Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Saturday, February 23, 2008

PRU-12

13 Tuntutan Pelajar(Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia-PKPIM)-

sila klik

http://pkpim.net/


Tuntutan Pertubuhan-Pertubuhan Islam(Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) & Allied Coordinating Commitee of Islamic NGOs (ACCIN) -

sila klik http://www.myislamnetwork.net/uploads/3c331995-d0c8-2ba6.pdf



Thursday, February 21, 2008

Kenangan bersama Syeikh Wahbah Zuhayli


Antara Ulama terkenal yang hadir di Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar di KLCC baru-baru ini ialah Syeikh Wahbah Zuhayli.Namanya sering disebut-sebut oleh para ustaz saya di Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong.Di rumah saya juga terdapat kitab tafsir Al-Quran ,Tafsir Al-Munir karangan beliau yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dengan kerjasama Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION (iMAP).Tafsir ini telah menjadi rujukan utama dalam pengajian tafsir kontemporari.

Tatkala multaqa berhenti rehat untuk makan tengahhari,tanpa diduga saya bertembung dengan ayah saya yang sedang mengiringi Syeikh Wahbah Zuhayli.Lantas saya bersalaman dengan Syeikh Wahbah Zuhayli setelah diperkenalkan oleh ayah saya.Rasa terkejut juga bertemu dengan ulama besar ini buat pertama kali namun ada sesuatu yang lebih mengejutkan lagi.

Malam itu saya turun berseorangan untuk makan malam di tempat yang disediakan khas untuk peserta multaqa di Hotel Traders,KlCC.Ketika sedang khusyuk menjamu makan malam yang cukup enak,mata saya terpandang kepada wajah bercahaya seorang tua yang juga sedang duduk berseorangan menjamu hidangan makan malam.Syeikh Wahbah Zuhayli rupa-rupanya !!.

Saya pada mulanya teragak-agak untuk meluru ke arah beliau memandangkan beliau sedang menjamu selera.Namun bagi saya inilah peluang keemasan untuk bersua muka dengan beliau lantas saya meninggalkan hidangan makan malam saya dan tanpa rasa malu terus duduk di kerusi bersebelahan beliau.

Saya memperkenalkan diri dan terus bersembang-sembang lingkungan 5-10 minit dengan beliau sambil beliau menjamu buah-buahan.Saya sempat
bertanya tentang keadaan tanah air beliau di Damsyik,Syria ,memaklumkan kepada beliau cita-cita saya untuk melanjutkan pelajaran dalam pengkhususan tafsir al-quran,dan tentang tafsir beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu .

Beliau juga seperti berminat untuk bersembang walaupun kelihatan keletihan dengan bertanyakan saya beberapa soalan berkenaan Malaysia antaranya soal cuaca,tentang geografi(sedikit sukar saya terangkan dalam bahasa Arab),mata wang,dan beberapa soalan lain yang menunjukkan minat beliau terhadap negara Malaysia.Maka tidak peliklah belaiu menaruh harapan cukup tinggi agar malaysia menjadi negara Islam moden suatu masa nanti.

Kesempatan bertemu Syeikh Wahbah Zuhayli walaupun sebentar memberikan kenangan yang cukup indah juga satu suntikan motivasi kepada saya agar terus istiqamah berjuang menuntut ilmu seterusnya mengamalkannya lantas memberi manfaat kepada umat keseluruhannya.Hidup sebagai ulama'.Mati sebagai Syuhada'.Insya Allah.

Terserempak dengan Habib Umar dalam lif....


Habib umar bin mohd bin salim bin hafiz.Nama pendakwah terkenal dari Yaman ini sering saya dengar.Dikatakan beliau keturunan dari Rasulullah.Wallahualam.

Baru-baru ini beliau telah berkunjung ke Malaysia dengan jadualnya yang cukup padat.Sebenarnya saya bercadang menghadiri majlis ilmu beliau di Masjid Wilayah tetapi memandangkan bertembung dengan Multaqa Sedunia Alumni AL-Azhar,saya terpaksa membatalkannya.Namun begitu ada peristiwa menarik yang berlaku pada saya tatkala menghadiri multaqa tersebut.

Pada malam hari kedua multaqa,para peserta diraikan dengan makan malam bersama dengan tetamu khas,Syeikh Al-Azhar,Sayyid Tantawi.Sebaik sahaja selesai makan malam,saya pun bergegas menuju ke bilik penginapan di Hotel Trader bersebelahan KLCC.Saya terserempak dengan 3 orang berjubah putih dan berserban (seorang tua dan 2 orang pemuda)sedang menunggu lif dan saya bersama-sama dengan 3 orang tersebut pun menaiki lif yang sama.

Tatkala di dalam lif barulah saya perasan bahawa lelaki tua yang tidak lekang dengan senyuman itu ialah pendakwah terkenal dari Yaman,Habib Umar yang sering saya dengar namanya itu.Lantas saya bertanya untuk lebih memastikan apakah beliau Habib Umar dan beliau mengiyakannya.Saya hanya sempat taaruf ringkas memperkenalkan diri dan memberitahu beliau bahawa saya menuntut di Universiti Malaya jurusan Usuluddin jabatan Al-Quran dan Hadith dan Habib Umar pula membalas dengan beberapa doa.

Saya keluar dari lif itu dengan penuh rasa terkejut juga bertuah kerana sempat berjumpa dan bersembang sepatah dua dengan Habib Umar pendakwah terkenal ini walaupun tidak berkesempatan menghadiri majlis ilmunya di Masjid Wilayah.

Biodata ringkas beliau boleh dibaca di :-

http://www.themodernreligion.com/profile/sh-Al-Habib-Umar.html



Wednesday, February 20, 2008

Akil Hayy bersama D'Riyadh(Rock)......

Ketika sedang melayari laman youtube(mendengar lagu kumpulan Ruhul jadid dengan senaman-senamannya sekali),saya terjumpa video klip Akil Hayy tatkala bersama kumpulan rock D'Riyadh.Sedap suaranya.Memang Rock....(Rock lembut ?)......Taip sahaja di youtube.com :-

Hanya Ketenangan - Riyadh
Dugaan - D'Riyadh dll.....

Sunday, February 17, 2008

Syeikh Al-Azhar,Sayyid Tantawi

Syeikh Al-Azhar,Sayyid Tantawi antara tokoh ulama yang saya kagumi.Sedikit biodata ringkas beliau saya petik dari laman web YADIM(http://www.yadim.com.my/):-

"Dr. Muhammed Sayyid Tantawi dilahirkan pada 28 Oktober 1928 di kampung Saleem Syarqiyyah, di daerah Tama Governorate Soohaj. Beliau memulakan pendidikan di Institut Agama Iskandariah selepas mendapat pendidikan asas dan menghafaz al Quran di kampungnya.Beliau kemudiannya menyambung pelajarannya di Fakulti Usulluddin di Universiti Al Azhar pada tahun 1958.

Kebijaksanaannya terserlah apabila beliau berjaya memperolehi dua ijazah sarjana muda setahun kemudian iaitu Ijazah Sarjana Muda (al Aliyah) Usuluddin dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.Tujuh tahun kemudian beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ilmu Tafsir dan Hadith dengan pangkat Mumtaz (cemerlang) serta menghasilkan tesis berjudul Bani Israel dalam Al Quran dan Sunnah.

Dr. Muhammed Sayyid Tantawi memulakan kerjayanya dengan berkhidmat di Kementerian Waqaf Mesir pada tahun 1964. Selepas berkhidmat sebagai pensyarah di Al Azhar empat tahun kemudian, beliau dipinjamkan ke Universiti Libya dari tahun 1972 hingga 1976.Seterusnya, beliau kembali ke Al Azhar lalu dilantik sebagai Dekan di Fakulti Usulluddin cawangan Asyut. Dr. Muhammed Sayyid Tantawi juga pernah berkhidmat di Arab saudi apabila memegang jawatan Ketua Jabatan Tafsir dan Ilmu-Ilmu al Quran di Universiti Islam Madinah.

