Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Sunday, January 31, 2010

The 3 Rd International Youth Gathering,Jakarta-Bandung,Indonesia (3)

Selasa -Hari Ketiga -19 Januari 2010

Selepas sarapan pagi,semua peserta menaiki bas bertolak ke Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia untuk sesi program International Muslim Youth Conference On Education seterusnya. Pembentangan wakil negara-negara peserta diteruskan lagi dengan pembentangan dari wakil Iraq dan wakil Turki.


Wakil Iraq membentangkan tentang sejarah Iraq sewaktu empayar Abbasiyah,Babylon,Kota Baghdad sebagai pusat tamadun dan perkemb
angan ilmu dan juga peranan para ulama cendekiawan seperti Al-Ghazali dan Abdul Qadir Jailani dalam membantu melahirkan tentera yang berilmu.

Beliau juga mengupas perkembangan pendidikan di Iraq pasca perang Iraq 2003 dan menceritakan kisah sedih dan tragedi bagaimana tentera Amerika bertindak kejam dengan mencuri barang-barang dan dokumen penting universiti,membunuh ahli akademik-professor khususnya pakar nukluer dan pakar kimia.Beberapa masalah yang wujud di Iraq seperti perpindahan dan penghijrahan beramai-ramai rakyat Iraq,masalah keselamatan dan keganasan,korupsi dan krisis polit
ik turut disentuh oleh wakil Iraq dalam pembentangannya.

Wakil Turki membentangkan tentang sejarah empayar uthmaniah sehingga terwujudnya Republik Turki.Peranan Kamal Ataturk turut disentuh secara tidak langsung dalam memaksa sistem sekular di Turki melalui larangan terhadap pengedaran buku-buku berkenaan Islam dan pendidikan,menetapkan azan dalam bahasa Turki, dan pelbagai undang-undang sekular yang lain.

Wakil Turki juga membentangkan peranan sekolah Imam Hatip dalam
memantapkan pendidikan agama,peranan parti politik berasaskan Islam seperti Parti Refah,tragedi kudeta tentera dan protest rakyat,dan juga pembaharuan yang dibuat oleh parti pimpinan Recep Tayyib Erdogan,AK Party dengan polisi pentadbiran moderat dan melakukan reformasi politik dan ekonomi di samping strategi hikmah dalam melawan sistem sekular samada dalam hal politik,sosial,ekonomi,dan lain-lain.

Hanya beberapa wakil negara sahaja yang sempat membentangkan h
al-hal pendidikan di negara masing-masing.Wakil negara yang tidak sempat melakukan pembentangan diberi kesempatan untuk mengemukakan soalan atau pandangan dalam sesi soal jawab.

Sebelum program berlangsung juga sebenarnya pihak penganjur telah meminta para peserta menulis esei panjang setiap seorang berkenaan tema program The Role of Youth In Changing The World. Siddiq Buckley telah membuat ulasan terhadap semua pembentangan wakil-wakil negara dan mencadangkan beberapa perkara untuk tindakan susulan para peserta seminar.

Selepas sesi rehat,solat dan makan,program diteruskan dengan diskusi berkumpulan .Semua peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu negara majoriti muslim,,negara minoriti muslim dan negara neutral.Tempat diskusi berkumpul
an pula diadakan di kelas-kelas sekitar Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia.

Saya dan peserta-peserta dari Malaysia yang lain ditempatkan dalam kumpulan negara majoriti muslim.Kumpulan ini dikendalikan oleh seorang peserta dari Maghribi(peserta paling aktif dalam program) dan dibantu oleh seorang peserta dari Bangladesh.Kedua-dua mereka mempunyai pengalaman menghadiri siri pertemuan antarabangsa 1 dan 2 di Turki sebelum ini.

Beberapa aspek kelemahan dalam bidang pendidikan di negara majoriti m
uslim dibincangkan seperti tahap kualiti pendidikan,proses komersialisasi pendidikan,kekurangan objektif pendidikan yang tepat,soal integrasi ilmu,dan hal-hal hegemoni antarabangsa.Hal-hal politik,sosial dan ekonomi semuanya berkait rapat dengan soal pendidikan manakala pihak penggubal polisi,masyarakat dan insititusi-institusi pendidikan perlu berkerjasama dalam memantapkan lagi sistem pendidikan di negara masing-masing.

Beberapa cadangan pembaikian dan strategi memperkasakan sistem pen
didikan turut dibincangkan dalam sesi ini di mana moderator memainkan peranan penting untuk mendengar dan mendapatkan segala pandangan ,pemikiran dan buah idea para peserta. Selepas hampir 2 jam berbincang mengikut kumpulan masing-masing,para peserta kembali ke dewan utama untuk mendengar pembentangan ketiga-tiga kumpulan.

Setelah selesai pembentangan kumpulan,sesi soal jawab pula diadakan.Para peserta bertukar-tukar pandangan dan pengalaman masing-masing untuk di
manfaatkan oleh para peserta yang lain.Hasil pembincangan dan pembentangan isu pendidikan ini akan dirumuskan sebagai deklarasi program dalam majlis penutup di Bandung nanti.

Sebaik sahaja tamat sesi soal jawab,para peserta kembali ke tempat penginapan masing-masing dan berehat secukupnya. Pada malam harinya pula para peserta di bawa ke sebuah restoran traditional sekitar Depok untuk majlis makan
malam bersama wakil Menteri Pertanian.

Sementara menunggu wakil menteri dan hidangan makanan disiapkan,beberapa orang peserta dari Maghribi,Turki dan lain-lain membuat persembahan spontan nyanyian lagu-lagu qasidah ala sufi,lagu dalam bahasa negara masing-masing dan juga aksi seakan-akan demonstrasi perjuangan Palestin dihiasi dengan laungan takbir dan laungan semangat perjuangan.Makan malam ini paling istimewa dengan pelbagai lauk makanan seperti ikan besar ,roti arab dan minuman seperti yogurt,air buah-buahan dan lain-lain.

Seorang peserta dari Turki sempat memberitahu saya bahawa makan malam ini yang paling mengenyangkan memandangkan ada pelbagai jenis roti dan lauk-lauk lainnya .Saya memerhatikan para peserta luar negara seperti Turki tidaklah menyentuh nasi sebaliknya lebih suka memakan roti.

Dan malam ini pastinya semua peserta pulang ke kamar masing-masing tidur dalam kekenyangan.

The 3 Rd International Youth Gathering,Jakarta-Bandung,Indonesia (2)

Isnin -Hari Kedua -18 Januari 2010

Selepas solat subuh,teman sebilik saya dari Sudan mengajak saya
mandi pagi dengan berenang di kolam renang.Saya hanya jadi penonton dari jauh sahaja memandangkan air di kolam renang terlampau sejuk.Dan saya lebih berminat untuk menonton tv di bilik melayan berita pagi Indonesia.

Selepas sarapan pagi(sarapan yang menyegarkan),para peserta menaiki bas beramai-ramai menuju ke Fakultas Ekonomi Universiti Indonesia tidak berapa jauh dari Wisma Makara.Berbeza dengan budaya di Malaysia tatkala membuka program dengan bacaan Al-Fatihah,budaya di sini membuka dan memulakan program dengan ucapan basmallah beramai-ramai.

Majlis diteruskan dengan bacaan-tilawah Al-Quran dan juga bacaan terjemahan Al-Quran.Wakil SALAM UI selaku tuan rumah program pagi ini menyampaikan ucapan pembukaan diikuti ucapan wakil Universitas Indonesia mengalu-alukan kehadiran para peserta dari pelbagai negara.

