Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Monday, September 10, 2007

Mahasiswa oh mahasiswa


Saya agak tertarik dengan puisi karya Dato Dr.Siddiq Fadhil bertajuk Nostalgia Di Hujung Senja.Sedikit petikan puisi tersebut untuk renungan mahasiswa.

Mahasiswa pemimpin hari muka
cendekia dalam pustaka pujangga
dewasa dalam gelora demo di jalan raya

Akademia ,semangat agama merubah anak desa
menjadi 'elemen yang sedar dari masyarakat'
jurubicara umat,penyuara aspirasi rakyat
kau bangkit bersama mahasiswa
menggugat
pengkhianat dan penjilat

Sunday, September 09, 2007

Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke 46

Alhamdulillah saya telah berkesempatan menghadiri Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke 46 yang berlangsung di Malaysia France Institute-Unikl di Bangi,Selangor pada 7 hingga 9 September yang lalu.

MPAT kali ini menampilkan 3 program utama iaitu:-

1)Konvensyen Mahasiswa IPTS
2)Malam Pengkisahan Para Daie
3)Mukatamar Sanawi PKPIM

Konvensyen Mahasiswa IPTS

Konvensyen Mahasiswa IPTS saya tidakdapat hadir .Ternyata PKPIM sudah mula menyebarkan sayapnya di kampus-kampus IPTS di Malaysia setelah mempunyai jaringan di kebanyakan kampus IPTA seluruh Malaysia,badan-badan gabungan negeri,dan lain-lain jaringan termasuk jaringan antarabangsa.

Malam Pengkisahan Para Daie


Malam Pengkisahan Para Daie itu mengumpulkan para pendakwah yang terdiri daripada seluruh keluarga besar PKPIM-ABIM-WADAH.

Ramai tokoh-tokoh yang hadir dari latar belakang yang berbeza;pendakwah bebas,tokoh akademik,ahli politik dan lain-lain lagi.Antara tokoh yang dilihat hadir pada malam tersebut ialah Ustaz Abdul Halim El-Muhammady(adik-beradikDr. Uthman ElMuhammady),Dr.Yusuf Othman(prof fizik.di UKM),Ramli Ibrahim(bekas ahli parlimen Kota Bharu-kalau tak silap),Syamsul Iskandar(Angkatan Muda KeADILan),mantan pimpinan PKPIM dan ABIM ,dan
ramai lagi.

Saya sebenarnya ternanti-nantikan pidato Dato'Dr.Siddiq Fadzil pada Malam Pengkisahan Para Daie pada malam tersebut namun beliau tidak dapat hadir.

Tempat beliau digantikan dengan mantan pimpinan PKPIM yang menceritakan suka-duka perjuangan dakwah dalam wadah PKPIM untuk renungan dan iktibar generasi PKPIM kini.

Mukatamar Sanawi PKPIM

Muktamar kali ini dirasmikan oleh Presiden ABIM ,Tuan Hj.Yusri Mohamad.Antara yang turut hadir ialah wakil dari Indonesia yang merupakan Setiausaha Agung PEPIAT dan wakil dari Syatra Sibil Bangladesh(sayap pelajar Jamaat Islami).Mengikut catatan saya,perwakilan yang hadir seramai 67 orang manakala pemerhati 52 orang.

Antara rumusan yang boleh saya buat setelah mendengar ucapan perasmian Presiden ABIM tersebut ialah:-

-Pada hari ini berlaku persaingan fikrah dan pertembungan kecenderungan dalam menjuarai gelanggang dakwah.
-Pendakwah turut diuji dalam kemewahan
-Kekuatan umat Islam zaman berzaman ialah ulama dan ummat
-Pentingnya kita menonjolkan ulama untuk manfaat ummat
-Musuh Islam pada hari ini memanfaatkan mood antarabangsa dan sentimen pasca 11 September untuk mematikan proses islamisasi seterusnya menjalankan misi deislamisasi
-Tiada jaminan Islam akan menang di Malaysia ataupun di tangan kita
-Pentingnya mempersiapkan Rijal dakwah yang bukan sahaja penuh dengan idea-idea,falsafah dan konsep malah menjadi aktivis dan pemikir muda yang menguasai realiti gelanggang
-Pendakwah jangan janggal untuk bergerak dalam masyarakat
-Pendakwah jangan mensibukkan diri dengan sesuatu yang tidak bermakna pada dirinya


