Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Sunday, September 13, 2009

Mahasiswa ,budaya ilmu dan perjuangan pendidikan

(Dibentangkan pada Konvensyen Transformasi Malaysia 13 September 2009
anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia(PKPIM-GAMIS-KARISMA-DEMA-KAMI)



Mahasiswa ,budaya ilmu dan perjuangan pendidikan


Pendahuluan

Isu-isu pendidikan merupakan sebahagian daripada perjuangan kelompok anak muda terutamanya mahasiswa.Ia tidak sewajarnya diserahkan semata-mata kepada penggubal dasar pendidikan semata-mata tanpa mendengar suara dan memahami aspirasi anak muda dalam perjuangan pendidikan ini.Dasar pendidikan yang digubal tanpa mengambil kira pandangan anak muda pasti pincang dan akan gagal direalisasikan walau secantik dan sehebat mana dasar pendidikan tersebut.

Membangun sambil meroboh?

Generasi muda yang kuat ialah generasi muda yang sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu.Dengan budaya ilmu inilah mereka mampu menjadi pencetus sesuatu gagasan, seterusnya memimpin dan menangani perubahan .Sesuatu tamadun itu tidak mampu tertegak tanpa kekuatan budaya ilmu dan pastinya yang dituntut dan menjadi tonggak utama sesuatu tamadun itu ialah kekuatan budaya ilmu di kalangan generasi mudanya.

Dalam keghairahan kita menyambut ulang tahun ke 52 kemerdekaan negara Malaysia,jangan sampai kita mengabaikan aspek pembudayaan ilmu di kalangan generasi muda Malaysia.Amat malang bagi masa depan negara tercinta,Malaysia seandainya kita hanya sibuk membangunkan aspek fizikal dan material semata-mata bahkan berbangga-bangga dengan segala pencapaian lalu dan pada masa yang sama lupa untuk membangunkan generasi muda kini.

Allahyarham Mohamad Natsir (Tokoh negarawan,pemikir,pendakwah dari Indonesia) seringkali mengingatkan supaya ‘jangan sambil membangun kita robohkan” – membangun gedung sambil merobohkan akhlak, membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana sambil memusnahkan lingkungan.

Persoalannya,apakah kita sudah membangunkan generasi muda Malaysia dengan kekuatan budaya ilmu ataupun turut sama menyumbang kepada usaha merobohkan generasi muda Malaysia?

Budaya ilmu VS budaya peperiksaan

Sistem pendidikan negara kita telah dikritik oleh beberapa tokoh akademik dan pakar pendidikan dan pastinya kritikan tersebut merupakan hasil renungan,kajian dan penyelidikan mereka dan ia merupakan kritikan membina demi memperkasakan lagi sistem pendidikan negara kita.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa kini.

Menurut beliau,

’’ Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh,hafalan dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan.

Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya generasi muda. Budaya ilmu perlu diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan,mengejar sijil,diploma atau ijazah, atau memperoleh gred,markah, ‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.

Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran atau budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan.

Allahyarham Syeikh Muhammad Al-Ghazali pernah mengungkapkan ‘Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya tidak mahu lagi berfikir’.

Para pelajar juga perlu lebih berdikari,berani berfikir dan menyuarakan pandangan peribadi disamping memiliki kriteria budaya ilmu seperti cinta ilmu dan ilmuwan,memiliki tabiat membaca,menulis,berdiskusi,menyelidik dan sebagainya.

Realiti kampus universiti masa kini

Kita pastinya tidak mahu mahasiswa di kampus-kampus universiti dihanyutkan dengan budaya hedonisme ,menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan mahasiswa sebagai penuntut ilmu apatah lagi mahasiswa merupakan aset penting dan barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti.

Melihat realiti yang berlaku di kampus universiti sekarang,mahasiswa lebih banyak tertumpu kepada program-program berbentuk hiburan,kebudayaan dan sukan semata-mata.Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pihak kolej kediaman universiti..Malang bagi mahasiswa pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat mahasiswa dan pihak atasan universiti dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa.

Benar seperti yang pernah diperkatakan oleh

Profesor Dato Ir Dr.Zaini Ujang(Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia) dalam siri syarahan perdana Naib Canselor,Universiti-Kreativiti-Inovasi,’’

Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana,diskusi,’kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting .Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus masa –

Pihak universiti terutamanya melalui kolej-kolej kediaman perlu memikirkan usaha pemupukan budaya ilmu,upaya menyegarkan intelektualisme,spiritualisme,aktivisme dan ,idealisme dikalangan mahasiswa.Kolej-kolej kediaman perlu menyemarakkan program-program ilmiah seperti forum,wacana, debat,diskusi buku dengan penampilan para ilmuwan dan cendekiawan dengan melibatkan penyertaan bersama mahasiswa dan sokongan padu pihak kolej kediaman dan pihak atasan universiti.

Memperkasa tradisi intelektual anak muda

Jika direnung kembali sejarah perjuangan mahasiswa terutamanya tatkala era akhir 60 an dan awal 70 an yang dikatakan era kegemilangan mahasiswa,kita akan mendapati bahawa era tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan siri-siri demonstrasi semata-mata bahkan juga dipenuhi dengan siri-siri diskusi intelektual kelompok kecil atau usrah samada antara sesama mahasiswa ataupun antara mahasiswa dan para pensyarah sebagai mentor atau naqib usrah tersebut.

Pelbagai buku daripada pelbagai bidang yang ditulis oleh tokoh-tokoh terkemuka telah dikupas dan diperdebatkan dalam usrah mereka dan hasil usrah tersebutlah yang telah membentuk pemikiran,fikrah,dan pandangan sarwa-alam@worldview mahasiswa ketika itu seterusnya mendorong mereka untuk terus istiqamah berjuang di lapangan umat.

Membaca karya-karya besar pastinya mampu membentuk mahasiswa yang berjiwa besar.Oleh kerana itu,mahasiswa kini perlu menyedari kepentingan membaca buku atau karya besar yang ditulis oleh tokoh-tokoh atau pakar –pakar yang meliputi pelbagai cabang ilmu pengetahuan.

Budaya membaca karya-karya besar itu pula perlu seiring dengan budaya diskusi,berdebat,berbincang ,bertukar-tukar pandangan dan idea dan semua ini mampu dilakukan melalui kelompok kecil atau usrah mahasiswa yang sistematik.

Melalui penjadualan pembentang di kalangan mahasiswa itu sendiri dan juga senarai buku-buku yang akan dikupas sepanjang usrah tersebut akan lebih memantapkan lagi persiapan dan perjalanan usrah itu nanti.

Sebelum berlangsungnya usrah tersebut,seseorang itu perlulah membuat persiapan daripada aspek keintelektualan dengan pembacaan buku-buku dan membuat catatan terlebih dahulu agar pembincangan dalam usrah itu nanti lebih rancak dengan sesi ‘pertarungan’ idea dan pemikiran.

Mahasiswa yang aktif menyertai usrah kelompok kecil ini nanti akhirnya pasti akan lahir dalam diri mereka sifat berani dalam mengemukakan pandangan dan berhujah,membentuk budaya berfikir,pemikiran kritis dan sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu dan keintelektualan.

Semoga kampus universiti sentiasa segar dengan mahasiswanya yang mengjunjung tinggi budaya ilmu dan keintelektualan.

Melawan krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu

Usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa penghantar ilmu dan pendidikan di peringkat tinggi bagi semua bidang ,bahasa sains dan teknologi , bahasa pemikiran serta bahasa tamadun sudah lama diperjuangkan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.

Perjuangan mereka seringkali dipandang sinis oleh golongan yang mengalami krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu,yang dijajah pemikiran mereka oleh ‘penjajahan bahasa’ akibat terpukau dengan kaca yang disangka emas belian lantas bersikap seperti kacang melupakan kulit dengan terlalu memuja dan mendewa-dewakan bahasa asing sehingga sanggup memperlekeh dan menghina bahasa ibunda sendiri.

Padahal pejuang-pejuang Bahasa Melayu yang lantang bersuara mempertahankan bahasa melayu itu sama sekali tidak pernah menafikan kepentingan menguasai bahasa asing bahkan menyeru semua pihak menguasai sebaik mungkin bahasa-bahasa dunia.

