Monday, July 30, 2012

Malaysia-Turki

Semakin ramai rakyat Malaysia menuntut ilmu di Turki membenarkan kata hikmah ''Tuntutlah ilmu walau ke negara Turki '' opps...:) Rakyat Turki yg menuntut ilmu-berkerja di Malaysia pun semakin ramai.Apatah lagi yg meningkatnya perkahwinan antara rakyat Malaysia-Turki Bahkan ada kumpulan di Universiti Facebook ini :MY TURK (Malaysian Turk's United) http://www.facebook.com/groups/187326534628029/ Ada kawan lelaki (Malaysia) bila saya beritahu semakin bertambah perempuan Malaysia berkahwin dgn lelaki Turki dan dia menjawab lebih kurang begini :'Patutlah lelaki Malaysia macam aku tak laku-laku ! " Dalam hati saya menjawab ''Sabar,kawanku.Mungkin jodohmu dengan perempuan Mongolia ke Burkina Faso ke Trinidad n Tobago ke Zimbabwe ke Timor Leste ke dll.....sabar,sabar,sabar.....''

Tarq Ramadhan dan ISA ?

Dalam siri maraton ceramahnya di Malaysia (IKIM-Renaissance Hotel-ISTAC-Kolej Dar Hikmah-IAIS-UIAM) yg saya ikuti,Tariq Ramadhan menyindir-menempelak-'menampar pipi' kelompok yg berani membicarakan soal luar negara (seperti di Guantanamo Bay-Iraq-Afghanistan-Palestin dll) tapi berdiam diri dgn apa yg berlaku di tanah air sendiri.(+ tahanan tanpa bicara-siksaan-dera di penjara dll)

Can we live inside the doughnut? Why the world needs planetary and social boundaries

https://www.youtube.com/watch?v=PCAx3TG8LkI&feature=player_embedded Introducing 'The Doughnut' of social and planetary boundaries for development http://www.oxfamblogs.org/fp2p/?p=8696 Can we live inside the doughnut? Why the world needs planetary and social boundaries

Ramadhan:Dato Dr Siddiq Fadzil

''Hari-hari Ramadhan sedapat mungkin kita padati dengan amal yang meliputi tiga tonggak misi tarbawi tersebut: tilawah yang kita hayati dengan amal tadarrus, membaca ayat-ayat kitab suci Ilahi secara yang lebih serius dan intensif; tazkiyah yang kita hayati dengan amal pemurnian dan penyihatan hati serta peningkatan kewaspadaan batin demi menghindari hal-hal yang mencemarkan kejernihan hati yang sedang berpuasa; sementara ta`lim pula kita hayati dengan pelbagai kegiatan keilmuan -- ceramah, taklim, tazkirah dan yang sejenisnya. 3T adalah gabungan padu kekuatan transformatif (quwwah taghyiriyyah), pencetus perubahan mendasar yang ditandai perbezaan nyata antara sebelum dengan sesudahnya. Kata min qabl… (meskipun sebelumnya…) dalam ayat tersebut adalah kata yang kental dengan makna transformasi, radical departure, perubahan radikal kaum mukminin generasi nabawi - dari gelita kesesatan kepada benderang cahaya kebenaran. Memang al-Rasul s.`a.w. adalah model terunggul pemimpin transformatif yang melahirkan umat baru, umat yang memiliki segala ingredients untuk memimpin dan menyelamatkan dunia''-Dato Dr Siddiq Fadzil

Arabisasi di negaraku,,,

.'Arabisasi' semakin rancak di Malaysia.Ramai yg tak tahu beza antara Arab dan 'Islam' .Asalkan 'berbau Arab' pakaian-makanan-bahasa-budaya-tokoh dll semuanya dianggap mewakili 'Islam' Orang Arab tengok pun terkejut beruk sambil berkata 'enta lebih Arab dari ana ,lah ! ''

satu ramadhan di negara kaya minyak

malulah buat pendokong regim negara kaya minyak yg memonopoli kekayaan hasil minyak !!! Kalau nabi masih hidup,pasti nabi tak akan tinggal di 'negara itu'....:)

menara jam...pengurusan masa?ketepatan masa?

http://www.youtube.com/watch?v=0cSUB0pS7MA&feature=share semoga menara jam ini bukan sekadar hiasan-saja dibina untuk perhabis duit hasil mahsul minyak...bagaimana dgn pengurusan masa?ketepatan masa?.....

pendekatan CINTA bukan marah membabi buta !

pendekatan CINTA bukan marah membabi buta ! http://thedebateinitiative.com/2012/07/04/muslims-engaging-christian-missionaries-at-the-2012-arab-festival-of-dearborn-michigan-usa/

Smile...:)

''Kalau saya senyum Awak mesti senyum sekali Kalau kita senyum Semua orang berjangkit Bila semua orang senyum Dunia tiada penyakit'' :) One of Imam Zaid Shakir's part advice to the Rihla students: Smile... it's the prophetic way. Smile. Rihla 2012

Rihla...

Rihla 2011 tahun yg lalu saya bertembung dengan rombongan mereka di Sulaymaniye Camii ketika solat Jumaat dan disinilah kali kedua saya bertemu Recep Tayyip Erdogan(selepas kali pertama ketika solat subuh di Eyup Camii yg jemaahnya melimpah ruah seperti solat jumaat di masjid2 besar di Malaysia) dan Hamza Yusuf - Imam Zaid Shakir serta rombongan Rihla 2011 nya Selepas membaca tentang program Rihla ini,saya terfikir apa kata kita adakan program sebegini di Malaysia.Tiada Haghia Sophia,Blue Mosque ,Grand Bazaar dll.Kita kan ada Muzium Kesenian Islam,Masjid Negara-Masjid Jamek,Pasar Seni dll....:) http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150915902882121.402610.287385547120&type=1

WINNING OVER HEARTS AND MINDS through KNOWLEDGE, GOOD CHARACTER and DIPLOMACY

''They spoke about the Conquest of Constantinople from the Byzantine Empire and related it to a believer’s modern day victory by explaining that although past conquests were about conquering walls and physical space, modern day conquest is about WINNING OVER HEARTS AND MINDS through KNOWLEDGE, GOOD CHARACTER and DIPLOMACY'' http://reflections.deenintensive.com/p713/

Does Islam need Reformation? Debate at SOAS - Mustafa Akyol vs Abdullah al Andalusi

http://www.youtube.com/watch?v=qYiQK-VRNS0&feature=share Does Islam need Reformation? Debate at SOAS - Mustafa Akyol vs Abdullah al Andalusi

Can Islamists be liberals ?

http://www.nytimes.com/2012/05/14/opinion/can-islamists-be-liberals.html?_r=1&smid=fb-share

Jejak Sang Sufi: Hamzah Fansuri dan Syair-syair Tasawufnya oleh Abdul Hadi W.M.

http://salihara.org/community/2012/07/23/jejak-sang-sufi-hamzah-fansuri-dan-syair-syair-tasawufnya

rasional?muktazilah?

istilah ''rasional''-rational ini kadangkala cukup ditakuti oleh sesetengah pihak.Dan bagi melawan kelompok yg pro ''rasional'- rational ini,mereka selalunya akan cop lawan mereka ,''muktazilah'' .Siapa sebenarnya ''muktazilah'' ini ya ? Di sekolah menengah dahulu,bila seorang ustaz bahas tentang kelompok muktazilah ini ,nama 'Wasil ibn Ata ' selalu disebut-sebut.Dan ustaz itu pernah pandang saya sambil menyatakan lebih kurang begini ''wasil ibn ata.bukan Wasif Wan '..mmm..wasil vs wasif : was-was ??? :) Aqal rasional:gunakan tanpa was-was....:)

Yunus Emre and humanisme

http://www.stwing.upenn.edu/~durduran/yunus/

God Is Beautiful and He Loves Beauty

http://www.huffingtonpost.com/muqtedar-khan/god-is-beautiful-and-he-loves-beauty_b_1692400.html God Is Beautiful and He Loves Beauty

Tsundoku ?

dengar nasihat cucu cicit Doraemon-Nobita-Sizuka dan rakan-rakannya....
daripada tak beli buku langsung-tak ada buku-tak baca buku langsung(pinjam buku orang) lebih baik beli buku tapi tak/belum bacanya lagi,kan ? bukan tak baca sebenarnya kan cuma perlu menunggu giliran..kena beritahu buku2 tu 'sila tunggu giliran anda'...:)

Yusuf Qardhawi dan kebangkitan rakyat

buku ini sebenarnya terjemahan himpunan khutbah-fatwa-kenyataan media-ucapan-wawancara Yusuf Al Qaradhawi khusus tentang 'revolusi' di Mesir,dan laporan berita tentang beliau(termasuk laporan negatif) antara isi menarik dalam buku ini ialah artikel desakan beliau agar Husni Mubarak meletakkan jawatan(sebelum digulingkan),pandangan tentang demonstrasi-protes,nasihat khusus untuk anak muda penggerak 'revolusi',fatwa balas beliau terhadap mereka yg anti demonstrasi-pro Husni Mubarak,khutbah Jumaat pasca 'kemenangan' di Dataran Tahrir,Qardhawi - Khomeini,Qardhawi-Ikhwan,ketua Mossad ajak Netanyahu damai dgn Qardhawi,artikel 'tolak kepimpinan Qardhawi'-'pandangan pusat kajian Zionis tentang Qardhawi,tentang Mesir dan Sekularisme dll....... antara buku yg masuk senarai wajib dibaca (juga dipromosi secara tidak langsung oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dalam siri pidatonya(dan di Twitter) Memang Qardhawi bukan satu-satunya tokoh yg perlu diberi perhatian dalam membincangkan 'kebangkitan rakyat' ini.(kerana ramai lagi tokoh yg terlibat secara langsung di Dataran Tahrir)tetapi suara dari Doha,Qatar ini wajar diberi perhatian.... Ada yg mengkritik beliau kononnya beliau berani 'berpencak silat' dari jauh sahaja dalam keadaan selesa di Doha,Qatar tetapi mereka perlu ingat ramai yg bila berada dalam keadaan selesa,menikus(tikus ?),membisu-berdiam diri-kecut-tak punya keberanian menyatakan kebenaran atau lebih suka membicarakan isu-isu kecil-isu-isu 'selamat' demi menjaga 'kerusi', 'periuk nasi' dan PERUT mereka.....

parti politik baru ?

lagi parti politik baru bakal ditubuhkan di tanah airku...mmm..kawan di FB siap ajak saya menyertai mesyuarat parti politik itu...haha..lawak Ramadhan..membaca proposal asas -manifesto ringkas parti baru itu buat saya gelak terguling-guling...mereka mahu menjadikan Malaysia ni seperti di Arab Saudi ke Iran ya ?...:)..mmm..tak apalah..beri mereka peluang..sekurang-kurangnya mereka siapkan proposal ringkas(proposal kita di mana ya?)..semangat anak muda(moga bukan semangat buih pepsi)..tapi semangat sahaja tak cukupkan..sebab itu perlu ada idea dorongan-bahas pemikiran2-bedah buku-wacana-debat-program2 ilmu-keintelektualan-berfikir kritis..bahaya ikut 'sunnah' 'katak bawah tempurung'- duduk dalam kepompong sendiri-akhirnya : berkhayal ! cukup dah kot parti2 politik di Malaysia ni,kuatkan dan banyakkan lagi NGO-yayasan2 pula tau...:)

Erdogan-Hamas

Some 500,000 Palestinians, mostly refugees, are believed to be living in Syria. Palestinian authorities are concerned about the safety of Palestinians and are reportedly in touch with both the Syrian administration and the opposition to prevent the Palestinians in Syria from being dragged into the conflict. Palestinian groups in Syria are known to be divided, with some parties, such as the Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP), supporting the Assad regime while others join the opposition. Citing Palestinian Authority officials, The Jerusalem Post recently reported that several Palestinians have been kidnapped and killed by unidentified gunmen in different parts of Syria. In the worst incident of violence involving the Palestinians, 16 members of the Palestine Liberation Army, which is backed by the Syrian authorities, were killed after gunmen stopped their bus and kidnapped them. The bodies of the Palestinians, whose throats had been slashed, were later discovered in an open field in the suburbs of Damascus. Palestinian sources believe the perpetrators belonged to the Free Syrian Army and other opposition groups. But with dozens of Palestinians joining the ranks of the opposition Free Syrian Army, the Palestinian authorities are concerned that the Palestinians could be targeted by the Syrian army. “Our main concern is that the Syrian army will now start attacking Palestinians under the pretext that they are fighting the terrorists,” The Jerusalem Post quoted a Palestinian Authority official as saying. “We are deeply concerned that Palestinians will pay a heavy price in this civil war.” Ties between Turkey and Hamas, which rules Gaza, have been developing since Turkey's alliance with Israel collapsed over a deadly raid by Israeli troops on a Turkish aid ship bound for Gaza in 2010. http://www.todayszaman.com/newsDetail_getNewsById.action?newsId=287633&fb_action_ids=10151064924482728&fb_action_types=og.recommends&fb_source=aggregation&fb_aggregation_id=288381481237582