Rumusan yang boleh saya buat setelah mendengar pembentangan dan perbahasan usul ialah:-

-Pentingnya menceburi program keusahawanan
-Perjuangkan isu Palestin dan sambutan Hari Al-Quds pada 21 Ogos setiap tahun
-mantapkan modul usrah dan tamrin
-Kita jangan mmeperjuangkan PKPIM semata-mata tetapi perjuangkanlah agama Islam!!!
-semarakkan budaya intelektual
-Pendakwah perlu turun ke kawasan-kawasan pedalaman,orang asli dan sebagainya
-Pendakwah perlu mempunyai sifat keibuaan dan keayahan atau murabbi
-Kita perlu memantapkan kemahiran penulisan,orator dan komunikasi
-Tulislah artikel di dada-dada akhbar ,blog dan sebagainya
-Jangan lesu dan beku
-Pengurusan jangan celaru
-Jagalah identiti kita
-Kita perlu menghadapi cabaran intelektual samada luaran atau dalaman
-Pendakwah perlu mengingati nama mad'u
-Pendakwah perlu membuat ziarah fardhiah
-Pentingnya pembacaan,percakapan dan penulisan dalam usaha meningkatkan keintelektualan kita dan penghayatan budaya ilmu
-Pendakwah perlu melakukan sentuhan dan tautan hati ke hati pada jiwa mad'u
-Jangan lupakan pelajar-pelajar yang bermasalah
-Jiwa merdeka apabila akalnya turut merdeka
-mantapkan majlis syura
-libatkan diri dalam pilihanraya kampus agar wujud kampus madani mahasiswa insani
-Pemimpin lahir dari kancah permasalahan masyarakat
-Bantulah exco dan pimpinan pusat
-Buat kerja dengan strategi
-Politik kampus hanyalah cabang dalam perjuangan dakwah di kampus
-Kita kemarau teladan tetapi banjir dengan idola
-perjuangkan isu wanita
-Kita perlu menggabungkan diri kita keseluruhannya dalam jemaah
-Luaskan wilayah pengaruh kita
-Ikhlaskan niat kerana banyak perkara besar dikecilkan kerana niat dan banyak perkara kecil dibesarkan kerana niat
-Mahasiswa usah takut apabila digertak
-Kita perlu bijaksana dan berstrategi dalam melaksanakan dakwah di kampus



Rumusan yang boleh saya buat setelah mendengar ucapan penggulungan Presiden PKPIM,Abang Hilmi Ramli pula ialah:-

-Biarkan orang muda menjadi orang muda!!!
-Kita perlu menawarkan alternatif hiburan
-Kita perlu reseptif terhadap apa yang dilontarkan
-Harmonikan dokotomi antara idealis dan aktivis
-Kita perlu banyak membaca,menulis dan berucap
-Jadilah juruislah yang berkesan
-Kita perlu menghayati budaya ilmu

Rumusan ucapan penangguhan Presiden PKPIM yang boleh saya buat pula ialah:-

-Jawatan ialah satu amanah bukan sesuatu yang boleh dibangga-banggakan!!!
-PKPIM (atau jemaah lain)mampu menjadi medan kita mengenal Islam dengan baik
-Tidak cukup sekadar kita berada di madrasah usrah(keluarga kita) dan madrasah pengajian(Universiti dan Institut pengajian kita).Lengkapkannya dengan madrasah tarbiah dalam jemaah(PKPIM dan sebagainya) dan jadikannya
training centre!!!
-Libatkan diri dalam masyarakat dan lakukan perubahan!!!
-2 fokus utama PKPIM kali ini ialah proses pembinaan generasi dengan memperkasa institusi tarbiah(usrah,tamrin dan sebagainya) dan keterlibatan dalam masyarakat agar kehadiran PKPIM dirasai dalam usaha pemerataan kesedaran Islam dalam masyarakat
-Kita perlu menekankan soal akhlak dan moral
-Tepatilah masa
-Senyumlah selalu
-Amalkan tegur menegur sesama kita
-Amalkan budaya kerja Islam

Pilihanraya kampus







Semoga pilihanraya kampus di UM dan di IPT-IPT lain bersih dan ADIL!!!

Semoga pemimpin yang bakal menerajui kampus bukan pemimpin palsu!!!