Cuma yang menjadi harapan para pejuang Bahasa Melayu ialah dalam keghairahan kita menguasai bahasa asing dan atas alasan pembangunan,kemajuan dan era globalisasi, jangan sesekali kita mengabaikan dan menyingkirkan bahasa melayu.

Tidak ada bangsa yang besar di dunia yang maju dengan menyingkirkan bahasanya sendiri!!!

Inilah antara prinsip yang selamanya akan dipegang oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.

Tatkala wujud golongan yang meragui dan cuba memandang rendah keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu , wujud juga rakyat Negara asing daripada beberapa buah Negara seperti Rusia,China,Yaman,Uzbekistan dan Iran yang berusaha keras mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu bahkan mampu bertutur dengan fasih dalam Bahasa Melayu lebih baik daripada rakyat Malaysia sendiri walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Negara Malaysia!!!

Ini merupakan tamparan hebat kepada mereka yang mengaku dan mendakwa sebagai rakyat Malaysia tetapi pada masa yang sama tidak berusaha untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu bahkan yang lebih menyedihkan lagi mereka sendiri memperlekeh segala usaha yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.

Kepada rakyat Malaysia yang mengalami krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu ini kita nasihatkan supaya menyelami keindahan sastera dan kesenian Bahasa Melayu terutamanya melalui kajian terhadap puisi,sajak,peribahasa,gurindam,pantun dan lain-lain lagi dan cuba bertutur dalam Bahasa Melayu baku bukannya bahasa rojak yang mencemarkan keindahan bahasa melayu dan boleh juga mempelajari Bahasa Melayu yang betul daripada rakyat asing yang mempelajari Bahasa Melayu!!!

Semoga rakyat Malaysia terus yakin dengan perjuangan mengangkat martabat Bahasa Melayu,bahasa rasmi ,bahasa kebangsaan,dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia!!!

Penutup

Generasi muda perlu terus memperkasakan dan memberi penekanan kepada perjuangan pendidikan.Hanya dengan pendidikan ,perubahan yang diimpikan itu mampu direalisasikan.Tradisi ilmu dan keintelektualan perlu terus diperjuangkan dan segala usaha anti ilmu dan proses pembodohan perlu ditentang dan dilawan.Biar kelihatan lambat dan memakan masa yang panjang namun perjuangan pendidikan pasti akan melahirkan perubahan kelak.

Sunday, July 26, 2009

Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Al-Helmi


Konsert OPICK-Nazrey Johani di UIAM Gombak


Seminar Tajdid Generasi Dan Gerakan Dakwah : Menangani Kemelut Sosio-Politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah Ruhaniah.

Seminar Tajdid Generasi Dan Gerakan Dakwah : Menangani Kemelut Sosio-Politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah Ruhaniah.
http://www.abim.org.my/muktamar/seminar-tajdid.html

Sesi 1 : Cabaran Globalisasi dan Sekularisme: PanduanTradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah

1. Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Timb. Ketua Pengarah Eksekutif International Institute Of Advance Islamic Studies (IAIS)
2. Dr. Khalif Muammar, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA - UKM)
3. Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sesi 2 : Membina Asas Keruhanian Umat dalam Mendepani Cabaran Dunia Moden

1. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam, Ahli Majlis Syura ABIM Kedah
2. Al-Fadhil Ustaz (Dr.) Uthman El Muhammady, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC - UIAM)

Sesi 3 : Islam dan Pembinaan Negara Bangsa : Di Manakah Kita?

1. YB Datuk Ir Hj Idris Hj Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu Melaka
2. YB Salahuddin Hj. Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian

3. Dr. Mohd. Nor Nawawi, Dekan Pusat Pengajian Siswazah,Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Monday, July 20, 2009

Islam in Russia:History and recent developments(Program IAIS)

Islam in Russia:History and Recent Developments.Demikianlah tajuk syarahan umum anjuran International Institue of Advanced Islamic Studies(IAIS) Malaysia pada 15 Julai 2009 yang lalu.IAIS ini terletak di Petaling Jaya (dalam Bangunan INTAN) berdekatan Universiti Malaya.

IAIS di bawah pimpinan Professor Mohammad Hashim Kamali dan Timbalannya ,Professor Datuk Dr Osman Bakar sering mengadakan syarahan umum berkaitan tajuk-tajuk yang menarik secara bulanan dan percuma.(makan-minum turut disediakan)

Pada kali ini,IAIS menampilkan seorang intelektual muda dari Russia,Ms. Elmira Akhmetova yang memiliki 2 ijazah Sarjana Muda(BA) dan 2 Ijazah Sarjana(MA).Beliau kini sedang menyiapkan disertasi PHD berkenaan Pan Islamism in Russia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dalam syarahan ini,beliau mengupas sejarah perkembangan Islam di Russia dan juga situasi terkini perkembangan Islam di Russia.Dari aspek politik,kini terdapat 2 orang menteri kabinet Russia yang beragama Islam walaupun disini tiada parti politik Islam.

Berlaku perkembangan Islam dengan cukup pesat dan ini boleh dilihat secara umum berdasarkan penambahan yang cukup ketara dalam binaan masjid-masjid baru yang didirikan sekitar Russia misalnya berdasarkan statistik yang dibentangkan oleh Ms Elmira ini ,pada tahun 1980 bilangan masjid di Russia ialah sebanyak 179 buah masjid dan manakala pada tahun 1998 pula ialah sebanyak 5500 buah masjid.Selain itu juga berlaku penambahan dalam jumlah imam-imam dan pakar-pakar agama Islam serta meningkatnya jumlah institusi pengajian islam.

Namun begitu umat Islam di Russi menghadapai cabaran yang cukup getir pasca 11 September 2001 apabila berlakunya Islamophobia, rasa benci terhadap Islam dan umatnya serta diskriminasi terhadap penganut agama Islam dan juga kempen anti Islam meningkat.

Peperangan yang berlaku di Chechen pada tahun 1994-1996 dan 1999-2000 telah membunuh banyak nyawa umat Islam yang tidak berdosa manakala tragedi Beslan 2004 (
http://en.wikipedia.org/wiki/Beslan_school_hostage_crisis) menambahkan luka pada umat Islam apabila umat Islam terus dilabel sebagai pendokong keganasan.

Kebebasan beragama merosot dan umat Islam semakin sukar untuk mendapatkan pekerjaan di Russia dan pihak kerajaan Russia juga telah mengharamkan pengedaran buku-buku berkenaan Islam seperti buku-buku tulisan tokoh mujaddid dari Turki ,Badiuzaman Said Nursi .Di samping itu juga kerajaan Russia bertindak mengharamkan organisasi,persatuan,dan gerakan seperti ‘wahhabi’,jemaah tabligh,Hizbut Tahrir dan sebagainya serta menangkap pimpinan-tokoh Islam yang dianggap mendokong keganasan.


Pengaruh Gereja Orthodox Russia juga cukup besar dalam mempengaruhi urusan pentadbiran kerajaan Russia.
Ms Elmira juga mendedahkan jumlah 100000 ‘skinhead’ yang ada di Russia pada tahun 2007 yang telah banyak membunuh orang bukan Russia termasuk umat Islam.

Masalah yang melanda umat Islam di Russia ini bertambah buruk dengan wujudnya pelbagai masalah dalaman umat Islam di Russia seperti kelemahan dalam kesatuan-perpaduan umat Islam dan krisis identiti sehingga umat Islam tidak merasai sebagai satu ummah.Berlaku juga konflik antara ulama rasmi -tak rasmi bahkan wujud 2 mufti di Russia . Di Russia juga hanya mazhab Hanafi sahaja diiktiraf .

Media umat Islam juga gagal untuk menjawab persoalan imej negatif yang dikaitkan dengan Islam yang selalu digambar kan dalam media massa Russia.
Islam di Russia ternyata semakin berkembang pesat namun begitu pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh umat Islam di sana.Sebaik sahaja selesai syarahan tersebut saya dan seorang sahabat ,Nuruddin bertemu dan bersembang seketika dengan Ms Elmira.Dia bersedia bila-bila masa untuk berkongsi pengalaman di Russia dengan kami nanti.

Kemudiaanya kami bertemu pula dengan tokoh pemikir dari Indonesia .Prof Dr Mulyadi Kartanegara yang kini mengajar di ISTAC dan sempat juga kami berbual dengan Profesor Datuk Dr Osman Bakar,Timbalan Ketua Pengarah IAIS ini.Beliau dan IAIS bersedia membawa dan menaja wacana intelektual sebegini di kampus Universiti Malaya dan berharap persatuan mahasiswa sendiri yang menjadi penganjurnya.