The AKP after ErdoÄŸan

http://www.hurriyetdailynews.com/the-akp-after-erdogan-.aspx?pageID=238&nid=25739 The AKP after ErdoÄŸan

Turkish Islam and Secular State: The Gulen Movement

http://www.amazon.com/Turkish-Islam-Secular-State-Contemporary/dp/0815630158 http://books.google.com.my/books?id=OZbyz_Hr-eIC&pg=PA269&lpg=PA269&dq=turkish+islam+and+the+secular+state+the+gulen+movement&source=bl&ots=eWmnwJt_V5&sig=QBPC5fcgQJ5G3rKlbmt6QWmv9yU&hl=en&sa=X&ei=XRURUMz0K4WnrAef9oGIBA&ved=0CG8Q6AEwCQ#v=onepage&q=turkish%20islam%20and%20the%20secular%20state%20the%20gulen%20movement&f=false http://ejts.revues.org/index469.html http://commontablesblog.blogspot.com/2008/02/turkish-islam-and-secular-state.html http://www.meforum.org/1531/turkish-islam-and-the-secular-state http://www.fountainmagazine.com/Issue/detail/Turkish-Islam-and-Secular-State-The-Gulen-Movement

Erdogan dan staf...

''ErdoÄŸan is a politician who has very strong political instincts and intuition. He also has a strong, strategic perspective. He makes careful calculations while designing the game and implements his plans patiently and carefully. His political career shows that he has not made a major political error in choosing his political staff.'' http://www.todayszaman.com/columnistDetail_getNewsById.action?newsId=286502#.UBESmTYzbP0.facebook

dimana-mana sahaja berlaku penindasan,disitu kita perjuangkan keadilan

Rohingya ke Syria ke Palestin ke Afrika Selatan ke Somalia ke Congo ke.....dimana-mana sahaja berlaku penindasan,disitu kita perjuangkan keadilan ....kerana kita manusia dan punya perikemanusiaan..

PKPIM

''PKPIM harus berkemampuan dari segenap segi bagi menawarkan perkhidmatan terbaik sebagai ‘partner in problem solving’.Pada masa yang sama ,program-program pengisian yang ditawarkan haruslah mempunyai keunikan tersendiri,dinamik,kreatif,inovatif,komprehensif,efektif,efisien,’mesra orang muda’,berorientasikan misi dan bukan hanya ‘programme oriented’ yang bersifat ‘touch and go' ''-Ucapan Dasar MPAT ke 43 PKPIM ''Memperteguh jati diri menganjak kebangkitan generasi muda'' oleh Mohamad Raimi Ab.Rahim -13-15 Ogos 2004) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Yusuf Al-Qaradhawi dan Kebangkitan Rakyat

''...saya tidak akan mengenepikan kebenaran walaupun terpaksa menghabiskan umur saya padanya,sedangkan umur saya hanya tinggal sedikit,demi Allah,saya tidak akan tukar kebenaran dengan kebatilan,tidak akan jual agama untuk dunia,dan saya tidak akan menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah ''-Yusuf Al-Qaradhawi dan Kebangkitan Rakyat,buku terbaru terbitan Abim Pusat

SaveMaryam vs SaveMaria

Menurut Pew Research Centre, Islam telah menjadi agama yang berkembang pesat di Eropa di mana jumlah Muslim telah mejadi tiga kali lipat sepanjang 30 tahun terakhir. 54 juta Muslim tinggal di Eropa pada tahun 2007. Jumlah Muslim adl 8 % di Perancis (dan kini ada 2 menteri Muslim di kabinet), 6 % di Belanda, 4 % di Belgia dan Jerman, dan 3 % di Inggris. Di Amsterdam, Brussels dan Marseilles ada 20-25 % Muslim. Di Birmingham, Cologne, Copenhagen, Leicester, London, Paris, Rotterdam, Stockholm, Strasbourg & and The Hague ada 10-15 % Muslim. Dan 5-10 % di Antwerp, Berlin, Hamburg and Vienna. Setiap tahunnya jumlah populasi Muslim meningkat sebanyak 1 juta setiap tahunnya di Eropa karena jumlah kelahirannya 3 kali lipat dari non-Muslim. Jumlah populasinya akan meningkat duakali lipat sedangkan jumlah Non-Muslim akan turun 3.5%. Diperkirakan pada tahun 2050 jumlah Muslim di sluruh benua Eropa mencapai 20% dan jika Turki masuk Uni Eropa menjadi 50%. Nama Muhammad kini menjadi nama paling populer untuk anak laki-laki di 4 kota besar di Belanda. Jumlah Muslim di Spanyol meningkat 10 kali lipat, dan akibat angka kelahiran juga orang Spanyol populasinya akan menurun setengah dalam dua generasi sedangkan keturunan imigran Muslimnya akan meningkat menjadi 4 kali lipat. Benua Eropa akan menjadi negeri-negeri Muslim kecuali Vatikan. [SaveMaryam versus SaveMaria] - dari FB sahabat sekuliah Universiti Facebook,Chen Chen Muthahari

Gulen-Erdogan

''The public does not yet know what the “community” (cemaat) actually is and who is running them. According to some, this group is in a power struggle with the ruling Justice and Development Party (AK Party); according to others, it is a mysterious organization. As a matter of fact, we cannot say that even the AK Party knows what the community really is. It is a nongovernmental organization (NGO). It is made up of individuals who have extremely strong ties with each other, who support each other enormously and where each individual who has received support contributes back with their “service.” The community does not run for government. It is not involved in power struggles. On the other hand, it supports political parties that are in line with its own principles. Thus, it makes its power felt. It shares power to a certain extent. '' http://www.hurriyetdailynews.com/how-do-erdogan-and-gulen-view-each-other-.aspx?pageID=449&nID=23576&NewsCatID=405

Rohingya

kawan Rohingya kenalan di satu program Rohingya di KL hantar mesej cerita tentang perkembangan terkini Rohingya,katanya (selepas disesuaikan ayat2nya): ''hanya Tuhan saja mampu menyelamatkan kami,ayah(83 tahun) dan ibu saya kini tidak lagi boleh keluar rumah seperti biasa(bimbang dibunuh),mereka tuduh kami orang luar(bukan Myanmar),di negara lain,kalau seorang sahaja mati,badan2 hak asasi manusia akan masuk campur-pertahankan hak,tapi bila seorang demi seorang kami mati,mereka diam saja'' Kesimpulan ringkas:Semoga kita benar-benar memperjuangkan hak asasi manusia

Puasa :Nurcholis Madjid

''Puasa dengan ajaran takwanya sesungguhnya melatih kita untuk jujur kepada diri sendiri.Jujur kepada Allah berarti juga jujur kepada diri sendiri.Jika kita menyadari adanya Tuhan,dan menyadari hadirnya Tuhan dalam hidup,maka akan menimbulkan sikap jujur kepada diri sendiri,selanjutnya kepada orang lain.Bersikap suci kepada diri sendiri akan berimplikasi pada bersikap suci kepada orang lain.Manusia itu suci,karena itu,harus bersikap suci kepada manusia yang lain''-Nurcholish Madjid@Cak Nur ,''Tidak sekadar puasa badani'' buku ''Pesan-pesan Takwa Nurcholish Madjid:Kumpulan Khutbah Jum'at di Paramadina ''

illuminati-teori konspirasi blablabla....

rajin betul geng2 pengkaji Illuminati ni buat kajian tentang illuminati ni..habis simbol-logo-corak-gaya tangan dll di'illuminati'nya...di'nasitambah' pula dengan teori2 konspirasi.... dari dulu sampai ke hari ini,saya kurang berminat bincang bab2 ni(ramai kawan2 yg begitu berminat kaji bab ni sampai gerak kerja-agenda sendiri pun tak jalan) lebih baik kita FOKUS gerak kerja-agenda-perancangan(jangka pendek -jangka panjang)-strategi untuk menjayakan cita-cita kita... boleh nak tahu bab2 ni..itu agenda mereka.Dan apa pula agenda kita?Berkhayal?....

Zbigniew Brzezinski

http://en.wikipedia.org/wiki/Zbigniew_Brzezinski http://en.wikipedia.org/wiki/The_Grand_Chessboard http://www.takeoverworld.info/grandchessboard.html http://www.wanttoknow.info/brzezinskigrandchessboard http://www.amazon.com/The-Grand-Chessboard-Geostrategic-Imperatives/dp/0465027261 pagi tadi ada kawan Turki di UM (BA Sosiologi-Master Ekonomi-Politik di Turki dan PHD sekarang di Akademi Pengajian Islam UM-tesis berkenaan Badiuzaman Said Nursi) cadangkan bacaan buku ini dan kaji pemikiran penulisnya ,Zbigniew Brzezinski . Dan tambahnya lagi baca juga buku2 tulisan Menteri Luar Turki,Ahmet Davutoglu(''In 1990 he became an Assistant Professor at the International Islamic University of Malaysia where he established and chaired the Political Science Department until 1993'')

Islam versi Turki vs Islam versi Malaysia ?

ada orang Turki pengkagum 'kemalisme' Ataturk bimbang jika 'Islam' di Turki jadi seperti 'Islam' di Malaysia.Dan ada orang Turki pro 'Islamism' pula harap 'Islam' di Turki' jadi seperti 'Islam' di Malaysia,mereka dengar khabar2 indah-muluk2 tentang 'Islam' di Malaysia dan bila mereka datang ke Malaysia,ramai yg kecewa dan kata mereka ''indah khabar dari rupa''....

Doa Syeikh Muhammad Jibril di Dataran Tahrir

antara 'imam' terawih yg akan ku kejar setiap tahun pada bulan Ramadhan jika beliau berada di Malaysia.Dikenali dgn bacaan doa-doanya dan lenggok lagu bacaan Al-Quran yg sangat merdu mengikut maksud ayat-ayat Al-Quran dgn penuh penghayatan. Kalau tak silap beliau berlatar belakangkan undang-undang-seorang peguam.Beliau bukanlah malaikat Jibril...:) Beliau merupakan 'imam rakyat' yg bukan hanya sekadar berani menjadi imam solat di masjid tetapi berani 'turun padang' bersama-sama rakyat Mesir di Dataran Tahrir . Apa khabar imam-imam di Malaysia?Takkan sekadar tahu jadi imam di masjid-masjid sahaja ?.....:) http://www.youtube.com/watch?v=wK9TXHMCNYA&feature=share

kritik 'Ramadhan'