Semoga mahasiswa memilih pemimpin yang berilmu!!!


Jagalah Hati!!!


Jagalah adab!!!


menang ALHAMDULILLAH kalah BERMARUAH!!!

"Golongan Islam tidak punyai pilihan selain dari meneruskan perjuangan suci ini.Untuk bersikap kelu membisu di tengah-tengah kepincangan bererti mengkhianati perjuangan dan melarikan diri dari tugas!!!"-ANWAR IBRAHIM


Pendidikan Rabbani :Mengenal ALLAH melalui ilmu dunia

Buku Prof.Dr.Sidek Baba(gambar) bertajuk Pendidikan Rabbani :Mengenal ALLAH melalui ilmu dunia akhirnya dibeli juga.Membelinya pula bukan di calang-calang kedai buku....Di Perancis tau.....Opps silap ....di Malaysia France Institute di Bangi sebenarnya(pameran buku sempena Muktamar PKPIM)...

Setelah puas membelek-belek dan membaca sepintas lalu di kedai-kedai buku,akhirnya terdetik juga di hati saya untuk membelinya.Alhamdulillah ..wang mencukupi dan dapat pula dengan harga murah..

Kalau ikutkan hati mahu sahaja mem'borong' buku-buku karya Dr.Sidek yang lain seperti Wahai Remaja dan Seteguh Tekad.Mungkin selepas habis membaca buku Pendidikan Rabbani ini ,2 buku ini pula yang akan 'menjadi mangsa' yang seterusnya.InsyaAllah.

Thursday, September 06, 2007

Bersama Anwar ke Penjara???


Muka surat 2 buku "Bersama Anwar ke Penjara" tulisan Kamarulzaman Yaacub

Samakah perjuangan Anwar Ibrahim dengan Erbakan,Erdogan,dan Abdullah Gul???









Anwar Ibrahim,Najmudin Erbakan,Recep Tayyib Erdogan,Abdullah Gul(gambar)




Tuesday, September 04, 2007

Syed Naquib Al-Attas

Saya bercadang untuk membentangkan berkenaan siapa sebenarnya Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada siri usrah PKPIM UM akan datang.Alhamdulillah bahan rujukan berkenaan latar belakang Syed Muhammad Naquib Al-Attas akhirnya saya temui di perpustakaan APIUM(Ensiklopedia) dan juga buku tulisan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud(pembantu,anak murid Syed Naquib).

Saya 'photostat' beberapa helai artikel dan akan edarkannya pada usrah akan datang...Siapa sebenarnya beliau ya?...Namanya sering disebut oleh rakan-rakan PMIUM sebagai pengasas PMIUM dan juga rakan-rakan dari PKPIM tetapi tidak ramai yang mahu membedah pemikiran beliau.Pemikiran beliau mungkin agak berat untuk dihadam oleh kita anak muda namun jangan lah sampai melupakan jasa-jasa beliau kepada umat.Sekurang-kurangnya kenallah latar belakang ,sumbangan dan jasa beliau.

Sekali lagi saya menyeru diadakan diskusi,usrah,perbincangan,dll...(untuk kesihatan akal kita)......Ayuh,kita buat kajian pemikiran tokoh...bedah pemikiran tokoh!!!!dalam USRAH!!!!

Penulisan buku dakwah

Dalam satu bengkel penulisan (anjuran PTS kelolaan abang Fauzul Naim Ishak) yang saya ikuti(di Fakulti Kejuruteraan UM pada 21 Januari 2007)saya mendapat ilmu baru berkenaan perbezaan antara buku dakwah dan buku agama.Mengikut abang Fauzul,buku agama bukan buku dakwah manakala buku dakwah adalah buku agama.Pendekatan dan konsepnya agak berbeza.

Dalam menulis buku dakwah,seorang penulis itu perlu memikirkan bagaimana hendak menerangkan kepada non-muslim:-

-makna al-quran dan hadith
-menerangkan kecantikan Islam
-memperbetulkan salah tanggapan mereka terhadap Islam dll..

Umpama membuat 'marketing',kita sebenarnya menjadi duta produk untuk menjual produk Islam.Dan penulis buku dakwah perlulah menulis buku yang difahami oleh orang bukan Islam.

