Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Tuesday, April 24, 2012

yang mendapat pencerahan-tinggu ilmunya-matang dll bukan sebab latar belakang pengajian mereka lulusan universiti malaysia ke timur tengah ke eropah ke pesantren ke sekolah atap ke dll -universiti itu atau universiti ini...yang mendapat pencerahan ialah mereka yg mencari pencerahan dan mungkin ramai d kalangan mereka yg 'melawan arus' setelah mencari mencari dan mencari.

mereka perlu diingatkan bahawa kita sekarang di tahun 2012 bukan 1976-bukan 1985 bukan 1993 bukan 2011 apatah lagi bukan di zaman Hassan Al-Banna-Syed Qutb bukan di zaman Salahudin Al-Ayyubi bukan zaman Al-Fatih bukan zaman Nabi ......:).....Tapi perlu dingatkan juga banyak buku 'lama' yg baru-segar pemikirannya dan ada juga buku yg kononnya 'baru'' membawa pemikiran usang-lama...:).....Baca sahaja semua buku,belajar dari pengalaman silam,faham realiti semasa dan rancang untuk masa hadapan...Yang tahun 2012 -yg terkini pun sebenarnya lama-lama jadi lama juga kan?..:)...kena tengok kesesuaian silibus,mana yg boleh pakai,pakai,mana yg boleh simpan di muzium,simpan di muzium..:)..tapi yg di muzium tu pun kadang2 masih bernilai tinggi..:)....namun mereka juga perlu faham konteks penulisan buku2-silibus yg ditulis oleh senior2@org yg terdahulu daripada mreka,bukan mengikut membuta tuli dan bukan juga menolak semborono...

curah kita punya idea dalam tulisan-ungkap pemikiran,buat ulasan buku-galak orang baca buku,fokus sesuatu idea,bahasa ada kaitan dgn pemikiran,penulis punya tanggungjawab sosial-intelektual-jurubicara masyarakat,belajar 'critical thinking'-retorik-balaghah,penulis perlu banyak membaca,analisis tulisan2 pemikir,3P(Penulisan-Pemikiran-Pembacaan),selalu bersama buku-cinta buku-menulis suatu keindahan,pemikiran kreatif,penulis tak perlu takut dgn kritikan,tulis berdasarkan pengalaman-pembacaan...

Harap UM dapat wujudkan juga Pengajian Turki(sejarah Turki Uthmaniyah-budaya-Turki kontemporari-tokoh2 Turki-dasar luar-bahasa dll) sebagaimana kajian2 menarik(subjek yg bersesuaian) di Pengajian Korea-Jepun-China tersebut....

sampaikan mesej2 nasihat-kebaikan-kepentingan akhlaq mulia-mesej perjuangan cinta kepada semua dan singkirkan segala virus2 benci,permusuhan,pertelingkahan,pergaduhan,pertengkaran......Hidup perjuangan CINTA!

selalu makan tengahari-minum petang bersama sahabat2 kelompok kecil di UM sambil berdiskusi santai topik bebas.Kami akan ubah pendekatan selepas ini dgn diskusi buku2-artikel2 menarik yg telah tamat dibaca.Ke mana-mana sahaja pastikan membawa apa-apa sahaja buku-artikel (yg tamat dibaca),setiap kali berjumpa sesiapa sahaja dimana-mana sahaja akan berdiskusi apa-apa sahaja bila-bila masa sahaja dimana-mana sahaja...:)

Kepada anak muda yg masih mencari-mengkaji pemikiran tokoh2 pemikir ,semoga kalian tidak menjadi seperti kelompok anak muda yg aktif dgn seni mempertahankan diri(silat-kung fu-karate-teakwando dll) yg marah bila tok guru mereka dihina-dikritik ''Belasah mereka!''(kata anak murid) padahal tok guru mereka 'cool'-'rileks' sambil berkata 'bertenang!'maafkan mereka!' :)