International Muslim Youth Conference On Education(dikendalikan oleh Salam UI) dimulakan dengan rasminya dengan ucaptama oleh Siddiq Buckley,pakar pendidikan dari Australia bertajuk ‘Access to education for muslims:facts,figures and ideals’. Beliau mengupas tentang pencapaian dalam bidang pendidikan oleh negara-negara OIC,kandungan pendidikan Islam yang sewajarnya,situasi kanak-kana
k di dunia Islam dan apa yang dinamakan Terrorism Knowledge Base(TKB).

Ada beberapa fakta menarik dikemukan oleh Siddiq Buckley dalam pembentangannya iaitu bagaimana berlakunya serangan terhadap institusi –institusi pendidikan kesan peperangan di seluruh dunia. Serangan ini termasuk
lah pembunuhan terhadap mereka yang terlibat dalam pendidikan seperti kakitangan,pekerja,dan pelajar,kerosakan bangunan pendidikan,siksaan terhadap para ahli akademik dan lain-lain.Beliau mengambil contoh peperangan terhadap Afghanistan yang membunuh ramai guru,pelajar dan merosakkan banyak sekolah dan universiti.Begitu juga ancaman dari pihak Taliban terhadap perempuan Afghanistan yang ingin melanjutkan pelajaran.

Peperangan di Iraq dan di Palestin pula turut membunuh ramai ahli akademik dan professor universiti,staf akademi,guru,pelajar dan merosakkan bangunan sekolah dan universiti. Siddiq Buckley turut menggariskan beberapa strategi untuk memperkasakan pendidikan yang efektif di dunia Islam dalam kertas kerja yang dibentangnya ini.

Selepas sesi soal jawab yang mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peserta,majlis ditutup dan sekali lagi berbeza dengan budaya di Malaysia iaitu ditutup dengan ramai-ramai mengucapkan, Alhamdulillah.

Pihak SALAM UI turut mengedarkan ‘Koran Kampus’ iaitu akhbar t
erbitan SALAM UI yang dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa.Saya agak tertarik dengan kesungguhan SALAM UI menerbitkan akhbar ini yang memaparkan tulisan bernada kritikal,intelektual,dan isu-isu sosial karya mahasiswa sendiri.

Selepas makan tengahari,para peserta menaiki bas untuk mengunjungi Kementerian Komunikasi Indonesia.Sepanjang perjalanan dalam bas ,beberapa orang peserta menghidupkannya dengan pelbagai nyanyian lagu negara masing-masing. Di Kementerian Komunikasi, wakil UNIW,Fatih menyampaikan ucapan ringkas beliau berkenaan sejarah hubungan Indonesia-Turki Uthmaniah.Dan mantan Presiden Parti Keadilan Sejahtera(PKS), Ir Tifatul Sembiring yang kini Menteri Komunikasi melancarkan secara rasminya ‘The 3 rd International Youth Gathering’.

Dalam ucapannya,beliau menyeru para peserta membangun jaringan yang kuat dan bersedia untuk menghadapi cabaran global.Di samping itu juga beliau menekankan soal kepedulian terhadap lingkuangan,dialog peradaban,peningkatan pendidikan dan mengajak para peserta berpegang teguh kepada akar budaya dan kebenaran.

Beliau juga mengupas tentang pandangan pakar ‘ marketing’ yang menyatakan 3 kelompok orang yang paling berpengaruh iaitu pemuda,wanita dan apa yang dipanggil kelompok ‘netizen’(net citizen).Beliau mengharapkan para peserta saling mengenal,memahami,berkejasama dan memahami potensi kekuatan dan kelemahan masing-masing dan juga sempat memperkenalkan tentang Parti Keadilan Sejahtera yang mempunyai 4 orang wakil sebagai menteri dalam Kabinet Indonesia sekarang.

Selepas sesi bergambar,solat dan makan,para peserta menaiki bas semula untuk kembali ke Fakultas Ekonomi,Universiti Indonesia untuk meneruskan sesi program. Sesi berikutnya ialah pembentangan tentang pendidikan oleh wakil –wakil negara peserta.

Wakil Maghribi membentangkan latar belakang dan sejarah perkembangan pendidikan di Maghribi sebelum dan selepas kemerdekaan.Antara universiti pertama yang wujud di dunia ialah universiti Qarowan yang terletak di Maghribi,FIS.Universiti Qarowan memainkan peranan yang cukup besar dalam pembangunan Maghribi menerusi karya-karya yang ditulis oleh para cendekiawan.

Wakil Albania(belajar di UIAM),membentangkan tentang nasib minoriti umat Islam di bawah sistem sekular Albania.Menurut beliau sehingga kini, teori Darwin yang anti tauhid masih diajar di sekolah-sekolah di Albania,dan tiada satupun universiti Islam di sini di samping masih wujud sekatan terhadap pemakaian hijab di Albania.Beliau juga memaparkan video tentang aktiviti yang dilakukan oleh NGO Islam di Albania dalam membantu memperkasakan pendidikan khususnya buat generasi muda.

Wakil Indonesia pula membentangkan tentang perbezaan pencapaian pendidikan umat Islam di Indonesia berbanding bukan Islam yang jauh lebih cemerlang daripada umat Islam sendiri walaupun jumlahnya majority.Turut dikupas beliau ialah beberapa masalah yang berlaku di Indonesia khususnya masalah ekonomi umat Islam yang masih ketinggalan dan bergelumang dengan isu kemiskinan dan ketidakadilan.

Menteri Sosial(dari PKS,BA- Master -PHD di Madinah) mengulas sesi pembentangan dengan membicarakan soal jatidiri bangsa Indonesia,kesejahteraan sosial,dan membentangkan jumlah kemiskinan,jumlah anak yatim ,cacat,anak jalanan di Indonesia.Beliau menekankan soal pentingnya memfokuskan kepada gerakan sosial bagi membangunkan umat Islam.

Menteri Sosial turut membuka sesi soal-jawab dan membuka ruang buat para peserta mengkritik,bertanya dan mengemukakan sebarang cadangan kepada beliau demi memperkasakan gerakan sosial. Para peserta turut berkesempatan mengambil gambar kenang-kenangan bersama Menteri Sosial.

Selesai sesi bergambar dan makan-minum petang,para peserta kembali ke tempat penginapan di Wisma Makara. Selepas berehat beberapa seketika,saya dan seorang kawan,Saiful Islam sempat ke cyber cafe yang buka 24 jam dalam Wisma Makara untuk melayari internet .
Rupa-rupanya ramai juga peserta luar negara yang turut bersama melayari internet di sini.

Malam ini saya tidur nyenyak mungkin sedikit keletihan sehari suntuk berseminar dan demi mengumpul tenaga-stamina untuk program-program hari berikutnya.

Thursday, January 28, 2010

The 3 Rd International Youth Gathering,Jakarta-Bandung,Indonesia(1)

Saya berkesempatan mewakili PKPIM (menggantikan seorang sahabat yang tidak dapat hadir minit-minit akhir)ke program ‘The 3 rd International Youth Gathering ‘yang berlangsung di Jakarta dan Bandung mulai 17 hingga 24 Januari 2010.

Perhimpunan ini dianjurkan oleh The Union of Non Govermental Organizations of Islamic World(UNIW-www.theunity.org) dengan kerjasama Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia(KAMMI),Nuansa Islam Universitas Indonesia(SALAM UI),Komuniti Kemanusian Indonesia(KKI ),dan Rumah Zakat Indonesia(RZ1) dan ia merupakan kali pertama dianjurkan di Indonesia setelah perhimpunan 1 dan 2 yang telah diadakan di Turki.

