Monday, July 02, 2012

FB:Jaringan Anak Muda

FB:Jaringan Anak Muda http://www.youtube.com/watch?v=c4-j19QTqUs&feature=share Asalnya bermula dengan perjumpaan bersama seorang Profesor Emeritus,mendengar nasihat2 berharga beliau kepada anak muda dan kemudian pada malamnya disusuli dengan mewujudkan kumpulan Facebook bagi memudahkan komunikasi antara peserta2 yg hadir dalam perjumpaan tersebut(supaya perjumpaan itu disusuli dgn agenda2 penting yg lebih tersusun,bukan sekadar retorik-perjumpaan kosong) Dari kumpulan Facebook ini,kami berkongsi apa sahaja pandangan,iklan program2 ilmu sekitar Kuala Lumpur-Selangor,cadangan2-lontaran idea2,perkongsian2 program ilmu yg dihadiri ,konvoi motor bersama menghadiri pelbagai acara kemudiannya mengadakan perjumpaan- lepak bersama,berdiskusi-bedah buku dan lain-lain siri perjumpaan. Bila berjumpa anak muda yg lain,walaupun baru berkenalan,kami minta mereka sertai kumpulan Facebook kami . Penggerak utamanya hanyalah beberapa orang sahaja(JAM ini bukan NGO baru ke persatuan ke apa ke..hanyalah satu JARINGAN persahabatan-persaudaraan) tetapi berkongsi minat yg sama:Bedah buku,program ilmu,seminar2 ,berjumpa tokoh2,kembara,acara seni-budaya,sukan-rekreasi,menambah kenalan seramai mungkin dari seluruh dunia dan banyak lagi... Kadang-kadang anak muda yg aktif dalam bidang kepakaran masing-masing kurang atau tidak mengenali rakan2 mereka yg lain.Mereka perlu disedarkan tentang kepentingan JARINGAN . Lihat sahaja tokoh2 hebat masa kini yg punya JARINGAN yg sangat kuat dan mereka sebenarnya membina JARINGAN ini semenjak mereka masih muda lagi.

No comments:

Post a Comment