Gerakan Anti PPSMI(Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris )
Tahniah kepada semua pimpinan PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)atas usaha istiqamah memperjuangkan dan memartabatkan Bahasa Melayu dan memimpin usaha menggerakkan Gerakan Anti PPSMI.
Rujuk-http://www.pkpim.net/v2/info/laporan-khas/gerakan-anti-ppsmi.html
Kita tiada pilihan lain melainkan bertindak dengan lebih agresif demi mendesak pimpinan negara agar benar-benar komited memperjuangkan Bahasa Melayu dan bukannya sentiasa memberikan dalih alasan yang menampakkan sifat kepura-puraan mereka dalam membicarakan soal perjuangan Bahasa Melayu.
Gerakan anti PPSMI(Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris)anjuran PKPIM ini diharap mendapat sokongan sepenuhnya daripada mahasiswa-mahasiswa di seluruh kampus tanah air.
Bagi pihak PBMUM(Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya),saya menyeru semua pimpinan persatuan pelajar di kampus tanah air dan juga pimpinan gerakan mahasiswa di Malaysia untuk bersama-sama dengan perjuangan mengangkat martabat Bahasa Melayu ini melalui Gerakan Anti PPSMI ini .






Saya sempat singgah sebentar di perpustakaan Institut Asia Eropah yang sungguh selesa dan sesuai untuk sang ulat buku ‘iktikaf’ dan ‘bertapa’ di sini.Ketika sibuk ‘menonton’ dan ‘membelek-belek’ buku,mata saya terlihat kepada 4 buah buku yang menarik perhatian saya .



Buku terbitan Center For Moderate Muslim(www.cmm.or.id) ini tidaklah terlalu tebal iaitu sekitar 122 muka surat sahaja dan oleh kerana itu saya sempat menghabiskan bacaan keseluruhan nya .
Usrah-tamrin ini lah tunjang utama kepada proses tarbiyah dalam gerakan dan jika kita mengabaikan 2 perkara penting ini pasti akan pincang usaha kita untuk mentarbiyah ahli.
Secara peribadi saya kagum kepada ingatan DSAI yang kuat sehingga mampu mengecam saya (walaupun baru beberapa kali jumpa)apabila berjumpa dengan beliau walaupun beliau telah berjumpa dengan pelbagai orang di serata dunia.






















Seandainya buku-buku tersebut mampu berbicara dan bersuara ,saya yakin 'mereka '(buku-buku tersebut)akan berdemonstrasi sambil memegang sepanduk dan kain rentang ’Bacalah kami!!...jangan jadikan kami hiasan semata-mata!!’ atau ’Sumber ilmu tertindas:Mana keadilan? atau Jangan rampas hak kami!!Bacalah kami!!! dan lain-lain lagi.
Sebahagian daripada buku-buku tersebut telah saya habiskan bacaan namun begitu masih banyak lagi yang masih belum belum dibaca dan di ’hadam’.





