PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan
Monday, July 02, 2012
Anwar-Mahathir di Mesir..
http://www.youtube.com/watch?v=SipXhIzDiOA&feature=share
3 bulan saya di Mesir selepas SPM dahulu(masuk Bandar sampai ke Kampung(pastinya menjejak kaki ke Dataran Tahrir),bila mengetahui saya dari Malaysia,beberapa orang rakyat Mesir(termasuk saudara-mara saya) tahu dan mengkagumi Tun Dr Mahathir bin Mohamad(ada yg beritahu saya,jika dia dapat anak lelaki,dia mahu namakannya:Mahathir Mohamad.
Mereka memberitahu saya mereka kagum dengan keberanian-kelantangan Tun Dr Mahathir berbanding Husni Mubarak yg takut-lembek bila berhadapan dengan pemimpin Amerika.Ketika itu(baru lepas SPM) saya pelik ramai rakyat Mesir bila saya jumpa sangat membenci Husni Mubarak(sembang tentang kezaliman Husni Mubarak waktu beraya dirumah-dalam teksi(pemandu teksi mengulas gaya penganalisis politik) pada masa yg sama dalam stesyen tv tak habis2 puji Husni Mubarak,tunjuk ramai orang suka Husni Mubarak,beratur berbaris nak jumpa beliau,kejayaan2 beliau,gambar di sana sini-tepi jalan penuh gambar Husni Mubarak dll (fikir semula rasa sama macam 'promosi' 1 Malaysia )
Dan bila saya berkesempatan ikut program IIFSO,IYG UNIW,WAMY dll(zaman PKPIM),setiap kali duduk bersama sahabat2 pro Ikhwan Muslimin('cawangan' 2 IM di negara mereka),pasti mereka akan tanya perkembangan Dato Seri Anwar Ibrahim.Mereka membaca sejarah perjuangan dan ikut perkembangan terkini Dato Seri Anwar Ibrahim.
Pelajar2 Malaysia di Mesir jangan lupa hadam-analisis ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim ini dan nasihat khas beliau kepada anda semua di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=s-POTHJUhbQ
No comments:
Post a Comment