Pengalaman beliau berkhidmat di universiti-universiti Islam sedunia sememangnya luas apabila turut pernah menjawat jawatan pensyarah pelawat di Universiti Basrah, Iraq.Pada tahun 1986 beliau dilantik sebagai Mufti Mesir sebelum diberi penghormatan dengan anugerah Imam Besar Masjid Al Azhar dan Sheikh Besar universiti berkenaan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, pada 27 Mac 1996. "

Kehadiran saya ke Multaqa Alumni Al-Azhar di KLCC baru-baru ini banyak didorong oleh kehadiran Syeikh Al-Azhar ini.Saya sudah lupa bila kali pertama saya mendengar namanya dan kalau tidak silap mungkin di MTAQ Pulai Chondong dahulu hasil cerita-cerita dari para ustaz(Ustaz di MTAQ ramai yang suka bercerita dalam kelas 'topik luar 'pelajaran seperti pengalaman hidup,politik kenegaraan dan lain-lain .Inilah corak pendidikan yang saya gemari berbeza dengan mereka yang mengajar hanya berpandukan buku teks semata-mata yang akhirnya hanya akan melahirkan para pelajar yang mempunyai 'pemikiran buku teks' dan 'robot-robot' sahaja!!!)
Tatkala 3 bulan berada di Kaherah,Mesir dahulu,saya banyak mempelajari bahasa Arab melalui siri kuliah tafsir Syeik Tantawi di tv Mesir.Kuliah tafsir beliau menjadi 'santapan rohani' saya setiap malam apatah lagi dengan penyampain Syeikh Tantawi yang cukup indah dengan pengolahan dan penafsiran ayat-ayat Quran menggunakan bahasa yang mudah,contoh-contoh yang dekat dengan masyarakat dan dengan nada Syeikh yang lemah-lembut.
Sebaik sahaja Syeikh Tantawi melangkah masuk kali pertama ke dewan persidangan KLCC untuk sesi perasmian Multaqa Alumni Al-Azhar oleh YAB Perdana Menteri,semua mata terpaku kepada beliau.Saya sengaja memilih tempat duduk yang betul-betul berhadapan dengan beliau dari jauh.Mukanya bercahaya dan berseri kelihatan seperti seorang bayi(bayi yang berumur 80 tahun?).Inilah wajah seorang alim pendakwah yang gigih yang tidak mengenal erti penat lelah merantau ke seluruh dunia hanya untuk menyampaikan mesej dakwah berbekalkan keikhlasan kepada Allah.
Pada malam kepulangan Syeikh Tantawi,saya berkesempatan hadir ke KLIA menghantarnya pulang sehingga ke balai menunggu VIP dan Alhamdulillah sempat bersalaman dengan beliau.Sedih juga saya melihat beliau yang sebenarnya demam,selsema dan batuk pada malam tersebut.Semoga tuhan mengurniakan kesihatan kepada beliau agar dapat terus berjuang menyampaikan mesej dakwah Islam meratai ke seluruh alam.Insyaallah.

TV Islam?

Bersempena dengan Multaqa Alumni Al-Azhar di KLCC,pihak YADIM dan World Islamic Network Television telah menandatangani satu MOU bersama dengan disaksikan oleh YAB Perdana Menteri dan Syeikh AL-Azhar,Sayyid Tantawi dan dengan termeterainya MOU ini,satu lagi 'TV Islam' akan dilancarkan nanti.Stesyen TV ini akan dinamakan Al-Falah TV.Semoga kehadiran stesyen tv ini akan merancakkan lagi media tv berunsur Islam di negara kita selaras dengan prinsip pendekatan Islam Hadhari.

Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008


15 Februari 2008-Hari ini saya hadir ke Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008 anjuran YADIM dan JAKIM dengan kerjasama Universiti Al-Azhar Mesir yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur(KLCC).Sebaik sahaja mendapat maklumat tentang Multaqa ini melalui akhbar,saya terus menghubungi urusetia untuk mendapatkan maklumat lanjut.Saya mendaftar melalui email dan berusaha mengajak seramai mungkin sahabat-sahabat yang lain agar mereka turut hadir ke majlis ilmu penuh bersejarah ini.

Kehadiran Sheikhul Al-Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi menjadi tarikan utama saya untuk hadir ke Multaqa ini.Pada tahun lepas,saya sempat mengikuti rombongan (konvoi) Syeikh Tantawi ke beberapa program sekitar Kuala Lumpur dan menghantar pulang beliau di KLIA.

Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar ini merupakan kali ketiga diadakan, dan yang pertama di luar Mesir. Multaqa bertemakan 'Pendekatan Islam Hadhari, Di antara Warisan dan Cabaran Semasa' itu disertai 1,028 peserta daripada 70 negara yang menghimpunkan ulama lulusan Al-Azhar yang terkemuka di seluruh dunia termasuk Eropah, Amerika, Asia Barat, Afrika dan Asia Tengah.

Antara nama besar yang hadir pada program ini selain Syeikh Sayyid Tantawi ialah Menteri Agama Mesir,Dr.Hamdi Zagzug,Dr.Wahbah Zuhayli dan ramai lagi.Program ini membuka ruang untuk menemukan kembali bekas-bekas pelajar Universiti Al-Azhar dan walaupun saya bukannya alumni Al-Azhar saya tetap merasakan betapa pentingnya hadir ke majlis ilmu ini.Saya mendapat pelbagai mesej jemputan ke majlis ilmu dan ini memaksa saya membuat pilihan mengikut keutamaan dan Multaqa Alumni Al-Azhar ini pilihan utama saya.

Sesi pendaftaran cukup sistematik.Para peserta beratur panjang untuk mendapatkan giliran 'bergambar' untuk mendapatkan kad nama(pass masuk) yang siap secara pantas.Alat penterjemahan(Arab,Inggeris,Melayu) ,beg dan kertas kerja turut disediakan percuma.Dewan persidangan yang agak besar dan cantik dengan segala kelengkapannya yang canggih memudahkan perjalanan Multaqa ini seterusnya memberi keselesaan kepada semua peserta.

Pelbagai kertas kerja dibentangkan oleh perwakilan dari beberapa buah negara dikuti dengan perdebatan,ulasan,cadangan dan kritikan yang merancakkan lagi Multaqa ini.Mujur ada alat penterjemahan yang banyak membantu peserta Multaqa untuk memahami apa yang diperkatakan oleh para ilmuan.


Bersempena dengan Multaqa Alumni Al-Azhar ini juga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam kepada Sheikhul Al-Azhar, Dr. Muhammed Sayyid Tantawi .Anugerah berkenaan disampaikan oleh Canselor USIM, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin dalam satu Majlis Konvokesyen Khas USIM pada hari kedua multaqa.

Saya rasa cukup bertuah kerana dapat hadir ke program ilmu ini.Pengalaman bertemu dengan tokoh ilmuan -ulama cukup bermakna dan menyuntik motivasi untuk terus berjuang memperkasa diri dengan ilmu.

Thursday, February 14, 2008

Ulasan ucaptama Dato Dr.Siddiq Fadzil di Seminar Pakar Ke Arah Penanda Aras Amalan Terbaik Pendidikan ABIM

Dato Dr.Siddiq fadzil menyentuh berkenaan konsep pendidikan alternatif justifikasi dan aplikasi.Saya agak tertarik dengan kupasannya berkenaan pendidikan alternatif ini.’Sekali pendidik, pendidiklah selamanya’ itulah ungkapannya yang memberi maksud secara mudah tiada istilah‘ bekas atau mantan pendidik’.Beliau menyentuh peranan pendidik dalam ‘operasi penyedaran masyarakat’.

Selain itu beliau berbicara tentang tokoh-tokoh yang banyak menekankan soal pendidikan seperti Syed Mohamad naquib Al-Attas,Mohamad Qutb,Kurshid Ahmad,Syed Hussein Nasr,Ismail Faruqi dan tokoh-tokoh Barat.Masyarakat menurut beliau ghairah mencari alternatif dan apa yang penting dan perlu diberi perhatian oleh gerakan Islam ialah penawaran formula alternatif terutamanya berkenaan persoalan keilmuan,keintelektualan juga pembukuan.