Antara ciri-ciri buku dakwah untuk non-muslim:-

-tiada unsur kearaban
-emosi Islam
-mesej negatif

Pakejnya:-

-idea segar dan kreatif
-bahasa moden
-mudah dan praktikal

Semoga kita mampu menjadi penulis buku berkenaan dakwah (jihad melalui mata pena dan tulisan)dan salah satu platformnya,BLOG!!!

Turki oh Turki




Abdullah Gul dan Isterinya Hayrunnisa (gambar)
Pelantikan Abdullah Gul dari AKP pimpinan Erdogan sedikit sebanyak menyuntik semangat saya untuk terus mengikuti dan mendalami hal ehwal politik dan gerakan Islam di Turki.Ada sesuatu yang menarik perhatian saya berkenaan perkembangan Islam di Turki.Sultan Mohammad Al Fateh.Erbakan.Erdogan. Abdullah Gul.Refah.AKP......(Nampaknya boleh jadi tajuk usrah akan datang ya.....)Isteri Abdullah Gul,Hayrunnisa katanya seorang pereka fesyen dan pernah mereka pakaian untuk artis Hollywood.Pemakaian tudung oleh Hayrunnisa nampaknya menimbulkan kontroversi di kalangan pendokong Sekularisme di Turki.Namun mengikut satu survey yang telah dibuat,rakyat Turki tidak membantah pemakaian tudung tersebut.(Beza isteri Abdullah Gul dan Abdullah Ahmad Badawi apa ya???)
Apakah kekuatan yang ada pada Abdullah Gul,Reccep Tayyib Erdogan dan rakan-rakannya dari AKP(pecahan parti Refah pimpinan Erbakan kalau tak silap saya,Erdogan ketua pemuda,Erbakan presiden parti)Itulah yang menjadi tajuk pilihan saya jika ada di kalangan sahabat yang sudi berdiskusi dengan saya.(Tapi nampaknya tak ramai yang suka berdiskusi isu semasa ya...kenapa ya?....idealisme dah mandul ke?...atau sibuk dengan kerja khusus dan belajar sampai tak ingat dunia?)
Kalau benar mahu menghayati budaya ilmu,ayuh kita berdiskusi,berdebat,berwacana,ber.......dalam usrah !!!Jom....!!!

Ustaz Nik Mat Derang dalam kenangan

Folder bertajuk PKPIM itu sudah lama tersimpan dalam pendrive saya.(pendrive hadiah soal-selidik buku motivasi Najmil Faiz).Saifullah(Naib Presiden Antarabangsa PKPIM)yang sudi memberi folder tersebut sebagai rujukan memandangkan banyak tulisan-tulisan beliau dan artikel-artikel menarik yang termuat dalam folder tersebut.Setelah sekian lama akhirnya saya menyedari terdapat satu video ceramah Ustaz Nik Mat Yusuf(Derang),satu nama yang sering saya dengar disebut-sebut oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya dan juga cerita-cerita dari rakan-rakan yang sempat menuntut ilmu darinya.

Dalam video tersebut,Ustaz Nik Mat mengimbas kembali nostalgia di mana ABIM telah mengirim beberapa tokoh-tokohnya seperti Ustaz Fadzil Nor(bekas Presiden PAS,allahyarham ),Ustaz Abdul Hadi Awang(Presiden PAS,kini Dato Seri),Ustaz Nakhaie Ahmad (Yang Dipertua YADIM,kini Dato’) ke dalam PAS untuk memberi nyawa kepada PAS yang hampir tak bernafas selepas di talak 3 oleh Barisan Nasional(PAS menyertai kabinet Barisan Nasional ketika itu). Bagi beliau kemasukan tokoh-tokoh tersebut ke dalam PAS merupakan satu tanggungjawab ABIM .

ABIM tidak sesekali lupa untuk mengirim dana kepada Fadzil Nor yang berada dalam PAS ketika itu. Anwar Ibrahim yang berada dalam UMNO ketika itu pula sentiasa memperingatkan ABIM samaada sudah mengirim dana kepada Fadzil Nor atau belum bahkan beliau turut menyumbang dana milik sendiri kepada Fadzil Nor. Ustaz Nik Mat turut menyentuh prinsip non partisan ABIM yang tidak terikat kepada mana-mana parti dan ternyata ini menguntungkan umat dan memberi faedah kepada perkembangan dakwah.