-maka syaitan itu menggeleng-gelengkan kepalanya pening dengan gelagat manusia yg cuba meniru 'sunnah'nya sambil berkata dalam hatinya ''syaitan betul!para manusia ini lebih syaitan daripada syaitan .Opps...aku pun syaitan juga'' -kau buka puasa sambil menambahkan dosa.... -air sahaja lebih 2-3 jenis,(air tebu ,air soya,masukkan saja semua senarai air di Bazar Ramadhan termasuk air liur),murtabak,ayam golek,ikan bakar,kuih 10 jenis,nasi 5 jenis,..kau buka puasa ke kau ikut nafsu makan manusia?nak tunggu pecah perut kau ya ?Sebelum beli di bazar Ramadhan,ingatlah nasib mereka yg dalam kelaparan-kebuluran...alangkah baiknya duit yg kau mahu bazirkan di bazar Ramadhan itu kau simpan dulu dan buat amal jariah sumbang kepada tabung2 misi kemanusiaan.... -kau penuhkan perut kau ketika berbuka puasa dengan sesuatu yg akhirnya jadi tahi jua.... -Perut kau semakin buncit di bulan Ramadhan.Kau rakus berbuka puasa kononnya bagi pihak yg kelaparan-kebuluran?Kata kau ''membazir itu amalan syaitan'' dan kata syaitan pula ''membazir itu amalan kau !!! '' -kita di Bazar Ramadhan dan mereka di Bazar Peluru !!! -kau kata kepadaku lagi 'bulan ini bulan mulia' sambil kau naikkan harga barang.... -maka syaitan-syaitan itu mengadakan majlis pengistiharan perletakan jawatan beramai-ramai sebagai ahli majlis syura syaitan sedunia selepas kecewa tugas mereka telah diambil-alih sepenuhnya oleh para manusia.... -aku lapar dan kau kenyang,aku bakal mati kelaparan dan kau bakal mati kekenyangan -kau kata kepadaku 'bulan ini syaitan-syaitan diikat-dibelenggu' dan dalam diri engkau aku lihat :syaitan..... -maka yang tak pernah berniaga selama ini pun berani berniaga dan mereka menjadi kaya raya serta merta bulan ini,bulan di mana orang yang kurus kering menjadi gemuk dan orang yg gemuk menjadi semakin gemuk gedempol,bulan di mana ramai manusia yg pening kepala nak makan apa,pening kepala nak memilih makanan untuk membina perut mereka dan sebagai persiapan untuk mendapat penyakit,menginap di wad hospital dan menanti penuh harapan: kematian dalam kekenyangan....:) -di sini :makanan , di sana :makanan disini dan disana:pembaziran -Bulan Ramadhan datang lagi dan kini kau kembali solat berjemaah di masjid dan jiran-jiranmu 'orang masjid' terkejut beruk melihatmu sambil berkata dalam hati mereka 'buang tabiat ke mamat ni,solat sunat rajin pula datang,solat fardhu tak nampak pun batang hidung ! ''...:) -Di bulan Ramadhan dan kau tidur dari awal pagi dan hanya bangun tatkala masuknya waktu berbuka puasa...wah,mantap sekali puasa Ramadhanmu ! :) -wah,belanja makan malam(buka puasa-moreh) di bulan Ramadhan lebih tinggi dari belanja sarapan pagi-makan tengahari-minum petang-makan malam-makan tengah malam di bulan-bulan yg lain !!! wah....pandai benar seni membazir ini,kan ? -orang lain tengah kebuluran-kelaparan-,kita masih sibuk berbalah-bertengkar dgn pandangan2 manusia dalam bab2 Fiqh di bulan Ramadhan..... -berbuka puasalah dengan rokok......:) -kau puasa kau ambil rasuah,kau puasa kau biarkan orang lain kebuluran,kau puasa kau sebarkan kebencian,kau puasa kau biarkan kemiskinan,kau puasa kau biarkan jenayah berleluasa,kau puasa kau halalkan peperangan,kau puasa kau biarkan penindasan,kau puasa kau fitnah orang lain, kau puasa kau maki hamun orang,kau puasa kau biarkan kerosakan alam,kau puasa kau tebang pokok sesuka hati,kau puasa kau buang sampah merata-rata,kau puasa kau siksa binatang,kau puasa kau hina orang kurang upaya,kau puasa kau tak peduli orang gelandangan,kau puasa kau tindas anak yatim,kau puasa kau derhaka orang tua,kau puasa kau biarkan kezaliman,kau puasa kau terus dengan kekotoran,kau puasa kau tak tepati masa,kau puasa kau langsung tak berdisiplin,kau puasa kau sombong,kau puasa kau ego,kau puasa kau sembah manusia,kau puasa kau sembah harta,kau puasa kau malas membaca,kau puasa kau malas berfikir,kau puasa..............mmm kau puasa ??? -wah ! jemaah solat sunat lebih ramai daripada solat fardhu ! wah ! ajaib ! -tak payahlah berhenti kuliah Universiti Facebook di bulan Ramadhan kononnya nak tumpu hal ibadat di bulan Ramadhan.Kuliah Universiti Facebook ini juga satu ibadat,satu jihad...:) -sempena bulan Ramadhan ini,sama-samalah kita mendoakan gaji-gaji mereka ini dapat membantu meringankan beban mereka yg masih miskin-papa kedana-kelompok terpinggir-tertindas semoga gaji-gaji mereka yg kaya raya ini dapat disalurkan kepada semua pihak yg memperjuangkan keadilan dan kebenaran,membantu misi-misi kemanusiaan,program2 pendidikan yg berkualiti,aktiviti pemerkasaan anak muda,membantu para penuntut ilmu dan anak2 muda seperti Wasif Wan yg mahu kembara di seluruh dunia...opps... semoga gaji-gaji mereka ini dapat dimanfaatkan untuk penyebaran cinta sesama manusia,menjalin ukhuwah persaudaraan antara satu sama yg lain, melawan segala bentuk perkauman sempit,membanteras rasuah dan penyelewengan kuasa,menangani jenayah,membasmi kemiskinan,urus tadbir yg baik,menangani gejala sosial dan keruntuhan akhlak,penagihan dadah,pelacuran dan banyak lagi semoga gaji-gaji mereka ini tidak dibazirkan sesuka hati mereka Kalau mereka tak tahu nak buat apa dgn gaji mereka itu,serahkan sahaja gaji-gaji tersebut kepada saya.....oppps -Bulan Ramadhan bulan Yusuf Tayyop kaya raya.Apa dah jadi dgn pemikiran umat Islam di Malaysia?Apakah berbuka puasa nanti hanya dengan buah kurma dari negara Arab ?(produk kurma Israel pun ada).Di Malaysia pun banyak buah-buahan tempatan yg manis-sedap-lazat seperti Rambutan-Langsat-Durian-Manggis-Jambu-dll.Bak kata tajuk khutbah Jumaat di sebuah negara antah berantah ''Makanlah buah-buahan tempatan'' .Bayangkan anda berbuka puasa dengan buah Durian.Wow !

The End of Islamic Ideology - Iran

http://www.drsoroush.com/English/On_DrSoroush/E-CMO-20000600-The_End_of_Islamic_Ideology-Hamid_Dabashi.html The End of Islamic Ideology - Iran

A Universal Islamic Phenomenon in Turkish Religious Practice: the Gulen Case

http://www.fountainmagazine.com/Issue/detail/A-Universal-Islamic-Phenomenon-in-Turkish-Religious-Practice-the-Gulen-Case A Universal Islamic Phenomenon in Turkish Religious Practice: the Gulen Case Maimul Ahsan Khan

The Emergence and Development of Religious Intellectualism in Iran

http://www.drsoroush.com/English/On_DrSoroush/E-CMO-20040000-Religious_Intellectualism_in_Iran.html The Emergence and Development of Religious Intellectualism in Iran

Khalid Jaafar tentang Anwar Ibrahim

http://jalantelawi.com/2011/10/babad-pendekar-jawa/ -Dalam sejarah politik Malaysia Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang punya paling banyak jaringan. Jaringan politik sahaja berlapis-lapis. Kemudian jaringan gerakan Islam, bukan sahaja tempatan tetapi juga antarabangsa. Jaring MCKK, NGO, jaringan korporat. Kemudian ada jaringan kebudayaan dan intelektual. Jaringan intelektual ini mungkin yang paling kecil tetapi paling banyak mazhab. Ada mazhab IIIT, ada mazhab ijmali yang diketuai oleh Ziauddin Sardar, dan dalam mazhab ijmali ini pula Ziauddin Sardar bertelagah dengan Munawar Anees. -Di kalangan kroni-kroni Mahathir, Ananda, kata bosku, adalah yang agak celik intelektual dan tidak tuli kebudayaan. Dalam sebuah restoran saya menjadi saksi kepada perdebatan antara sang taikun dengan sang politikus. Perdebatan agak panas. Anwar menyebutkan kritik-kritik sosial yang dibuat oleh John Kenneth Galbraith terhadap sistem ekononomi dan industri. Galbraith kini tidak lagi dibaca tetapi dekad-dekad 70an dan 80an, tokoh ekonomi dari Universiti Harvard itu merupakan antara public intellectual dunia sebagaimana Amartya Sen hari ini. “Semasa saya di Harvard,” kata Ananda untuk menumpulkan hujah Anwar, “Galbraith tidak dilihat sebagai ekonom.” Anwar tidak menerima gugatan sang kapitalis kroni itu dan melancarkan kuliah pendek tentang krisis disiplin ekonomi semasa yang mengabaikan aspek sosial, kebudayaan, alam sekitar dan keadilan. -Dimensi lain Anwar Ibrahim, dimensi intelektual, kebudayaan dan lain-lain, perlu tunduk kepada keperluan dan tuntutan politik. Pendekar Jawa kita tidak mahu tahu mengapakan bosnya membaca The Name of the Rose , novel tulisan Umberto Eco dan mentelaah novel-novel Primo Levi dan Italo Calvino, mengapa begitu sayang kepada Prof. al-Attas, meskipun banyak menimbulkan masalah, mengapa boleh berbual berjam-jam dengan Ziauddin Sardar, mengapa sanggup duduk tekun dan mengambil nota di depan Sheikh Taha Jabir al-Elwani. -Konsep idea pendorong datangnya dari pemikir Algeria Malik Bennabi. Idea-idea Malik Bennabi sungguh mengesan pada Anwar kerana saya mendengar beliau mengupasnya di dalam Abim. Pemikiran Malik Bennabi beliau sebut dalam ucapan dasar pertamanya sebagai Ketua Pemuda Umno. Dan sekarang dalam jelmaan 3.0 Anwar sekali lagi mengangkat pemikiran Malik Bennabi. Dan siapa yang mahu setia dengan perjuangan Anwar Ibrahim perlu mengunyah pemikiran Malik Bennabi. Dan tulisan-tulisan pemikir itu keras, sukar dikunyah. -Pembacaan Anwar Ibrahim, pada telekan saya, boleh adukan padanya kalau saya silap, adalah satu amalan humanistik. Maka buku-buku bacaannya adalah tentang sejarah, sastera dan sejarah falsafah dan idea. -Semasa beliau memimpin Abim beliau banyak membaca tulisan-tulisan tentang Islam dari tokoh-tokoh gerakan Islam. Kebanyakan aktivis Islam, termasuk pemimpin-pemimpinnya, membataskan bacaannya kepada buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh gerakan seperti Syed Qutb, Maududi, Fathi Yakan dan sebagainya. Tatkala belajar di ITM saya sering ke pejabat Abim yang ketika itu di Jalan Pantai Baru. Bila saya ke pejabatnya saya selalu mendapati di meja buku-buku sains sosial yang ditulis oleh Gunnar Myrdal, kritikan sosial dan suara-suara Dunia Ketiga. Maka ideanya tidak datang dari satu sumber. Satu hari saya membuat liputan ucapannya. Dia ketika itu menteri pendidikan. Saya terperanjat dia berwacana tentang novel, dan novel-novel itu memang hasil sastera yang terbaik, hasil tangan Umberto Eco, Primo Levi, Italo Calvino. Tentang novel sastera semasa saya agak, mungkin amat, terkebelakang. Hanya novel-novel Philip Roth menjadi tumpuan saya. Memang suatu yang menakjubkan bagi seorang pemimpin gerakan Islam membaca novel. Membaca novel memang satu amalan humanistik dan amalan tersebut menuntut toleransi terhadap hak imaginasi. -Anwar Ibrahim, ketika itu TPM, membeli beberapa naskah edisi kulit keras Diplomacy yang ditulis oleh Henry Kissinger untuk diberikan kepada beberapa orang kawannya dan antara penerimanya adalah Najib Tun Razak. Mantan Setiausaha Negara Amerika itu datang ke Kuala Lumpur untuk mempromosi bukunya. Anwar menjemput kawan-kawannya, termasuk Najib, untuk meraikan Kissinger dengan sarapan pagi. TPM itu memberitahu kawan-kawannya supaya bersedia kerana Kissinger akan membicarakan bukunya. Najib tiba dengan rungutan bahawa Diplomacy terlalu tebal, dia hanya sempat membaca pengantar dan penutupnya sahaja. Bila Kissinger sampai dia memulakan wejangannya dengan menyebut kritikan terhadap bukunya. Ianya terlalu tebal dan kebanyakkan pembaca hanya membaca pengantar dan penutupnya sahaja. Katanya Najib tersipu-sipu.