Beliau menyelar dan mengkritik sistem pendidikan hari ini merujuk kepada apa yang berlaku di Malaysia dan Indonesia yang diungkapkan beliau sebagai ‘pendidikan yang dimiskinkan’,dan tidak melahirkan pelajar yang berjiwa merdeka bahkan menghadapi pembelengguan jiwa.Sistem pendidikan hari ini mengikut beliau banyak bersifat brainwashing daripada tujuan sebenar iaitu educating.Kuliah mengikut beliau sudah menjadi kuli-ah!(kuli).’Industri ‘pendidikan akhirnya melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran yang seragam@pemikiran di’pabrik’kan(pabrik=kilang) umpama ‘produk kilang’.Beliau juga menekankan persoalan penting ‘memanusiakan manusia’

Dato Dr.Siddiq fadzil juga menyentuh isu sastera dan kecewa dengan sikap sesetengah pihak atasan yang tidak mengambil berat persoalan sastera dan bagi beliau ‘dengan sastera menjadi manusia’.
‘Generasi yang cemas dan tegang memanjang’.Inilah yang disifatkan beliau tentang kebanyakan manusia generasi kini .’Meninggalnya tenang hidupnya tegang’.

Beliau juga menekankan persoalan betapa pentingnya sistem pendidikan hari ini bukan sahaja membina semangat daya saing dikalangan pelajar tetapi membina semangat berkerjasama dan bagi beliau tidak semua keadaan kita perlu bersaing kerana adakalanya kita juga perlu bekerjasama.Analogi yang beliau bawa cukup tepat bagaimana 5 jari yang tidak berebut fungsi masing-masing.Cuba bayangkan kalau kelima-lima jari saling bersaing berebut fungsi?

Beliau juga menyentuh ‘budaya bisu’ yang sebenarnya mampu merencatkan usaha dakwah ‘amar makruf nahi mungkar’.Mencintai ilmu menghargai kebenaran dan berbahagia apabila memiliki kebenaran.Inilah sifat yang perlu ada dalam diri pelajar.

Dato Dr.Siddiq fadzil membawa contoh dari al-Quran tentang tukang sihir Firaun yang akhirnya tunduk kepada kebenaran.Beliau juga mengupas dengan baik surah Luqman yang bagi beliau merupakan satu khazanah yang perlu diolah dalam merangka sesuatu modul pendidikan.

Antara intipati penting surah Luqman(yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu-nasihat Luqman kepada anaknya)ialah persoalam tauhid dan implikasinya yang menurut Dato Dr.Siddiq fadzil melahirkan ‘jiwa merdeka pengabdi Ilahi’,kebaktian kepada orang tua,penghayatan ibadah dan hidup positif,pendirian berasaskan ilmu,dan pendidikan berasaskan kasih sayang.Bagi beliau ‘tiada ampun buat guru yang tidak mengasihi anak muridnya.

Selain itu beliau turut berbicara tentang rendahnya semangat infaq dikalangan generasi kini yang lebih gemar budaya ‘claim’.Pada pandangan beliau semangat infaq itu sendiri melambangkan komitmen seseorang dalam berjuang.Beliau juga menyentuh tentang pemerkasaan institusi kerakyatan.

Bicara beliau berakhir dengan menekankan tentang pentingnya membangunkan apa yang dipanggil ‘sistem pendidikan al-hikmah’ dan beliau mengakhiri ucaptama beliau dengan kalimah ‘jujurlah kepada istilah’.

Monday, February 11, 2008

Apabila seorang lagi sepupuku kahwin.....

6 FEB 2008 -Bertempat di Dewan Risda,Ampang berlangsungnya majlis kenduri perkahwinan sepupu saya.Setelah bertungkus lumus membuat pelbagai persiapan,akhirnya majlis berjalan dengan lancar dengan dihadiri ramai tetamu dan sanak saudara yang sudah lama tidak berjumpa.

Akad nikah berlangsung pada malam hari di rumah sepupu saya di Kajang dan saya bersama sepupu-sepupu (lelaki) ditugaskan sebagai AJK persiapan makanan -minuman(kami paling banyak makan dan minum...). Selepas selesai majlis akad nikah,kami(anak-anak muda-sepupu dari 3 keluarga besar) mengadakan 'meeting' keluarga pengagihan tugas untuk majlis kenduri keesokan paginya.'Meeting ' ini mengingatkan saya kepada 'meeting' kem keluarga yang kami adakan sebelum ini.

Dan saya telah ditugaskan untuk mempengerusikan majlis keesokan hari.Alhamdulillah saya berjaya mengendalikan majlis kenduri perkahwinan(buat pertama kali) walaupun tugasnya tidak sampai pun 10 minit dan ....(tersasul menyebut program waktu pagi walaupun sebenarnya program tengahhari...)

Letih juga berdiri hampir 4 jam menyambut dan menyapa tetamu yang hadir tetapi yang seronoknya sebaik sahaja selesai majlis kenduri ,kami adik-beradik-sepupu dll 'menyambar' habis segala makanan-minuman (ayam panggang,nasi minyak,cendol dll )

Akad nikah sudah...majlis kenduri sudah....'makan besar' sudah.....dan...kami (sepupu-lelaki) dalam 10 orang(termasuk pengantin baru yang baru selesai kenduri pada pagi hari) meneruskan 'agenda keluarga' bersempena kenduri kahwin sepupu saya ini dengan bermain futsal di sebuah pusat futsal di Kajang bermula dari pukul 10 malam hingga ke 12 malam!!!

Program tidak berhenti setakat itu dan kami meneruskan agenda sehingga pukul 2.00 pagi dengan minum beramai-ramai di kedai mamak(Minum Teh halia sambil menonton separuh masa pertama separuh akhir Piala Afrika-Cameroon vs Ghana)

Dan tidur kami pada malam itu ternyata nyenyak zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Seminar Pakar Ke Arah Penanda Aras Amalan Terbaik Pendidikan ABIM

2 Feb 2008-Hari ini saya berkesempatan hadir ke Seminar Pakar Ke Arah Penanda Aras Amalan Terbaik Pendidikan ABIM di Anjung Rahmat ,Gombak.(Terima kasih kepada Ketua Biro Pendidikan ABIM,Dr.Amran Mohamad yang sudi menjemput)

Program dimulakan dengan ucaptama oleh Dato Dr.Siddiq Fadhil,Presiden WADAH(magnet-tarikan utama yang menyebabkan saya hadir ke seminar ini dari rumah -(Dari Putrajaya ke Anjung Rahmat...boleh buat tajuk buku ni...).


Selepas kudapan,program diteruskan dengan sidang selari dengan pembahagian fokus kepada pendidikan tinggi,pendidikan sekolah,pendidikan awal dan latihan sumber manusia.

Saya memilih untuk ke sidang latihan sumber manusia dan pilihan ini saya kira tepat apatah lagi dengan pembentangan hebat oleh Tuan hj.Nik Yusuf Nik Ismail dan pengulasnya Dato'Idris jauzi danTuan hj.Baharudin Ali Masrom(BAM).

Banyak ilmu baru yang dapat saya perolehi hasil seminar sehari ini dan tentunya menambahkan lagi minat saya untuk melibatkan diri dalam gerakan jihad melalui pendidikan-dakwah dan tarbiyah.

Monday, January 28, 2008

Seminar Antarabangsa Islam Hadhari

26 Januari 2007-Hari ini saya hadir ke Seminar Antarabangsa Islam Hadhari yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam anjuran Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Institut Perkembangan Minda (INMIND) .

Seminar ini diadakan selama dua hari dan saya bernasib baik walaupun mendaftar lewat tetapi masih dapat mendaftar sebagai peserta seminar ini dan juga penginapan secara percuma di Hotel Concorde,Shah Alam.Terima kasih pihak penganjur.