Menurut Ustaz Nik Mat,beliau seorang sahaja yang tidak bersetuju dengan keputusan ABIM untuk menghantar Fadzil Nor ke dalam PAS .Beliau telah mengangkat tangan untuk membantah keputusan tersebut tetapi Anwar Ibrahim telah mempekenakan beliau dengan mengatakan beliau mengangkat tangan tanda bersetuju.

Ustaz Nik Mat turut membincangkan perihal Anwar Ibrahim yang sebenarnya ditunggu-tungu ramai pihak untuk memimpin PAS.Dan bagi Anwar Ibrahim pula beliau mempunyai wawasan yang cukup besar untuk memimpin Negara bukan setakat memimpin ABIM.Presiden PAS ketika itu Dato Asri Muda pula bersedia pada mulanya untuk mengosongkan kerusi Presiden PAS untuk Anwar tetapi selepas bisikan dari pelbagai pihak beliau tidak bersedia pula.Akhirnya beliau telah meletakkan jawatan dan menurut Ustaz Nik Mat ,beliau sebenarnya mengajuk tetapi tidak ada pula orang yang memujuknya.Akhirnya Fadzil Nor dilantik sebagai Presiden PAS selepas Yusuf Rawa.

Ustaz Nik Mat turut menceritakan bagaimana Anwar Ibrahim yang memimpin ABIM ketika itu akhirnya membuat keputusan yang mengejutkan ramai pihak iaitu menyertai UMNO.Bagi Ustaz Nik Mat itu merupakan strategi Anwar Ibrahim dan di satu pihak pula merupakan strategi Dr Mahathir Mohamad ,Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Dr.Mahatir Mohamad menurut ustaz Nik Mat berasa payah sebenarnya untuk berhadapan dengan Anwar Ibrahim memandangkan Anwar Ibrahim berada di posisi bertentangan dan Dr.Mahathir mempunyai pengalaman tersendiri dengan Anwar Ibrahim.Ustaz Nik Mat menceritakan bagaimana Dr.Mahathir Mohamad yang hampir ditangkap oleh Tunku Abdur Rahman dan yang menyelamatkannya ialah Anwar Ibrahim yang masih bergelar penuntut dan mahasiswa di Universiti Malaya.Dr.Mahathir banyak terhutang budi dan selalu menerima nasihat daripada seorang anak muda iaitu Anwar Ibrahim.

Ustaz Nik Mat turut memperkatakan bagaimana pelabur asing Arab (orang kaya pendokong Ikhwanul Muslimin) merujuk dan bertanya kepada Anwar Ibrahim terlebih dahulu sebelum melabur di Malaysia.Menyedari pengaruh Anwar yang cukup besar maka Mahathir pun memujuk Anwar untuk menyertai UMNO.Tindakan Anwar menyertai UMNO ketika itu antaranya untuk menyelamatkan kerajaan dan Anwar menyedari bahawa kalau beliau duduk dalam pembangkang ketika itu beliau tidak mampu untuk membuat sebarang projek yang menguntungkan umat Islam.

Maka setelah dipelawa oleh Mahathir,beliau akhirnya menyertai UMNO dan ternyata beliau berkemampuan untuk membuat propram-program Islamik.Ustaz Nik Mat menyentuh juga tentang peranan Anwar dalam membuat reformasi pendidikan terutamanya peranan beliau ketika memimpin UNESCO ,satu pertubuhan pendidikan di bawah PBB yang banyak mengikut telunjuk Yahudi dan memperjuangkan sekular.

Ustaz Nik Mat dengan penuh terharu menceritakan detik-detik kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO .Menurut beliau,Anwar sebatang kara ketika membuat keputusan menyertai UMNO.Ustaz Nik Mat yang uzur ketika itu terus berjumpa dan bertengkar dengan Anwar soal kemasukannya ke dalam UMNO namun Anwar dengan kepetahannya menjawab kembali dengan hujah-hujah tersendiri.Menurut Ustaz Nik Mat ,beliau sedikit marah dan penuh emosi ketika mendengar keputusan mengejut Anwar ketika itu namun begitu ,Anwar telah memberi tempoh 6 bulan dan kalau dalam tempoh tersebut belaiu tidak mampu membuat apa-apa perubahan dalam kerajaan beliau akan kembali ke pangkuan ABIM walaupun pulang sebagai kucing kurap dan langsung tidak dipandang apa-apa.Itulah yang paling membuatkan Ustaz Nik Mat berasa terharu dengan prinsip perjuangan Anwar Ibrahim.

