Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Tuesday, February 19, 2013

Lain kali guna aqal,bukan kepala lutut

Keadilan:Nurcholish Madjid

"...dalam menegakkan keadilan,kita tidak tergoda oleh rasa benci kepada suatu kelompok manusia,sehingga kita menyimpang dari keadilan"-Nurcholish Madjid (Pesan-pesan takwa-Kumpulan Khutbah Jum'at di Paramadina)

PM,tolonglah umum tarikh pilihanraya segera.

Saya tak suka hentam PM Najib gila-gila seperti ramai penyokong Pakatan Rakyat.Sebab fokus saya sekarang kepada PM Rosmah. Saya sgt kesian juga kat PM Najib selepas mendengar (dr sumber yg boleh dipercayai) kisah seorang yg rapat dgn ibunya ,Tun Rahah yg terpaksa bersabar dgn karenah menantunya PM Rosmah. Apapun,tolonglah umum tarikh pilihanraya segera. Tak umum tarikh pilihanraya menyebabkan banyak perancangan (masa depan)orang ramai terbantut dan saya salah seorang mangsanya.(Anda pun ,kan?)

Apakah persamaan antara Che Guevera dan Hassan Al Banna?

Baca sikit tentang Che Guevera malam ini dan teringat seorang mantan pimpinan ABIM kemudian bersama PKR dan kini bersama PAS yg pernah "melatih-mendidik" ku di satu program di Indonesia.Di pejabatnya ada ditampal gambar besar Che Guevera. Soalan cepu emas hari ini:Apakah persamaan antara Che Guevera dan Hassan Al Banna?

"Bagaimana Anda bisa menulis banyak artikel?

"Bagaimana Anda bisa menulis banyak artikel? Kuncinya, 'Tahajud Ilmiah'. Tahajud berasal dari kata jahada. Ijtihad berasal dari kata jahada dan jihad juga berasal dari kata jahada (kerja keras). Artinya, setelah shalat tahajud, tidak langsung tidur. Tetapi, dilanjutkan dengan ijtihad atau kerja pikir, membaca buku 100-200 halaman. Kemudian, hasil membaca dituangkan dalam satu hingga dua lembar tulisan. Itu namanya jihad ilmiah. Kalau itu dilakukan setiap hari, dalam satu tahun akan diperoleh 730 lembar artikel. Kalau ini dilakukan secara kontinyu, akan terjadi perubahan sejarah. Selama ini kelemahan umat Islam memahami tahajud hanya pada shalat. Tidak dilanjutkan dengan ijtihad dan jihad. Jihad itu ada bermacam-macam, ada jihad ekonomi, politik, lingkungan, dan lain-lain. Tetapi, yang saya lakukan yang saya suka, yaitu jihad ilmiah."-Prof-dr-k-yudian-wahyudi http://www.republika.co.id/berita//no-channel/09/04/06/42308-prof-dr-k-yudian-wahyudi-dari-santri-jadi-guru-besar-di-as

Undi parti ini HARAM. Undi calon ini HARAM.

PRU 13 dah dekat.Jom jual fatwa.Jual jual,siapa nak beli? Undi parti ini HARAM. Undi calon ini HARAM.

Parti-parti....

Politik Malaysia akan lebih menarik jika PSM Parti Sosialis Malaysia diterima menyertai PR Pakatan Rakyat? Macam macam ada. Kemudian Parti Salafi akan ditubuhkan ?Parti Anti Demokrasi?Parti NGO?Parti Anti Parti Politik?Parti Pilihanraya Haram?Parti Ahli Akademik?Parti Sufi?Parti Pondok?Parti Zikir?Parti Selawat?Parti Ahli Syurga?

Agenda Haram- Mengharam

Sedang berada di sidang media penubuhan Parti Haram SeMalaysia.Parti Haram Semalaysia akan bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen dalam PRU 13 nanti.Doakan cita-cita murni kami dalam Agenda Haram- Mengharam dalam Buku Haram kami berjaya.Dengan lafaz yg mulia "Haram!!!" ,kami akan berjuang demi hak rakyat Malaysia keseluruhannya.

Anak murid boleh jadi guru.Guru boleh jadi anak murid.

Guru kita bukan tahu segalanya.Ada perkara yg kita lebih tahu dari guru kita.Jangan taksub.Hormat.Anak murid boleh jadi guru.Guru boleh jadi anak murid. Setuju?

Guru-guru jangan sesekali mengambil peluang atas kebodohan anak-anak murid.

Guru-guru perlu memberi keyakinan kepada anak-anak murid bahawa anak-anak murid ini mampu menjadi jauh lebih baik-lebih berilmu daripada guru-guru jika mereka(anak2 murid)belajar bersungguh-sungguh. Guru-guru jangan sesekali mengambil peluang atas kebodohan anak-anak murid.

berbangga dengan kebodohan satu malapetaka

Berasa diri bodoh tidak mengapa,berbangga dengan kebodohan satu malapetaka

Agar dunia ini dipenuhi oleh orang-orang yg bodoh,bakar sahaja buku-buku di perpustakaan ini

Agar dunia ini dipenuhi oleh orang-orang yg bodoh,bakar sahaja buku-buku di perpustakaan ini ( status di perpustakaan yg akan ditutup 5 minit lagi). Sahaja aku keluar dari perpustakaan dengan niat melawan pembodohan. Sahaja aku kembali lagi ke perpustakaan ini esok hari.

engkaulah yang paling pandai di dunia ini

Sekali kau berhenti belajar,engkau akan merasa engkaulah yang paling pandai di dunia ini

Fitnah itu zikir harianmu

Fitnah itu zikir harianmu.Tanpa fitnah,engkau bukan engkau yang sebenarnya.Hidup tanpa fitnah satu kematian buat dirimu.Selamat membuat fitnah.Aku akan ziarah engkau di pintu neraka.

Disisi tuhan yang maha esa,engkaulah yang paling hina.

Kau hina manusia lainnya dan kau rasa engkaulah manusia yang paling mulia.Disisi tuhan yang maha esa,engkaulah yang paling hina.

Kau akan tersesat jika kau berhenti berfikir !!!

Nasihatmu kepadaku ''Hentikanlah berfikir,kau akan tersesat !!!'' dan nasihatku kepadamu ''Kau akan tersesat jika kau berhenti berfikir !!!''

Islam Sontoloyo

''Islam Sontoloyo: Pemikiran-Pemikiran Sekitar Pembaruan Pemikiran Islam '' oleh Sukarno.......Dimanakah boleh kudapatkan buku ini ya? Sontoloyo ? Yang ku tahu hanyalah Usop Sontorian......

aku tanpamu bagaikan seorang gila yang bercakap seorang diri

wahai idea,datanglah kau kepadaku.... tidakkah kau mengetahui aku tanpamu bagaikan seorang gila yang bercakap seorang diri :)

taksub membabi buta kepada mazhab -aliran pemikiran -tokoh-parti-kumpulan2 dll?

Kepada yang taksub membabi buta kepada mazhab -aliran pemikiran -tokoh-parti-kumpulan2 dll,mari kita bertanya soalan "Pernahkah kamu berfikir apakah kehadiranmu di dunia ini hanyalah semata-mata untuk mengajak manusia lainnya mendekatkan diri mereka kepada kesemua itu? "

Jumpamu dalam mimpi indahku wahai pembaca teks.

Kerana kau terpaku kepada teks semata-mata,jangan hairan dan ajaib jika aku menikmati tidur yang paling nyenyak tatkala kau berkhutbah.Selamat tidur .Jumpamu dalam mimpi indahku wahai pembaca teks. :)

Jumlah pengunjung

web statistics