Perasmian seminar ini dilakukan oleh
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo.Antara pembentang dalam seminar ini ialah Pengerusi Cordova Initiative New York, Imam Feisal Abdul Rauf,Pengerusi Majlis Mufti Russia, Sheikh Ravil Gaynutdin,Pensyarah Universiti Kaherah, Prof. Dr. Abd. Hamid Tahir dan wakil dari Malaysia,Prof. Dr. Sidek Baba.

Monday, January 21, 2008

Perkasa Budaya Ilmu Mahasiswa

Perkasa Budaya Ilmu Mahasiswa


Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap merasmikan pelancaran program Gegar U! Warna-Warna Malaysiaku - Suatu Lambang Perpaduan 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) anjuran bersama Yayasan Budi Penyayang dan Kementerian Pengajian Tinggi mahu mahasiswa di negara ini berusaha sedaya upaya membentuk diri mereka agar menjadi modal insan yang benar-benar menguasai ilmu pengetahuan dalam setiap bidang.Beliau menyeru mahasiswa agar meningkatkan kualiti serta nilai tambah dalam diri mereka supaya tidak mudah tersingkir daripada arus persaingan semasa.

Pada pandangan saya,seruan Perdana Menteri ini perlu disahut oleh seluruh mahasiswa di Malaysia dengan memperkasakan budaya ilmu dan penghayatan menyeluruh terhadap makna ilmu dan pendidikan.
Kita tidak mahu mahasiswa di kampus-kampus universiti dihanyutkan dengan budaya hedonisme ,menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan mahasiswa sebagai penuntut ilmu apatah lagi mahasiswa merupakan aset penting dan barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti.

Melihat realiti yang berlaku di kampus universiti sekarang,mahasiswa lebih banyak tertumpu kepada program-program berbentuk hiburan,kebudayaan dan sukan semata-mata.Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pihak kolej kediaman universiti..Malang bagi mahasiswa pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat mahasiswa dan pihak atasan universiti dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa.

Pihak universiti terutamanya melalui kolej-kolej kediaman perlu memikirkan usaha pemupukan budaya ilmu,upaya menyegarkan intelektualisme,spiritualisme,aktivisme dan ,idealisme dikalangan mahasiswa.Kolej-kolej kediaman perlu menyemarakkan program-program ilmiah seperti forum,wacana, debat,diskusi buku dengan penampilan para ilmuwan dan cendekiawan dengan melibatkan penyertaan bersama mahasiswa dan sokongan padu pihak kolej kediaman dan pihak atasan universiti.

Pihak universiti juga perlu memberi lebih ruang kepada pertubuhan-pertubuhan belia tanpa mengira latarbelakang bangsa dan agama terutamanya yang bernaung di bawah Majlis Belia Malaysia seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM ),Gerakan Belia 4 B ,Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS) untuk masuk ke universiti seluruh negara dan bekerjasama mengadakan program-program pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa.Menjadi harapan semua pihak agar universiti –universiti di Malaysia mampu melahirkan modal insan yang menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan .

Thursday, January 10, 2008

Hijrah Mahasiswa:Antara Azam dan Muhasabah Ke Arah Perubahan

Hijrah Mahasiswa:Antara Azam dan Muhasabah Ke Arah Perubahan
oleh
Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad
Jabatan Al-Quran dan Hadith
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
ilmuwan-w.blogspot.com
wan_wasif@yahoo.com

Mukaddimah

Azam tahun baru.Inilah ungkapan yang sering kita perkatakan menjelang tahun baru.Malang bagi mereka yang tidak memikirkan tentang persoalan azam dan lebih malang lagi ramai juga yang langsung tidak memikirkan persoalan muhasabah menjelang tahun baru.Persoalan azam,cita-cita,impian dan perancangan ini dapat dikatakan berkaitan masa hadapan manakala muhasabah dan penilaian diri ini berkaitan masa lalu.Sewajarnya muhasabah perlu dilakukan setiap individu dalam rangka memasang azam tahun baru dan pastinya dengan muhasabah dan azam ini dapat menginsafkan jiwa-jiwa yang sedar akan kepentingan hijrah !

Azam

Melangkah ke tahun baru memerlukan perancangan yang rapi agar tahun baru ini tidak sekadar baru tahunnya tetapi lama perangai,sikap,tingkahlaku ,dan pemikirannya.Azam itu pula bukan sekadar azam tanpa memikirkan usaha kearah merealisasikan apa yang diimpikan.Dalam konteks mahasiswa ,kita perlu sentiasa berazam untuk meningkatkan penguasaan ilmu dan ini pastinya menuntut kita untuk mengamalkan budaya ilmu.Budaya ilmu diamalkan dengan sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu,membaca pelbagai buku meliputi pelbagai bidang,memiliki perpustakaan peribadi,menulis dan mencatat segala ilmu yang diperoleh,,mendengar,mengkaji,menyelidik,bertanya,berdiskusi,berdebat,dialog,wacana,dan lain-lain wadah ilmu.Sentiasalah berdamping dengan para ilmuan.Utamakan membaca buku-buku karya ulama,ilmuan,pakar-pakar dan tokoh-tokoh. Setiap detik setiap saat dimanfatkan untuk ilmu.Inilah azam kita yang perlu diperbaharui setiap hari dengan harapan hari ini lebih baik dari semalam.

Muhasabah

Kita sebagai mahasiswa penuntut ilmu perlu sedar dan insaf akan peranan dan tanggungjawab kita.Kitalah harapan ibubapa,guru,pihak universiti ,pemimpin negara,ulama ,rakyat dan ummat keseluruhannya,Usia muda tatkala berada di universiti jangan sesekali disia-siakan.Gunakan setiap kesempatan dan waktu untuk meraih sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi pelbagai bidang.Wajar sekali kita merenung sejenak tentang makna sebenaar mahasiswa.Benarkah kita layak digelar mahasiswa?Sejauhmanakah kita mengurus dan memanfaatkan masa kita sebaiknya di universiti?Bagaimana dengan penguasaan ilmu kita?Bagaimana pula dengan iman dan taqwa kita kepada allah?Tiada lain yang kita perlu lakukan melainkan hijrah.Kalau bukan hijrah, apa lagi?Kalau bukan sekarang bila lagi?Kalau bukan di universiti ini di mana lagi?kalau bukan kita siapa lagi?

Beberapa perkara penting perlu difikirkan oleh mahasiswa sewaktu bermuhasabah antaranya:-

1)Keutamaan ilmu

Kita perlu bijak dan memberi keutamaan kepada penguasaan ilmu..Masa hadapan yang lebin mencabar menuntut kita untuk lebih peka dan memberi penekanan dalam menguasai ilmu-ilmu tertentu.Maka perlu kita bermuhasabah setakatmanakah penguasaan kita terhadap ilmu Al-Quran?Apakah kita sudah mencuba sedaya upaya untuk memahami isi kandungan Al-Quran?Apakah kita sering membuka kitab-kitab tafsir dan terjemahan al-Quran?Bagaimana pula dengan ilmu hadith?Apakah kita sudah menguasai dengan mantap Bahasa Melayu,Bahasa Arab ,Bahasa Inggeris dan lain-lain ?Bagaimana pula penguasaaan kita terhadap ilmu sains dan teknologi?Apakah kita sudah mampu berpidato,ceramah dan berkomunikasi dengan baik?Bagaimana pula dengan bahan bacaan harian kita?Apakah kita istiqamah dalam membaca buku-buku ilmiah ?Bagaimana pula dengan karya penulisan kita?


2)Pengurusan masa

Mahasiswa yang bijak tentunya pandai menguruskan masa dengan sebaik mungkin.Amat malang bagi mahasiswa yang tidak pandai menguruskan masa bahkan membazirkan masa kepada perkara yang tidak bermanfaat.Sewajarnya kita insaf akan kepentingan menguruskan masa dengan efektif.Kita patut sedar berapa banyak kerugian yang menimpa kita seandainya kita membazirkan masa.Oleh itu kita perlu menyemak kembali apakah kita hadir tepat pada waktunya ke dewan kuliah ?Bagaimana pula dengan waktu tidur dan bangun dari tidur kita?Apakah kita menjaga waktu solat?