Abimlah rumahnya dan kalau terjadi apa-apa kepadanya ABIM lah tempat rujukannya.Dan akhirnya selepas 6 bulan berada dalam kerajaan,Anwar Ibrahim nampak peluang yang agak cerah untuk melaksanakan agenda perubahan beliau dan akhirnya satu persatu perubahan kearah kebaikan dan proses islamisasi dalam kerajaan dapat beliuu jalankan antaranya seperti Universiti Islam,Bank Islam dan paling ditekankan oleh Ustaz Nik Mat ialah tentang reformasi pendidikan Negara yang digagaskan oleh Anwar Ibrahim dan ini dapat dilihat dengan gagasan falsafah pendidikan Negara yang amat bertepatan dengan falsafah pendidikan Islam .

Mendengar buat pertama kali ceramah Ustaz Nik Mat(walaupun bukan secara langsung malah selepas lama beliau pergi ke rahmatullah )membuatkan saya berfikir tentang betapa pentingnya mengenang jasa pejuang-pejuang awal gerakan Islam di Malaysia seperti Ustaz Nik Mat Yusuf ini.Dan inilah yang patut menjadi pedoman kepada anak-anak muda pejuang gerakan Islam terutama di kampus-kampus!!!

2.18 pagi
5 September 2007
Kolej Kediaman Ungku Aziz
Universiti Malaya


MERDEKA!!!

Sedutan Puisi Rintihan seorang pejuang bangsa karya Khalif Muammar(Akademi Kajian Ketamadunan-AKK)

Setelah lama merdeka,

kita mewarisi generasi yang tahu bercinta tetapi tidak tahu mencipta.

Yang tahu berjiwang tetapi tidak tahu berjuang.

Apa telah kita lakukan?

Sehingga generasi muda kini lembik

rapuh, kosong jiwa dan akalnya.

Mengapa mereka kini malu

dengan agama, bahasa dan budaya sendiri?


Temu Pemuda Serantau 1,Kaliurang,Yogyakarta


3 Jun 2007(Ahad)

Hari ini bermula dengan solat subuh berjemaah dan kemudiannya diikuti oleh kuliah subuh atau dipanggil oleh penduduk di sini ,Kultum(Kuliah Tujuh Minit)atau tausiyah yang disampaikan oleh Bapak Marwan.Seperti hari sebelumnya,kami melakukan senaman pagi di hadapan tempat penginapan kami,Wisma Puas sebelum berjalan-jalan sekitar kawasan kampung Kaliurang menghirup udara pagi yang segar sambil menyanyikan lagu tema Temu Pemuda Serantau 1.

Selepas Sarapan pagi,para peserta kembali ke dewan utama untuk mengikuti ceramah Jatidiri Pemuda Serantau dan sesi Why we are here? oleh En.Anuar Tahir.Kami telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing hasil gabungan peserta Indonesia dan Malaysia dan diminta untuk membuat rumusan sepanjang 2 hari program berlangsung.Setiap kumpulan juga diminta untuk membuat satu puisi segera bertemakan program Temu Pemuda Serantau 1 ini.

Selepas makan tengahari,solat jama’Zohor-Asar dan istirahat,program disambung kembali dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Bapak Sunardi.Selepas itu,kami berdiskusi berkumpulan tentang topik yang dibicarakan dalam ceramah dan kali ini diskusi dibuat di luar dewan iaitu dengan duduk bersila beralas rumput hijau di atas bukit berdekatan Wisma Puas.Para peserta juga sempat bergambar dan menaiki tren(keretapi mini) mengelilingi kawasan Kaliurang

Selepas Solat jama’ maghrib-isya berjemaah dan makan malam,kami mengikutiCeramah Ketrampilan dan Keunggulan Pemuda Baru yang disampaikan oleh En.Wan Kharizal bin Wan Khazim dan beberapa aktiviti permainan berkenaan pengurusan.

Monday, September 03, 2007

Bersama doakan Tun Dr.Mahathir



Tun Dr. Mahathir Mohamad kini sedang menjalani pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara (IJN) susulan daripada pembedahan pintasan koronari pertamanya pada tahun 1989.