Wacana intelektual ini mencerahkan lagi pemikiran saya dalam menanggapi isu berkaitan umat Islam secara global dan tidak terbatas kepada permasalahan setempat semata-mata.Dan saya pastinya akan terus memberikan komitmen untuk hadir dalam siri-siri wacana intelektual anjuran IAIS akan datang.

Jemput semua yang berminat untuk hadir bersama-sama ke wacana sebegini demi menyegarkan pemahaman terhadap Islam dan menikmati pencerahan.

Tuesday, July 14, 2009

Ijtimak Tabligh Sedunia di Nilai

Saya berkesempatan menghadiri Ijtima Tabligh Sedunia yang diadakan di Nilai baru-baru ini.Saya tidak pernah mengikuti jemaah tabligh tetapi telah beberapa kali menjadi ‘mangsa’ ‘ceramah percuma’ daripada ahli jemaah tabligh samada di tepi-tepi jalan-di pintu bilik-di dalam bilik-di dalam masjid dan lain-lain.

Saya difahamkan Malaysia menjadi tuan rumah ijtimak ini setelah diberi penghormatan sebagai tuan rumah beberapa puluh tahun dahulu.

Saya tidak mendapat maklumat tentang ijtima’ ini sehinggalah mendengar ucapan perasmian MB Selangor dalam program Kongres Rejuvenasi Pendidikan- KO SPIN anjuran GAMIS di Shah Alam yang menyentuh sedikit perihal ijtima ini.

Bersama dua orang sahabat,Ali Hanafiah dan Aizuddin,kami menaiki kereta menuju ke Masjid KLIA di Sepang setelah menghadiri dua program iaitu KO SPIN tersebut dan kenduri kahwin seorang sahabat kepada Ali di Cheras.

Setibanya di Masjid KLIA kami melihat suasana tidak semeriah-tidak ramai orang dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir ke Masjid KLIA tersebut terutamanya kanak-kanak yang mengikuti satu kursus pada malam tersebut.

Rupa-rupanya ijtima tabligh ini diadakan di sebuah masjid di Nilai ,Negeri Sembilan!!-sempadan Selangor-Negeri Sembilan.

Lantas setelah solat isya di Masjid KLIA ,kami bergegas mencari masjid tempat berlangsungnya ijtimak tersebut dan setelah beberapa kali sesat(lagi menyesatkan?-sebuah kereta (ahli tabligh yang mahu mengikuti ijtima’)mengikuti kami di belakang..haha,akhirnya kami tiba di masjid tersebut.

Bas shuttle menuju ke masjid tersebut disediakan secara percuma jauh dari masjid tersebut untuk mengelakkan kesesakan di tempat meletak kereta di sekitar masjid.

Setibanya di sana kami ‘melahap’ makan malam yang disediakan percuma terlebih dahulu bagi mengisi perut kami yang kelaparan(dan mendengdangkan pelbagai lagu..?).Kami makan dalam talam secara berjemaah(bersama orang Bangladesh)sebagaimana lazimnya ahli jemaah tabligh dan berlaukkan daging lembu yang cukup sedap(sehingga menjilat jari-sunnah?).

Sebaik sahaja selesai makan malam kami segera ke ruang solat masjid dan disini kami melihat beratus-ratus manusia pelbagai warna kulit-raut wajah (orang Melayu-Bangladesh-Pakistan-China-dll) yang ‘terdampar’-‘bergelimpangan’.Terasa seperti suasana qiamulail pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.

Setelah bersembang pelbagai isu(isu ummat?),kami mengambil keputusan tidur awal memandangkan perlu bangkit pada awal pagi keesokan harinya.Malam pertama ijtima tabligh disudahi dengan zzzzzz......

Pada hari kedua ijtima tabligh,ratusan@ribuan jemaah memenuhi dewan solat untuk menunaikan solat subuh berjemaah dan kemudiaannya ada sedikit taklimat dari pihak penganjur dan persatuan penduduk tentang perjalanan ijtima pada hari ini.

Akhirnya saat yang dinanti tiba jua.Dari masjid ,saya bergerak bersama jemaah tabligh yang lain menuju ke tempat utama ijtima untuk menghadiri siri ceramah oleh jemputan utama.
Hati terasa bagaikan berada di Makkah-bermukim di Padang Arafah?bermalam di Mudzalifah?(macam la pernah tunaikan haji ...hehe)....

Dianggarkan lebih 200 ribu orang dari seluruh pelusuk dunia (majoriti yang hadir memakai pakaian serba putih )memenuhi padang(di bawah khemah-khemah)untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh tokoh-tokoh jemputan.Saya sempat mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang tokoh(tak tahu namanya..) dalam bahasa urdu (macam filem hindustan pula)dan diterjemahkan dalam beberapa bahasa seperti Bahasa Melayu,Bahasa Arab dan lain-lain(mengikut khemah masing-masing).

Dalam ceramah tersebut,penceramah banyak menekankan soal kepentingan iman dan amal,keluar di jalan Allah menyampaikan dakwah,dan beberapa contoh daripada sirah nabi .Ternyata usaha dakwah gerakan tabligh (dakwah lapangan) di seluruh dunia ini banyak membantu penyebaran Islam ke serata dunia.

Walaupun terdapat beberapa kritikan terhadap gerakan ini namun ia langsung tidak dapat menafikan sumbangan besar gerakan ini dalam menyampaikan mesej Islam kepada seluruh manusia.

Tabligh untuk semua.......Azam!!!

Monday, July 13, 2009

Mana Milik Kita???

Lirik ''Mana Milik Kita'-Nada Murni-Rabbani
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Mana milik kita
Tidak milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…

Sunday, June 28, 2009

Serving Humanity through Education

Serving Humanity through Education-Fethullah Gulen



Due to rapid developments in transportation and communication, the world has become a global village. Nations have become like nextdoor neighbors. However, we must remember that in a world like this, national existence can be ensured only by protecting the specific characteristics of each nation. In a unified mosaic of nations and countries, those that cannot protect their unique characteristics, "patterns," or "designs" will disappear.


As with all other nations, our essential characteristics are religion and language, history and the motherland. What Yahya Kemal, a famous Turkish poet and writer, expressed with great emotion in The Districts without a Call to Prayer, was that our culture and civilization had been brought from Islam and Central Asia and had been kneaded for centuries in Anatolia, Europe, and even Africa.


All people need one another. As mentioned above, we have more to give humanity than we have to take. Today, voluntary or nongovernmental organizations have established companies and foundations and are enthusiastically serving others in the name of Islam. The largescale acceptance of the educational institutions that have spread all over the world, despite the great financial difficulties that they have faced, and the fact that they are competing with, and frequently surpassing their Western peers in a very short period of time, should be proof that what we have said cannot be denied.


The Turkish people have accumulated many problems over the past few centuries. At the base of these problems lies our mistaken concentration on the exterior of Islam and the neglect of its inner pearl. Later on we began to imitate others and surmised that there was a conflict between Islam and positive science. We arrived at this conclusion despite the fact that the latter is no more than discoveries of Divine laws that manifest God's Attributes of Power and Will; it is nothing but a different expression of the Qur'an derived from God's Attribute of Speech. This neglect, in turn, led to despotism in knowledge, thought, and administration; a hopelessness that led to a disorder that encompassed all individuals and institutions; a confusion in our work; we no longer paid any attention to the division of labor.


In short, our three greatest enemies are ignorance, poverty, and an internal schism. Knowledge, workcapital, and unification can struggle against these. As ignorance is the most serious problem, it must be opposed with education, which always has been the most important way of serving our country. Now that we live in a global village, education is the best way to serve humanity and to establish a dialogue with other civilizations.


But above all else, education is a humane service; we were sent here to learn and be perfected through education. Bediüzzaman drew attention to possible solutions and the future by saying: "The old state of affairs is impossible. Either a new state or annihilation is needed." Saying that "controversial subjects should not be discussed with Christian spiritual leaders," he opened dialogues with members of other religions.