.Apabila dewan kuliah menjadi panggung wayang....menonton filem itu sebahagian daripada kuliah!...

bersama Prof Emeritus Dato Dr Osman Bakar(IAIS):Beliau menekankan kepentingan mendengar pelbagai versi isu2 kontroversi(yg dibincangkan dlm FORLOT),mengimbas ABIM zamannya yg sentiasa menggalakkan bacaan pelbagai buku tulisan pelbagai tokoh(baca Al-Attas,baca Faruqi-baca SH Nasr-baca-baca-baca),keseimbangan antara 'aktivisme'-'haraki' dan 'intelektualisme',jangan bersikap elit-ekslusif dan abai aspek 'gerakan',jangan terlalu berteraskan 'ideologi'-dan abai aspek keintelektualan,minta teruskan kajian terhadap gerakan 'hizmet'-Fethullah Gulen dan lihat kejayaan mereka,dan nasihat supaya fokus kpd penDIDIKan....

Recep Tayyip Erdoğan dalam rangka mencetak generasi pelapis kepimpinan pada masa hadapan.Strategi beliau :mengumpul anak muda dari seluruh dunia di Turki dan mereka diberi latihan secukupnya khusus kepada 3 perkara penting 1)Sejarah 2)Ketamadunan 3)Sains Politik

Sebelum nak urus negara-urus dunia-urus empayar dll,belajar urus diri sendiri dulu tau!

Tulislah:walau sepotong status Facebook ! ..

Tak habis-habis kejar ranking-jurnal ISI...aduhai varsitiku!Seorang demi seorang pensyarah hebat-lantang bersuara pergi meninggalkan varsitiku,ada yg tidak disambung kontrak,tak dinaikkan pangkat perkara biasa...Kalau macam ini lebih baik menuntut ilmu di Universiti Facebook kerjasama Universiti Youtube!

.Di sana ada yg cuba me'lembu'-memandul-meroboh-meruntuh anak muda,disini kita membangun-mendidik anak muda....

Antara punca kelemahan sesebuah organisasi-persatuan:pengabaian terhadap penerapan ilmu2 tentang pemikiran-pengurusan-pentadbiran-latihan kepimpinan-strategi-dll kepada ahli-ahli-pimpinannya

hormati budaya orang lain,punya cita-cita wawasan masa depan,fikir apa yg boleh kita sumbangkan utk masyarakat dan negara...

kepentingan bukan sekadar bernostalgia dgn sejarah-masa silam,tetapi memahami perkembangan realiti masa kini dan merancang wawasan masa hadapan... bukan sekadar berbangga-mengetahui sejarah masa silam atau terlalu sibuk merancang-merangka masa hadapan sehingga melupakan realiti masa kini.Fokus kpd reformasi politik-kepemimpinan-media-ekonomi-sosial-pendidikan...

carilah buku apa yg patut dibeli(untuk dibaca bukan sekadar hiasan atas rak buku atau buat jamuan kesyukuran untuk anai-anai ...

saya ada idea,anda ada idea,dia ada idea,mereka ada idea.....tetapi sering kali kita hanya bersama idea kita semata-mata,mengapa tidak kita kongsi idea kita bersama orang lain?...berjumpa kawan-kawan yg punya idea,kongsi idea,bahas idea,debat idea,kritik idea,dll...biar penuh kepala kita dgn idea-idea.....Takkan meletup kepala kita dgn idea-idea !!!Tapi dengan idea-idea kita,kita boleh letupkan dunia !!! :)

Profesor A mungkin pakar dalam bab 1 tapi kurang kepakaran dalam bab 2.Mungkin juga anak murid Profesor A lebih pakar dalam bab 2 daripada Profesor A sendiri.Jadi Profesor A tidak boleh mendabik dada mengatakan beliau ''Profesor Serba Tahu''

Jumlah pengunjung

web statistics