Mengikut anaknya Mukhriz,"Tun (Dr. Mahathir) mengalami serangan jantung ketika berada di Langkawi baru-baru ini dan pembedahan mesti disegerakan untuk mengelak terjadi lagi serangan pada masa akan datang...... ''

Bersama doakan kesihatan beliau dan kesihatan kita sendiri........

Sunday, September 02, 2007

Edisi Konvo....

(Gambar Hiasan)

Semalam merupakan hari konvokesyen Kakak saya yang kedua yang menuntut di UUM,Sintok(cantik kampusnya walaupun dekat dengan rimba hutan penginapan Pak Rimau dan rakan-rakannya)

Hari ini pula bermulanya Gerai Konvo sempena Majlis Konvokesyen di UM...Teringin rasanya ke Gerai makan PMIUM....Bonda Sup Corner(Bonda Rafiah Salim ke ni?Jangan mengampu sudahlah..Sayang cukuplah ya...)....katanya ada laicikang,jus buah-buahan,special ice moca......nasi ayam,mee sup,nasi lemak.......dll....wow...sedapnya!!!Alhamdulillah syukur...

Konvo..konvo..dan konvo....Congak punya congak bila agaknya giliran saya ya???.....Saya tak berapa berdebar menanti hari bersejarah ,berpakaian jubah ,menerima ijazah....kerana menuntut ilmu ini niatnya wajib bukan semata-mata mengejar segulung ijazah......Apa gunanya memiliki ijazah kalau ilmu di dada kosong...kontang...

Ilmu..ilmu..ilmu...

Teringat saya kepada orang tua berjubah ini.......

aku ingin menjadi....(dengan nada lagu Dealova nyanyian Once Dewa)
menjadi seperti beliau............
Syed Muhammad Naquib Al-Attas(Gambar)

Wednesday, August 15, 2007

Koleksi Buku

Buku Dalam Simpanan-ada kat bilik,siapa nak pinjam?Silakan....
1)Koleksi Ucapan Dasar Presiden ABIM(Dr.Siddiq Fadhil,Dr.Mohd Nur Manuty)-ambil baba punya
2)Perjuangan Melayu dalam konteks Dakwah Islamiyah(Dato Wan Zahidi Wan The)-percuma
3)Islam Hadhari(JASA)-percuma
4)Gelombang Globalisasi(Dato Ahmad Zahid Hamidi)-percuma
5)Knowing Allah Through his rules of sunnatullah(Mustafa Umar)-hadiah daripada penulisnya waktu bengkel pemikiran islam kontemporari tahun lepas
6)Menyanggah Fikrah Maddiyah(Fadhil Noor-Ucapan Dasar Muktamar PAS ke 41)-beli kat koperasi AI
7)Pengantar kepada Usul Al-Tafsir karya Imam Ibn Taimiyah-ambil baba punya
8)Future Fastforward The Zionist Anglo-American Empire Melitdown(Matthias Chang)-Anuar Tahir hadiah waktu reunion Temu Pemuda Serantau
9)ESQ Power(Ary Ginanjar Agustian)-beli kat Malioboro
10)Seruan-seruan Islam(Kalim Siddiqui)-beli kat Malioboro
11)Ulama dalam sorotan perjuangan kemerdekaan(Riduan Mohamad Nor,Mohd Fadli Ghani)-beli dengan Faisal UM
12)Faces of Islam(Ziauddin Sardar,Merryl Wyn Davies)-ambil baba punya
13)Muhamad Insan Kamil(Sayyed Hossein Nasr)-beli kat Expo buku UM
14)Tazkitayun Nafs(Ibnu Rajab Al-Hambali,Ibn Qayyim Al-Jauziyyah,Imam Al-Ghazali)-beli di Malioboro
15)Palestin mencabar iltizam umat menguji ketamadunan manusia(Fadhil Noor)-percuma
16)Rakyat berjiwa merdeka(Dr.Sidek Baba)-percuma
17)20 asas kefahaman Islam(Hasan Al-Banna)-beli kat AI
18)Adab-adab usrah Ikhwan Muslimin-beli kat AI
19)Tafakkur(Abdul Aziz Ismail)-beli kat Jaafar Rawas
20)Warkah Khalifah Islam Keempat Ali bin Abi Talib kepada Malik bin Al-Haris Al-Ashtar-Mujahid PKPIM hadiah
21)Muslim Unity Through Joint Actions(Abdullah Ahmad Badawi-JAKIM)-percuma
22)Let us be muslims(Sayyid Abu A'la Maududi)-ambil baba punya
23)Mukjizat Quran-(Harun Yahya)-beli kat Pameran Buku Antarabangsa,Kaherah,Mesir
24)The High Priests of war(Michael Collins Piper)-beli di Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
25)Risalah ABIM-Ogos 2007-beli kat Muktamar ABIM
26)Kertas Kerja Seminar Islam dan Cabaran Semasa Analisis Kedudukan Islam di Malaysia Pasca 50 Tahun Kemerdekaan
27)Kaum Ilmuwan dan misi pencerahan(Siddiq Fadzil)-beli kat Muktamar ABIM
28)Memperkasa umat menghadapi cabaran global(Abdul Ghani Samsudin)-beli kat Pameran Aplikasi Islam,PWTC
29)Pemikiran dan perjuangan HAMKA(ABIM)-beli kat Muktamar ABIM
30)Ucapan dasar Presiden ABIM Muktamar Sanawi ABIM ke 35-Percuma
31)Ucapan dasar Presiden ABIM Muktamar Sanawi ABIM ke 36-Percuma
32)The Embers of consciousness have emerged(Prof Diraja Ungku Aziz)-Percuma
33)Lembaga Budi(HAMKA)-
Baba punya
34)Arus Tajdid Fikrah Merentasi Jemaah(Dr.Asri Zainul Abidin)-
Beli di Pesta Buku Antarabangsa 2007
35)Hadith Arba'in An Nawawiyah dan terjemahnya-
Beli di Kedai Buku APIUM
36)
Pendidikan Rabbani:Mengenal ALLAH melalui ilmu dunia(Dr.Sidek Baba)-beli di MFI Bangi sempena Muktamar PKPIM
37)Ucapan dasar presiden PKPIM dalamMajlis Perhimpunan agung tahunan PKPIM ke 43-PKPIM
38)Syura dan pelaksanaanya pada zaman salaf…(drUthman el muhammady)-PKPIM

