
Selamanya tenggelam bergurau senda
Hanyut dilambung sorakan ketawa
Berakhir mimpi terlakar nostalgia
Perpisahan akibat cemburu masa
Kembali diri ke alam nyata
Semoga bertemu di puncak sana


Nilam Puri
12022006
4.45 pm

MAHA 2008


20 Ogos

Hari ini saya berkunjung ke MAHA yang mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Malaysia..Bas mewah disediakan secara percuma buat para pengunjung dan saya menaiki bas percuma tersebut di Serdang menuju terus ke MAHA.Tapak MAHA cukup luas dengan pelbagai jualan dan pameran merangkumi buah-buahan,benih tanaman tumbuh-tumbuhan,ternakan haiwan,dan produk-produk pertanian tempatan dan luar negara.

Di sana saya sempat mengunjungi pelbagai jenis pameran dan merasai pelbagai jenis makanan dan minuman yang disediakan.


Saya sempat juga terserempak dengan encik Abdul Halim, ’saintis dunia’(yang popular dengan stail pemakaiannya berjubah dan berserban sambil mengantungkan kad bertulis anataranya’saya saintis terhebat di dunia’ dll) yang sedang mengajar Matematik kepada orang ramai .

Dengan krisis makanan yang melanda dunia pada hari ini,diharapkan rakyat Malaysia sedar dan insaf tentang kepentingan pertanian .Pertanian suatu perniagaan.....

Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran JAKIM

17-19 Ogos

Hari ini saya hadir menyaksikan Tilawah Al-Quran Antarabangsa anjuran JAKIM Setelah hampir 50 tahun diadakan di Kuala Lumpur,tilawah kali ini buat pertama kalinya beralih tempat ke luar Kuala Lumpur dan kali ini Terengganu menjadi tuan rumahnya.Tilawah kali ini diadakan di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man tempat didirikan masjid kristal dan monumen-monumen masjid dunia yang cukup kontroversi ini.

Qari dan Qariah dari pelbagai negara turut serta dalam tilawah ini yang diadili oleh para hakim yang berpengalaman luas dalam bidang Al-Quran dari pelbagai negara

Saya sempat meluangkan masa berkunjung dan ‘ tawaf ‘masjid kristal untuk melihat kehebatannya yang digembar-gemburkan ini dan sayangnya saya merasakan tiada apa-apa yang menarik pada masjid kristal ini melainkan lampu-lampu pelbagai warna yang silih berganti menghiasi kubahnya.

Masjid semewah dan semahal ini malangnya didirikan jauh dari kawasan penduduk dan masyarakat dan juga tidak dibuat solat jumaat disini.Barangkali masjid ini didirikan sekadar hiasan ataupun sekadar produk pelancongan ataupun…….menghabiskan wang rakyat semata-mata!!!

Sunday, September 07, 2008

LIQA DU'AT PMIUM-PKPIM-KARISMA-TERAS(UNIVERSITI MALAYA)

LIQA DU'AT (Siri 3)
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia(KARISMA)
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
(kampus Universiti Malaya)

Sabtu,6 September 2008

Beberapa kelemahan yang boleh membantutkan gerak kerja dakwah di kampus Universiti Malaya telah dikenalpasti antaranya ialah:-

1)Kegagalan aktivis dakwah memegang tampuk kepimpinan di kolej-kolej kediaman dengan fokus utama kepada Balai Islam@Surau kolej-kolej kediaman

2)Kekurangan sebaran artikel@risalah dakwah di kolej kediaman terutamanya penyebaran artikel@risalah dakwah dari bilik ke bilik penghuni kolej kediaman.

3)Masalah kewangan@dana untuk menggerakkan aktiviti dakwah di kampus

4)Kekurangan tenaga kerja @komitmen ahli untuk menggerakkan program-program dakwah kampus

5)Kekurangan penglibatan dan sambutan mahasiswa dalam program- program yang dianjurkan

6)Kegagalan mendekati dan menyampaikan dakwah kepada mahasiswa bukan Islam.
7)Kelemahan penghayatan budaya ilmu dan tradisi keintelektualan di kalangan aktivis dakwah kampus

Beberapa cadangan telah dilontarkan untuk memperkasakan lagi dakwah di kampus Universiti Malaya antaranya ialah:-

1)Kerjasama bersepadu antara jemaah dakwah di kampus dalam menjayakan sesuatu program

2)Memanfaatkan para pensyarah aktivis dakwah yang sedia ada di Universiti Malaya

3)Pembahagian fokus bagi fakulti dan kolej kediaman antara jemaah dakwah di kampus

4)Membawa masuk tokoh-tokoh @NGO dakwah@agensi kerajaan yang menjaga hal-ehwal Islam ke kampus bagi membuat pengisian dalam program dakwah di kampus

5)Penyelarasan jadual @takwim bagi mengelakkan pertembungan program antara jemaah-jemaah dakwah di kampus

6)Mengadakan usrah rentas jemaah di kalangan pimpinan jemaah dakwah di kampus

7)Menyebarkan artikel@ risalah dakwah dalam pelbagai bahasa kepada mahasiswa bukan Islam

8)Gerak kerja berkumpulan dalam menyebarkan sebarang artikel@risalah kepada para mahasiswa di kampus

9)Mengadakan kerjasama @program bersama dengan persatuan-persatuan agama bukan Islam

10)Memanfaatkan teknologi seperti email,yahoogroups,blog,laman web dan lain –lain untuk gerak kerja dakwah

11)Mengadakan bedah buku@karya-karya besar dan kajian terhadap pemikiran tokoh –tokoh terkemuka

Disediakan oleh,
Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad

Thursday, September 04, 2008

Hijrah 16 September???

Ketika sedang melayari blog sahabat-sahabat,saya terjumpa blog ini http://masdarwahid.blogspot.com/.
Saya tertarik dengan lirik lagu di bawah yang diubahsuai daripada lirik sebuah lagu yang seringkali berkumandang tatkala menyambut tahun baru hijrah-'Maal Hijrah'


16 SEPTEMBER DETIK PERMULAAN,
PERKIRAAAN TAHUN MALAYSIA HIJRAH,
PERPINDAHAN Y.B. DAN RAKYAT MALAYSIA,
DARI PARTI BEE END KE PAKATAN RAKYAT.

ATAS KEYAKINAN DAN IMAN YANG TEGUH,
PUAK BEE END DAN PR BERSATU,
RELA BERKORBAN HARTA DAN NYAWA,
DEMI MENEGAKKAN ISLAM TERCINTA.

HIJRAH ITU PENGORBANAN,
HIJRAH ITU PERJUANGAN,
HIJRAH ITU PERSAUDARAAN,
HIJRAH MEMBENTUK PERPADUAN.

OLEH ITU MARI SEMUA,
KITA SAMBUT HIJRAH MALAYSIA,
TINGKATKAN SEMAGAT TEGAKKAN SYIAR ISLAM,
UNTUK SEPANJANG ZAMAN.

-sumber http://masdarwahid.blogspot.com/

Hijrah 16 September???Apapun saya lebih berminat dengan 'hijrah Ramadhan' dan mungkinkah hijrah 16 September itu bakal menjadi sebahagian daripada 'hijrah ramadhan'.......???

Jumlah pengunjung

web statistics