3)Pengurusan diri dan ketrampilan

Pengurusan diri dan ketrampilan sering diabaikan sebilangan mahasiswa.Kita sepatutnya sentiasa mengurus diri dan berktrampilan sebaik mungkin agar status kita sebagai mahasiswa tidak dipertikaikan orang.Kebersihan diri,cara berpakaian dan pergaulan perlulah sentiasa dijaga .Senyuman perlu sentiasa menghiasi bibir kita.Wajah mesti ceria.Berjalan penuh semangat.Jika diri sendiri gagal diurus,bagaimana mahu mengurus persoalan ummat?

4)Gerak kerja dakwah

Tugas dakwah ialah hak milik setiap insan yang mengaku bertaqwa.Melihat kepincangan yang berlaku dalam masyarakat,tiada jalan lain untuk membuat perubahan melainkan melalui dakwah samada dakwah secara individu (fardhiah)mahupun secara berjemaah(amal jamaie).Apakah kita sekadar melihat satu demi satu kepincangan berlaku dalam masyarakat tanpa berbuat sesuatu demi peubahan?Dalam konteks mahasiswa pula, apakah kita sudah melibatkan diri dalam perjuangan gerakan dakwah di kampus?


5)Hubungan dengan Allah

Kita perlu sentiasa bermuhasabah menilai kembali hubungan kita dengan Allah,Tuhan sekalian alam.Apakah jiwa kita semakin dekat dengan tuhan ataupun semakin hari semakin jauh daripadaNya?Apakah kita sudah membersihkan hati kita dari dinodai warna-warna kehitaman dosa-dosa yang mematikan hati sehingga membuatkan kita semakin lari dari landasan tuhan?Bagaimana pula cara menyucikan jiwa kita agar semakin dekat hubungan kita dengan tuhan? Amat malanglah bagi mereka yang selalu derhaka kepada Allah dan lebih malang lagi terus ego dan sombong enggan bertaubat dan merapatkan hubungannya dengan Allah!

Penutup

Hijrah mahasiswa perlu dimulai dengan muhasabah seterusnya azam untuk melangkah ke tahun baru dengan penuh keinsafan dan meletakkan wawasan ketaqwaan sebagai puncak perubahan.Mahasiswa perlu berubah demi peubahan dan pastinya perubahan itu bermula dari diri sendiri!Dengan muhasabah penuh keimanan dan dengan keazaman penuh perancangan,mahasiswa mampu memimpin perubahan.Ayuh mahasiswa ,mari berhijrah!

Monday, December 24, 2007

Laporan delegasi PKPIM ke International Conference On Islamophobia,Istanbul,Turki


Laporan delegasi PKPIM ke International Conference On Islamophobia,Istanbul,Turki

Oleh

Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad


Pada 8-9 Disember 2007 yang lalu telah diadakan Internasional Conference On Islamophobia anjuran The Union of NGOs of The Islamic World(UNIW) bertempat di The Grand Cevahir Hotel ,Istanbul,Turki.

Sejumlah 15 orang wakil dari PKPIM,ABIM,WADAH,Yayasan Takmir Pendidikan,dan Global Peace Mission telah mewakili Malaysia pada Internasional Conference On Islamophobia ini. PKPIM telah diwakili oleh saudara Khairul Anwar Shazali,Saifullah Zulkifli,dan Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad.

Internasional Conference On Islamophobia ini berjaya menghimpunkan pelbagai Ngo-Ngo Islam dari seluruh dunia dan ia diadakan bertujuan menangkis ancaman Islamophobia terhadap umat Islam seluruh dunia.Program ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung OIC,Prof.Dr.Ekmeleddin Ihsanoglu.Ucapan pembukaan Internasional Conference On Islamophobia ini telah disampaikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ,Serdar Muhammed Abdul Kayyum Khan,mantan Presiden Kashmir dan penulis terkemuka,Karen Amstrong.

Antara tokoh yang membentangkan kertas kerja pada Internasional Conference On Islamophobia ini ialah Prof Dr.Anis Ahmad dari Pakistan,Prof Dr.Tariq Said Ramadhan dari Switzerland ,William Baker dari Amerika dan wakil-wakil dari Turki,Mesir,ArabSaudi,Perancis,Uruguay,Belanda,Albania,Iran,Jerman,Kuwait,
Jordan,dan lain-lain.Turut me
mbentangkan kertas kerja ialah Ahmad Azzam Abdur Rahman,mantan Presiden ABIM.

Rombongan Malaysia yang turut disertai seorang wakil dari Kemboja bertolak dari KLIA pada pukul 1140 pagi 4 Disember 2007 dengan pesawat Gulf Air ( transit di Bahrain).Perjalanan dari KLIA ke Bahrain memakan masa 8 jam dan kami menginap semalaman di sebuah hotel di sana.Hotel tempat penginapan kami agak mewah walaupun kelihatan didirikan di atas tapak padang pasir dengan dikelilingi oleh pohon-pohon kurma.

Di Bahrain kami sempat melihat usaha penjajahan halus bentuk baru yang mungkin tidak disedari oleh rakyat Bahrain yang kaya –raya dengan hasil minyak .Walaupun majoriti penduduknya beragama Islam tetapi ternyata ekonomi di sana dimonopoli oleh pihak asing seperti Amerika.1 dinar Bahrain bersamaan hampir RM 10 dan disebabkan itu yang kami mampu hanyalah window shopping sahaja.

Dari Bahrain kami menaiki pesawat ke Istanbul dan perjalanan ini memakan masa 4 jam.Tepat pukul 7 malam waktu Malaysia (5 Disember 2007)kami selamat tiba di Istanbul yang agak sejuk dengan turunnya hujan rintik-rintik dan disambut oleh wakil Hayrat Vakfi,Ali Kurt dan lain-lain.

Kami tiba agak awal sebelum program sebenar berlangsung .Mesyuarat Agung UNIW diadakan pada 7 Disember manakala Internasional Conference On Islamophobia berlangsung pada 8 dan 9 Disember 2007.Jadi,kami mengambil kesempatan menziarahi beberapa tempat bersejarah sekitar Bandar Istanbul dan antara tempat yang kami sempat ziarah sepanjang berada di Istanbul ialah Masjid Sultan Sulaiman Agung,Haghia Sophia, Spice Bazaar, Dolmabahce, ,Grand Bazaar, pejabat Al-Ansar dan Hayrat Vakfi

Ziarah kami di Istanbul menjadi lebih bermakna dengan bantuan Murat ,pemandu pelancong dari Turki yang berkebolehan bertutur beberapa bahasa selain bahasa Turki seperti bahasa Melayu ,Indonesia,Urdu,Arab,dan English.Beliau pernah menuntut di Islamabad ,Pakistan, dan pernah tinggal di Acheh bahkan sempat melihat mayat-mayat mangsa Tsunami.

Kami agak kagum dengan senibina masjid terbesar di Turki,Masjid Sultan Sulaiman Agung atau Sulaymaniye Mosque(1550-1557)yang dibina oleh arkitek Sinan tatkala zaman Uthmaniyah.Terdapat 4 menara yang menjadi simbol masjid ini dan apa yang menariknya ialah masjid inidibina penuh teliti dan tahan gempa bumi.Reka bentuk masjid ini dengan menara dan tiangnya,tulisan-tulisan khat yang menghiasi dinding,lampu dan kubahnya cukup mengagumkan mata memandang.Jika ramai yang mengunjungi masjid ini sekalipun ,suara seseorang dalam masjid ini tetap mampu bergema . Murat turut menceritakan antara rahsia rekabentuk masjid ini iaitu bagaimana batu dinding masjid ini yang diambil dari gunung dan yang lebih mengagumkan bagaimana telur burung unta yang dicampur tanah digunakan dalam membina masjid ini .Ini membuatkan ia tahan lama dan turut mampu menghalang labah-labah daripada membuat sarangnya.