UNIW merupakan kesatuan NGO-NGO Islam sedunia yang ditubuhkan pada 2005 berpusat di Istanbul,Turki.Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM),Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM),Wadah Pencerdasan Ummat(WADAH),Future Global Network (FGN),Yayasan Takmir Pendidikan(YTP),Global Peace Mission(GPM) merupakan NGO Malaysia yang berdaftar dibawah gabungan UNIW ini.Untuk program ‘The 3 rd International Youth Gathering’ ini ,Malaysia menghantar sebanyak 14 orang wakil iaitu 2 wakil PKPIM,2 wakil Abim,2 Wakil WADAH,2 wakil FGN,2 wakil YTP,2 wakil GPM dan 2 wakil Haluan Siswa.

Sebanyak 155 peserta lelaki dan perempuan dari 22 buah negara seperti Turki,Indonesia,Malaysia,Albania,Macedonia,Burkina Faso,Maghribi,Sudan dan lain-lain menyertai perhimpunan pemuda antarabangsa ini.Turki menghantar penyertaan peserta paling ramai diikuti tuan rumah,Indonesia.

Ahad Hari Pertama 17 Januari 2010

Kami bertolak dari LCCT menaiki pesawat Air Asia sekitar pukul 2 petang dan tiba di Lapangan terbang Soekarno-Hatta,Jakarta sekitar pukul 4 petang.Di sana kami disambut oleh urusetia penganjur yang menunggu ketibaan para peserta luar negara.Selepas solat ,kami menaiki bas yang disediakan pihak penganjur menuju ke Depok.

Tepat pukul 7.15 malam kami tiba di kediaman Gabenor Depok dan di sana kami bertemu para peserta yang lain.Setelah selesai solat berjemaah,para peserta bergerak ke dewan program untuk majlis perasmian dan makan malam.Para peserta dibenarkan terlebih dahulu untuk menjamah sedikit makanan-minuman yang disediakan sambil berkenalan antara satu sama lain.

Sekitar pukul 9 malam,majlis perasmian dimulakan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Izzatul Islam yang popular di Indonesia dengan lagu-lagu perjuangannya.Beberapa lagu seperti lagu berkenaan Gaza,lagu Acheh dan lain-lain disampaikan dengan penuh semangat oleh Izzatul Islam sambil para peserta bertepuk tangan mengikut rentak lagu.

Ali Kurt,Timbalan Setiausaha Agung UNIW dari Turki menyampaikan ucapannya berkisar soal perpaduan ummah@1 ummah dan menyentuh akibat perpecahan negara Islam pada masa kini sehingga berlakunya pergolakan dan kesengsaraan umat Islam di Darfur,Iraq,Afghanistan,Palestin dan lain-lain.Beliau juga mengupas tentang usaha mengembalikan tamadun Islam dan peranan NGO Islam dalam merealisasikannya.Beliau juga menekankan peranan pemuda Islam dan berharap lebih banyak program –program budaya diadakan seperti program ‘International Youth Gathering’ ini.

Dr Ir Nur Mahmudi Ismail,Gabenor Depok yang juga aktivis Parti Keadilan Sejahtera(PKS) menyampaikan ucapan perasmiannya dan beliau menekankan soal pendidikan politik dan membuat perbandingan pencapaian umat Islam dengan yang lain yang bagi beliau begitu jauh ketinggalan.Beliau berharap para pemuda Islam mampu mengubah situasi ini suatu masa nanti.

Selepas penyampaian hadiah kepada Gabenor Depok,Izzatul Islam sekali lagi menyampaikan lagu –lagu nasyid ,1 lagu berbahasa arab dan juga lagu yang popular,Rabithah.

Program seterusnya ialah makan malam dengan pelbagai hidangan menarik makanan Indonesia dan juga makanan Arab.Selepas selesai makan malam,para peserta bergambar kenangan di luar dewan beramai-ramai.

Sekitar pukul 11 malam ,para peserta menaiki bas menuju ke tempat penginapan di Wisma Makara dalam kampus Universitas Indonesia.Wisma Makara ini lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti kolam renang,internet,surau ,Kafeteria dan lain-lain.

Saya ditempatkan sebilik dengan peserta dari Sudan,Muhammad Syafiq (berbahasa Inggeris-Arab-Perancis) dan peserta dari Turki,Muhammad Huseiyn(berbahasa Inggeris,Turki dan Arab).Kami tidur lewat malam itu kerana bersembang tentang situasi terkini negara masing-masing.

zzzzzz

Tuesday, January 26, 2010

Dari Facebook-ku

Kurus bukan penghalang untuk menonton The Biggest Loser,,,,,,,,,,,

Dari Facebook-ku

Kucing ku juga mahu menghadiri syarahan perdana Syed Muhammad Naquib AL-Attas..Adakah kuota untuk seekor binatang?.Proses mengadabkan binatang.Kadangkala manusia lebih binatang daripada binatang dan binatang lebih manusia daripada manusia.....

Dari Facebook-ku

'Wahai manusia,bersatu-padulah seperti kami sang Semut''-Catatan pada kain rentang demonstrasi semut seluruh dunia membantah keganasan manusia yang sering berpecah-belah,bersengketa sesama sendiri,berbalah,bergaduh,ber.....

Dari Facebook-ku

Hentikan keganasan terhadap semut! Perjuangkan hak asasi para semut seluruh dunia!

Dari Facebook-ku

Antara penghalang utama usaha menikmati kelazatan ilmu:kelemahan menguasai ilmu alat,penguasaan bahasa.....

Dari Facebook-ku

bukan semua ahli politik gila kuasa..ada yg gila perubahan,gila melawan kezaliman,...yg penting bukan menggunakan kuasa utk buat kerja gila,,,,,

Dari Facebook-ku

Universitiku di rumah......rumahku universitiku.....

Dari Facebook-ku

Kalau universiti itu memperbodohkan para mahasiswanya,tutup sahaja universiti itu!

Dari Facebook-ku

Mahasiswa yang hanya tahu tentang bidang pengkhususannya sahaja= binatang

Dari Facebook-ku

Semakin tinggi belajar-menuntut ilmu semakin tinggi adab,bukannya semakin biadab!

Dari Facebook-ku

Seekor semut sedang membaca buku falsafah,seekor anjing sedang menulis tentang akidah dan seorang manusia sedang tidur nyenyak zzzzzzz.......

Dari Facebook-ku

Hanya dengan budaya ilmu kampus universiti akan hidup.Dan kampus universiti yang mematikan budaya ilmu pada hakikatnya sudah mati dan lebih baik ditutup!

Dari Facebook-ku

Gula naik?Kurangkan gula dalam makanan/minuman ,tambahkan manis dalam senyuman!

Dari Facebook-ku

Anak muda jangan hanya tahu menyalak!...Biarkan sahaja anjing yang menyalak!

Dari Facebook-ku

'Non Partisan' menghalangku menjadi 'keldai'.Hidup ' karamah insaniyah'!

Dari Facebook-ku

Perjuangan CINTA menentang sebarang usaha melaga-lagakan penganut pelbagai agama.Hormati dan fahami hak penganut agama masing-masing.

Dari Facebook-ku

Apabila kecewa dengan parti-parti politik,sertailah NGO-NGO?

Dari Facebook-ku

cadangan kepada anak muda yang punya cita-cita perubahan;pastikan KITA menguasai kampus universiti,majlis -majlis belia seluruh negeri,Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan....