Like Mawlana Jalal al-Din al-Rumi, who said: "One of my feet is in the center and the other is in seventytwo realms (i.e. in the realm of all nations) like a compass," he drew a broad circle that encompassed all believers. Implying that the days of brute force were over, Bediüzzaman said: "Victory with civilized persons is won through persuasion," thus pointing out that dialogue, persuasion, and discussion based on evidence are essential for those of us who seek to serve religion. By saying that "in the future humanity will turn toward knowledge and science, and in the future reason and words will govern," he encouraged knowledge and dialogue. Finally, by putting aside politics and direct political involvement, he drew the basic lines of the truly religious and national service in this age and in the future.


In the light of such principles, I have encouraged people to serve the country in particular, and humanity in general, through education. I called on them to help the state educate and help people to develop by opening schools. Ignorance can be defeated through education, poverty through work and the possession of capital, and internal schism and separatism through unity, dialogue, and tolerance. As the solution of every problem in this life ultimately depends on human beings, education is the most effective vehicle, regardless of whether we have a paralyzed social and political system or we have one that operates like clockwork.


17 th Conference Of Commonwealth Education Ministers’


Saya berkesempatan menghadiri ‘17 th Conference Of Commonwealth Education Ministers’ yang berlangsung pada 15 hingga 19 Jun 2009 di Pusat Konvensen Kuala Lumpur@KLCC baru-baru ini.

Persidangan antarabangsa yang bertemakan ‘Education In The Commonwealth:Towards And Beyond Global Goals And Targets ‘ ini menyaksikan kehadiran yang memberangsangkan daripada delegasi beberapa buah negara komanwel khususnya negara dari benua Afrika.

Saya mendapat maklumat berkenaan program ini melalui akhbar dan internet dan pada hari kedua program berlangsung saya hadir dan mendaftar sebagai peserta ‘Teachers Forum’ (pendaftaran percuma termasuk kad bergambar,beg,cenderamata,buku ,pendrive 1 G,pen dan lain-lain)walaupun sebenarnya ingin mendaftar sebagai peserta ‘Youth Forum’.Persidangan ini membahagikan kepada 4 forum iaitu ‘Youth Forum,Teachers Forum,Vice Chancellors Forum dan Stakeholders Forum’.

Peserta ‘Youth Forum’ sebenarnya lebih awal memulakan program mereka iaitu dengan berkampung selama 5 hari di salah sebuah ‘homestay’ di Melaka.Agak rugi juga rasanya tidak dapat mengikuti program ‘homestay’ tersebut namun begitu walaupun mendaftar sebagai peserta ‘Teachers Forum’,saya turut berkesempatan mengikuti beberapa slot perbincangan dalam ‘Youth Forum’ yang kebanyakan pesertanya daripada negara benua afrika seperti Zambia,Tanzania,Ghana dan lain-lain lagi.

Dalam ‘Teachers Forum’ ini perbincangan banyak berkisar persoalan kualiti dan peranan guru dalam bidang pendidikan masa kini dan pelbagai kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar pendidikan dari pelbagai perwakilan negara komanwel .Manakala dalam ‘Youth Forum ‘pula banyak menekankan aspek kualiti dan persiapan para belia dan pembentangan bukan sahaja berbentuk pembentangan kertas kerja oleh beberapa perwakilan tetapi para peserta turut dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk membincangkan beberapa isu berkenaan belia dan kemudiaannya membentangkan hasil rumusan perbincangan dalam kumpulan kepada semua hadirin.Para peserta turut berpeluang berdialog bersama para Menteri Pendidikan negara komanwel .

Selain itu juga para peserta berpeluang mendengar taklimat tentang teknologi terkini dalam bidang pendidikan(pengajaran-pembelajaran) daripada pihak Micosoft(dengan membawa tema ‘partners in learning) juga secara percuma.Pihak Microsoft telah memperkenalkan teknologi baru yang bakal digunakan dalam bidang pendidikan pada masa akan datang.
Persidangan ini turut diisi dengan pameran pendidikan dari pelbagai agensi negara-negara komanwel.

Saya sempat memakai kaca mata 3 dimensi yang memperlihatkan teknologi terkini yang semakin canggih dan hanya mereka yang memakai kaca mata ini sahaja yang akan melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Sepanjang berlangsungnya persidangan ini saya mendapat pelbagai kertas kerja dan buku berkenaan pendidikan di negara komanwel secara percuma dan yang pastinya ia perlu dihadam dan dibaca .

Semoga kehadiran dalam persidangan antarabangsa berkenaan pendidikan ini menguatkan semangat saya untuk terus mendalami hal ehwal pendidikan.

Wednesday, June 10, 2009

Laporan Kursus Bahasa Arab di Universiti Qatar (10 Mei sehingga 31 Mei 2009)



Laporan Kursus Bahasa Arab di Universiti Qatar (10 Mei sehingga 31 Mei 2009)

Pada 10 Mei sehingga 31 Mei 2009 yang lalu ,seramai 10 orang pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah mengikuti kursus
bahasa arab selama 3 minggu di Universiti Qatar di Doha,Qatar. Prof Madya Dr Fakruddin Abdul Mukhti telah mengetuai rombongan sebagai pensyarah pengiring dan Amin Haji Che Ahmat pula sebagai ketua bagi peserta kursus.

Tepat pukul 8.00 pagi 10 Mei 2009,kami mula berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dan sekitar pukul 10 pagi kami telah dirangsang dengan kata-kata semangat dan nasihat oleh Pengarah APIUM,Prof Ahmad Hidayat Buang, Pensyarah pengiring Prof Madya Dr Fakruddin Abdul Mukhti serta Ketua Pengarah JAKIM, Dato Wan Mohamad Abdul Aziz yang turut serta menghantar kami di KLIA.

Kami bertolak ke Bahrain dengan pesawat Gulf Air sekitar pukul 1140 pagi dan tiba di Bahrain(transit) pada pukul 6.55 petang dan pada pukul 7.30 malam kami bertolak ke Doha dari Bahrain.

Tepat pukul 8.10 malam kami tiba di Doha yang cuacanya agak pana
s ketika itu(Suhu sekitar 40-50 Darjah Celsius).Selesai solat di surau lapangan terbang Doha,kami dijemput oleh Dr Hasan Basri (JPM-UM)dan EnAffendi(pegawai di Kedutaan Malaysia di Qatar) yang menyambut kedatangan kami di lapangan terbang dan kemudiaanya kami menaiki bas yang disediakan menuju ke asrama pelajar Universiti Qatar,tempat penginapan kami sepanjang kursus bahasa arab ini.

Pada pukul 10 malam,kami tiba di asrama pelajar Universiti Qatar di As Sad disambut oleh penyelia asrama dan kemudiaannya kami diberi kunci bilik asrama.Kami diberikan 4 bilik lengkap dengan penghawa dingin,almari baju,meja belajar dan lain-lain dengan 3 bilik setiap 1 bilik dikongsi 2 orang dan 1 bilik lagi dikongsi 4 orang.

Pelbagai kemudahan disediakan secara percuma kepada kami di asrama ini seperti tv,internet,perpustakaan,gym,snooker dan lain-lain lagi dan setiap hari kami akan makan di kafe di asrama ini bersama-sama penghuni asrama yang terdiri daripada pelajar asing Universiti Qatar dari pelbagai negara yang berbeza.

Sepanjang menginap di asrama ini kami makan 3 kali sehari(sarap
an pagi-makan tengahari-makan malam) secara percuma di kafe asrama dan bergaul serta berkomunikasi dalam bahasa arab dengan para penghuni asrama ini.

Dari asrama tempat penginapan kami ini ke kampus Universiti Qatar memakan masa sekitar 25 minit dan kami menaiki bas universiti ya
ng disediakan percuma mengikut jadual waktu yang ditetapkan untuk ke kampus bersama –sama dengan para pelajar yang lain.

Kami dibenarkan untuk menggunakan segala kemudahan yang disediak
an kepada pelajar Universiti Qatar seperti perpustakaan,makmal komputer,dan pelbagai peralatan sukan di pusat kegiatan pelajar seperti snooker,karom,pingpong dan lain-lain lagi secara percuma.

Bagi program kursus bahasa arab di Universiti Qatar ini pihak universiti telah membahagikan kepada beberapa peringkat kelas seperti peringkat awal,peringkat pertengahan dan peringkat akhir.Seawal hari pertama pengajian kursus bahasa arab ini,kami telah menduduki peperiksaan penilaian pemahaman dan penulisan bahasa arab untuk mengenalpasti tahap peringkat kursus.Kami kesemuanya telah ditempatkan dalam kelas peringkat akhir yang turut disertai olah para pelajar asing dari pelbagai negara seperti Amerika,Canada,Belgium,Korea,Togo,Tanzania,Kenya,Poland,Ukranie dan lain-lain.