Dr Ali Syariati

http://www.youtube.com/watch?v=SEQDrToV_eo&feature=share http://www.youtube.com/watch?v=L-Db-OVKlIM&list=UUmffawhrQEVvyJMH4hNevjg&index=2&feature=plcp http://www.youtube.com/watch?v=l-oyTPxaiAY&feature=share

Islam:antara gincu dan garam ?

di Turki para ilmuwan-agamawan-imam di pengisian ceramah2 mereka fokus menekankan kepentingan amalan-perbuatan baik-gerak kerja-khidmat-memberi-membantu-menolong-ikhlas-berakhlaq- dll keutamaan berbanding pengisian ceramah2 para ilmuwan-agamawan-imam di Malaysia yg kadangkala masih berlegar seputar 'hukum hudud'-'negara Islam'-'sistem khilafah islamiyah'-'poligami'-'hijab-tudung labuh tak labuh'-'salam lelaki perempuan'-'janggut'-'jubah'-'serban'-1001 hukum fiqh klasik-1001 perbezaan pandangan2 ulama-perbezaan aliran pemikiran -mazhab-'pengharaman itu pengharaman ini' dll....:) mmm...Islam:antara gincu dan garam......:)

World Almanac of Islamis

teringat pesan Profesor Emeritus Dato Dr Osman Bakar yg menasihati kami anak muda supaya fokus kepada kajian PENYELIDIKAN disamping mengadakan sebarang program yg benar-benar mendatangkan manfaat jangka panjang..... ini aktiviti American Foreign Policy Council yg kita tahu,yg kita tak tahu bagaimana pula??? http://almanac.afpc.org/Malaysia

Rumi menari...

If light is in your heart, you will find your way home. ~ Mevlana Rumi

Monday, July 02, 2012

sedutan 'Kesaksian Bapak Saija' puisi Rendra

''Demikianlah mesej puisi Kesaksian Bapak Saija puisi Rendra tentang penyesalan seorang penakut yang terlambat berbicara,kerana penyesalannya menjadi penakut itu hanya timbul sesudah ia mati. ''...Hidup tanpa daya, sebab daya ditindih ketakutan. Setiap hari seperti mati berulang kali. Setiap saat berharap menjadi semut, agar bisa tidak kelihatan Sekarang setelah mati, baru aku menyadari, bahwa ketakutanku membantu penindasan. Dan sikap tidak berdaya, menyuburkan ketidakadilan....'' Demikianlah Rendra membangkitkan Bapak Saija dari alam barzakh untuk memberikan kesaksian tentang penyesalannya menjadi manusia penakut sewaktu masih hidup.Sebagai orang kecil ia takut berbicara kerana risikonya adalah maut. Namun sudahnya Bapak Saija mati juga,mati sebagai korban kezaliman penguasa.Sesudah mati ia menyesal kerana tidak berani berbicara dan tidak berani melawan.Sekarang ia baru menyedari bahawa selama hidupnya sebagai penakut,ia telah bersyubahat dalam melakukan kezaliman. Justeru,ketakutan dan ketidakberdayaannyalah yang menyebabkan orang lain menjadi berani melakukan kezaliman'' -Dato Dr Siddiq Fadzil : Artikel ''Pemberdayaan Umat:Kembalikan Daulat Keinsanan Rakyat ! '' dalam buku ''Islam dan Melayu:Martabat Umat dan Daulat Rakyat'' terbitan Akademi Kajian Ketamadunan,Kolej Dar Al-Hikmah (Cetakan Pertama 2012)
Kampung saya di Kedah tapi saya tetap penyokong tegar bola sepak Selangor(tempat membesarku).Pernah satu ketika zaman kegemilangan bola sepak Selangor,saya menonton(tv) perlawanan akhir bola sepak Selangor VS Kedah di kampung di Kedah bersama majoriti penyokong bola sepak Kedah(hanya saya dan beberapa orang sepupu shj penyokong Selangor),Selangor jaring gol dan kami jerit GOL !!! lantas penyokong Kedah buat muka masam dan bersedih...hehe..jangan marah penyokong bola sepak Kedah.Menang Kalah adat perlawanan...Jom ramai2 nyanyi lagu ni ''Kedah..Kedah pantang Kalah...Walau Sakit Jatuh dan Rebah !!!''....:) http://www.youtube.com/watch?v=UZZaLYks8jY&feature=share
doakan sy sembuh dari 1 penyakit ya mahasiswa Universiti Facebook sekalian.Penyakit itu ialah penyakit ketagihan internet.Ketagihan kuliah Universiti Facebook ok lg tapi ketagihan membaca berita2 online beberapa buah negara,baca artikel2-PDF2 menarik(dalam laptop sy ada banyak PDF2 menarik,siapa berminat blh beri email) yg membantutkan penulisan tesis sy yg tak siap-siap.Dah lama sebenarnya tak sambung tulis tesis yg terbengkalai tu.Ada kawan kata sy elok jadi wartawan shj.Tapi jadi wartawan kena rajin menulis kan.Nak kerja di mana2 pejabat jangan haraplah,sebab sy tak suka statik setempat tapi suka bergerak-kembara ke sana sini.Kerja apa yg paling sesuai utk saya ya?Dalam rekod sejarah kerja sy,sy pernah bertahan berkerja separuh masa di pejabat sebuah institut pemikir(terkemuka jg) :hanya beberapa jam sahaja dan kemudian 'meletakkan jawatan' .Tesis tak siap lagi tapi mula merancang mencari kerja yg paling sesuai utk jiwa sy...mmm..pengembara seumur hidup..mm..pembaca sepenuh masa...mmm.....jadi 'spy'-penyampai maklumat-informasi terkini macam sesuai kot...mmm..ada tak di dunia ini perkerjaan sebagai seorang 'ensiklopedia bergerak' ??? mmmm....
AL-QURAN:bukan untuk dilagukan sahaja..bukan untuk dijadikan pelaris perniagaan sahaja..bukan sebagai hiasan sahaja..bukan untuk dijadikan modal politik sahaja...bukan untuk ditempel semasa menjalankan perniagaan sahaja....bukan digunakan untuk menyebar kebencian sesama manusia...bukan untuk dijadikan hujah menghalalkan keganasan....bukan bukan bukan...bukan..
ikut seorang usahawan mesyuarat di Menara Maxis semalam,saja nak belajar tentang perniagaan,jumpa seorang anak muda berusia 26 tahun dari Kashmir yg menguruskan perniagaan hartanah di UK....selalunya bila berada di negara orang ramai yg berjaya ya,di dalam negara sendiri,mmm...terlampau selesa-tak mencabar-tiada persaingan kot?...Di luar negara,kena berdikari,bersaing,tak boleh rasa selesa,kena usaha lebih dr orang lain?....mmm....
semalam juga jumpa seorang ahli perniagaan(wanita-Malaysia) yg duduk lama berniaga di Dubai,balik Malaysia uruskan harta warisan keluarga yg bernilai berjuta2(buka agensi perniagaan-hartanah-jual pakaian-punya wisma-bangunan -rumah sewa dll).Memang kaya raya.Tapi....dia bergaduh perang besar dgn adik beradiknya-rebut harta kekayaan...siap mahu saman di mahkamah-dakwa disihir adik sendiri.Duduk 1 rumah,''perang nuklear''dalam rumah.Sempat jumpa si kakak dan si adik.Tak tahu yg mana benar si kakak ke si adik.Harta kekayaan kadangkala buat orang jadi gila!Masalahnya bukan tak cukup harta-tapi terlebih harta-masalah pengurusan kekayaan(tak tahu nak perhabis duit macammana kot),dengki,dan yg paling utama TAMAK !Semakin kaya rasa semakin tak cukup harta? Kekayaan-kemewahan satu bentuk ujian juga kan.Bersyukur sahajalah dgn apa yg sedia ada kan?...Ramai orang pasang niat ''bila aku kaya nanti,aku nak tolong seramai mungkin orang.Aku mesti jadi kaya!''.Tapi bila dah jadi kaya,jadi GILA !....:)
-''As I wrote here last week, Islamism is a modern political ideology. It is not equal to Islam, it is only one of the interpretations. I am a practicing Muslim and would like to have freedom to practice my religion in the public arena, as long as I do not harm anyone. Yet I am not an Islamist. I do not think that Islam is an ideology. I do not think that Quran and Sunnah offer a detailed blueprint for a political system. For me, Islam is overwhelmingly about spirituality, self-discipline, worshipping, ethics, morality, justice and public order. Islam only offers general guidelines with regard to public issues. Thus, any political project devised by Muslims is only one of the possible interpretations of these general guidelines. As Muslims have a right not to accept all ijtihads, similarly they do not have to agree with Islamist interpretations. Rejecting these does not make anyone a bad Muslim or an Orientalist.'' -''Fethullah Gülen is a phenomenal example of these new ijtihads as he has repeatedly declared that Islam does not need state support to survive, and that civil society in a democratic nation is enough to ensure its survival. This does not make Gülen a worse Muslim, as opposed to what many Islamists have been implying. On the contrary, I find this approach more Islamic. Without the state’s unjust support for Muslims alone, Muslim individuals would need to take the issue into their own hands and would need to intellectually and mentally struggle, to make an effort, to make sacrifices to serve Islam, without passively waiting for the state to take care of it. If life is a test, this is part of the test.'' -''Unfortunately, in this age there are people who do not want to sacrifice their time and money for the Islamic cause, but rather expect the state to spend taxpayers’ money. Is this just or Islamic?'' http://www.todayszaman.com/columnistDetail_getNewsById.action?newsId=282726#.T8-HW-87ub8.facebook
-''It underlies our fundamental humanity and the need to create conditions in which our potential as rational and moral beings can be realized.'' -''Given the disturbing realities of the 21st century world, the present state of humanity can hardly be qualified as anything approaching rational and moral. Wars, nuclear arms, the defense budgets of nation-states, global warming, the growing gap between the rich and the poor, the deepening xenophobia, new forms of racism and a host of other social and political ills make “civilized life,” the purported goal of humanity, an increasingly rare commodity. '' -''The not-so-subtle attitude that we can do anything we want because we have the means to do so has already created many catastrophes for the natural environment and human societies. But since the belief in progressive civilizationism and ego-centric humanism remains strong, we pretend that we live rational, moral and civilized lives. But the reality is that reason, law and ethics, the three pillars of any human civilization, are subverted by the premises and practices of global capitalism and nation-state politics.'' -''A just and civilized world order is contingent upon law and ethics. A global legal system is necessary to ensure the rights of individuals. But it is not enough because law is eventually underpinned by ethics. For any legal system to function properly and effectively, one also needs ethics, a morality that teaches individuals, communities and states to respect the rights of others and nurture a sense of compassion and sympathy. There are many cases in which a legally lawful action, such as profiteering, can be morally indefensible. We need both law and ethics for a civilized world.'' -''This goes to the very core of our humanity. One of the root meanings of the word human, “al-insan” in Arabic, is related to nurturing empathy for others. The human person is one who has empathy for the natural world and other human beings. A civilized life also means developing genuine empathy and compassion for others.'' -''A civilized world order will emerge not with more technological gadgets or plans from the International Monetary Fund (IMF) but with law, ethics and a genuine sense of compassion and empathy for others.'' http://www.todayszaman.com/columnistDetail_getNewsById.action?newsId=282729#.T8-JDEmHq2c.facebook

''GERAK Alamat HIDUP, DIAM Alamat MATI''

''GERAK Alamat HIDUP, DIAM Alamat MATI'' Anak muda yg kononnya masih muda,aktif,sihat,bertenaga,bersemangat kena turun padang adakan program2 sebegini sementara 'masih muda' .Jangan asyik duduk dalam dunia ciptaan sendiri,sekadar berteori tanpa praktikal,sekadar melangit tanpa membumi,mengadap buku tapi terlupa mengadap manusia.Aktivis gerakan (yg veteran-mulai tua) waktu muda mereka dulu pun aktif program2 sebegini(bahkan ramai yg masih bertahan sampai sekarang).Mereka dah mulai tua(mata mula tak nampak,gigi mula rongak,sakit urat-patah tulang,sakit itu sakit ini,makan ubat itu makan ubat ini),jadi biarkan mereka 'berehat' pula dan fokus perkongsian pengalaman2 mereka kpd anak muda.Yang muda,teruskan BERGERAK dalam satu GERAKAN.Bukan anak muda mereka yg tidak BERGERAK ! :) Hidup Biar Berjasa. :)

kembara

tamat misi kembara bersama Smile Zuan Albark Yunus Bat Zahid Mastal Ammru Alfateh dari BBBangi ke Sungai Besar ke Negeri Sembilan ke Johor ke Singapura kembali ke Johor ke Melaka ke BBBangi.Warna warni kembara.Jalan2-sembang santai-bergambar-rakaman video pada malam-pagi buta di kota Singa,tidur merata tempat,hadir kenduri kahwin,2 kereta konvoi berpecah-tersesat-jamuan makan percuma di sana sini-kereta rosak,mendengar pengalaman hidup nenek tua yg masih sihat-nasihat dari mereka yg sakit,'kuliah kursus kahwin' santai,peluang2 perniagaan,program2 jaringan anak muda,kembara-melancong ,persahabatan-persaudaraan dan 1001 pengalaman Universiti Kehidupan...Kembaralah !!!