Dari Facebook-ku

Berlagak intelektual dengan menghentam intelektual lain....?Apa punya 'intelektual ' ntah..ntah apa-apa ntah...hormat-kritis tidak mengapa tapi kalau sampai hilang adab kan biadab namanya....pencerahan atas pencerahan?

Dari Facebook-ku

Setuju dialog antara agama tapi jangan lupa dialog dengan penganut seagama sendiri ya!

Dari Facebook-ku

Kata orang,Serba salah jadi orang susah tapi lebih susah jadi orang serba salah!-KH Zainuddin MZ

Dari Facebook-ku

Jangan waktu dibawah rajin amal ayat kursi ,dapat kerusi lupa sama ayat!-KH Zainuddin MZ

Dari Facebook-ku

'kalau ada 1000 orang penegak keadilan ,saya 1 dari yang 1000 itu, kalau ada 100 org penegak keadilan ,saya juga 1 dari yang 100 orang itu kalau ada 10 orang penegak keadilan,saya juga 1 dari yang 10 orang itu kalau hanya ada 1 orang yang menegakkan keadilan, maka sayalah yang 1 itu...''

Dari Facebook-ku

Berpolitik; jangan sampai menggadaikan ukhuwah- persaudaraan sesama insan...

Dari Facebook-ku

Berjuang bukan selamanya ber'konfrontasi'.....!!!

Dari Facebook-ku

Rawatlah penyakit egomu...ego;lambang kehitaman hati.Hitam itu.....?

Dari Facebook-ku

Di sini ,perpecahan sudah sempurna..tak perlu dipecah- belahkan lagi....kesian!

Dari Facebook-ku

Semakin berilmu sepatutnya semakin tawaduk bukannya angkuh,sombong,berlagak,ego......

Dari Facebook-ku

Lebih baik menonton kartun Doraemon daripada menonton perbalahan ahli politik....

Dari Facebook-ku

Kalau anda mmilih utk brsama 'Pembangkang',anda jgn trlalu menyalahkan-menuding jari,menuduh yg bukan2-melemparkan tuduhan negatif,mengutuk dll terhdp 'kerajaan' krn itu akan mmbuatkan rakyat meluat.Apa yg anda prlu lakukan; teruskan perjuangkan hak rakyat,mlawan sgla bntuk kezaliman dan ketidakadilan,berikan kritikan ...mmbina@nasihat kpd 'kerajaan dan kuatkan 'pembangkang' dgn memperbaiki gerak kerja 'pembangkang'...

Dari Facebook-ku

Mendapat hadiah menarik daripada peserta Turki: -Buku Panorama 1453-tentang sejarah Turki-Daulah Uthmaniah-Al-Fatih dll... -1 botol kosong -ditulis kandungannya 19 % udara dari Istanbul dan 81 % salam dan doa daripada Muslim Turki...kreatif!

Dari Facebook-ku

-2 tulisan 'contengan' menarik pilihanku yg tercatat sekitar dinding jalan di Jakarta dan Bandung :-

-'Api itu panas tetapi panas lagi mulut penipu!'

-'Jangan mudah mengatasnamakan rakyat jika belum benar-benar mendapat mandat!'

Friday, January 15, 2010

Monday, January 11, 2010

Suara kuda tunggangan

Pemikiran itu songsang
Dan sudah usang
Namun penganut pemikiran itu
Tetap merasakan ia satu pencerahan
Mereka terpukau dengan kilauan
Kaca yang disangka permata
Najis yang dibungkus dengan pembalut yang indah
Mereka katakan itu makanan yang paling menyelerakan
Kata mereka,kami reformis
namun bicara mereka bak pengemis
kata mereka ,kami pejuang pembaharuan
padahal apa yang mereka perjuangkan
hanyalah meruntuhkan binaan
suara mereka suara kuda tunggangan
bersedia membenarkan segala kepalsuan
dan memalsukan kebenaran

Kampung Sungai Ramal Dalam
12 Januari 2010 3.32 pagi



Manusia najis?

Manusia najis?

Kadang-kadangku terfikir

Apakah tujuan mereka dilahirkan

hanya untuk membenci

Bermusuhan sesama manusia

Menganggap manusia lainnya sebagai binatang

Yang perlu dikorbankan

Diratah daging-dagingnya

Dihirup darah-darahnya

Sisa-sisa ?

Dibuang

Ditanam

Bukankah manusia itu dicipta sebaik-baik penciptaan?

padahal mereka seburuk-buruk amalan

sekeji –keji tindakan

najis yang memenuhi loji pembetungan itu

ternyata jauh lebih mulia daripada mereka

Kampung Sungai Ramal Dalam

12 Januari 2010

1.55 pagi

Menjernihkan hubungan rakyat beragama

Menjernihkan hubungan rakyat beragama

Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam dan serangan terhadap beberapa buah gereja ternyata membibitkan perasaan gusar kepada rakyat Malaysia yang prihatin dan menimbulkan persoalan apakah hubungan antara penganut agama di Malaysia khususnya yang beragama Islam dan Kristian semakin retak?

Semua penganut agama sepatutnya berfikir ,bertafakur dan merenung sejenak apakah mereka telah melakukan sesuatu yang menggugat sensitiviti penganut agama lain.Mungkinkah tanpa disedari kita telah melakukan provokasi terhadap penganut agama lain?.Barangkali akibat kurangnya pemahaman terhadap ajaran ,dan nilai teras agama lain menyebabkan kita seringkali terjerumus ke kancah kekeliruan dalam beragama yang mampu mengganggu gugat hubungan harmoni antara penganut agama di negara kita.

Penganut agama yang yang berpegang teguh kepada ajaran agamanya pasti inginkan segala prinsip yang termaktub dalam ajaran agamanya dipertahankan dan tidak akan selama-lamanya menggadaikan prinsip tersebut.Oleh kerana itu sewajarnya para penganut agama lain memahami hasrat tersebut dan cuba berlapang dada dengan segala perbezaan dalam prinsip agama masing-masing.

Perbezaan tentunya wujud dalam ajaran agama-agama namun perbezaan itu jangan sampai menyebabkan para penganut agama saling bercakaran dan bermusuh.Para penganut agama perlu membuktikan bahawa dengan berpegang teguh dengan ajaran agama masing-masing mereka semakin sayang dan cinta sesama manusia.Dunia hanya akan aman damai sekiranya para penganut agama saling mencintai antara satu sama lain .Ajaran agama pula tidak pernah memerintahkan penganutnya untuk membenci sesama insan.

Segala perbezaan perlu diraikan dan pastinya ruang dialog antara agama mampu menjadi platform untuk mencari titik persamaan yang mampu membuktikan ajaran agama sentiasa menyeru ke arah kebaikan,keadilan,kebenaran dan melawan segala bentuk kejahatan,kezaliman dan kepalsuan.

Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad

Exco Pendidikan dan Penyelidikan

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Wednesday, December 16, 2009

Syeikh Yusuf Qardhawi di Malaysia


Jumaat 18 Disember 2009
-Menerima Anugerah Maal Hijrah di Sambutan Maal Hirah anjuran JAKIM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya@PICC 8.30 Pagi-1 Petang
-Solat Jumaat di Masjid Besi ,Putrajaya
Sabtu 19 Disember 2009
-Syarahan perdana di PICC Putrajaya(9 Pagi)
-Ceramah di Masjid Shah Alam(9 Malam)
(Sumber web JAKIM dan Facebook Dr Alinor dll)...

Tuesday, November 17, 2009

Seminar Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Tariq Ramadhan(Cucu Hassan Al-Banna) di Malaysia...