Walaupun pelajar-pelajar asing ini agak ke hadapan dalam kemahiran komunikasi bahasa arab berbanding kami memandangkan mereka sudah hampir setahun mengikuti kursus bahasa arab ini,kesan bergaul,berkomunikasi dan tunjuk ajar yang diperolehi daripada mereka telah banyak membantu kami dalam
meningkatkan kemahiran komunikasi dalam bahasa arab.

3 orang guru telah disediakan untuk mengajar dalam kelas kursus bahasa arab ini dengan pembahagian fokus seperti kemahiran mendengar dan percakapan-komunikasi,kemahiran menulis dan kemahiran membaca.

Bagi kemahiran mendengar dan percakapan- komunikasi,kami telah dipertontonkan dengan pelbagai video dalam bahasa arab baku untuk kami dengar dan kemudiannya kami akan membincangkan dan memperdebatkan dalam kumpulan ten
tang topik yang diperkatakan dalam video-video tersebut.Kami juga diminta untuk mencari dan menonton mana-mana video atau rancangan dalam bahasa arab dan kemudiaanya membuat ulasan tentangnya..Kami juga telah diminta untuk merakam video perbualan kami dalam bahasa arab(2 orang 1 kumpulan) tanpa menggunakan teks dalam tempoh sekitar 10 hingga 20 minit.Guru kemudiannya telah mempertontonkan rakaman-rakaman video tersebut di dalam kelas dan memperbetulkan kesilapan dalam bahasa arab yang kami tuturkan dalam rakaman video tersebut.

Bagi kemahiran menulis pula,kami diajar tentang
kaedah yang betul dalam menyusun ayat dan perkataan.Dalam kelas ini juga kami mengikuti pembentangan para pelajar asing yang membentangkan hasil kerja mereka.Guru juga mengadakan kuiz antara dua kumpulan yang menjawab pelbagai soalan berkaitan Ekonomi,Bahasa,Pengetahuan Am,Geografi,dan Sejarah.Dalam kelas ini juga kami diminta untuk membentangkan secara berkumpulan tentang Politik,Pendidikan,Ekonomi dan hal ehwal masyarakat di Malaysia.Sebaik sahaja selesai pembentangan,pelajar asing akan mengemukakan soalan-soalan untuk kami jawab dan huraikan.

Bagi kemahiran membaca pula kami didedahkan tentang cerpen menarik dalam bahasa arab dan juga artikel tulisan tokoh ternama dalam dalam surat khabar.Cerpen dan artikel itu kami perlu baca dan kemudiannya dibuat ulasan dan dibincangkan dalam kelas terutamanya tentang aspek nahu dan saraf serta mufradat dalam cerpen dan artikel tersebut.Guru menekankan aspek pembetulan terhadap kesalahan dalam nahu dan saraf bahasa arab dan membawa contoh-contoh yang mudah dalam menerangkan penggunaan bahasa arab yang tepat.

Kami mengakhiri kursus bahasa arab ini lebih awal daripada para pelajar asing yang lain dan oleh kerana itu pihak Universiti Qatar di bawah program kursus bahasa arab ini telah mengadakan majlis jamuan perpisahan serta penyerahan sijil dan cenderamata untuk 10 orang pelajar Malaysia yang akan pulang awal.
Kami juga mendapat pelbagai hadiah daripada pihak Universiti Qat
ar seperti kamus dan buku bahasa arab,pendrive,topi,beg,cawan,t-shirt dan lain-lain lagi.

Sepanjang tempoh 3 minggu di Qatar ini juga kami sempat menziarahi beberapa tempat menarik sekitar Doha dengan kebanyakannya menaiki teksi yang bayarannya agak mahal juga.Kami sempat menziarahi Muzium Seni Islam,D
oha,membeli belah di Souq Waqif dan kawasan sekitarnya dan di Lulu Centre dan sekitar As Sad ,berjalan-jalan di City Centre ,menaiki kapal di Cornice dan lain-lain.

Satu insiden berlaku tatkala kami berjalan kaki di sekitar Cornice pada hari Jumaat apabila kami ‘dihalau keluar’ oleh para polis petugas yang berada di setiap sudut jalan dan kami tidak mengetahui bahawa pada setiap hari Jumaat hari keluarga dan sekitar Cornice hanya dibuka kepada mereka yang menziarahinya bersama keluarga sahaja.

Kami juga sempat mengikuti satu program berkenaan Al Quds sempena
memperingati peristiwa Nakbah di Stadium Kelab Sukan Qatar yang disertai oleh para tokoh dan alim ulama seluruh dunia termasuk tokoh ulama terkemuka Syeikh Yusuf Al-Qardhawi.

3 orang daripada kami(Wasif,Syahir,Kharizul) juga sempat mengikuti khutbah jumaat Syeikh Yusuf Al-Qardhawi di Masjid Umar Al-Khattab dan bersalaman dengan beliau.
Kami juga diberikan tiket percuma oleh pihak Universiti Qatar untuk menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Amir Qatar di Stadium Ut
ama Qatar namun begitu kami gagal memasuki pintu utama stadium memandangkan terlalu ramai penonton dan sedikit terlewat dan terpaksa menonton perlawanan tersebut di skrin layar di luar kawasan utama stadium.

Kami juga sempat pergi ke Pejabat Tauzi' Kutub(bawah Kementerian Waqaf Qatar) di As Sad dan di sini kami mendapat pelbagai kitab percuma(kulit tebal-berwarna)dalam bahasa Arab dan Bahasa Inggeris secara percuma
dan beberapa orang dari kami juga sempat pergi ke Qatar Quest Centre dan turut mendapat pelbagai buku secara percuma.

Satu kenangan yang kami tidak dapat lupakan sepanjang berada di Qatar ini ialah kesempatan untuk tidur semalaman di tengah padang pasir di Sealine. Program ini telah diatur oleh Kedutaan Malaysia di Qatar dan di Sealine ini ka
mi sempat mandi manda dan bermain bola baling di laut(Selat Parsi), bermain bola tampar dan solat di atas padang pasir, merasa lauk makanan arab yang dibakar dan ditanam di padang pasir dan BBQ ,tidur didalam khemah dan duduk di dalam caravan berharga ratusan ribu ringgit,dan merasai pengalaman ‘rally’ di padang pasir.

Beb
erapa orang di kalangan kami berpeluang menaiki kereta yang dipandu oleh bekas juara rally padang pasir timur tengah (tuan punya caravan) dan juga Duta Malaysia di Qatar yang turut bersama-sama kami dalam program di padang pasir ini.

Di samping itu juga kami sempat mengunjungi rumah salah seorang rakyat Malaysia di sini yang mengadakan jamuan makan untuk rakyat Malaysia di sini.
Kami juga sempat makan malam di rumah seorang pegawai Kedutaan Malaysia yang banyak membantu kami sepanjang kami berada di Qatar .

Kepulangan kami pada tanggal 31 Mei 2009 diselubungi rasa sedih para pelajar asing Universiti Qatar yang baru 3 minggu bersama-sama kami.Inilah persaudaraan dan ukhwah rentas negara,bangsa dan agama .Begitu banyak manfaat ilmu dan pengalaman yang kami perolehi sepanjang 3 minggu mengikuti kursus bahasa arab di Qatar ini.

Dan yang pastinya walaupun tempoh kursus cukup singkat dan sebentar sahaja namun ternyata kami dapat merasakan peningkatan penguasaan kami dalam bahasa arab.

Semoga Allah meredhai segala usaha dan jasa semua yang terlibat dalam menjayakan kursus bahasa arab ini.

Tuesday, June 02, 2009

Kursus Bahasa Arab di Qatar (10 Mei-31 Mei 2009)

Hari Kedua puluh dua 31 Mei 2009(Ahad)

Kelas terakhir(tambahan ) Dr Mahmud-tonton kembali secara ringkas rakaman video perbualan bahasa arab
-Ulasan Dr Mahmud tentang rakaman video perbualan bahasa arab-wida' dengan Dr Mahmud dan Dr Abdullah

-Persiapan terakhir kemas barang-bersihkan bilik-sembang-sembang terakhir bersama sahabat dari Tanzania-Kenya -Togo -bacaan syair,nyanyian dll-

-serahkan kunci bilik

-berpelukan-bersalaman -wida' dengan semua sahabat di asrama Universiti Qatar-suasana sedih ....