I feel I am caught between a crocodile and a snake

''I was born in Burma,but the Burmese governement says I don't belong there.I grew up in Bangladesh,but the Bangladesh goverment says I cannot stay here.As a Rohingya,I feel I am caught between a crocodile and a snake''-19 year old refugee -Mayapara Camp

Malaysia-Singapura Bersatu ?

menonton perlawanan bola sepak Malaysia vs Singapura sambil teringat kenangan debat santai (pagi buta atas jambatan pemisah Malaysia-Singapura) saya vs Albark Yunus Bat (berkenaan penyatuan Malaysia-Singapura sebagai sebuah negara.Albark bertindak selaku pencadang-pro penyatuan Malaysia-Singapura sebagai sebuah negara manakala saya bertindak sebagai pembangkang ).Kereta kami rosak di Singapura dan ditarik keluar hanya sehingga jambatan pemisah Malaysia-Singapura,menanti lebih 1 jam atas jambatan sebelum menerima bantuan peronda PLUS dan ditarik ke bengkel kereta di Tampoi,Johor.Ramai rakyat Singapura yg baiki kereta di Johor untuk jimat kos.Di Tampoi sementara menanti kereta siap dibaiki,kami menginap di rumah seorang makcik.Beberapa jam selepas kami berdebat santai,ketika sarapan pagi sambil mendengar 'kuliah nikah' makcik tersebut(begitu semangat makcik ni menasihat mana2 anak muda-bujang menikah muda),makcik ini bersedia menawarkan gadis Singapura untuk dinikahkan dengan mana2 pemuda Malaysia yg baik hati.Kesimpulan debat tersebut barangkali..mmm... tidak semestinya menyatukan Malaysia-Singapura sebagai sebuah negara,dengan perkahwinan rakyat Malaysia-Singapura pun dah cukup....mmm....:) .Albark setuju?Kalau tak setuju,kita berdebat lagi di mana-mana jambatan...:)

" Apa makcik ingat Islam ni hanya untuk Melayu Malaysia saja ke?'' :)

Ketika pembentangan Maulana Ihsan Hendrick(ulama Afrika) di KUIS dahulu,ramai pelajar dr benua Afrika yg hadir.Ketika makan tengahari saya sembang dgn seorang makcik.Dia kata kepada saya lebih kurang begini : ''Ramai juga orang Islam-Muslim di Afrika ya?Tak tahu pula Awang Hitam ni beragama Islam.'' Dalam hati saya menjawab :" Apa makcik ingat Islam ni hanya untuk Melayu Malaysia saja ke?'' :)

Hayret Vekfi

http://www.hayratvakfi.org/tr/ baru melawat cahaya mata kacukan Malaysia-Turki anak sulung ABIM(Malaysia) Nur Azura Kamarudin Ozata-Hayret Vekfi(Turki) Sadik Ozata .Benar kata Fadhlina Sidek Sidek dalam status FB nya ''Jarang2 saya lihat mak dan bapak membuka kamus dan berdebat soal nama anak orang lain melainkan anak cucu sendiri. Tetapi anaknda Sadik Ozata dan Nur Azura Kamarudin Ozata ini sangat bertuah kerana namanya diperdebatkan dalam segala aspek termasuk laras bahasanya, maknanya, penulisannya dalam bahawa Melayu, jawi, arab dan turki'' Sadik Ozata sempat menceritakan perjuangan Hayret Vekfi dalam mempertahankan bahasa Turki Uthmani,manakala bapa mertuanya menceritakan nasib tulisan jawi di Malaysia(kisah zaman Khir Johari mengharamkan tulisan jawi).Sadik Ozata memberitahu bagaimana Recep Tayyip ErdoÄŸan mula membuka ruang dan jalan kepada perjuangan bahasa Turki Uthmani dan sikap puak sekular totok yg jelas begitu jumud pemikiran mrk. Bila RECEP TAYYÄ°P ERDOÄžAN membenarkan aktivis Hayret Vekfi membuka kelas2 bahasa Turki Uthmani di seluruh Turki(mendapat sambutan hangat rakyat Turki) dan mengajar ia di sekolah2 Turki,puak sekular totok membantah dengan alasan Hayret Vekfi hanya mahu menghabiskan wang rakyat wang kerajaan dan tiada guru2 yg mencukupi untuk mengajar Bahasa Turki Uthmani ini. Bila Hayret Vekfi memberitahu mereka memiliki ramai guru yg bersedia mengajar Bahasa Turki Uthmani secara sukarela-percuma di seluruh Turki,terdiam puak sekular totok,tak mampu memberikan alasan2 karut marut lagi. Hebatnya penangan perjuangan kesukarelawanan-perkhidmatan-kebajikan-pendidikan ! Apa khabar Bahasa Melayu-Apa khabar Tulisan Jawi di Malaysia ??

tua berjiwa muda

Bila saya tua nanti,saya mahu sertai kumpulan seperti mereka ini.Oleh kerana saya masih muda,saya mahu lakukan apa yg mereka lakukan bila mereka sudah tua SEKARANG sementara saya masih muda bersama anak2 muda yg lain.Ada anak2 muda yg mahu bersama-sama saya?...:) http://www.youtube.com/watch?v=hY4_SOFAoV8&feature=share

“Seminar Antarabangsa : Fiqh Mentaati Pemimpin”

kalau berkesempatan akan cuba hadir ke “Seminar Antarabangsa : Fiqh Mentaati Pemimpin” di PWTC bermula esok.Bakal dibentangkan tokoh2 pemikir dr seluruh dunia. Selalunya media penguasa akan memetik petikan kata2 tokoh2 ini(bukan kesemua apa yg dikatakan oleh mereka sewaktu pembentangan) yg dilihat mampu dijadikan hujah dan dieksploitasi sebelum membuat kesimpulan ringkas ''Taatilah pemimpin negara,sokonglah dan pertahankanlah kerajaan sekarang yg banyak berjasa '' ''jangan dibiarkan pembangkang berkuasa'' sebelum disambut oleh pengampu bertopeng agama ''pembangkang itu 'bughah' !pemberontak!khawarij!Tiada pembangkang dalam Islam!....:) .

Semoga kita IKHLAS dan punya jiwa keSUKARELAwanan ,BUKAN KERANA NAMA.

mengikuti perkembangan 'perbalahan'-'pertelagahan'-'pergaduhan' dalam satu usaha misi bantuan kemanusiaan-kebajikan .Dalam misi kemanusiaan-kebajikan ini pun ada pencak silat politik nya.Semoga kita IKHLAS dan punya jiwa keSUKARELAwanan ,BUKAN KERANA NAMA.

Qardhawi,menulis-membaca

Mohd Rumaizuddin Ghazali ''Al-Qaradawi berada di perpustakaan rumahnya selama 14 jam satu hari untuk menulis dan membaca...(Al-Qaradawi dan pengaruhnya dlm masyarakat Islam di M'sia hal.40)''

Sang Murabbi..

Di Malaysia-Indonesia ,saya sering mendengar kehebatan beberapa orang yg dikenali sebagai Murabbi (Tarbiyah) yg sentuhan mereka begitu menusuk ke hati anak2 muda antaranya Allahyarham KH Rahmat Abdullah (PKS) ,Allahyarham Ustaz Dahlan bin Mohd Zain(HALUAN) ..Dan hari ini Malaysia kehilangan seorang lagi 'Sang Murabbi',Allahyarham Ustaz Yahya Othman (PAS) .Al Fatihah.Sang Murabbi ini bagi saya bukan semata2 pakar 'tarbiyah' 'dakwah' dalam erti kata yg sempit bahkan ia merangkumi pakar pemikiran strategik-perancang utama gerak kerja sebuah gerakan secara sistematik.Semoga kita semua meneruskan perjuangan tokoh2 yg sudah pergi meninggalkan kita dan kita terus menghargai-menghormati dan bersama perjuangan tokoh2 yg masih hidup sekitar kita yg mana mereka jua akan meninggalkan kita suatu hari nanti sebagaimana kita juga akan meninggalkan segalanya nanti .Hidup mesti diteruskan dan teruskan perjuangan.....

Pem'bangun' an apa kalau dibunuh ke'hijau' annya ???

Pem'bangun' an apa kalau dibunuh ke'hijau' annya ???

Hargai perbezaan..

Hargai perbezaan,fokus cari titik persamaan.Kehidupan di dunia terlampau singkat untuk kita saling berbalah-berpecah-belah.

Rohingnya..

sempat singgah ke demonstrasi aman ratusan rakyat Rohingya di Masjid Negara.Cikgu Azmi dan rakan2 aktif membantu mereka yg ditindas.Terbaru ada lagi kampung Arakan yg dibakar,regim junta tentera tak bagi penduduk keluar rumah,siapa keluar rumah akan ditembak,bila mereka duduk berkurung di dalam rumah,regim tentera pula bakar rumah mereka dgn mereka2 sekali hangus terbakar,bila mereka nak lari ke sempadan Myanmar- Bangladesh,kerajaan Bangladesh pula halang mereka masuk menyelamatkan diri di Bangladesh,bila2 masa sahaja mereka akan dibunuh.Memang jelas berlaku 'pembersihan etnik'....Tekanan antarabangsa WAJIB demi menghentikan dan menumbangkan kerajaan regim junta tentera.Dan rakyat Rohingnya sangat sedih-kecewa dgn sikap majoriti rakyat Malaysia yg membiarkan mereka berkeseorangan dan kurang membantu mereka .Apatah lagi dengan laporan media yg kurang tepat.Di mana keadilan?

pentingnya PR-Jaringan...

banyak program2 besar yg mengenakan bayaran ribuan ringgit.Tapi kadangkala dengan kekuatan jaringan dgn pihak penganjur,anda mungkin dapat koata kemasukan PERCUMA dr pihak penganjur.Dulu sy pernah dapat dan sekarang pun dapat lagi.Bukan sebab sy punya jaringan yg kuat dgn pihak penganjur tapi sebab sy punya sahabat baik yg punya jaringan yg sangat kuat dgn ramai pihak.Kelebihan sahabat saya ini setakat yg saya perhatikan ialah mempunyai kemahiran ''PR'' yg sangat tinggi.Perlu belajar dr beliau selepas ini.Teringat satu program berkenaan ''PR'' dulu :Public Relations World Congress.....mmm..penting..penting...penting ni...