National Symposium-IKD

Pertemuan Penyair Nusantara Ke-3 (PPN3)

Jumaat (20 November)

PENDAFTARAN
9 pagi hingga 12 tengah hari
@ DBP

FORUM PENYAIR: PUISI MANCANEGARA
2.30 hingga 4.30 petang
@ DBP

* Pengerusi: Mohamad Shahidan
* Malaysia: Malim Ghozali Pk dan Abizai Abi
* Indonesia: Ahmadun Yosi Herfanda
* Brunei Darussalam: Sheikh Mansor
* Thailand: Abdul Razak Panaemale
* Singapura: Djamal Tukimin

MAJLIS PERASMIAN
8.45 hingga 11 malam
@ DBP

* Ucapan sambutan: Presiden Pena, Pengerusi Lembaga ITNM, Ketua Pengarah JKKN
* Ucapan perasmian: Ketua Pengarah DBP
* Pelancaran antologi puisi Suara Kemanusiaan Nusantara
* Deklamasi puisi, persembahan tradisional dan lagu rakyat

Sabtu (21 November)

SEMINAR
8.30 pagi hingga 2.30 petang
@ DBP

* Ucap Utama oleh Sasterawan Negara (SN) Prof Dr Muhammad Haji Salleh

* Pembentangan kertas kerja
* Malaysia: Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan Jasni Matlani
* Indonesia: Maman S Mahayana
* Singapura: Rasiah Halil

BACA PUISI MENARA KUALA LUMPUR
2.30 hingga 6.30 petang
@ Menara Kuala Lumpur

MALAM BACA PUISI
8.30 hingga 10.30 malam
@ Rumah Pena

Ahad (22 November)

PERSIDANGAN PENYAIR: KERJASAMA PENYAIR DALAM MENGATASKAN SUARA KEMANUSIAAN
8.30 hingga 10.30 pagi
@ DBP

* Pengerusi: Mohamad Saleeh Rahamad

MAJLIS PENUTUP
10.45 hingga 1.30 tengah hari
@ DBP

* Ucapan Pengarah PPN3
* Ucapan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP

Tuesday, October 13, 2009

Integriti Intelektual Muda

Integriti Intelektual Muda[1]

oleh

Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad

Exco Pendidikan dan Penyelidikan

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)

wan_wasif@yahoo.com

www.ilmuwan-w.blogspot.com

Pendahuluan

Intelektual muda merupakan golongan pelapis yang menjadi harapan ummat bagi menggerakkan upaya intelek dan tradisi keilmuan di dalam masyarakat.Sukar dibayangkan watak masyarakat yang bakal lahir seandainya kita meminggirkan peranan intelektual muda .Intelektual muda mampu membawa dan memimpin perubahan dalam masyarakatnya seandainya suara mereka didengari dan peranan mereka diiktiraf oleh masyarakat.Namun hanya intelektual muda yang punya integriti sahaja yang mampu merealisisasikan agenda perubahan yang diimpikan tersebut.Tanpa integriti ,seseorang itu langsung tidak layak digelar intelektual .

‘’Integriti bagaikan pokok yang berdiri teguh di hutan.Akarnya dalam,menunjangi yakni menyokong batang pokok yang besar lagi tinggi yang mempunyai rimbunan dedaun menghijau sebagai mahkotanya.Ia berbunga bersama buah-buahan yang merimbun,dengan warna cantik berkilat,ranum,dan sedia menaburkan biji benihnya.Unggas dan haiwan lain mencari tempat bertenggek yang selesa di dahannya yang selamat.’’

(Dari Akar Hingga Buahnya,Cetakan Kedua 2007 ,Institut Integriti Malaysia)

Makna integriti

Perkataan Integriti berasal daripada perkataan Latin,integritas yang boleh dimaksudkan sebagai tidak terjejas(unaffected)-kukuh(intact)-benar(upright)-boleh diharapkan(reliable).

Glosari Integriti memberi maksud integriti sebagai perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna berteraskan nilai murni seperti jujur,benar,amanah,tertanggungjawabkan,telus,cekap dan bijaksana.

Kamus Dewan Edisi Keempat pula memberi definisi integriti kejujuran ,keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan , ketulusan

Manakala The Oxford English of Dictionary menyatakan ‘’Integrity mean wholeness,entireness,completeness,chastity and purity’’[2]

Dalam Pelan Integriti Nasional (2004) pula memberi takrifan erti integriti individu sebagai berikut:-

’keselarasan dengan apa yang diperkatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya,keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral,etika dan undang-undang serta antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. [3]

Berani membela kebenaran

Intelektual muda yang punya integriti mempunyai keberanian yang luar biasa dalam membela kebenaran.Tiada ketakutan dan sifat bacul dalam dirinya dalam menyuarakan kebenaran. Segala kepalsuan,pembohongan,penyelewengan,kerosakan dan kemungkaran akan dilawan sedaya upaya sehingga kebenaran itu tetap terzahir .Keberanian para intelektual muda ini bukanlah keberanian kosong dan sia-sia bahkan ia merupakan keberanian yang terlahir hasil keyakinan terhadap prinsip kebenaran itu sendiri.

Prof Dr Deliar Noer dalam bukunya Partisipasi Dalam Pembangunan pernah mengupas apa yang dikatakan oleh bekas wakil Presiden Indonesia ,Mohammad Hatta,

’’titik berat pendidikan di perguruan tinggi terletak pada pembentukan karakter,watak.Pangkal segala pendidikan karakter ialah cinta akan kebenaran dan bererti mengatakan salah dalam menghadapi sesuatu yang tidak benar.Pendidikan ilmiah pada perguruan tinggi dapat melaksanakan pembentukan karakter itu kerana…ilmu ujudnya mencari kebenaran dan membela kebenaran.’’[4]

Demikianlah watak intelektual muda yang berintegriti sang pencinta kebenaran yang berani melawan kepalsuan dan yang dengan ilmu yang dimilikinya dia sentiasa berusaha mencari dan membela kebenaran.

Keinsafan tentang tanggungjawab sosial

Intelektual muda perlu insaf bahawa ilmu yang diraihnya bukan sekadar untuk manfaat dirinya seorang sahaja.Sikap individualistik tidak sewajarnya wujud dalam diri seorang intelektual.Ilmu yang ada perlu dikongsi bersama dan upaya intelektual tersebut perlu dilakukan secara kolektif atau berjamaah.

Selain itu juga intelektual muda yang berintegriti perlu memperjuangkan hak dan aspirasi rakyat dan masyarakat sekeliling.Segala rintihan dan luahan hati rakyat perlu diambil kira oleh intelektual muda dalam gerak kerja intelek mereka dan bukan hanya hanyut dengan teori-teori dan idea-idea yang tidak ‘merakyat’- ‘mengakar’-‘merimbun’ meminjam istilah yang sering diungkapkan oleh Dato Dr Siddiq Fadzil.

Persoalan tanggungjawab ini pernah dikupas oleh Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam tulisannya Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam tatkala memberikan takrifan tentang insan yang baik iaitu:

‘’Insan yang baik itu ialah insan yang berilmu luhur,yang insaf akan tanggungjawab dirinya kepada tuhannya yang Hak,insan yang memahami serta menyelenggarakan penunaian tanggungjawabnya terhadap dirinya dan diri-diri lain dalam masyarakatnya,insan yang dalam serba-serbi tingkah lakunya sentiasa mengasuh dirinya menuju kearah kesempurnaan sebagai insan adabi[5].