Menurut Murat lagi di Istanbul ini sahaja terdapat lebih 2000 masjid bersejarah yang kebanyakannya peninggalan Empayar Uthmaniyah dahulu.Masjid pada zaman Uthmaniyah dahulu memainkan peranan besar bukan sahaja tempat menunaikan ibadat seperti solat bahkan berperanan sebagai satu kompleks yang lengkap dengan hospital,universiti,pusat-pusat kemasyarakatan dan lain-lain.Melalui sistem wakaf dengan terdirinya 272 kampung wakaf,gaji imam, para ustaz dan doktor dibayar.

Haghia Sophia pula dikatakan dibina sebelum zaman Rasulullah dan ia merupakan bangunan bersejarah bekas gereja yang kemudiannya dijadikan masjid dan kini dijadikan sebagai muzium.Di sinilah kami dapat menyaksikan budaya Islam dan Kristian bersama di satu bangunan .Sultan Mohamad Al-Fateh dikatakan menunaikan solat Jumaat pertama nya di Haghia Sophia tatkala membuka Constantinaple seawall usia 21 tahun.Kami turut berasa kagum dengan bangunan penuh sejarah ini dengan kubah yang disalut emas dan permata, dinding tebal serta dihiasi batu marmar yang cukup cantik .Tatkala musim panas,seseorang yang berada dalam Haghia Sophia tetap akan berasa sejuk begitu juga sebaliknya dan seperti Masjid Sultan Sulaiman Agung,Masjid Biru dan lain-lain bangunan bersejarah di Turki,ia mempunyai rahsia senibina yang tersendiri.

Agak ramai pelancong luar negara yang melawat Haghia Sophia ini dan kami sempat melihat sekumpulan pelawat yang meletakkan ibu jari mereka di lubang sebuah dinding dan memusingkannya 360 darjah kerana mengikut pegangan Kristian,niat dan hajat seseorang itu akan terkabul dengan melakukan perbuatan tersebut.Turut kami saksikan di Haghia Sophia ialah beberapa lukisan bersalut emas yang dikatakan lukisan wajah nabi Isa dan Maryam mengikut kepercayaan Kristian.. Para pelawat tidak dibenarkan menggunakan ‘flash’ tatkala mengambil gambar lukisan tersebut.

Bertentangan dengan Haghia Sophia ialah masjid biru(Blue Mosque) yang cukup cantik dan tersohor itu dan kami tidak berpeluang mengunjunginya memandangkan kesuntukan masa.

Kami sempat mengambil peluang untuk membeli belah dan mendapatkan barang-barang kenangan di Spice Bazaar(Egyptian bazaar) dan juga di Grand Bazaar. Pelbagai barang hiasan,kraftangan Turki,teh,makanan dan kuih muih dijual disini dan para peniaga disini cukup ramah dan mesra dalam membuat tawar menawar. Ada juga peniaga yang sebaik sahaja mengetahui kami dari Malaysia cuba untuk bertutur sepatah dua dalam bahasa Melayu. Kami mendapati pasar lama ini menjadi tumpuan para pelancong untuk membeli belah.

Kami turut berkesempatan menziarahi Dolmabahce Palace iaitu istana mewah yang dibina antara tahun 1843 hingga 1856 ketika pemerintahan Sultan Abdul Majid.Mustafa Kamal Ataturk pernah menginap ,melakukan beberapa kerja penting bahkan mati di istana mewah ini pada tahun 1938.Kami diminta membalut kasut kami dengan plastik yang disediakan tatkala masuk ke istana ini.Istana ini kini diletakkan di bawah kawalan Parlimen Turki.Kami seakan-akan tidak percaya apabila dapat menjejakkan kaki ke istana yang cukup mewah dan cantik ini.Pelbagai hadiah milik raja-raja terdahulu seperti kulit beruang hadiah daripada kerajaan Rusia,hadiah daripada kerajaan China,India dan lain-lain dipamerkan di istana yang dikawal ketat ini.Dinding-dinding yang disalut emas,hiasan-hiasan seperti lampu,pasu,lukisan,jam,langsir,meja,kerusi, dan lain-lain yang cukup mewah dan mahal memenuhi setiap sudut istana ini.Turut terdapat dalam istana ini ialah perpustakaan khas tempat belajar yang sarat dengan kitab-kitab lama,tempat mandi khas diperbuat daripada batu marmar, ruang pesta raja dihiasi permaidani cantik yang cukup besar dan lain-lain lagi lambang kemegahan dan kemewahan mungkin juga lambang keangkuhan dan kesombongan raja-raja silam.

Pada 7 Disember 2007,kami telah menghadiri mesyuarat agung UNIW bertempat di pejabat Al-Ansar berdekatan Masjid Sultan Sulaiman Agung.Tanpa disangka kami terjumpa dengan Andika,pelajar dari Indonesia yang baru 8 bulan belajar di Turki ini sebaik sahaja selesai menunaikan solat jumaat di masjid Sultan Sulaiman Agung ini.

Al-Ansar menjadi tumpuan muda-mudi Turki untuk berkumpul dan mengadakan program-program pendidikan.Mesyuarat Agung UNIW ini berlarutan panjang dengan peserta-peserta dari pelbagai negara mengemukan pandangan,kritikan dan cadangan .Pada malam tersebut pula,.para peserta diraikan dalam makan malam mengalu-alukan kehadiran semua peserta .Makan malam tersebut turut diisi dengan ceramah oleh William Baker,Presiden Christians and Muslims for Peace(CAMP)yang mengupas tentang hubungan Islam dan Kristian dalam mewujudkan keamanan di dunia ini,isu Palestin dan lain-lain.

Pada 8 Disember 2007,bermulanya International Conference On Islamophobia yang diadakan di The Grand Cevahir Hotel,Istanbul tempat para peserta termasuk kami menginap.Para peserta dilengkapi dengan alat penterjemahan memandangkan para pembentang kertas kerja dalam International Conference On Islamophobia ini menggunakan 3 bahasa berbeza iaitu bahasa Turki,bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Kebanyakan pembentang kertas kerja membicarakan soal punca berlakunya Islamophobia,ancaman Islamophobia berdasarkan pengalaman di negara-negara tertentu,islamophobia dan kaitannya dengan hak asasi manusia,kesan politik dan sosial akibat ancaman islamophobia dan juga jalan penyelesaian dalam mengatasi ancaman Islamophobia terhadap umat Islam seluruh dunia.

.Pada sesi malam hari pertama pula para peserta dihiburkan dengan persembahan budaya Turki dengan alunan muzik menggunakan gambus,kompang dan lain-lain.

Kami berasa bertuah kerana diberi pendedahan berkenaan islamophobia dan juga berkesempatan bergaul dengan tokoh-tokoh dan juga peserta-peserta yang mewakili ngo-ngo Islam serata dunia.Kami sempat bertukar-tukar kad nama dan bergambar kenangan dengan para perwakilan International Conference On Islamophobia ini.

Kami juga telah diraikan dalam majlis makan malam penutup bersempena International Conference On Islamophobia di sebuah tempat atas bukit berhadapan laut Selat Bosporus, pemisah antara Istanbul bahagian Asia dan Istanbul bahagian Eropah yang mana kami dapat menyaksikan pemandangan waktu malam Istanbul yang cukup indah .Kami turut dihadiahkan sebuah buku yang cukup besar berkenaan Istanbul hadiah dari Chamery Commerce Istanbul.

Pada hari terakhir sebaik sahaja check out dari The Grand Cevahir Hotel,Istanbul,kami terus mengunjungi ibu pejabat Hayrat Vakfi,sebuah ngo Islam di Turki yang mengikut aliran pemikiran tokoh terkemuka,Badiuzaman Said Nursi.Para pengikut Badiuzaman Said Nursi yang popular dengan Risalah An-Nur ini digelar Nurju.Bangunan pejabat Hayrat Vakfi ini dari luar kelihatan kecil tetapi dalamnya sangat besar , luas dan sangat cantik senibinanya.