Jerebu oh jerebu

ramai sahabat2 pelajar antarabangsa bertanya saya apa yg sedang berlaku di Kuala Lumpur.Takut benar mereka dgn JEREBU.Pertama kali kot mereka mengalami JEREBU ini.Saya jawab sinis Kuala Lumpur jerebu teruk sebab di KL ramai sangat hisap rokok-sisha.....:)

semangat CINTA !!!

kenapa kita di Malaysia sibuk dgn apa yg berlaku di Mesir-Syria-Tunisia-Libya-Myanmar-Afrika-Greece dll negara ?..Kerana kita warganegara DUNIA yg mahu melihat DUNIA menjadi lebih baik-aman dan seluruh warganya menjalani kehidupan ini dengan penuh semangat CINTA !!!

cuba lakonkan semula gambar2 lama anda ...:)

cuba lakonkan semula gambar2 lama anda ...:)

hentikan eksploitasi kanak-kanak .Hidup para bayi comel seluruh dunia !!! :)

hentikan eksploitasi kanak-kanak .Hidup para bayi comel seluruh dunia !!! :)

Maulana Ihsan Hendrick...

hadir program ini tadi .Turut hadir Dato Seri Anwar Ibrahim(sebelum beliau 'terbang' ke 1 ceramah di Sabak Bernam),kehadiran tidak terlalu ramai(mungkin ramai minat ceramah politik kepartian daripada ceramah 'ilmu-intelek'?mungkin rakyat Malaysia lebih suka penceramah Arab-Timur Tengah?Tak tahu di Afrika ramai tokoh hebat?Terlampau berkiblat kepada negara2 Arab?Masanya kita merubah kiblat pemikiran Islam dari negara Arab-Timur Tengah kepada negara seperti Turki-UK-Afrika-Singapura-Malaysia-Indonesia :) (DSAI-Kamarudin Jaafar(SU PAS)-Saifuddin Nasution(SU PKR)-DrManuty-Dato Idris Jauzi dll antara yg hadir)DrMaulana Ihsaan Hendrick menceritakan kisah perjuangan Islam di Afrika,peranan 'Nusantara' Malaysia-Indonesia dalam penyebaran Islam di Afrika,beberapa persamaan istilah bahasa Afrika dan 'dunia Melayu'(azan-bang-tuan guru,istiqamah-izzah-karamah-maruah-,kupasan Abu Hasan Ali An Nadwi tentang kemunduran dunia-muslim,,bagaimana kita melihat masyarakat Melayu kini?,kuasa dakwah dan dialog,bagaimana menjaga identiti muslim pada masa yg sama menghormati-interaksi dgn penganut agama lain,kisah dasar Aparthied dan perjuangan Nelson Mandela,peranan Melayu dan sejarah pembebasan ,kecantikan-keindahan akhlaq pejuang awal muslim di Afrika. Dato KJ semangat perkenalkan kami dgn Maulana(atas nama anak muda-PKPIM) dan minta diaturkan pertemuan Maulana dgn anak muda Malaysia.Kemudian sembang panjang dgn YB Saifuddin Nasution tentang buku terbaru Dato Dr Siddiq Fadzil,YB Saifuddin kata DSAI wajibkan 1 buku dalam setiap mesyuarat pimpinan parti,kupasan menarik seminar Fiqh Mentaati Pemerintah baru2 ini dan yg paling menarik tentang pengalamannya di Turki(dilayan oleh Menteri Luar,Profesor Ahmed Davutoglu),bagaimana negara seperti Turki-Singapura melantik pakar2-ahli akademik sebagai menteri dlm kabinet negara,kehebatan Recep Tayyip Erdogan yg menyakini kekuatan anak muda(pimpinan AKP-Turki ramai yg usianya masih muda),masa hadapan politik Turki-kemungkinan 'pertukaran' Abdullah Gul sebagai PM dan Erdogan sebagai Presiden.....

miskin kemanusiaan?

jangan sangka tiada situasi begini hanya kerana anda hidup serba kemewahan dan jarang@tak pernah lihat situasi sebegini.Antara isu yg perlu anda berikan keutamaan ialah isu ini :keMISKINan.....Apa guna anda kaya-raya tapi MISKIN keMANUSIAan....???

Perjuangan mengempiskan perut buncit....!

dulu bila sy tengok perut seseorang yg buncit,dalam hati sy berkata 'buncitnya perut dia' .Sekarang perut sy pula semakin buncit(tekanan siapkan tesis?..),bila orang tegur perut sy yg mula ketara buncit (walaupun sy bukan tergolong dalam kelompok orang2 yg gemuk),baru sy tahu perasaan mereka yg berperut buncit...mmm....hidup kaum perut buncit seluruh dunia!Bersatulah wahai kaum perut buncit seluruh dunia!Perjuangan mengempiskan perut buncit....!

Kucing bertasbih..

hebat kucing ni ..minum cay-bertasbih?apa yg di'tasbih'nya agaknya...mungkinkah kucing ini penyokong kuat AKP dan Recep Tayyip Erdogan?Fethullah Gulen?Badiuzaman Said Nursi?Jalaluddin Rumi?Yunus Emre?...Tareqat Kucingiyah ?...:)

larian Standard Chartered

sertai sebagai pemerhati ''Himpunan BERSIH '' anjuran Standard Chartered dihadiri mungkin lebih 28 000 peserta .Sekitar Kuala Lumpur sesak teruk pagi ini.Antara tuntutan himpunan ini ialah menuntut rakyat Malaysia yg berperut buncit insaf dan kembali ke pangkal jalan serta sentiasa menjaga kesihatan dengan menyertai siri2 larian di seluruh dunia demi mengempiskan perut mereka yg buncit. :)..Ramai peserta berkulit hitam (Kenya dll) yg mendominasi tempat2 teratas-pemenang larian ini(Mereka makan apa agaknya?).Yg jalan dgn kaki yg terhencut-hencut rupa2nya peserta kategori 42 kilometer ,tapi peserta kategori 5 kilometer pun nampak macam lebih letih-sakit mengalahkan peserta2 42 kilometer(yg bertolak jam 4.30 pagi lagi).....Ada yg dapat hadiah 17 ribu Dolar ,lepas ni tak payah kerja lah mereka,duduk rumah-goyang kaki-berlatih berlari untuk siri larian seterusnya....Yg kaya raya selepas ini agaknya seperti biasa:pihak penganjur kot.....:)

Jadilah sebahagian daripada sejarah !!!.

Takkan nak jadi pembaca sejarah sahaja!!!Jadilah sebahagian daripada sejarah !!!.

detik penantian pengumuman keputusan Presiden Mesir

Walaupun latar belakang negara yg berbeza,Dr Muhammad Mursi pastinya perlu belajar dari pengalaman Recep Tayyip Erdoğan dan Rached Ghannouchi راشد الغنوشي .....Dan NGO2-yayasan waqaf-masyarakat madani di Mesir perlu lebih kuat dan aktif.....Mengisi kemenangan jauh lebih mencabar....Apapun lepas ni kalau ada majlis2 pengumuman keputusan,jangan lupa panggil Farouk Sultan,ketua SPR Mesir ! :) Sambil mendengar celoteh panjang beliau sewaktu mengumumkan keputusan tadi(kesian 'gila' kat mereka yg berada di Dataran Tahrir tadi.Cuaca dalam 35-44 @...panas membakar dan lebih membakar dengan 'khutbah jumaat pada hari Ahad' oleh Farouk Sultan..:) Ada yg kata Mursi dan Shafiq akan mati terlebih dahulu sebelum tamat bacaan pengumuman keputusan tadi.Ada yg kata Farouk Sultan akan dikenang sebagai orang yg lebih kejam dari Husni Mubarak.Ada yg kata himpunan aman di Dataran Tahrir tadi akan bertukar menjadi demonstasi bantahan terhadap Farouk Sultan,ketua SPR Mesir.Apapun detik2 reaksi peserta di Dataran Tahrir sebaik sahaja diumumkan kemenangan Mursi tadi akan menjadi satu bahan bersejarah yg sangat berguna di dunia yg sementara ini.Jom cari koleksi video2 pasca pengumuman keputusan malam ini....:) Rakyat Malaysia yg berada di Kaherah tapi tak hadir ke Dataran Tahrir mendengar keputusan malam ini,sila tampar pipi kanan dan pipi kiri anda sambil katakan ,''Alangkah bodohnya aku !!! " Melepas menjadi sebahagian daripada sejarah dunia....:)

Mursi-FJP

Dr Muhammad Mursi melepaskan jawatan dalam parti ini.(Ada sesiapa nak isi? :) ) untuk fokus tugas sebagai Presiden Mesir(susah tau nak tadbir Mesir ni,jumlah penduduknya ditambah dgn keldai2 nya..fuuh..letih ni..).Semoga pihak tentera tak kacau pentadbirannya jika tidak kemenangannya tidak begitu bermakna buat rakyat Mesir yg dahagakan perubahan kerana kuasanya akan terbatas-terpaksa tunduk kepada pihak tentera.Lebih kurang apa yg berlaku di Turki lah ni.Strategi Recep Tayyip Erdogan menghadapi pihak tentera perlu dipelajari ni.Seperti mana yg diminta oleh Prof Dr Yusuf Qardhawi,beliau perlu bertindak sebagai Presiden Mesir mewakili kepentingan semua rakyat Mesir bukan semata2 kepentingan Ikhwan Muslimin.Bagaimana beliau akan berhadapan dengan tuntutan kelompok 'liberal-sekular-kristian dll''?Itu perlu dipelajari dari Rashid Ghannuchi kan?Dan juga tokoh2 pemikir 'keluaran' Ikhwan Muslimin yg menetap lama di dunia 'Barat'...Semoga warna-warni pemikiran Islam akan bercambah pasca kemenangan Mursi dan pastinya pemikiran2 ini perlu dibahas.....Ada beza pendekatan sebelum menang dan selepas menang,kan?....mmmm..Tunggu !!! http://www.fjponline.com/

Perancangan yg sistematik,ketaatan kepada arahan pemimpin,disiplin ketat organisasi,proses kaderisasi yg berjalan,gerak kerja berterusan,kuasa pidato,kuasa media,kekuatan mental-spiritual...

Ingat senang ke nak kumpul penyokong anda sebegini?Perancangan yg sistematik,ketaatan kepada arahan pemimpin,disiplin ketat organisasi,proses kaderisasi yg berjalan,gerak kerja berterusan,kuasa pidato,kuasa media,kekuatan mental-spiritual dan banyak lagi...Sebelum mereka mencapai kemenangan di ATAS,mereka membentuk kekuatan di BAWAH.Sambil bentuk kekuatan di BAWAH,mereka rancang strategi memcapai kemenangan di ATAS.BAWAH-ATAS,ATAS-BAWAH dan akhirnya berjaya di BAWAH dan di ATAS.IM@Ikhwan Muslimin dan FJP-Freedom and Justice Party@Hizbul Hurriyah wal Adalah-Parti Kebebasan dan Keadilan ini wajib dikaji gerak kerja mereka.Bayangkan IM yg 'HARAM' di Mesir,pimpinannya dibunuh-dipenjara-dibuang negara,dituduh pengganas kemudiannya mengasaskan parti baru FJP dan mereka mendapat dokongan sebegini ??? Fikir,fikirkan bagi mereka yg mahu berfikir....

Mesir oh Mesir

antara keutamaan Dr Muhammad Mursi (Fiqh Awlawiyat).Harap tiada yg sibuk dengan laungan retorik 'hukum hudud'-'sistem khilafah',janggut,serban,purdah,tudung labuh,tudung tiga segi,tudung,skirt,poligami,bersalaman lelaki-wanita,gincu,doa qunut subuh,tahlil,bacaan surah Yasin,HARAM mengHARAM........Kalau anda di tempat Dr Muhammad Mursi,apa KEUTAMAAN anda ?....:) http://www.youtube.com/watch?v=EvMvCOy7I84&feature=share

pendekatan Malaysia?

(Tunisia):Rashid Ghannuchi+An Nehdah+...(Turki) Recep Tayyip Erdogan+AKP+ Gulen-Hizmet+Badiuzaman Said Nursi+Necmudin Erbakan+....(Mesir):Ikhwan Muslimin+ FJP@Hizbul Hurriyah wal 'Adalah+ Al-Azhar +.........dan lain-lain MALAYSIA ? Pendekatan di Malaysia bagaimana pula?

kementerian lelaki?

lelaki semakin pupus di universiti(ramai di pusat serenti?),perjuangkan hak2 kaum lelaki,kaum lelaki ditindas !hapuskan diskriminasi terhadap lelaki !bebaskan lelaki!wujudkan kementerian lelaki !..oppps... :)

tok guru-anak murid + tawaduk

'Tok guru' Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Dr Siddiq Fadzil bukan TS Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas seorang sahaja.Namun, pada malam peluncuran buku 'Islam dan Melayu:Martabat Umat & Daulat Rakyat '' karya Dato Dr Siddiq Fadzil ,ucapan kedua-dua mereka(Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Dr Siddiq Fadzil) mengiktiraf TS Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas .Jadi,jangan sesekali lupa mengkaji pemikiran TS Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Tidak semestinya anak murid sama semuanya pemikirannya dengan guru mereka.Anak murid juga punya pemikirannya yg tersendiri.Guru mungkin menguasai dan pakar dalam ilmu A tapi anak murid mungkin menguasai dan pakar dalam ilmu B lebih daripada sang guru.Ada ilmu yg diketahui guru tidak diketahui anak murid,ada ilmu yg diketahui anak murid tidak diketahui guru.Guru dan anak murid sama-sama dalam proses pencarian ilmu dan kebenaran.Maka tiada siapa di antara sang guru dan anak murid tersebut yg boleh mendabik dada,ego dan bongkak seolah-olah mengetahui segala-segalanya.Guru dan anak murid perlu ada sifat 'tawaduk'......