Inklusif bukan esklusif

Intelektual muda yang berintegriti tidak akan bersifat esklusif dan bertindak lagak golongan elit.Dekat di hati masyarakat dan mudah diterima rakyat keseluruhannya.Demikianlah yang boleh digambarkan watak intelektual muda yang inklusif.Tidak wujud jurang atau tembok pemisah yang ketara antara intelektual muda dan masyarakatnya bahkan intelektual muda itu dengan kesedaran bahawa mereka juga sebahagian daripada masyarakat sedaya upaya cuba menganalisis masalah yang menimpa masyarakatnya lantas cuba menyelesaikan permasalahan tersebut .Profesor Syed Hussein AlAtas(Allahyarham) dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun mengungkapkan bahawa :-

‘’Kaum intelektual yang harus menjelaskan masalah masyarakat dan mencuba menyelesaikannya.Selain itu,kaum intelektual menghasilkan idea-idea dan menyebarluaskannya kepada anggota masyarakat lainnya.’’[6]

Idea-idea dan pemikiran intelektual muda tidak seharusnya hanya berlegar sekitar kelompok mereka sahaja dan segala perbahasan dan perdebatan intelek mereka tidak sewajarnya terlalu ‘melangit’ tinggi dan tidak berpijak di bumi yang nyata atau sekadar mengungkapkan idea dan pemikiran yang tidak ‘membumi’.Bahasa dalam mengungkapkan daya fikir intelek mereka juga perlulah difahami atau menggunakan bahasa yang mudah tetapi sarat dengan falsafah dan penuh dengan idea bernas.

Memelihara amanah keilmuan

Amanah keilmuan merupakan amanah yang cukup besar dan perlu dipikul oleh para ilmuwan.Intelektual muda yang berintegriti perlu sentiasa memastikan amanah keilmuan ini terus dipelihara.Menuntut ilmu yang benar,menyampaikan dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat ,menyanggah ilmu palsu dan batil misalnya merupakan amanah keilmuan yang akan dipertanggungjawabkan kelak.

Anwar Ibrahim dalam bukunya Gelombang Kebangkitan Asia mengungkapkan tentang peranan para guru,sarjana dan cendekiawan seperti berikut ;-

‘’Peranan para guru,sarjana dan cendekiawan perlu meniupkan semula semangat cintakan ilmu,mengajak masyarakat kembali menikmati ladhdha al-ma’rifa,merasakan keseronokan bertemu dan menerokai pemikiran besar dan renungan pemikiran agung.’’[7]

Usaha berterusan untuk menyuntik semangat cintakan ilmu dan kebenaran dalam diri setiap individu perlu digerakkan dan inilah amanah keilmuan bagi setiap intelektual muda. Benar seperti yang pernah dikatakan oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali,

’’melakukan jihad ilmu pengetahuan dalam pertempuran untuk memajukan umat ini adalah suatu kewajiban yang tidak dapat ditangguh.Jika kita gagal dalam hal ini,kita akan menerima kesannya yang sangat pedih[8]

Bebas dan bersikap terbuka

Intelektual muda yang berintegriti bebas dan bersikap terbuka dalam kegiatan intelek mereka.Dalam memperkatakan soal kebenaran,memihak kepada kebenaran menjadi keutamaan para intelektual muda dan bukan hanya sekadar memihak kepada kelompok,parti,puak,mazhab atau aliran-aliran tertentu.

Kita tidak mahu melahirkan satu generasi ilmuwan yang diungkapkan oleh Dato Dr Siddiq Fadzil sebagai ‘’ generasi ilmuwan yang mewah dengan kebendaan tetapi kehilangan kebebasan lalu muflis pemikiran’’[9]

Kebebasan dalam membicarakan soal kebenaran menjadi aset penting para intelektual muda bagi mengelakkan mereka daripada menjadi kuda tunggangan dan boneka mana-mana pihak yang ingin mempergunakan keilmuan mereka demi mencapai agenda peribadi mereka.

Intelektual muda yang berintegriti juga perlu sentiasa bersikap terbuka misalnya bersikap terbuka menerima kritikan orang lain,bersikap terbuka menyampaikan ilmu kepada mana-mana pihak ,bersikap terbuka mendengar dan memanfaatkan ilmu orang lain atau bersikap terbuka dengan khazanah ilmu agama,bangsa atau tamadun-tamadun lain.Sikap terbuka ini mampu membuka ruang kepada para intelektual muda untuk mencari kebenaran dan meraih ilmu yang benar.

Menghormati keahlian dan authoriti ilmuwan lain

Terdapat kecenderungan di kalangan segelintir intelektual muda masa kini untuk menafikan kewibawaan ilmuwan lain yang tidak sependapat dengan pemikiran mereka dan akhirnya menjurus mereka untuk tidak menghormati keahlian dan authoriti ilmuwan lain.

Keegoan dalam diri mereka ,sikap taksub dan terlampau mendewa-dewakan tokoh-tokoh tertentu menyebabkan mereka sukar untuk menerima pandangan dan pemikiran ilmuwan lain walaupun jelas ilmuwan tersebut lebih pakar dalam bidang pengkhususan ilmu masing-masing.

Dalam hal ini tokoh pemikir,Dr Muhammad ‘Imarah pernah mengungkapkan seperti berikut,:-

‘’Islam sebagai satu agama telah memberi panduan kepada kita bahawa untuk mengetahui kebenaran(al-haq),kita hendaklah berpegang pada keahlian seseorang itu dalam ilmu yang dimilikinya.Jadi ,kita tidak boleh merujuk kepada orang yang telah tergelincir daripada kebenaran kerana perbuatan tersebut mengaibkan Islam’’[10]

Oleh kerana itu seorang intelektual muda yang berintegriti perlu sentiasa menghormati keahlian dan authoriti ataupun hormat kritis terhadap para ilmuwan lain.

Mengamalkan ilmu yang dimiliki

Intelektual muda yang berintegriti akan sentiasa mengamalkan ilmu yang dimilikinya tanpa mengira sebanyak mana ilmu yang telah diperolehinya.Tanpa pengamalan terhadap ilmu,pincang tahap keintelektualan mereka dan mereka hanyalah insan yang terpukau dan khayal dengan teori-teori ,konsep-konsep,idea dan gagasan yang muluk-muluk sahaja.

Barangkali peringatan Prof Dr.Mohd.Kamal Hassan di bawah ini perlu menjadi renungan buat para intelektual muda:-

‘’Intellectual knowledge or rational understanding alone,however is inadequate.The knowledge should be translated into action and a pattern of excellent behaviour for others to emulate’’[11]

Akhlak dan peribadi para intelektual muda yang tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki mereka pasti lebih teruk daripada mereka yang tidak berilmu lantas inilah yang akan membawa kepada kerosakan dan malapetaka yang dahsyat dalam masyarakat akibat pengkhianatan para ilmuwan dan intelektual yang tidak mengamalkan ilmu yang mereka perolehi.

Penutup

Integriti intelektual muda perlu terus diperkasakan.Hanya dengan memiliki integriti,intelektual muda mampu memainkan peranan bermakna dalam menggerakkan perubahan dalam masyarakat dan memimpin misi pencerahan dan pencerdasan ummat.Semoga intelektual muda terus memantapkan kualiti keilmuan mereka dengan integriti.

