bergantung kepada seseorang tokoh?
Kita tidak perlu bergantung kepada seseorang tokoh,tapi kita perlu mengkaji-membedah pemikiran tokoh-tokoh..ya.seramai mungkin tokoh.....
PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan
Kita tidak perlu bergantung kepada seseorang tokoh,tapi kita perlu mengkaji-membedah pemikiran tokoh-tokoh..ya.seramai mungkin tokoh.....
http://www.geopoliticalmonitor.com/turkey-east-west-or-erdogan-4677/ ''Turkey under Erdogan is neither a rogue in Eastern drift towards Iran nor a model for Westernized democratic Islam. Rather. Turkey under Erdogan is, well, Turkey under Erdogan.''
http://www.youtube.com/watch?v=UzkGRPpzid0&feature=share http://www.youtube.com/watch?v=uO3tU6tDw34&feature=related Harap rakyat Turki yg berada di Malaysia sekarang ini boleh terjemah dokumentari ini dalam Bahasa Melayu...:)
Fethullah Gulen dan gerakan ‘Hizmet’ nya sangat menitikberatkan aspek pendidikan-keilmuan dan hal-hal keintelektualan.Bahkan Elisabeth Ozdalga dalam Redeemer or Outsider?:The Gulen Community in the Civilizing Process menggambarkan gerakan ini ‘more intellectual in their religious practices than other Islamic communities in Turkey’.Selain itu juga Elisabeth Ozdalga mengungkapkan seperti berikut:’’Reading,individually or in groups is characteristic of the Gulen community’’.
Fethullah Gulen menjadi tulang belakang dan pencetus idea bagi pembinaan sekolah-sekolah,universiti dan institusi pendidikan milik gerakan ‘’Hizmet’’di seluruh dunia.Beliau memiliki keyakinan penuh tentang kepentingan ilmu dalam usaha pembinaan dunia yang lebih baik dan sebagai satu khidmat kemanusiaan. Sekolah-sekolah yang didirikan oleh pengikut Fethullah Gulen di seluruh dunia secara umumnya merupakan sekolah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang canggih dan menggabungkan sains moden dengan etika dan spiritual. Ramai pelajar di sekolah-sekolah ini yang berjaya dengan cemerlang dan memenangi pertandingan Sains dan Matematik juga siri pertandingan Olympiads di peringkat antarabangsa. Zeki Saritoprak pernah mengulas pengaruh Fethullah Gulen seperti berikut:- ‘’His influence comes not only from his charismatic religious personality but also from the many different educational and social institutions that have been established by his many admirers,who take his advice and recommendations very seriously’’ Sekolah,universiti dan institusi pendidikan yang didirikan oleh pengikut Fethullah Gulen ini tidaklah terhad semata-mata di Turki bahkan ia didirikan di serata dunia. Zeki Saritoprak dan Sidney Griffith dalam tulisan mereka,’Fethullah Gulen and the ‘’people of the book’:A voice from Turkey for Interfaith Dialogue’ memetik kata-kata Fethullah Gulen seperti berikut:- ‘’Our ongoing activities are for the good of all humanity.They should not be considered limited to our own country,Turkey’’ Kupasan Zeki Saritoprak dalam tulisannya,’’An Islamic Approach to Peace and Nonviolence:A Turkish Experience ‘’ ini turut menarik untuk direnungi bersama:- ‘’For the peaceful world of the future,Gulen encourages his admirers to establish educational institutions in and outside of Turkey.He gives special importance to the areas where ethnic and religious conflicts are escalating,such as Albania,Kosovo,Macedonia,the Philippines,Banda Aceh,Northern Iraq and Southeastern Turkey.The schools have played remarkable roles in decreasing levels of conflict in these areas.While visiting Macedonia in summer 2004,I had a chance to visit one of these schools,established by Turkish businessmen who are great admirers of Gulen.I was told that during the conflict between Albanians and Serbs,both sides would bring their children to the school as a haven of peace in order to deter their involvement in such a conflict.These schools serve children from all backgrounds,regardless of their religious and ethnic differences.’’ Lester R.Kurtz dalam tulisannya ‘Gulen’s paradox:Combining commitment and tolerance’ pula memetik komen yang dinyatakan oleh Dr Thomas Michel(General Secretary of the Vatican Secretariat for Interreligious Dialogue)ketika mengadakan lawatan ke sekolah milik ‘Hizmet’ di Selatan Filipina Pulau Mindanao: ‘’In a region where kidnapping is a frequent occurrence,along with guerrilla warfare,summary raids,arrests,disappearances,and killings by military and para-military forces,the school is offering Muslim and Christian Filipino children,along with an educational standard of high quality,a more positive way of living and relating to each other’’ Manakala Thomas Michel,S.J. dalam tulisannya ‘Sufism and modernity in the thought of Fethullah Gulen ‘ mengambil ulasan Elizabeth Ozdalga terhadap sekolah yang didirikan oleh pengikut Fethullah Gulen seperti berikut:- ‘’the main objective (of the education provided in these schools) is to give the students a good education,without prompting any specific ideological orientation.One basic idea of Gulen’s followers is that ethical values are not transmitted openly through persuasion and lessons but through providing good examples in daily conduct’ Lester R.Kurtz dalam tulisannya ‘Gulen’s paradox:Combining commitment and tolerance’ pula menyatakan:- ‘The purpose of the schools’ movement,therefore is to lay the foundations for a more humane,tolerant citizenry of the world where people are expected to cultivate their own faith perspectives and also promote the well being of others’ Kemampuan gerakan ‘Hizmet’ pimpinan Fethullah Gulen dalam mendirikan sekolah,universiti dan institusi pendidikan di seluruh dunia banyak dibantu oleh komitmen dan keikhlasan menyeluruh pendokongnya dalam ‘infaq’-sedeqah dan waqaf tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan bahkan lebih kepada permuafakatan masyarakat madani-rakyat keseluruhannya.Gerakan pimpinan Fethullah Gulen ini digelar gerakan ‘’Hizmet’’.Dalam tulisan pengkaji Fethullah Gulen di dunia Barat,mereka seringkali menggunakan istilah ‘’Gulen Movement’’.Namun difahamkan Fethullah Gulen tidak mahu istilah ini digunakan seolah-olah gerakan ini hanya bergantung kepada seseorang individu sahaja padahal ia merupakan satu gerakan bersama maka oleh sebab itulah pendokong Fethullah Gulen lebih selesa dengan istilah ‘’Hizmet’’ ini.
Elisabeth Ozdalga dalam tulisannya ‘Redeemer or Outsider?:The Gulen Community in the Civilizing Process’’ menggambarkan gerakan ‘’Hizmet’’ pimpinan Fethullah Gulen ini sebagai :’’ ‘one of the most influential revivalist movements in modern Turkey’’ manakala Ihsan Yilmaz dalam tulisannya ‘State,law,civil society and Islam in contemporary Turkey’ merujuk gerakan ini sebagai ‘’The largest civil movement in the country’’ . Gerakan ‘’Hizmet’’ ini sangat aktif dalam membangunkan projek-projek pencerahan bagi mengatasi pelbagai penyakit sosial dalam masyarakat .Perancangan jangka panjang yang cukup sistematik disamping penguasaan mereka dalam pelbagai bidang yang strategik dalam menggerakkan perubahan banyak membantu dalam proses menjayakan misi mereka. Menurut Elisabeth Ozdalga dalam ‘Redeemer or Outsider?The Gulen Community in the Civilizing Process’ :- ‘The Gulen movement is a conglomerate of networks concentrated around four main clusters of activities:economic enterprises;educational institutions;publications and broadcasting;and religious gatherings’ Gerakan ‘’Hizmet’’ ini terlibat dalam pembinaan ratusan sekolah moden(kombinasi sains moden dengan etika dan spiritual) dan universiti dalam dan luar Turki,memiliki jaringan media-stesyen televisyen-radio(STV national channel) majalah berita mingguan(Aksiyon), suratkhabar harian (Zaman),organisasi perniagaan (ISHAD),bank (Asya Finans-‘non interest-bearing bank(with $ 125 million in capital)’ dan banyak lagi. Di samping itu juga gerakan ini telah menubuhkan Turkish Teachers’ Foundation(terbitkan jurnal bulanan dan 2 jurnal akademik,menganjur simposium,diskusi panel dan seminar)dan The Journalists’ and Writers’ Foundation (Fethullah Gulen sendiri menjadi pengerusi terhormatnya) yang bergiat aktif dalam siri dialog antara agama . Program Turkish Olympiads yang popular di peringkat antarabangsa juga dikaitkan dengan gerakan ‘Hizmet’ sebagai belakang tabirnya.Akhirnya saya tamat juga membaca jurnal ‘The Muslim World:A journal devoted to the study of Islam and Christian-Muslim relations Special Issue:Islam in contemporary Turkey:the Contributions of Fethullah Gulen’.Jurnal ini saya dapat percuma hadiah dari sahabat Turki tatkala saya dan sahabat-sahabat yang lain(rombongan kembara Malaysian Turkish Dialogue Society(MTDS) mengunjungi kedai buku milik pengikut pemikiran Fethullah Gulen di Istanbul,Turki.Kebetulan dalam jurnal ini turut termuat artikel tulisan Profesor Emeritus Dato Dr Osman Bakar,seorang tokoh yang cukup saya kagumi pemikirannya.Saya sering mengikuti ‘kuliah’nya di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.Siapakah sebenarnya Fethullah Gulen?Itu soalan yang selalu ditanya oleh sahabat sekuliah ‘Universiti Facebook’ saya bila melihat saya sering meletakkan tulisan-artikel berkenaan Fethullah Gulen dalam Facebook saya.Berdasarkan bacaan terhadap jurnal ini,saya akan cuba menghuraikan sedikit sebanyak tentang siapa itu Fethullah Gulen.
Latar belakang Fethullah Gulen lahir di kampong kecil Korucuk ( Hasankale) di Erzurum,Anatolia pada 27 April 1941. Menurut Ihsan Yilmaz dalam tulisannya ‘State,law,civil society and Islam in contemporary Turkey’:-‘’Fethullah Gulen is an Islamic Scholar,thInker,writer,and poet’’. Pengikut beliau menggelar beliau sebagai ’Hojaefendi’’ .Beliau mendapat pendidikan Islam secara traditional dan menguasai ilmu-ilmu Al-Quran –Hadith dan juga falsafah pemikiran Barat moden disamping meminati bahasa dan sastera puisi Sufi .Beliau juga mendalami Bahasa Arab,Parsi dan Perancis. Ayahnya,Ramiz Efendi (mempunyai hubungan rapat dengan gerakan sufi Naqshbandi ) memberikan pengaruh besar dalam hidupnya sebagai guru Bahasa Arab pertama buat dirinya dan juga memberi pendedahan kepadanya terhadap karya pemikir klasik Islam seperti al-Hasan al-Basri,Harith al-Muhasibi,Al-Ghazzali ,Jalal ad-din Ar –Rumi .Fethullah Gulen juga membaca karya penulis India,Ahmad Faruqi Sirhindi dan Shah Wali Allah al-Dihlawi dan juga pemikir Barat klasik seperti Victor Hugo,William Shakespeare ,Tolstoy dan Honore de Balzac,ahli falsafah Barat moden seperti Descartes,Immanuel Kant,Sir James Jeans,Sir Arthur S.Eddington serta karya pemikir dan sasterawan dari Hafiz ke Goethe,dari Peyami Safa(penulis novel Turki terkenal) ke Dostoyevsky. Beliau pernah mengajar buku Sirhindi ,al-Maktubat kepada pelajar yang mengikuti kelas pengajiannya. Fethullah Gulen juga membaca karya Badiuzaman Said Nursi,Risale I Nur namun seperti yang diungkapkan oleh Zeki Saritoprak dan Sidney Griffith dalam tulisan mereka ‘’Fethullah Gulen and the ‘’people of the book’:A voice from Turkey for Interfaith Dialogue’’:- ‘’’’while Gulen was never formally associated with the movement,and therefore he was not ,strictly speaking, a follower of Nursi,he nevertheless began to incorporate many of Nursi’s ideas into his own teaching…’’ Manakala M.Hakan Yavuz dalam tulisannya ‘’Towards an Islamic Liberalism?The Nurcu Movement and Fethullah Gulen in Turkey’’(The Middle East Journal 53(1999),584-605 ) menggunakan istilah ‘’Neo-Nurcu’’ bagi menggambarkan Gulen dan pengikutnya .''.....the sacrifice of the individual “I” for the sake of the collective “we” .......''