Dataran Tahrir...

malangnya di Malaysia ada yg mengatakan pemikiran Ikhwan Muslimin ini sangat berbahaya dan rosak akidah.....ramai ya yg rosak akidah di Dataran Tahrir ni ya?...Kosong syurga nanti !!! :) http://www.youtube.com/watch?v=WGQzG7VKCXA&feature=share

detik-detik pengumuman keputusan Pilihanraya Mesir 2012

entah ini video ke berapa ku tonton sebagai kuliah Universiti Youtube....tapi detik-detik pengumuman keputusan Pilihanraya Mesir 2012 ini memang terbaik-menarik mengalahkan perlawanan akhir bola sepak yg menyaksikan gol kemenangan dijaringkan pada minit-minit terakhir perlawanan(sewaktu pengadil dah mula nak masukkan wisel dalam mulutnya utk meniup wisel penamat) atau jaringan jarak jauh bola keranjang NBA pada saat yg terakhir....:) http://www.youtube.com/watch?v=h7grlfg0K2s&feature=share

Jihad pen-kertas-buku-kitab ???

Entah mengapa saya tak berapa suka gambar2 sebegini.Bila sebut pasal JIHAD-PERJUANGAN-SYAHID sahaja mesti ada gambar 'PERANG-SENJATA' .Tak boleh ke letak gambar pen-kertas-buku-kitab ???

Recep Tayyip Erdogan

menarik video ini.Terbayang diadakan sesi dialog mahasiswa bersama Recep Tayyip Erdogan di Dewan Tunku Canselor,Universiti Malaya....Dan selepas itu sesi minum petang bersama Recep Tayyip Erdogan di Kafe Rumah Universiti,Universiti Malaya......:) http://www.youtube.com/watch?v=huFc7sUKWyI&feature=share

''Excellence Without a Soul?

semalam dalam kereta bersama pengiring IAIS dan Profesor Emeritus David Ray Griffin ,dan beliau mengupas tentang pendidikan-pengurusan dan universiti2 di Amerika Syarikat,bila diminta nasihat kepada anak muda ,beliau berpesan :lakukan apa jua kebaikan .Beberapa minit sebelum berpisah dgn beliau,beliau sempat berpesan : 'Jangan pergi ke Universiti Harvard !!! '... Adakah ia ada kaitan dengan buku ''Excellence Without a Soul??? (+ :How a Great University Forgot Education'' + :Does Liberal Education Have a Future) http://www.cornell.edu/video/?videoID=726 http://www.publicaffairsbooks.com/publicaffairsbooks-cgi-bin/display?book=9781586483937 Emeritus Professor David Ray Griffin was a professor of Philosophy and Theology at the Claremont school of Theology and Claremont Graduate University from 1973 to 2004. Previously, he was the assistant Professor of Theology at the University of Dayton, Ohio, United States. Griffin taught theology and Eastern religions at the University of Dayton, and established a center with John B. Cobb called the Claremont School of Theology. Griffin also started the Center for a Postmodern World in Santa Barbara. Following the September 11 episode, David Ray Griffin moved his focus from questions of philosophy and religion to ones of politics and history. He also joined the 9/11 Truth Movement in calling for an extensive investigation from the United States media, Congress and the 9/11 Commission. He has written multiple books regarding the events that took place on 9/11. One of his better known books is “The New Pearl Harbor: Disturbing Questions About the Bush Administration and 9/11”. He has also delivered several lectures, and has given interviews regarding the 9/11 Truth Movement.

Warkah Presiden Kolej Dar Hikmah(Dato Dr Siddiq Fadzil)

Memang menghairankan, bagaimana umat yang tahu bahawa perintah pertama agamanya adalahiqra' (baca), tiba-tiba ditimpa kelesuan budaya ilmu. Mungkin antara puncanya adalah kegagalan menyingkapi kitab suci (al-Qur'an) dengan benar. Al-Qur'an hanya dibaca dengan motif ta'abbudiysemata-mata, sekadar ritaul mencari pahala. Yang rata-rata terbudaya adalah pembacaan pasif, tanpa kesedaran tadabbur, merenung dan menangkap mesejnya dengan sikap responsif. Yang penting segera khatam, bukan kefahaman dan penghayatan. Tradisi pembacaan kitab suci telaha kehilangan dimensi ta'aththur atau rasa terkesan dengan al-Qur'an. Kegagalan melakukan pembacaan yang produktif telah mengakibatkan kebekuan intelektual, ketandusan spritual, dan kelesuan budaya maju. Kemungkinan lain adalah kegagalan sistem pendidikan kita membina semangat cintakan ilmu. Memang sistem ini telah melahirkan generasi berprestasi akademik, tetapi mereka bukan generasi pencinta ilmu. Persaingan mencapai kecemerlangan prestasi bukanlah indikasi cinta dan ghiarah terhadap ilmu, tetapi lebih kepada berupa persaingan merebut peluang yang lebih baik di pasaran kerja. Demikianlah salah satu jelmaan gejala Excellence Without a Soul, ungkapan yang diangkat oleh Harry R.Lewis menjadi judul dibukunya tentang Universiti Harvard. Universiti termegah didunia itu dikatakan sering ditimpa petaka keintelektualan yang sangat berat akibat terobsesi dengan kecemerlangan akademik, tetapi kehilangan roh, jiwa, dan erti hakiki pendidikan. Pendidikan islam juga tampknya semakin jauh ikut terseret ke ruang musibah kehilangan roh. Adalah sangat malang , bahawa roh yang hilang itu termasuk roh iqra', titah yang mengawali segala perintah , kata pembuka kitab mukjizat berdaya transformatif (al-i'jaz al-taghyiriy) yang mencengangkan. Justeru , tranformasi ketamadunan yang merubah masyarakat jahiliah menjadi umat pencerah bermula dengan satu kata: iqra!(baca!). Kembali kepada ke semangat iqra' bererti melakukan tindakan korektif terhadap orientasi keilmuwan masa kini yang rata-rata sudat hanyut dibawa arus sekularisasi, polititasi dan komersiallisasi. Institut-institut keilmuwan tidak lagi dapat menentukan bahawa yang diajarkan adalah ilmu yang memanusiakan dan mengutuhkan kemanusiaan. Akibat menguatkan orientasi market driven, yang diutamakan adalah ilmu yang memenuhi permintaan dunia pekerjaan. Demikianlah krisis yang sedang mengacau-bilaukan tradisi keilmuan kita. Dengan meremehkan ilmu-ilmu yang mendidik dan memanusiakan yang dapat dilahirkan dengan hanya-hanya pekerja-pekerjayang berkemahiran, bukan kualiti keinsanan. Institusi-institusi keilmuan bukan lagi tempat orang yang tertumpu mencari 'ilman nafi'an, ilmu yang bermanfaat demi mencari ridha ilahi dan kesejahteraan. Antara jelmaan paling menyolok krisis keilmuan yang sedang terjadi termasuklah keleuasan gejala pengkhianatan terhadap ilmu. Tampaknya trajedi keintelektual yang pernah diungkapkan oleh Julien Benda tentang La Trahison des clercs atau pengkhianatan kaum cendekiawan, tidak hanya relevan dalam konteks Perancis awal abad-20, tetapi sudah menjadi fenomena biasa dimana-manasepanjang masa. Dimana-mana orang selalu berpendirian yang tidak berasakan ilmu malah berasaskan nafsu. Budaya kemunafikan tersebut harus dilawan dengan gerakan moral, gerakan pencerahan dan gerakan pencerdasan umat. Gerakan tersebut harus berintikan pemugaran semangat iqra' dan pendaulatan nilai ilmu. pembinaan generasi pencinta ilmu harus diangkat menjadi agenda utama. Cita-cita pembinaan masyarakat berasaskan ilmu atau knowledge-based society tidak mungkin terlaksana tanpa sumber motivasi kekuatan nilai ilmu. justeru, nilai budaya adalah sumber motivasi dan sekali gus ppembentuk bangsa. Do'a Rabbi zidni'ilman harus menjadi amalan harian yang disertai komitmen terhadap pendidikan sepanjang hayat. berburu ke padang datar, dapat rusa belang kaki. berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi. sekian. http://pemasarankdh.blogspot.com/2011/09/warkah-presiden_28.html

Anwar-Mahathir di Mesir..

http://www.youtube.com/watch?v=SipXhIzDiOA&feature=share 3 bulan saya di Mesir selepas SPM dahulu(masuk Bandar sampai ke Kampung(pastinya menjejak kaki ke Dataran Tahrir),bila mengetahui saya dari Malaysia,beberapa orang rakyat Mesir(termasuk saudara-mara saya) tahu dan mengkagumi Tun Dr Mahathir bin Mohamad(ada yg beritahu saya,jika dia dapat anak lelaki,dia mahu namakannya:Mahathir Mohamad. Mereka memberitahu saya mereka kagum dengan keberanian-kelantangan Tun Dr Mahathir berbanding Husni Mubarak yg takut-lembek bila berhadapan dengan pemimpin Amerika.Ketika itu(baru lepas SPM) saya pelik ramai rakyat Mesir bila saya jumpa sangat membenci Husni Mubarak(sembang tentang kezaliman Husni Mubarak waktu beraya dirumah-dalam teksi(pemandu teksi mengulas gaya penganalisis politik) pada masa yg sama dalam stesyen tv tak habis2 puji Husni Mubarak,tunjuk ramai orang suka Husni Mubarak,beratur berbaris nak jumpa beliau,kejayaan2 beliau,gambar di sana sini-tepi jalan penuh gambar Husni Mubarak dll (fikir semula rasa sama macam 'promosi' 1 Malaysia ) Dan bila saya berkesempatan ikut program IIFSO,IYG UNIW,WAMY dll(zaman PKPIM),setiap kali duduk bersama sahabat2 pro Ikhwan Muslimin('cawangan' 2 IM di negara mereka),pasti mereka akan tanya perkembangan Dato Seri Anwar Ibrahim.Mereka membaca sejarah perjuangan dan ikut perkembangan terkini Dato Seri Anwar Ibrahim. Pelajar2 Malaysia di Mesir jangan lupa hadam-analisis ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim ini dan nasihat khas beliau kepada anda semua di sini: http://www.youtube.com/watch?v=s-POTHJUhbQ

The Future of Democracy in the Islamic World :Anwar Ibrahim

'bermimpi' Dato Seri Anwar Ibrahim menyampaikan kuliah syarahannya di Dewan Tunku Canselor(DTC) ,Universiti Malaya.Penuh-banjir DTC dengan para mahasiswa mengalahkan minggu orientasi-minggu haluan siswa(ada lagi haluan ke) dengan siri 'cheers' nya,ketika itu Naib Canselornya ialah Profesor Dato Dr Redzuan Othaman(Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM sekarang),HEPnya sudah lagi tidak mengongkok mahasiswa,UM tidak lagi kebulur mengejar ranking,bayaran kolej kediaman-makanan-yuran tidak lagi membebankan mahasiswa,Pilihanraya Kampusnya bebas dan adil,oooo indahnya bermimpi...jangan sampai bermimpi pun kita takut,takut bermimpi ?Seorang profesor emeritus dari Amerika pesan kat saya ,''jangan pergi ke Universiti Harvard !!!' ,tapi setakat ini saya tak sampai hati lagi nak pesan kepada sahabat2 saya sekuliah Universiti Facebook ''jangan pergi ke Universiti Malaya !!! ''...:) http://www.youtube.com/watch?v=XoXiDsxbYq8&feature=share

Tarian Haka

untuk mengatasi pelambakan 'lelaki lembut'-'mak nyah'-lelaki perasan perempuan dll di Malaysia,lelaki Malaysia perlu diwajibkan menjalani 'tarian' Haka ini demi mewujudkandan memperkukuhkan sifat kelakian-kepahlawanan-keberanian-kekuatan nya...:Menteri Pembangunan Lelaki :) http://www.youtube.com/watch?v=tdMCAV6Yd0Y&feature=share http://www.youtube.com/watch?v=ebZVMc0NKZs&feature=related http://www.youtube.com/watch?v=UmPVoln22Cw&feature=fvwrel http://www.youtube.com/watch?v=JqnimvUMCAk&feature=related http://www.youtube.com/watch?v=mSU6cxBNC2I&feature=related