Rujukan

1) Anuar bin Haji Ahmad ,’Integriti Dalam Pembinaan Jatidiri’’(Kertas kerja Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan pada 8 Ogos 2009 anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia(IIM)

2) Anwar Ibrahim, Gelombang Kebangkitan Asia,Cetakan Pertama 1997,Dewan Bahasa dan Pustaka

3) Dari Akar Hingga Buahnya,Cetakan Kedua 2007 Institut Integriti Malaysia

4) Himpunan kertas kerja Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam,Cetakan Pertama 2002,Dewan Bahasa dan Pustaka

5 )Mohd.Kamal Hassan ,Moral and Ethical Issues In Human Resource Development:Old Problems and New Challenges,IKD Monograph Series-Institut Kajian Dasar (IKD))

6) Muhammad ‘Imarah, Anugerah Islam Untuk Ketamadunan terjemahan Dr Muhammad Nur Manuty-cetakan kedua 2007-Terengganu Development Institute-Centre For Studies In Modernity and Civil Society(CESMACS)

7) Muhammad Al-Ghazali,Warisan Pemikiran Islam Menurut Syara’ Dan Akal,penterjemah Nur Hadi Ihsan cetakan 2009-Crescent News(K.L.)Sdn Bhd

8) Syed Hussein AlAtas, Intelektual Masyarakat Membangun,Cetakan Kedua 2009,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur


[1] Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Intelek Muda anjuran Akademi Sains Islam Malaysia(ASASI) pada 10 Oktober 2009 (Sabtu) bertempat di Perpustakaan Daerah Hulu Langat,Selangor Darul Ehsan

[2] Rujuk kertas kerja Anuar bin Haji Ahmad ,’Integriti Dalam Pembinaan Jatidiri’’(Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan pada 8 Ogos 2009 anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia(IIM)

[3] Pelan Integriti Nasional merupakan cetusan idea Perdana Menteri Malaysia Kelima,Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang berteraskan prinsip dan falsafah Rukun Negara dan cabaran Wawasan 2020 dan ia dilancarkan pada tahun 2004

[4] Prof Dr Deliar Noer ,Partisipasi dalam pembangunan Cetakan Pertama 1977,Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) ms 85

[5] Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas ,Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam-,Himpunan Kertas Kerja Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam,Cetakan Pertama 2002,Dewan Bahasa dan Pustaka

[6] Syed Hussein AlAtas, Intelektual Masyarakat Membangun ,Cetakan Kedua 2009,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur,ms 11

[7] Anwar Ibrahim,Gelombang Kebangkitan Asia,Cetakan Pertama 1997,Dewan Bahasa dan Pustaka

[8] Muhammad Al-Ghazali,Warisan pemikiran Islam menurut syara’ dan akal,penterjemah Nur Hadi Ihsan Cetakan 2009,Crescent News(K.L.)Sdn Bhd

[9] Siddiq Fadzil,,Minda Muslim:ketegaran dan keluwesannya, Himpunan Kertas Kerja Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam,Cetakan Pertama 2002,Dewan Bahasa dan Pustaka

[10] Dr Muhammad ‘Imarah-,Anugerah Islam Untuk Ketamadunan ,terjemahan Dr Muhammad Nur Manuty,Cetakan Kedua 2007,Terengganu Development Institute-Centre For Studies In Modernity and Civil Society(CESMACS)

[11] Prof Dr.Mohd.Kamal Hassan , Moral and Ethical Issues In Human Resource Development:Old Problems and New Challenges,IKD Monograph Series

Sunday, September 13, 2009

Mahasiswa ,budaya ilmu dan perjuangan pendidikan

(Dibentangkan pada Konvensyen Transformasi Malaysia 13 September 2009
anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia(PKPIM-GAMIS-KARISMA-DEMA-KAMI)



Mahasiswa ,budaya ilmu dan perjuangan pendidikan


Pendahuluan

Isu-isu pendidikan merupakan sebahagian daripada perjuangan kelompok anak muda terutamanya mahasiswa.Ia tidak sewajarnya diserahkan semata-mata kepada penggubal dasar pendidikan semata-mata tanpa mendengar suara dan memahami aspirasi anak muda dalam perjuangan pendidikan ini.Dasar pendidikan yang digubal tanpa mengambil kira pandangan anak muda pasti pincang dan akan gagal direalisasikan walau secantik dan sehebat mana dasar pendidikan tersebut.

Membangun sambil meroboh?

Generasi muda yang kuat ialah generasi muda yang sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu.Dengan budaya ilmu inilah mereka mampu menjadi pencetus sesuatu gagasan, seterusnya memimpin dan menangani perubahan .Sesuatu tamadun itu tidak mampu tertegak tanpa kekuatan budaya ilmu dan pastinya yang dituntut dan menjadi tonggak utama sesuatu tamadun itu ialah kekuatan budaya ilmu di kalangan generasi mudanya.

Dalam keghairahan kita menyambut ulang tahun ke 52 kemerdekaan negara Malaysia,jangan sampai kita mengabaikan aspek pembudayaan ilmu di kalangan generasi muda Malaysia.Amat malang bagi masa depan negara tercinta,Malaysia seandainya kita hanya sibuk membangunkan aspek fizikal dan material semata-mata bahkan berbangga-bangga dengan segala pencapaian lalu dan pada masa yang sama lupa untuk membangunkan generasi muda kini.

Allahyarham Mohamad Natsir (Tokoh negarawan,pemikir,pendakwah dari Indonesia) seringkali mengingatkan supaya ‘jangan sambil membangun kita robohkan” – membangun gedung sambil merobohkan akhlak, membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana sambil memusnahkan lingkungan.

Persoalannya,apakah kita sudah membangunkan generasi muda Malaysia dengan kekuatan budaya ilmu ataupun turut sama menyumbang kepada usaha merobohkan generasi muda Malaysia?

Budaya ilmu VS budaya peperiksaan

Sistem pendidikan negara kita telah dikritik oleh beberapa tokoh akademik dan pakar pendidikan dan pastinya kritikan tersebut merupakan hasil renungan,kajian dan penyelidikan mereka dan ia merupakan kritikan membina demi memperkasakan lagi sistem pendidikan negara kita.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa kini.

Menurut beliau,

’’ Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh,hafalan dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan.

Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya generasi muda. Budaya ilmu perlu diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan,mengejar sijil,diploma atau ijazah, atau memperoleh gred,markah, ‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.

Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran atau budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan.

Allahyarham Syeikh Muhammad Al-Ghazali pernah mengungkapkan ‘Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya tidak mahu lagi berfikir’.

Para pelajar juga perlu lebih berdikari,berani berfikir dan menyuarakan pandangan peribadi disamping memiliki kriteria budaya ilmu seperti cinta ilmu dan ilmuwan,memiliki tabiat membaca,menulis,berdiskusi,menyelidik dan sebagainya.

Realiti kampus universiti masa kini

Kita pastinya tidak mahu mahasiswa di kampus-kampus universiti dihanyutkan dengan budaya hedonisme ,menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan mahasiswa sebagai penuntut ilmu apatah lagi mahasiswa merupakan aset penting dan barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti.

Melihat realiti yang berlaku di kampus universiti sekarang,mahasiswa lebih banyak tertumpu kepada program-program berbentuk hiburan,kebudayaan dan sukan semata-mata.Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pihak kolej kediaman universiti..Malang bagi mahasiswa pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat mahasiswa dan pihak atasan universiti dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa.

Benar seperti yang pernah diperkatakan oleh

Profesor Dato Ir Dr.Zaini Ujang(Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia) dalam siri syarahan perdana Naib Canselor,Universiti-Kreativiti-Inovasi,’’

Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana,diskusi,’kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting .Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus masa

Pihak universiti terutamanya melalui kolej-kolej kediaman perlu memikirkan usaha pemupukan budaya ilmu,upaya menyegarkan intelektualisme,spiritualisme,aktivisme dan ,idealisme dikalangan mahasiswa.Kolej-kolej kediaman perlu menyemarakkan program-program ilmiah seperti forum,wacana, debat,diskusi buku dengan penampilan para ilmuwan dan cendekiawan dengan melibatkan penyertaan bersama mahasiswa dan sokongan padu pihak kolej kediaman dan pihak atasan universiti.