Apa khabar anda yg masih hidup?Apa khabar calon-calon jenazah sekalian?Sihat? ....:)
menjelang Pilihanraya Umum ke 13 Malaysia,marilah kita bersama-sama meluruskan pemikiran kelompok yg menolak secara total sistem demokrasi-pilihanraya(haram-haram-haram-geng planet haram),yg tidak tahu bezakan antara kerajaan-negara dan parti pemerintah-penguasa,yg mati hidup semula akan pertahankan mati-matian sesiapa jua yg dinamakan 'pemimpin negara',yg menempelkan ayat Quran-Hadith dgn kefahaman literal untuk membela 'ulil-amri' mereka,'intelektual palsu' 'profesor serba tahu' yg tenggelam -hanyut -syok sendiri dalam alam bikinan mereka sendiri dan ramai lagi....:)..Bagaimana dgn mereka yg belum daftar mengundi?Bagaimana pula dgn mereka yg daftar mengundi tapi tidak turun mengundi?Bagaimana pula.....(tambah sendirilah...)....:)
Saya membaca bahagian Summary of the Open Debate:Report by John L.Esposito, buku 'Rethinking Islam and Modernity:Essays in Honour of Fathi Osman''(edited by AbdelWahab El-Affendi) yg baru dibeli(guna baucer buku).Terkejut bila baca muka surat 144 jumpa kenyataan tentang ABIM. Profesor John L. Esposito kata :- ''It seems to me that the theme of the conference is most appropriate,Islam and Modernity.For,as was said yesterday by Fathi Osman,ABIM and Ennahda represent,from my point of view,organizations or movements par excellence who have grappled with the question of the relationship of Islam to Modernity.The founders of the organizations,and the current leaders embody this approach,and we have seen that already in some of the presentations that have occurred,for example Shaikh Rashid’s presentation yesterday…’’ Dan,Profesor Dr Ibrahim Moosa dalam muka surat 155 bab yg sama pula berkata:- ‘’Sometimes one keeps quiet in the interest of politeness or decorum,but I believe,as someone said,evil flourishes when good people do nothing.That continues in the vein of what Tamara Sonn has said,dictatorship of the mind,and the whole question of rethinking and critical thinking in Islamic thought.There is a lot of dictatorship of the mind because,I think,intellectual critiques are not taking place.Movements like Ennahda or ABIM might want to start the re-thinking.But the mainstream Islamist thinking,including the modern Islamist paradigm,is not engaged in real re-thinking...’’
Katak bawah tempurung sekali lagi akan melompat keluar dari tempurung melihat dunia dan melaungkan kebebasan memperjuangkan keadilan untuk kaum katak seluruh dunia dan mengistihar meletak jawatan sebagai seekor katak bawah tempurung.Wahai kaum katak sedunia,bersatulah!....Hidup katak!