39)(resolusi persidangan)Agenda melayu dan perpaduan kebangsaan-PKPIM

40)Menyanggah globalisasi agenda bertindak dunia islam(TERAS)-PKPIM

41)Malik bin Nabi dan pergolakan social(dr ali al-quraisyiy-terjemahan)-Baba Punya

42)Mengobati penyakit hati(Imam Al-Ghazali)-Baba Punya

43)BulughulMuram(Ibn hajar Asqalani)-terjemahan-Baba Punya


Thursday, July 12, 2007

Siddiq Fadhil


"Letupan peluru dan bedilan meriam sahajalah bahasa dan jawapan yang dapat dimengertikan oleh binatang buas (sharra'd-dawab) Zionis Israel itu. Jihad dan daya juang adalah syarat untuk survival umat dan selagi masih ada daya juang serta sanggup berjuang maka selama itulah kita masih ada harapan untuk survive sebagai umat yang punya kehormatan. Hanya umat yang sanggup dan rela berjuang sahaja yang layak dan mampu untuk hidup sebagai umat terhormat!"

Tuesday, July 10, 2007

Anwar Ibrahim


Perjuangan menuntut istiqamah dan hikmah bukan nafsu amarah!!!

Tuesday, July 03, 2007

Sukarno


" Pemimpin mesti berjiwa besar. Pemimpin tidak boleh melihat kerugian semata-mata kerana demi untuk mencapai keuntungan yang lebih besar. Untuk merubah nasibnya, bangsa kita mesti menempuh kesengsaraan terlebih dahulu. Akan hancur dan remuk mana yang tidak tahan. Sejarah akan menjaring dan meninggalkan mana yang kuat. Itulah yang tinggal untuk meneruskan cita-cita ".

Mohd Hatta(Indonesia)

... bahawa pergerakan kita tidak boleh semata-mata pergerakan pemimpin, yang hidup mati bergantung kepada pemimpin. Akan tetapi pergerakan kita harus menjadi pergerakan pahlawan yang tidak punya nama, artinya pergerakan rakyat sendiri. pergerakan rakyat yang tidak bergantung kepada pemimpin ".

Sunday, July 01, 2007

Che Guevera


Ambil dari laman http://chegubard.blogspot.com/(bekas Angkatan muda KeADILan)
Bersama hayati maknanya!!!

Jumlah pengunjung

web statistics