Kami cukup kagum dengan usaha ngo islam ini yang banyak menekankan soal dakwah dan pendidikan terutamanya dengan menggunakan wasilah media dengan penerbitan-penerbitan majalah,buku dan penterjemahan karya-karya seperti Risalah An-Nur tulisan Badiuzzaman Said Nursi.

Tepat pukul 8.20 malam waktu Malaysai(10 Disember 2007),kami meninggalkan bumi Istanbul,Turki menuju ke Bahrain(transit sebentar) sebelum menuju ke tanah air dan akhirnya tiba di KLIA pada pukul 9.05 pagi waktu Malaysia(11 Disember 2007).

Kunjungan singkat ke Istanbul,Turki ini cukup bermakna buat kami semua.Semoga segala ilmu dan pengalaman melihat kesan-kesan peninggalan tamadun silam dan gerak kerja gerakan Islam di Turki dapat menyuntik semangat kami untuk terus berjuang memartabatkan Islam di tanah air tercinta.Semoga kami mewarisi semangat anak muda Sultan Mohamad Al-Fatih,keberanian Sultan Abdul Hamid,dan kepintaran Badiuzaman Said Nursi.


(www.ilmuwan-w.blogspot.com)

Wednesday, December 19, 2007

Perjumpaan pertama delegasi Malaysia sebelum ke Istanbul,Turki







23 November 2007,Anjung Rahmat,Gombak

Hari ini saya hadir ke Anjung Rahmat,Gombak(Pejabat En..Azzam Abdur Rahman- Mantan Presiden ABIM) untuk sesi perjumpaan kali pertama delegasi Malaysia yang akan berangkat ke Istanbul,Turki untuk menghadiri International Seminar On Islamophobia anjuran The Union of NGOs of The Islamic World(UNIW)pada 8-9 Disember 2007.

Delegasi Malaysia ke International Seminar On Islamophobia ini ialah seramai 16 orang dari keluarga besar PKPIM, ABIM ,WADAH ,Global Peace Mission dan Yayasan Takmir Pendidikan.Kami diberi taklimat berkenaan latar belakang program dan persiapan yang perlu dilakukan sebagai persediaan ke Turki nanti oleh En.Azzam .

Menurut En.Azzam ,mesyuarat agung The Union of NGOs of The Islamic World(UNIW) yang turut diadakan sebelum International Seminar On Islamophobia nanti ialah mesyuarat antara NGO-NGO Islam seluruh dunia yang terbesar selepas kemenangan parti Islam (AKP) di Turki (Kejayaan AKP dalam pilihanraya ,perlantikan Recep Tayyep Erdogan sebagai Perdana Menteri dan Abdullah Gul sebagai Presiden)

Sebelum UNIW ,sudah wujud pertubuhan seperti IIFSO(anjuran Ikhwan)WAMY(Anjuran Kerajaan Saudi) dan UNIW ini pula merupakan NGO Islam anjuran kerajaan Turki.
Umat Islam seluruh dunia kini
meletakkan harapan kepada Turki untuk memimpin Islam.Ketika umat Islam seluruh dunia berada dalam kedudukan paling lemah ,agama Islam tetap berkembang pesat seluruh dunia dan ini adalah bukti kekuatan risalahnya.

.

International Seminar On Islamophobia ini diadakan bagi membincangkan isu Islamophobia yang menjadi ancaman kepada umat Islam seluruh dunia lebih-lebih lagi selepas peristiwa 11 September 2001.Menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk melawan Islamophobia dengan mempamerkan akhlak yang mulia sesuai dengan tuntutan Islam dan bukannya dengan cara keganasan.

Kami diberi peringatan untuk membuat persiapan menghadapi musim sejuk di Turki nanti dan diminta supaya membuat kad nama untuk diagihkan kepada peserta-peserta dari negara-negara lain,membuat catatan peribadi melalui tulisan,gambar-gambar kenangan dan lain-lain yang penting.Sebelum bertolak ke Turki,kami diminta supaya membuat homework berkenaan sejarah Turki terutamanya berkenaan Empayar Uthmaniah,politik semasa Turki terutamanya berkenaan AKP,Refah,Erdogan,Gul,Erbakan dan lain-lain maklumat penting berkenaan Turki.

En.Azzam dalam perjumpaan ini sempat mengupas beberapa hal berkenaan Turki dan saya agak tertarik dengan kupasannya terutamanya berkenaan pertentangan pendekatan politik antara Erdogan dengan Erbakan yang juga merupakan gurunya dari aspek politik.
Beliau turut mengupas berkenaan kumpulan-kumpulan yang mendakwa pengikut Badiuzzaman Said Nursi atau digelar Nurju yang berpecah kepada
7 kumpulan antaranya Hayrat Vakfi dan Fathullah Ghulan.

Ramai orang Turki menyokong Tun Dr Mahathir kerana kelantangannya melawan kuasa besar Barat .Manakala ramai juga yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim atas usahanya cuba menyeimbangkan hubungan antara Islam dan Barat.
Turki pernah
melobi seluruh dunia untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu akrab dengan pimpinan kerajaan Turki sebagai Setiausaha Agung PBB namun ditolak sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang kewibawaannya terjejas jika memimpin pertubuhan boneka seperti PBB.


Ternyata perjumpaan kali pertama delegasi Malaysia ke Turki ini banyak menambahkan ilmu dan maklumat
dan semakin tidak sabar rasanya saya untuk berkunjung ke Turki nanti bagi menambah ilmu dan pengalaman.Dan pastinya ini menuntut saya untuk membuat persiapan sehabis baik sebelum menjejakkan kaki ke bumi Turki nanti agar kunjungan ke sana lebih bermakna.

Tuesday, December 18, 2007

Istanbul 2007

6 November 2007-Dapat sms tawaran sebagai delegasi PKPIM ke Turki daripada Presiden PKPIM

23 November 2007-Mesyuarat pertama delegasi Malaysia ke International Seminar On Islamophobia di Pejabat En.Azzam (Anjung Rahmat,Gombak)

24 November 2007- ke Kinokinuya,KLCC baca buku Travel:Istanbul

4 Disember 2007- 11.40 pagi:Bertolak dari KLIA ke Bahrain(Transit) dengan pesawat Gulf Air
7.55 malam:Tiba di Bahrain

5 Disember 2007- 2.55 pm:Bertolak ke Istanbul dari Bahrain
7 pm :Tiba di Istanbul

6 Disember 2007-Ziarah Masjid Sultan Sulaiman Agung,Haghia Sophia,Spice Bazaar

7 Disember 2007-Ziarah Dolmabahce,Ansar
Perasmian mesyuarat The Union of NGOs of The Islamic World(UNIW)

8 Disember 2007-Perasmian International Seminar On Islamophobia
Ziarah Grand Bazaar

9 Disember 2007-Hari kedua/Penutup International Seminar On Islamophobia
-

10 Disember 2007-Ziarah pejabat Hayrat Vakfi
8.20 pm:Bertolak ke Bahrain
1.35 pm: Bertolak ke Kuala Lumpur

11 Disember 2007-9.05 am:Tiba di KLIA

Thursday, December 13, 2007

Kem keluarga

Malam itu saya seakan tidak percaya.Sepanjang hidup saya sering juga menghadiri mesyuarat untuk mengadakan program,aktiviti,projek dan lain-lain.Kali ini misinya agak berbeza.Ini bukan 'meeting' untuk projek KEBATIM Kolej Kediaman Kelima UM,bukan juga 'meeting' untuk program PKPIM-PMIUM-PMAPIUM,Jabatan Quran Hadith;tetapi ini ialah meeting untuk kem keluarga!!!

Kami cucu-cucu kepada Hajah Saodah(nenek saya),terdiri daripada 3 keluarga besar(keluarga saya,dan 2 keluarga sepupu)duduk semeja bermesyuarat untuk mengadakan kem keluarga.Pelbagai modul dicadangkan.Fasilitatornya kami cucu-cucu yang senior manakala peserta kemnya cucu-cucu yang junior!Tujuannya antaranya saya fikir ialah untuk mengeratkan silaturrahim dan ukhwah sesama saudara,memantapkan akidah dan akhlak seterusnya bagi menjaga nama baik keluarga.