-naik bas universiti ke lapangan terbang Doha

-check in-semua beg ,ok-tak lebih 35 kilo(terima kasih Gulf Air-selamat semua kitab!)

-6.20 petang-bertolak ke Bahrain(transit 2 jam) meninggalkan bumi Qatar

-Di Bahrain,jumpa seorang makcik dari Malaysia(kerja sebagai jururawat di Riyadh)-

-8.30 Pagi (1 Jun 2009-Isnin)-Tiba di KLIA-isi borang kesihatan vs selsema babi-

-barang semua selamat melainkan beberapa buah beg sahabat yang lain yang sedikit rosak,patah dll..

-Sarapan pagi di kafe di tingkat 2 KLIA beramai-ramai-makcik jururawat belanja-bayar semua).

-wida' dengan semua sahabat



Saturday, May 30, 2009

Kursus Bahasa Arab di Qatar (10 Mei-31 Mei 2009)

Hari kedua puluh satu 30 Mei 2009 (Sabtu)

-ke rumah Kak Pah(kawan makcik Syahrul)-jamuan untuk rakyat Malaysia di Doha

-ke Lulu Center beli barang

-ke rumah abang Afandi(Kedutaan Malaysia)-makan malam

-kemas beg-persiapan pulang ke Malaysia

Friday, May 29, 2009

Kursus Bahasa Arab Di Qatar(10 Mei-31 Mei 2009)

Hari Kedua Puluh 29 Mei 2009 ( Jumaat)

-mandi laut(Selat Parsi)-main bola baling laut

-Sarapan pagi

-Solat jumaat di masjid paling dekat dengan Sealine

-Rehat

-bakar ayam-(tanam dalam pasir)-makan tengahari

-naik kereta 'rally' atas padang pasir

-pulang ke asrama

Kursus Bahasa Arab Di Qatar(10 Mei-31 Mei 2009)

Hari Kesembilan Belas 28 Mei 2009 (Khamis)

-Ambil kitab-kitab percuma di qism Tauzi' lilkutub di As Sad

-bergambar di pintu gerbang Universiti Qatar

-Majlis jamuan perpisahan -penyerahan sijil dan cenderamata untuk 10 orang pelajar Malaysia dan peserta Kursus Bahasa Arab-Sesi Bergambar

-ambil hadiah daripada pihak Universiti Qatar

-ke Sealine(padang pasir) dengan 3 buah kereta(program Kedutaan Malaysia)

-Berjumpa Abbas(Juara Rally padang pasir -Qatar)-tuan punya caravan

Bakar BBQ-Main bola tampar pantai-Solat atas padang pasir-tidur dalam khemah

Wednesday, May 27, 2009

Kursus Bahasa Arab di Qatar (10 Mei-31 Mei 2009)

Hari Kelapan Belas 27 Mei 2009 (Rabu)

Kelas terakhir Kursus Bahasa Arab

Kelas Dr Mahmud-Video tentang orang arab Yaman-Hadramaut di Indonesia

Kelas Dr Ahmad- Sambungan ulasan cerpen-Mufradat artikel Fahmy Huwaydi

Kelas Dr Abdul Qadir-Pembentangan berkumpulan 10 pelajar Malaysia tentang Politik-Pendidikan-Ekonomi-Masyarakat di Malaysia

-bergambar dengan para pengajar kursus

-Ke City Centre-bergambar

-Ke Souq Waqif-beli barang

-Ke As Sad-beli barang

Perlawanan Akhir Barcelona vs Manchaster United

-Encik Affendi dan kawan-kawan (kedutaan Malaysia) datang bagi penerangan tentatif program di padang pasir -Sealine

-Mesyuarat persiapan program di Sealine






Kursus Bahasa Arab di Qatar (10 Mei-31 Mei 2009)

Hari Ketujuh Belas 26 Mei 2009 (Selasa)

3.30-Solat Subuh

6.40-Sarapan pagi

-Joghing sekitar As Sad

Kelas Dr Ahmad-Pengajaran cerpen

Kelas Dr Mahmud-Video tentang Selsema Babi-diskusi-debat berkumpulan

-Ulangkaji-Siapkan tugasan-persiapan pembentangan

Monday, May 25, 2009

Kursus Bahasa Arab Di Qatar(10 Mei-31 Mei 2009)

Hari Keenam belas 25 Mei 2009 (Isnin)

Kelas Dr Mahmud-dengar video diskusi Selsema Babi(Al-Jazeera Bahasa Arab)

Kelas Dr Ahmad-Pembentangan pelajar asing(cerpen)

-Sambutan ulangtahun kelahiran Iqbal(Belgium)-makan manisan

-Photostat 1 bab buku(bahasa arab) Hakadha Zahara Jailu Salahu Al-Din wa Hakadha ‘Adat Al-Quds” (“Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam” )karya Dr. Majid Irsan Kailani dan 1 bab buku tentang sejarah Hasan Al-Banna di Perpustakaan Universiti Qatar

Kelas Dr Abdul Qadir-Pembentangan pelajar asing-Permainan-Kuiz Soalan Ekonomi-Bahasa-Pengetahuan Am-Geografi-Sejarah

-Ulangkaji-Siapkan Tugasan

Sunday, May 24, 2009

Kursus Bahasa Arab Di Qatar(10 Mei-31 Mei 2009)

Hari Kelima Belas 24 Mei 2009 (Ahad)

3.30 Pagi-Solat Subuh

7.00 Pagi-Sarapan pagi

8.00 Pagi-ke Pejabat Tauzi' Kutub(bawah Kementerian Waqaf Qatar)-dapat 5 kitab percuma(kulit tebal-berwarna)

10.20 Pagi-naik bas ke Universiti Qatar

11.00 Pagi-Kelas Dr Mahmud-diskusi tentang kewajaran letak nama agama dalam kad pengenalan

4.30 Petang-ke Qatar Quest Centre-dapat banyak buku-kitab percuma

6.30 Petang-Tiba di asrama pelajar

-Ulangkaji-Siapkan tugasan

Saturday, May 23, 2009

Kursus Bahasa Arab Di Qatar(10 Mei-30 Mei 2009)

Hari Keempat Belas 23 Mei 2009 (Sabtu)

3.30 Pagi -Solat Subuh
-Ulangkaji

8.00 Pagi-Sarapan Pagi
-Ulangkaji-Siapkan tugasan-Download video Bahasa Arab

10.30 Pagi-ke Muzium Seni Islam,Doha

1.30 Tengahari-Tiba di asrama

-jumpa 3 orang pakcik bekerja di Malaysia-Cerita pengalaman di Doha-Biasiswa zakat dll-

-Ulangkaji

-Tengok video bahasa arab (Youtube)-Siapkan tugasan

Friday, May 22, 2009

Kursus Bahasa Arab di Qatar (10 Mei-31 Mei 2009)

Hari Ketiga belas 22 Mei 2009 (Jumaat)

3.30 Pagi-Solat Subuh

-Tengok tv (Dr Zakir Naik)
-Riadah

8.00 Pagi-Sarapan Pagi

8.30 Pagi-Ulangkaji

11.30 Pagi-Solat jumaat di masjid dekat dengan Asrama Pelajar Universiti Qatar


-Ulangkaji

-tengok Tv(Ahmad Deedat)

-Riadhah

8.00 Malam-beli barang di As Saad

Kursus Bahasa Arab di Qatar (10 Mei-31 Mei 2009)

Hari Keduabelas 21 Mei 2009 (Khamis)

7.20 Pagi-Naik bas ke Universiti Qatar

7.45 Pagi-Ke Maktabah Universiti Qatar

9.00 Pagi-Kelas Dr Mahmud-Sambungan perbincangan soalan Filem Salahuddin al-Ayyubi

10.00 Pagi-Kelas Dr Abdul Qadir-Pembentangan pelajar kursus(Pelajar Asing)
Mesyuarat

5.20 Petang-Ke Souq Waqif-Souq Najdana-Beli barang

-Makan 'kebab' di restoran arab dekat Souq Waqif

Wednesday, May 20, 2009

Kursus Bahasa Arab di Qatar (10 Mei - 31 Mei 2009)