Anwar Ibrahim di Peace Conference di Mumbai,India

http://www.youtube.com/watch?v=C8Fm9edaYxo&feature=share sahabat baik saya hadir program ini sebagai sukarelawan di Mumbai,India.Program ini mungkin program terbesar di India dan dihadiri oleh puluhan ribu orang dan menampilkan tokoh2 terkemuka . Hanya 2 orang tokoh mewakili Malaysia iaitu: 1)Ustaz Hussein Yee(Yayasan Al-Khadeem) 2) Dato Seri Anwar Ibrahim Mengikut sahabat saya itu,Dato Seri Anwar Ibrahim dikerumuni ramai rakyat India selepas tamat ucapannya ini. Satu kenangan yg sahabat saya tidak lupakan sewaktu menjadi sukarelawan program ini ialah apabila dia dibawa oleh sukarelawan yg lain ke tepi pantai dan ditunjukkan 1 rumah banglo yg sangat besar dan cantik.Ingat ke rumah siapa rupa-rupanya rumah:Shah Rukh Khan....:)

gaya tangan Erbakan-Morsy

http://www.youtube.com/watch?v=qHHIzgzcMIE&feature=share Akhirnya jumpa kembali video ini yg pernah saya bentang dalam satu bengkel santai di UM tentang kajian tokoh:Allahyarham Prof Dr Nemettin Erbakan. Antara fokus pembentangan saya ketika itu ialah pergerakan tangan yg unik oleh Allahyarham Erbakan.Ada mesej tersirat yg beliau sampaikan melalui pergerakan tangannya tersebut. Dan kini muncul Presiden Mesir,Dr Muhammad Mursy dengan pergerakan tangannya sewaktu sambutan-angkat sumpah di Dataran Tahrir(video di bawah). Kalau kita perhatikan betul-betul-betul(dgn nada Upin Ipin),pemimpin2 tertentu punya pergerakan tangannya yg tersendiri. http://www.youtube.com/watch?v=Rl89MwU9ACU&feature=share

Orang lain dah lama turun padang,kita tak masuk-masuk padang lagi pun

Orang lain dah lama turun padang,kita tak masuk-masuk padang lagi pun.Lama betul dgn teori-teori+ syok sendiri.'Bergelumang' dgn buku ke falsafah ke teori2 ke ..jangan sampai terlupa nak 'bergelumang' dgn MANUSIA .Percayalah selepas 'bergelumang' dgn manusia-manusia inilah anda mampu melahirkan buku-falsafah-teori2 yg berwibawa-berkualiti.Jangan samakan kita dgn sesetengah tokoh pemikir yg hidup 'bergelumang' dgn buku-falsafah-teori2 kerana mungkin zaman MUDA mereka dulu mereka sangat aktif 'bergelumang' dgn MANUSIA.Sekarang mereka dah TUA,beri peluang kepada mereka untuk berehat dan menulis buku-falsafah-teori2 berdasarkan pengalaman mereka 'bergelumang' dgn MANUSIA pada zaman MUDA mereka dahulu.Anda yg masih MUDA,aktifkan diri anda dgn 'bergelumang' dgn seramai mungkin MANUSIA sambil teruskan membaca buku-falsafah-teori2....Moga2 terhasil buku-falsafah-teori BARU nanti...:)

lagu untuk Morsy..

http://www.youtube.com/watch?v=noH8tc6ZoBY&feature=share dengar lagu ni rasa nak menyanyi-menari dan tepuk tangan gaya orang Mesir...Secebis pengalamanku di Mesir dulu(3 bulan saja mana nak puas,tapi sempat kenal 'ribuan' artis-lagu2 Arab Timur Tengah dgn gelek mereka sekali :) )Kuat tak kuat orang Mesir menyanyi-menari,dalam bas tengah sesak orang ramai,sempat lagi buat 'konsert percuma' ,di stadium sempat tengok 2 kelab gergasi Mesir(Zamalik VS Ahly) bertarung tapi diganggu oleh penonton2 yg sibuk menyanyi-menari dan buat bising.Waktu ikut program IYG UNIW-IIFSO,antara yg paling kuat menyanyi-menari(dgn pelbagai aksi) ialah geng pro Ikhwan Muslimin...Tapi di Malaysia jarang lihat geng pro Ikhwan Muslimin di Malaysia menyanyi-menari...:) Apapun,harap siri2 ucapan Presiden Mesir ini nanti diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dan disebar luas.Bukan sebab dia dr Ikhwan Muslimin-Freedom n Justice Party ke apa tapi mesej2nya sangat bernilai untuk dihayati oleh rakyat Malaysia.Bayangkan beliau yg menjadi Presiden Mesir terpaksa bermula dgn A,B,C semula dalam membangunkan Mesir yg 'hancur-musnah' akibat pemerintahan regim2 diktator sebelum ini.....

ibu/mak/mama/ummi....

'Semua ibu/mak/mama/ummi...di dunia ini,ibu/mak/mama/ummi/...kita/saya/aku.. jua'

'Hak,kebebasan wanita dan Islam' anjuran IRF

hadir ke acara 'Hak,kebebasan wanita dan Islam' anjuran IRF hari ini.IRF sering menganjurkan program dgn tema2 yg menyegarkan. Bicara soal kebebasan wanita entah mengapa saya sering terfikirkan nasib wanita di 2 negara: 1) Arab Saudi 2) Iran Di UM,saya ramai kawan perempuan-wanita(muda-tua) dari Iran yg selalu lepak di perpustakaan.Mereka selalu cerita kisah brutal authoriti agama-mullah-ayatollah di Iran yg terlalu mengongkong kehidupan wanita Iran. Kawan perempuan-wanita(muda-tua) Arab Saudi tak ramai(mm..ada ke tak,tak berapa ingat).Sambil terfikir:Macam mana anda boleh kenal -bezakan kawan2 anda yg pakai purdah ya?lihat pada matanya? Saya pernah kritik mereka yg pakai purdah dan makan di khalayak ramai (kritik cara mereka makan:selak purdah,suap-makan,tutup purdah pula,nak makan lagi,selak lagi-suap-makan,tutup pula,begitulah seterusnya,berulang-ulang kali)... Tak tersiksa ke makan macam tu?Apa pandangan-apa kata orang lain jika mereka melihat anda makan sedemikian?(walaupun ada yg akan menjawap,''tak penting apa yg orang lain kata ,yg penting Tuhan-Allah kata'' ceh wah ! Selalu orang sebut tentang perjuangan 'feminisme' .Ada yg kata 'feminisme' ini semuanya perjuangan Barat.Habis tu di mana 'feminisme' Timur.Utara?Selatan?Timur Laut?Tenggara? Barat Daya?Barat Laut?..opps..ada versi mata angin-aras kompas pula ya? Ada pula yg kata ada 'Islamic feminism'....mmmm....Semua nak tambah istilah ''Islamic'' ? Datang dari mana sebenarnya istilah ''Islamic'' ni ya ? Tak sempat ikut sepenuhnya wacana tadi sebab datang lewat dan ketika keluar sebentar dari dewan,'terlekat' dgn 'bengkel' tak rasmi dari seorang tua berjiwa muda yg bersemangat memberi nasihat kepada anak muda. Beliau menceritakan betapa negara Malaysia yg kita sayangi ini berada dalam keadaan kritikal-bahaya dr sudut ekonominya.Hutang negara terus meningkat(yg akan diwarisi oleh anak muda pada masa hadapan).Beliau nasihat tentang kepentingan harga diri-maruah,tak boleh dijual beli dgn sogokan wang ringgit,keberanian bertanya-mempersoalkan tindakan pemimpin negara dalam melaksanakan sesuatu dasar.Beliau sebut kalau apa yg berlaku di Malaysia sekarang ini (ekonominya) berlaku waktu beliau masih muda dulu,dah lama beliau 'angkat kaki' tinggalkan Malaysia.Beliau boleh sahaja tinggal di luar negara(pengalaman kembara seluruh dunia) tapi disebabkan rasa kasih sayang kepada negara Malaysia,beliau pulang ke tanah air dan mahu melihat perubahan dalam negara Malaysia. Beliau menyebut kepentingan orang Melayu untuk sedar-bangkit dan tak mudah ditipu oleh pemimpin yg mengatasnamakan 'menyelamatkan Melayu' dan percaya orang Melayu ini boleh berdikari-maju tanpa bantuan kerajaan(tak bergantung kepada kerajaan semata-mata) dan yg paling penting memiliki ilmu- pendidikan-kemahiran.Campaklah Melayu itu di mana-mana ,dgn ilmu itu mereka boleh maju. Nampak gayanya perlu tonton rakaman video acara tadi di sini:- http://www.libertv.my/s/irfront.org

bunuh diri vs cari ketenangan-kebahagian

Di Jepun,kawan saya dari Turki(menetap di Jepun-sekarang berkahwin dgn wanita Jepun cucu cicit Sizuka) beritahu:satu hari sebelum hari berkerja/sekolah/kuliah universiti dll(misalnya di Malaysia,hari Isnin),hari Ahad itu semakin ramai yg terjun ke landasan tren2 keretapi..bukan terjun saja-saja tau,terjun BUNUH DIRI sebab?..mm..mereka tak dapat terima hakikat esoknya hari berkerja/sekolah/kuliah universiti dll..TEKANAN!Jadi kita semua kena sihatkan MENTAL-aktifkan spiritual kita.Carilah keTENANGan dan keBAHAGIAan tau...:)

FB:Jaringan Anak Muda

FB:Jaringan Anak Muda http://www.youtube.com/watch?v=c4-j19QTqUs&feature=share Asalnya bermula dengan perjumpaan bersama seorang Profesor Emeritus,mendengar nasihat2 berharga beliau kepada anak muda dan kemudian pada malamnya disusuli dengan mewujudkan kumpulan Facebook bagi memudahkan komunikasi antara peserta2 yg hadir dalam perjumpaan tersebut(supaya perjumpaan itu disusuli dgn agenda2 penting yg lebih tersusun,bukan sekadar retorik-perjumpaan kosong) Dari kumpulan Facebook ini,kami berkongsi apa sahaja pandangan,iklan program2 ilmu sekitar Kuala Lumpur-Selangor,cadangan2-lontaran idea2,perkongsian2 program ilmu yg dihadiri ,konvoi motor bersama menghadiri pelbagai acara kemudiannya mengadakan perjumpaan- lepak bersama,berdiskusi-bedah buku dan lain-lain siri perjumpaan. Bila berjumpa anak muda yg lain,walaupun baru berkenalan,kami minta mereka sertai kumpulan Facebook kami . Penggerak utamanya hanyalah beberapa orang sahaja(JAM ini bukan NGO baru ke persatuan ke apa ke..hanyalah satu JARINGAN persahabatan-persaudaraan) tetapi berkongsi minat yg sama:Bedah buku,program ilmu,seminar2 ,berjumpa tokoh2,kembara,acara seni-budaya,sukan-rekreasi,menambah kenalan seramai mungkin dari seluruh dunia dan banyak lagi... Kadang-kadang anak muda yg aktif dalam bidang kepakaran masing-masing kurang atau tidak mengenali rakan2 mereka yg lain.Mereka perlu disedarkan tentang kepentingan JARINGAN . Lihat sahaja tokoh2 hebat masa kini yg punya JARINGAN yg sangat kuat dan mereka sebenarnya membina JARINGAN ini semenjak mereka masih muda lagi.

lagu Arab ''Oum O2af ''

http://www.youtube.com/watch?v=zAfkdH-nocw&feature=share antara lagu Arab kesukaan ku. Mula terpengaruh dgn lagu2 Arab ini ketika dalam tempoh ''tahanan dalam rumah'' nenekku dahulu..:) Itu di zaman Husni Mubarak..:)... TV Mesir selalu menyiarkan video2 klip lagu2 Arab(penyanyi Mesir-Lubnan-Iraq dll) selang beberapa minit,video klip lagu,beberapa minit kemudian,video klip lagu lagi...Mana tak hafal nama2 penyanyi-lagu2nya..:) Ada tak subjek tentang penghayatan lirik2 lagu-alunan bunyi muzik di Malaysia ya?..Kalau ada,saya nak ambil lah...buat PHD bidang penghayatan lirik2 lagu-alunan bunyi muzik.Macam ok,kan ? :)