Saya ditugaskan untuk membuat modul bagi 'birrul waalidain'-berbuat baik kepada ibubapa-Saya masih belum dapat memastikan kehadiran dalam kem tersebut malam mestuarat tersebut walaupun bersedia menyediakan modul birrul waalidain ini memandangkan masih menunggu kepastian apakah akan ke Istanbul,Turki untuk mewakili PKPIM dalam INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMOPHOBIA CONFERENCE atau tidak.

Sepupu saya(cucu paling senior merangkap pengarah program kem keluarga)sangat berharap saya akan hadir ke kem ini sebagai fasilitator kepada peserta kem(sepupu-sepupu saya) yang berumur lingkungan 6 hingga ke 25 tahun.

Setelah mendapat kepastian ke Turki,malam sebelum bertolak itu saya bertungkus lumus menyiapkan modul yang dikehendaki dalam kem tersebut.Agak rugi juga tidak dapat hadir ke kem keluarga yang julung-julung kali diadakan oleh keluarga kami bertempat di rumah sepupu saya di Kajang dan juga di rumah kami di Putrajaya.Berapa banyak agaknya keluarga di Malaysia bahkan di dunia ini yang mengadakan kem keluarga???

Setelah pulang dari Turki,antara soalan yang saya tanyakan kepada adik-beradik saya ialah berkenaan perjalanan kem keluarga ini.Alhamdulillah.Semuanya berjalan lancar.Katanya menginsafkan.Banyak juga air mata yang mengalir dalam kem ini.Apatah lagi dengan peralatan moden yang digunapakai dalam kem ini seperti laptop dengan slideshownya,projekter dan lain-lain.Mendengar cerita dari peserta-peserta kem keluarga ini(adik-beradik,sepupu saya) ini sahaja cukup mengagumkan.Rugi benar rasanya tidak dapat hadir tapi apakan daya...kos lepas.Bertembung program.

Semoga kem keluarga ini akan menjadi program tahunan keluarga kami dan dapat menjadi role-model kepada keluarga-keluarga lain.

421 pagi
14 Disember 2007
Putrajaya

Lambaian Kaabah


Baba dan Mama saya telah berangkat ke tanah suci Mekah beberapa minggu yang lalu.Kami sekeluarga sempat menghantar mereka di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya .Suasana sedih dan pilu menyelubungi kami adik-beradik tatkala menghantar mereka.Rasanya tidak pernah saya bersedih sebegini.Air mata adik-adik,kakak-kakak saya mengalir laju mendengar amanat,nasihat dan wasiat baba mama kami sebelum berangkat.Air mata saya pula sudah tidak mampu mengalir menahan sebak.Sabar.Itulah kekuatan.Didoakan mereka berdua berhasil meraih haji mabrur.

Saya agak kasihan dengan kesibukan baba saya di JAKIM.Semoga pemergiannya menunaikan haji menjadi kesempatan untuk beliau berehat(walaupun sebenarnya masih 'bertugas' di mekah,menenangkan jiwa ,menunaikan ibadat tanpa diganggu dan kemudiannya pulang ke Malaysia dengan semangat baru bekerja demi Islam yang tercinta.

Mama saya pula sememangnya masih tidak percaya mendapat peluang menunaikan haji kali ini(walaupun pernah menunaikan haji sebelum ini).Kita yang merancang Allah jua yang menentukannya.Inilah namanya rezeki.Begitu asyik mama saya menelaah buku panduan haji dan umrah ,bertanya tentang pengalaman nenek saya yang pernah membesar di Mekah dan saban hari kami menonton ramai-ramai siaran tv 1 berkenaan haji keluaran JAKIM.Akhirnya impiannya tercapai jua.

Kami adik-beradik pula pastinya insaf betapa pemergian ibu bapa itu cukup menyiksakan walaupun hanya seketika.Betapa besarnya pengorbanan mereka membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang yang kadang-kadang langsung tidak difahami oleh anak-anak.Bersyukurlah wahai anak-anak!Hormati ibubapa mu!

Mama saya pernah menceritakan perihal saya sewaktu kecil ;yang sebenarnya saya pernah menunaikan haji???didukung oleh baba saya sewaktu beliau menunaikan haji tatkala saya masih' baby'.Di Mekah,saya yang masih kecil ketika itu menangis tidak henti-henti kerana cuacanya yang panas berbeza dengan cuaca di London ketika itu(baba mama saya ke mekah dari London tatkala baba bertugas di sana).Mama saya pula terpaksa bersusah payah mencari susu yang sesuai untuk saya yang menangis sepanjang hari.Setelah puas mencari,mujurlah ada hamba Allah yang tidak dikenali membantu mendapatkan susu buat saya.

Fikir punya fikir,bila agaknya saya diberi kesempatan oleh Allah untuk menunaikan haji ya?

349 pagi ,14 Disember 2007
Putrajaya

Sunday, November 25, 2007

Istanbul ,Turki 2007???

INTERNATIONAL CONFERENCE
ON ISLAMOPHOBIA
CONFERENCE

8–9 December 2007
The Grand Cevahir Hotel, Istanbul
U N I W
THE UNION OF NGOs
OF THE ISLAMIC WORLD
ISTANBUL - 2007

Selepas Kaherah,Mesir 2003-Yogyakarta,Indonesia 2007 ..............Mampukah hajatku untuk ke bumi Sultan Mohamad Al-Fateh,Badiuazzaman Said Nursi...Erbakan...Erdogan...Gul.........tercapai???

Thursday, November 01, 2007

Email suara hati seorang Buddha

Saya mendapat komen dari seorang beragama Buddha(Kelvin Liew Peng Chuan) tentang ulasan saya tentang Forum Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk yang diadakan di Kolej Kediaman 12 Universiti Malaya baru-baru ini.

He belittled Kritianiti openly, blared out his sermon from the college mosque in a college made up of multiracial students.If we non muslims look at Islam from our religion’s point of view,you call it an insult to islam. when you do this, you call it dakwah. wat a wonderful world

Saya menghantar email kepada beliau mengucapkan terima kasih atas komen dan menghulurkan salam perkenalan kepada beliau dan beliau kemudiannya membalas email saya.Dibawah ini disertakan email dari beliau untuk tatapan semua.

Hi Mr Wan,
I'm very glad to meet people like you who allow us to have another point of view on the subject of religion.
It's not always possible to meet people like you. I know only a handful of Muslim friends like you, who respect others and being good representatives of Islam .
I believe our religion is clear on the point of other religions - have respect for the goodness they teach, but our religions will never be equals.
However Mr Wan, what i'd like you to know is, as a non-Muslim in Malaysia, I live in constant frustration on how a majority of Muslims treat me and my non-Muslim kind.
We non-Muslims are taught to respect the Muslims when they puasa, don't eat in front of Muslims, don't eat haram food in front of Muslims, have halal plates and cooking utensils, we must hide our prayer items so that Muslims do not see them etc. When it comes to us non-Muslims, some Muslims do this to us - we are served beef during open house, Muslim children call us 'kafir' , Muslim children vandalize our worship items, Muslim ustaz condemn non-Muslim religions loudly through the loud speaker from the mosque, Muslims create false stories of 'holy water' and spread it through the internet, Muslims say that we make noise during our religious procession... i'm sad.
And yesterday, i read in the newspaper a Hindu temple was razed in Selangor. As a minority, I feel very sad that all this happen because we are not Muslims.
I believe all this will stop if the mosque and all agama teachers teach REAL ISLAM. All this perbandingan agama lectures should be done with dignity, not 'memperlekehkah' other's religion. In my Buddhism classes, we were taught facts like this - Buddhism does it this way - Islam does it this another way. No making fun of other's religion. The sad fact is that most Muslim lectures do that.
So kawan, i agree with you friendship begin with like minded people, for example us. I don't believe in making fun of others.
I hope that more people like us will come forward and spread this mutual respect.
May you be well n happy.
~ sampuna

Jumlah pengunjung

web statistics