lepak di restoran mamak ,pusat pencetus ilham-idea-pemikiran merancang pelan strategi menguasai dunia...opps......kuasai dirimu dahulu....:)
Tan Seri Arshad Ayub(antara pengasas UITM-mantan Timbalan Gabenor Bank Negara,Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA) menasihati mahasiswa supaya memberi fokus sepenuhnya kepada ILMU sewaktu berada di universiti.Beliau menyelar sikap segelintir pimpinan gerakan mahasiswa yg terlalu ghairah(mahu menjadi hero-catat nama dalam sejarah gerakan mahasiswa) kepada isu2 luar kampus-menggunakan pendekatan ''radikal-ekstrem'' lantas melupakan perjuangan isu2 dalam kampus.Beliau mencabar gerakan mahasiswa berbahas-berdebat-lantang bersuara dalam isu2 dalam kampus(walaupun mencabar pentadbiran universiti) asalkan kebajikan mahasiswa dalam kampus terbela....Fikir-fikir-fikir,memang banyak isu dalaman kampus tak selesai sebab 'pejuang-pejuang mahasiswa' sibuk mahu menjadi hero di luar kampus...:)
Pentingnya buat mahasiswa membina jaringan persahabatan sewaktu mereka berada di kampus universiti.Setiap orang yang melintas di hadapan anda,merupakan sahabat anda....:)
sebelum program tentang Myanmar di IAIS ,saya dan tuan sifu jaringan saya,Nuruddin sempat ke Kedutaan Myanmar di KL.Tiba di sana,kawasan sekeliling kedutaan dipenuhi rakyat Myanmar yg mahu membuat urusan masing2.Pegawai kedutaannya agak sombong-muka masam,mungkin penyokong junta tentera.Rakyatnya senyum mesra(sambil menampakkan gigi merah mereka 'kesan' memakan sireh).Kami sempat bersembang panjang dgn seorang rakyat Myanmar(pernah dipenjara di Malaysia-masalah imigresen-di penjara,semua ok katanya).Beliau menceritakan Myanmar pasca Aung San Suu Kyi menang pilihanraya.Junta tentera tidak mampu menyekat kebangkitan rakyat yg semakin berani menyatakan sokongan kepada Aung San Suu Kyi.Dulu agak sukar melihat majalah-suratkhabar-t-shirt berwajah Aung San Suu Kyi,sekarang dah boleh.Manakala muslim Myanmar yg kuat ditindas regim junta mengharapkan sesuatu perubahan-demokrasi dibawah pimpinan Aung San Suu Kyi ini walaupun Aung San Suu Kyi juga kelihatan terpaksa berhati-hati dalam memperjuangkan nasib kelompok muslim di Myanmar.Kelompok pro junta memainkan isu agama bagi menakutkan rakyat Myanmar kononnya Myanmar akan jadi seperti di Malaysia-Indonesia jika kelompok pro demokrasi berkuasa.Mengikut sejarah perjuangan kemerdekaan Myanmar,pimpinan Muslim Myanmar agak rapat dengan ayah Aung San Suu Kyi .Ada ''unsung heroes'' di Myanmar yg perlu kita sama-sama kaji.......
Bersihkan hati bersihkan juga tapi jangan sesekali gunakan alasan membersihkan hati lantas menganyam-menempel ayat2 Al-Quran-Hadith untuk membenarkan kekotoran politik yg berlaku di depan mata anda.Saya sokong tuntutan Bersih.Saya sokong DBKL benarkan sahaja himpunan bersih di Dataran Merdeka.Saya sokong himpunan bersih diadakan dimana-mana stadium.Saya tak sokong peserta Bersih sesuka hati berarak di jalan raya.Saya tak sokong peserta bersih maki hamun orang(langsung tiada kaitan dengan tuntutan bersih).Saya tak sokong peserta bersih yg tak bersurai2 lagi walaupun penganjur kata sila bersurai.Saya tak sokong polis belasah peserta bersih.Saya tak sokong peserta bersih belasah polis,saya tak sokong parti politik ''curi'' himpunan Bersih dari NGO2,saya tak sokong media berat sebelah lapor peristiwa bersih,dalam polis ada yg bersih dalam peserta bersih ada yg kotor,dalam peserta bersih ada yg bersih dalam polis ada yg kotor,polis manusia,peserta bersih pun manusia,polis ada keluarga,peserta bersih pun ada keluarga,dalam keluarga polis :ada yg sertai himpunan bersih,dalam keluarga peserta bersih:ada yg jadi polis....mmmmmmmmmmmmmmm.Dunia oh Dunia...:)