Memperkasa tradisi intelektual anak muda

Jika direnung kembali sejarah perjuangan mahasiswa terutamanya tatkala era akhir 60 an dan awal 70 an yang dikatakan era kegemilangan mahasiswa,kita akan mendapati bahawa era tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan siri-siri demonstrasi semata-mata bahkan juga dipenuhi dengan siri-siri diskusi intelektual kelompok kecil atau usrah samada antara sesama mahasiswa ataupun antara mahasiswa dan para pensyarah sebagai mentor atau naqib usrah tersebut.

Pelbagai buku daripada pelbagai bidang yang ditulis oleh tokoh-tokoh terkemuka telah dikupas dan diperdebatkan dalam usrah mereka dan hasil usrah tersebutlah yang telah membentuk pemikiran,fikrah,dan pandangan sarwa-alam@worldview mahasiswa ketika itu seterusnya mendorong mereka untuk terus istiqamah berjuang di lapangan umat.

Membaca karya-karya besar pastinya mampu membentuk mahasiswa yang berjiwa besar.Oleh kerana itu,mahasiswa kini perlu menyedari kepentingan membaca buku atau karya besar yang ditulis oleh tokoh-tokoh atau pakar –pakar yang meliputi pelbagai cabang ilmu pengetahuan.

Budaya membaca karya-karya besar itu pula perlu seiring dengan budaya diskusi,berdebat,berbincang ,bertukar-tukar pandangan dan idea dan semua ini mampu dilakukan melalui kelompok kecil atau usrah mahasiswa yang sistematik.

Melalui penjadualan pembentang di kalangan mahasiswa itu sendiri dan juga senarai buku-buku yang akan dikupas sepanjang usrah tersebut akan lebih memantapkan lagi persiapan dan perjalanan usrah itu nanti.

Sebelum berlangsungnya usrah tersebut,seseorang itu perlulah membuat persiapan daripada aspek keintelektualan dengan pembacaan buku-buku dan membuat catatan terlebih dahulu agar pembincangan dalam usrah itu nanti lebih rancak dengan sesi ‘pertarungan’ idea dan pemikiran.

Mahasiswa yang aktif menyertai usrah kelompok kecil ini nanti akhirnya pasti akan lahir dalam diri mereka sifat berani dalam mengemukakan pandangan dan berhujah,membentuk budaya berfikir,pemikiran kritis dan sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu dan keintelektualan.

Semoga kampus universiti sentiasa segar dengan mahasiswanya yang mengjunjung tinggi budaya ilmu dan keintelektualan.

Melawan krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu

Usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa penghantar ilmu dan pendidikan di peringkat tinggi bagi semua bidang ,bahasa sains dan teknologi , bahasa pemikiran serta bahasa tamadun sudah lama diperjuangkan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.

Perjuangan mereka seringkali dipandang sinis oleh golongan yang mengalami krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu,yang dijajah pemikiran mereka oleh ‘penjajahan bahasa’ akibat terpukau dengan kaca yang disangka emas belian lantas bersikap seperti kacang melupakan kulit dengan terlalu memuja dan mendewa-dewakan bahasa asing sehingga sanggup memperlekeh dan menghina bahasa ibunda sendiri.

Padahal pejuang-pejuang Bahasa Melayu yang lantang bersuara mempertahankan bahasa melayu itu sama sekali tidak pernah menafikan kepentingan menguasai bahasa asing bahkan menyeru semua pihak menguasai sebaik mungkin bahasa-bahasa dunia.

Cuma yang menjadi harapan para pejuang Bahasa Melayu ialah dalam keghairahan kita menguasai bahasa asing dan atas alasan pembangunan,kemajuan dan era globalisasi, jangan sesekali kita mengabaikan dan menyingkirkan bahasa melayu.

Tidak ada bangsa yang besar di dunia yang maju dengan menyingkirkan bahasanya sendiri!!!

Inilah antara prinsip yang selamanya akan dipegang oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.

Tatkala wujud golongan yang meragui dan cuba memandang rendah keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu , wujud juga rakyat Negara asing daripada beberapa buah Negara seperti Rusia,China,Yaman,Uzbekistan dan Iran yang berusaha keras mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu bahkan mampu bertutur dengan fasih dalam Bahasa Melayu lebih baik daripada rakyat Malaysia sendiri walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Negara Malaysia!!!

Ini merupakan tamparan hebat kepada mereka yang mengaku dan mendakwa sebagai rakyat Malaysia tetapi pada masa yang sama tidak berusaha untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu bahkan yang lebih menyedihkan lagi mereka sendiri memperlekeh segala usaha yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.

Kepada rakyat Malaysia yang mengalami krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu ini kita nasihatkan supaya menyelami keindahan sastera dan kesenian Bahasa Melayu terutamanya melalui kajian terhadap puisi,sajak,peribahasa,gurindam,pantun dan lain-lain lagi dan cuba bertutur dalam Bahasa Melayu baku bukannya bahasa rojak yang mencemarkan keindahan bahasa melayu dan boleh juga mempelajari Bahasa Melayu yang betul daripada rakyat asing yang mempelajari Bahasa Melayu!!!

Semoga rakyat Malaysia terus yakin dengan perjuangan mengangkat martabat Bahasa Melayu,bahasa rasmi ,bahasa kebangsaan,dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia!!!

Penutup

Generasi muda perlu terus memperkasakan dan memberi penekanan kepada perjuangan pendidikan.Hanya dengan pendidikan ,perubahan yang diimpikan itu mampu direalisasikan.Tradisi ilmu dan keintelektualan perlu terus diperjuangkan dan segala usaha anti ilmu dan proses pembodohan perlu ditentang dan dilawan.Biar kelihatan lambat dan memakan masa yang panjang namun perjuangan pendidikan pasti akan melahirkan perubahan kelak.

Sunday, July 26, 2009

Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Al-Helmi


Konsert OPICK-Nazrey Johani di UIAM Gombak


Seminar Tajdid Generasi Dan Gerakan Dakwah : Menangani Kemelut Sosio-Politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah Ruhaniah.

Seminar Tajdid Generasi Dan Gerakan Dakwah : Menangani Kemelut Sosio-Politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah Ruhaniah.
http://www.abim.org.my/muktamar/seminar-tajdid.html

Sesi 1 : Cabaran Globalisasi dan Sekularisme: PanduanTradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah

1. Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Timb. Ketua Pengarah Eksekutif International Institute Of Advance Islamic Studies (IAIS)
2. Dr. Khalif Muammar, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA - UKM)
3. Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sesi 2 : Membina Asas Keruhanian Umat dalam Mendepani Cabaran Dunia Moden

1. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam, Ahli Majlis Syura ABIM Kedah
2. Al-Fadhil Ustaz (Dr.) Uthman El Muhammady, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC - UIAM)

Sesi 3 : Islam dan Pembinaan Negara Bangsa : Di Manakah Kita?

1. YB Datuk Ir Hj Idris Hj Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu Melaka
2. YB Salahuddin Hj. Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian

3. Dr. Mohd. Nor Nawawi, Dekan Pusat Pengajian Siswazah,Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Jumlah pengunjung

web statistics