Hari Kesebelas 20 Mei 2009 (Rabu)

8.00 Pagi -Kelas Dr Muhsin- Sambungan perbincangan soalan Filem Salahuddin Al-Ayyubi

-Sesi bergambar

9.30 Pagi Kelas Dr Abdul Qadir- Mufradat artikel Fahmy Huwaydy-Sorof-Jama' Ta'sir

Rehat

ke Pusat Aktiviti Pelajar-Pameran Budaya Qatar-ke Cc

12.00 Tengahari-Kelas Dr.....-Pembentangan pelajar kursus(pelajar asing)

4.00 Petang -Ke pejabat Gulf Air untuk urusan tiket balik



Tuesday, May 19, 2009

Kursus Bahasa Arab di Qatar (10 - 31 Mei 2009)

Hari Kesepuluh 19 Mei 2009 (Selasa)

3.30 Pagi- Solat Subuh

6.45 Pagi- Sarapan pagi

7.20 Pagi-Naik bas ke Universiti Qatar

7.40 Pagi-Ke Perpustakaan Universiti Qatar-Siapkan tugasan

9.00 Pagi-Kelas Dr Abdul Qadir-Mufradat artikel Fahmy Huwaydy

10.30 Pagi-Kelas Dr Muhsin-Sambungan perbincangan soalan Filem Salahuddin Al-Ayyubi

-Ulangkaji-siapkan tugasan

-Download filem-dokumentari Bahasa Arab dalam Youtube-Buat ulasan

Monday, May 18, 2009

Kursus Bahasa Arab di Qatar (10 Mei -31 Mei 2009)

Hari Kesembilan 18 Mei 2009 (Isnin)

3.30 Pagi-Solat Subuh

6.40 Pagi-Sarapan Pagi

7.20 Pagi -Naik bas ke Universiti Qatar

8.00 Pagi-Kelas Dr Muhsin-Perbincangan soalan-jawapan Filem Salahuddin Al-Ayyubi

9.30 Pagi-Kelas Dr Abdul Qadir -Perbincangan artikel Dr Fahmy Huwaydy

Rehat-ke Pusat aktiviti pelajar-

12.30- Kelas..(Bacaan-Mendengar)-Ujian bacaan untuk pelajar asing-Pelajar Malaysia dengar dan nilai

-Cik Affendi datang asrama-Bincang perkembangan terkini kursus

-Ulangkaji-Siapkan tugasan kursus

Kursus Bahasa Arab di Qatar (10 Mei -31 Mei 2009)

Hari Kelapan 17 Mei 2009 (Ahad)

3.30 Pagi-Solat Subuh

6.45-Sarapan Pagi

7.20-Naik bas ke Universiti Qatar

-Ke Maktabah Universiti Qatar

9.00 Pagi -Kelas Dr Muhsin-Ulasan dan perbincangan Filem Salahuddin Al-Ayyubi

-Ulangkaji/tengok filem Salahuddin Al-Ayyubi

-Berjalan-jalan di pejabat Kementerian Agama Qatar

-Ulangkaji

Saturday, May 16, 2009

Kursus Bahasa Arab Di Qatar(10 Mei-30 Mei 2009)

Hari Ketujuh 16 Mei 2009(Sabtu)

-Ulangkaji
-Tengok Filem Salahuddin Al-Ayubi(Versi Arab)

5.30 Petang-Bertolak ke Stadium Utama Qatar dengan teksi ditemani Khalid(Tanzania) dan Ahmad(Tanzania)

6.20 Petang-Tiba di Stadium-solat di perkarangan stadium
-tak dapat masuk stadium sebab stadium dipenuhi orang ramai

7.00 malam-Perlawanan akhir Piala Amir antara Ar Rayyan vs Al Ghurafa bermula

9.50-tiba di asrama pelajar

Friday, May 15, 2009

Kursus Bahasa Arab Di Qatar(10 Mei-30 Mei 2009)

Hari Keenam 15 Mei 2009 (Jumaat)

-tengok filem The Lion of the Desert(Syeikh Umar Mukhtar)

ke Masjid Umar Al-Khattab dengan teksi

-Khutbah jumaat oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi
-berjumpa-bersalaman dengan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi
-jumpa encik Norzam dari Malaysia (bekerja di Doha)

rehat-makan tengahari
ke Cornice

3.50 petang-tiba di Cornice-naik bot ramai-ramai keliling Cornice-polis halau suruh keluar dari kawasan Cornice sebab hari Jumaat untuk yang berkeluarga sahaja!(Hari Keluarga)
jalan kaki menuju ke Souq Waqif-solat-beli barang di Souq Qaqif

8.50- pulang ke asrama-makan malam

Thursday, May 14, 2009

Kursus Bahasa Arab Di Qatar(10 Mei-30 Mei 2009)

Hari Kelima 14 Mei 2009(Khamis)

3.30 pagi -Solat Subuh-Baca Al-Quran
5.00 pagi -Riadhah
6.30 pagi-Sarapan Pagi
7.20 pagi-Ke Universiti Qatar dengan bas pelajar
7.50 pagi-ke Maktabah Universiti Qatar
9 Pagi-Kelas Dr Muhsin-Istima'
10.30-Kelas .....-Ujian Kefahaman-Ulasan karangan

Solat

12.10-Pulang ke asrama pelajar
makan tengahari
rehat
Solat
4.00 petang-Bertolak ke Kelab Sukan Qatar dengan teksi-
4.30 petang-Tiba di Kelab Sukan Qatar
-jumpa dan bersembang dengan geng Ikhwan Muslimin Mesir di Qatar-belanja minum-solat berjemaah dalam Stadium Kelab Sukan Qatar

8.10 malam-Program Ihki Ya Aqsa bermula dengan bacaan Al-Quran awal Surah Al-Isra'-ucapan wakil ulama Iraq-Mesir dll-laungan takbir dll-

9.10 malam-Ketibaan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi
-syair
-nasyid
-ucapan bekas Imam Masjidil Aqsa

10.10 malam-ucapan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi
-bergambar
-balik ke asrama dengan teksi

Wednesday, May 13, 2009

Kursus Bahasa Arab Di Qatar(10 Mei-30 Mei 2009)

Hari Keempat 13 Mei 2009(Rabu)

3.30 pagi-Solat subuh-baca Al-Quran
5.00 pagi-Joghing-berjalan-jalan sekitar kawasan asrama-GYM
6.30 pagi-Sarapan pagi
7.20 pagi-Bertolak ke Universiti Qatar dengan bas pelajar

8.oo Pagi-Kelas Dr Mahmud-campur dengan pelajar asing (Amerika-Korea-Tanzania-Ghana-Poland-Australia)yang ambil kursus bahasa Arab-pembahagian kumpulan-diskusi berkumpulan-pembentangan kumpulan

Rehat

10.00 pagi-Kelas Dr Abdul Qadir-dengar pembentangan pelajar asing-belajar tentang cerpen-cerita-penekanan kepaa nahu

Rehat
-Ke Pusat Aktiviti Pelajar(ada snooker-Pingpong-Karom-Video Game-Internet-Tv dll)
-Solat

12.30 tengahari-Kelas Dr........-belajar tentang perbezaan cerita-artikel
2.10 petang -Pulang ke asrama dengan bas pelajar
makan tengahari
rehat/ulangkaji
Riadhah
Solat-Bacaan Al-Quran

9.00 malam-Berjalan di sekitar kawasan Saeed ditemani Iqbal(Belgium)dan 2 orang kawannya

Tuesday, May 12, 2009

Kursus Bahasa Arab Di Qatar(10 Mei-30 Mei 2009)

Hari Ketiga 12 Mei 2009(Selasa)

6.50 pagi-Sarapan Pagi(Cornflake,susu,roti,keju,tomato,timun,kacang fool,madu dll)

7.20 Pagi-Ke Universiti Qatar dengan bas pelajar

-ke perpustakaan Universiti Qatar
(angin ribut pasir....)