http://www.youtube.com/watch?v=vx_jqlYXZqg&feature=share Kau ini bagaimana? kau bilang aku merdeka, kau memilihkan untukku segalanya kau suruh aku berpikir, aku berpikir kau tuduh aku kafir aku harus bagaimana? kau bilang bergeraklah, aku bergerak kau curigai kau bilang jangan banyak tingkah, aku diam saja kau waspadai kau ini bagaimana? kau suruh aku memegang prinsip, aku memegang prinsip kau tuduh aku kaku kau suruh aku toleran, aku toleran kau bilang aq plin plan aku harus bagaimana? aku kau suruh maju, aku mau maju kau selimbung kakiku kau suruh aku bekerja, aku bekerja kau ganggu aku kau ini bagaimana? kau suruh aku takwa, khotbah keagamaanmu membuatku sakit jiwa kau suruh aku mengikutimu, langkahmu tak jelas arahnya aku harus bagaimana? aku kau suruh menghormati hukum, kebijaksanaanmu menyepelekannya aku kau suruh berdisiplin, kau mencontohkan yang lain kau ini bagaimana? kau bilang Tuhan sangat dekat, kau sendiri memanggil-manggilnya dengan pengeras suara tiap saat kau bilang kau suka damai, kau ajak aku setiap hari bertikai aku harus bagaimana? aku kau suruh membangun, aku membangun kau merusakkannya aku kau suruh menabung, aku menabung kau menghabiskannya kau ini bagaimana? kau suruh aku menggarap sawah, sawahku kau tanami rumah-rumah kau bilang aku harus punya rumah, aku punya rumah kau meratakannya dengan tanah aku harus bagaimana? aku kau larang berjudi, permainan spekulasimu menjadi-jadi aku kau suruh bertanggungjawab, kau sendiri terus berucap wallahu a'lam bissawab kau ini bagaimana? kau suruh aku jujur, aku jujur kau tipu aku kau suruh aku sabar, aku sabar kau injak tengkukku aku harus bagaimana? aku kau suruh memilihmu sebagai wakilku, sudah kupilih kau bertindak sendiri semaumu kau bilang kau selalu memikirkanku, aku sapa saja kau merasa terganggu kau ini bagaimana? kau bilang bicaralah, aku bicara kau bilang aku ceriwis kau bilang jangan banyak bicara, aku bungkam kau tuduh aku apatis aku harus bagaimana? kau bilang kritiklah, aku kritik kau marah kau bilang carikan alternatifnya, aku kasih alternatif kau bilang jangan mendikte saja kau ini bagaimana? aku bilang terserah kau, kau tidak mau aku bilang terserah kita, kau tak suka aku bilang terserah aku, kau memakiku kau ini bagaimana? atau aku harus bagaimana? GUS MUS(KH Mustafa Bisri)
Mahasiswa berjiwa besar itu berfikir
Berbicara dengan hati nurani
Menilai diri untuk meperbaiki kelemahan
Membina kekuatan untuk menerajui perubahan
Atas nama mahasiswa
Suara hatinya berbicara
aku mahasiswa
bukan budak hingusan
Aku mahasiswa
tidak rela menjadi kuda tunggangan
Aku mahasiswa
bukan boneka mainan
Perjuanganku hanyalah kepada kebenaran dan keadilan
Budaya ilmu menjadi pegangan
Tidak ku gadai prinsip perjuangan
Tidak kugentar sebarang ugutan
Setia menyeru Kebaikan
Berani menentang kemungkaran
Berpijak di bumi nyata
Mengambil iktibar sejarah silam
Berpandangan jauh penuh wawasan
Mengorak langkah gagah mara ke hadapan
Akan ku gegarkan dunia dengan suaraku
suara keramat
Suara anak muda
Suara mahasiswa
Pengugat kezaliman
Mahasiswa berjiwa besar itu kian insaf
Tanggungjawab hamba
amanah tuhan
Semakin yakin dengan kebenaran
Semakin sedar untuk berjuang
Atas nama mahasiswa
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai ku tahu
Kapan tiba masa ku
Ku akan memohon Tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa2ku
Aku takut dosa yang terus yang terus membayangiku
Andai ku tahu
MalaikatMU kan menjemputku
Ijikan aku mengucapkan kata taubat padaMU
Aku takut akan semua dosa2 ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dr segala dosa2 ku
Ampuni aku menangis ku bertobat padaMU
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas disurga
Andai ku tahu
Kapan tiaba ajalku
Ijinkan aku mengucap taubat padaMU