9.00-Kelas Dr Muhsin bermula-Kelas Istima'(kemahiran mendengar)-belajar tentang Napolean Bonaparte

Rehat

Kelas Ustazah Audeh-(Bacaan dan kefahaman)-belajar tentang cuaca

1.10-Pulang ke asrama
-Makan tengahari
-rehat/ulangkaji
-makan malam
-Dr Fakruddin dan Dr Hasan Basri pulang meninggalkan Qatar

-ke Souq Waqif dengan teksi

Monday, May 11, 2009

Kursus Bahasa Arab Di Qatar(10 Mei-30 Mei 2009)

Hari Kedua 11 Mei 2009(Isnin)

3.30 pagi-Solat subuh di surau dekat asrama –Bacaan Al-Quran-Jalan-jalan sekitar kawasan asrama-ke 'Gym'

6.30 pagi-Sarapan pagi

7.20 pagi-Bertolak ke Universiti Qatar dengan bas

-Tiba di universiti Qatar-masuk kelas- -taaruf- taklimat –sembang-sembang bersama 3 pensyarah pengajar Bahasa Arab


-Ujian bertulis 1-pemahaman
-Ujian bertulis 2-penulisan

-Solat di masjid universiti Qatar


2.20 petang -Pulang ke asrama Universiti Qatar
-Makan tengahari
-Rehat -Ulangkaji

-Mesyuarat perancangan program
-Makan Malam

-ke Pusat membeli belah Lu Lu
-Tidur

Kursus Bahasa Arab Di Qatar(10 Mei-30 Mei 2009)

Hari Pertama 10 Mei 2009(Ahad)

8.00 pagi–mula berkumpul di KLIA

10.00 pagi –Taklimat -nasihat

-Dr Hidayat(Pengarah APIUM)
-Buat laporan-bahasa melayu-bahasa arab-gambar-jaga nama baik UM-Malaysia-lawat-ziarah tempat
-Dr Fakruddin(Pensyarah pengiring)-banyak tanya soalan-cakap bahasa arab sepanjang 3 minggu di Qatar
-Dato Wan Mohamad (Ketua Pengarah Jakim)-Bawa nama Malaysia-jaga adab-pikat hati pensyarah arab
-Bergambar kenang-kenangan

1140 pagi–bertolak ke Bahrain

6.55 petang-Tiba di Bahrain

7.30 malam- bertolak ke Doha

8.10 malam-Tiba di Doha-cuaca sangat panas-solat di surau lapangan terbang-disambut oleh Dr Hasan Basri (JPM-UM)dan EnAffendi(pegawai di Kedutaan Malaysia di Qatar)-naik bas ke asrama pelajar Universiti Qatar

10 malam-tiba di asrama pelajar Universiti Qatar-1 bilik 2 orang(3 bilik) dan 4 orang(1 bilik)-rehat-
-Makan malam
-Taklimat Dr Hasan,En Affendi

1 pagi -Tidur

Thursday, May 07, 2009

Native Deen - Not Afraid to stand Alone


Video klip lagu Not Afraid to stand Alone nyanyian Native Deen-

http://www.youtube.com/watch?v=wAfUMfCtcDA&eurl=http%3A%2F%2Fminda%2Dkembara%2Ecom%2Fv2008%2F%3Fm%3D200904%26paged%3D2&feature=player_embedded#




Maklumat lanjut tentang Native Deen -(http://www.nativedeen.com/ns/)

Video ini memaparkan kehidupan individu muslim di tengah-tengah majoriti masyarakat bukan Islam di negara Barat.Saya agak tertarik dengan mesej Islam yang cuba disampaikan melalui video klip yang saya kira bertepatan dengan lirik lagu Not Afraid to stand Alone ini.

Dalam video ini ada dipaparkan tentang seorang kulit hitam beragama Islam ,seorang atlet American Football(http://en.wikipedia.org/wiki/American_football) yang digambarkan dipandang serong oleh sahabatnya mungkin kerana beliau seorang beragama Islam(Islamophobia?).

Dalam satu situasi di kelas,seorang rakan sekelasnya telah membuang kopiah putih yang dipakainya.

Turut dipaparkan aksi perlawanan American Football dimana beliau yang bernama Muhammad telah menjadi wira pasukannya apabila beraksi cemerlang dengan kemahiran yang dimilikinya sehingga pasukannya itu berjaya meraih kemenangan.

Native deen ternyata bukan sahaja menjadikan platform industri muzik sebagai hiburan semata-mata tetapi turut berjaya menyampaikan mesej Islam dan menjernihkan kekeliruan terhadap umat Islam pada pandangan masyrakat umum di negara Barat.

Ilmu islami ibarat sebatang pokok-Prof Dr Sidek Baba

Ilmu islami ibarat sebatang pokok
oleh
Prof Dr.Sidek Baba

1)''Ilmu Islami adalah ibarat sebatang pokok yang tumbuh rendang menghasilkan bunga dan buah yang cantik dan ranum. Akarnya subur ibarat akidah tauhid yang mantap. Batangnya teguh ibarat amalan ibadah yang berterusan. Dahan dan rantingnya subur ibarat syariah dan fiqah yang sifatnya berkembang. Dan bunga serta buahnya yang cantik dan ranum ibarat akhlak yang menjadi suluh hidup manusia.''

2)Ruh al-solat apabila menjadi sandaran dalam kehidupan menyebabkan manusia ingin fokus dalam kerja (khusyuk), mempunyai daya kepimpinan dan kepengikutan yang baik (imam dan makmum), berdiri atas saf-saf yang tersusun rapi (daya kompetensi yang tinggi), terbina jiwa jemaah yang baik (kerja berpasukan) dan mohon keampunan dan barakah dari-Nya ( muhasabah dan natijah kerja yang berkualiti ).

3)Kecenderungan manusia dalam berilmu pada hari ini lebih banyak menumpu kepada aplikasi alat (teknologi) dan menjadikan mereka amat mekanistik dan kurang menumpukan kepada aplikasi peribadi (tingkah laku) yang menuntut adab dan kesantunan.

http://drsidekbaba.blogspot.com/2007/08/ilmu-islami-ibarat-sebatang-pokok.html

Wednesday, May 06, 2009

Michael Heart — We Will Not Go Down

Michael Heart — We Will Not Go Down lyrics
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go downIn the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Lagu menarik tentang Gaza ini dinyanyikan oleh Michael Heart(http://www.michaelheart.com/)
Untuk mendengar lagu ini sila klik-
Selamat menghayati keindahan muzik dan lirik lagu ini dan semoga terus peduli dengan nasib saudara kita di Gaza.

Pendakwah masuk neraka?

Pagi ini selesai solat Subuh,saya membaca blog Dato Seri Anwar Ibrahim dan membaca kisah beliau bersama Mufti Besar Bosnia Herzegovina .

http://anwaribrahimblog.com/2009/05/06/bersama-mufti-besar-bosnia-dr-mustafa-ceric/

Saya bertanya 'sahabat setia' saya,Yahoo dan Google tentang Anwar Ibrahim dan mufti Bosnia ini dan kemudiaanya saya terjumpa tulisan Shamsul Iskandar, ketua AMK PKR dalam blognya tentang jenaka mufti besar Bosnia ini.

http://shamsuliskandar.wordpress.com/2009/05/06/jenaka-bersama-sahibussamahah-prof-dr-mustafa-ceric/

Jenaka ini disampaikan Prof Dr. Mustafa Ceric,mufti besar Bosnia ini dalam satu syarahan mini mengenai perkembangan pemikiran Islam di rantau Eropah di kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dibawah ini saya sertakan sedutan tulisan Ketua AMK PKR dalam blognya tentang jenaka tersebut.


''Di akhir syarahan, beliau berkongsi satu jenaka. Kata beliau, ada satu cerita hikayat di akhirat nanti yang membabitkan dua orang, satu ke syurga dan satu ke neraka.

Yang menarik kata beliau, manusia yang terpilih ke syurga ialah pemandu teksi manakala pendakwah pula ke neraka.

Oleh kerana tidak berpuas hati, pendakwah ini bertanya kepada Malaikat.

Maka jawab Malaikat, kamu ini memang benar pendakwah dan penceramah tapi bila kamu ceramah ramai yang tidur dan terlelap.

Pemandu teksi ini pula kebiasaannya akan memandu teksi dengan laju menyebabkan penumpang akan sering berdoa kepada Allah supaya selamat dalam perjalanan.

Justeru, perbuatan pemandu teksi ini telah mendekatkan ramai manusia kepada Allah dan melayakkan beliau mendapat balasan syurga !''

Jumlah pengunjung

web statistics