Masa sudah masuk ke minit-minit akhir perlawanan.Hanya berbakikan masa tambahan sahaja.
Bila-bila masa sahaja pengadil boleh meniupkan wisel menamatkan perlawanan antara Greece dan Ivory Coast.
Kedudukan seri 1-1 ini akan membawa Ivory Coast layak ke pusingan
seterusnya dalam Piala Dunia 2014 ini sekaligus menyingkirkan Greece.
Penyokong Ivory Coast kelihatan sudah mula menyambut kemenangan dan hanya menanti pengadil meniup wisel penamat sahaja.
Tanpa disangka-sangka seorang pemain Ivory Coast melakukan kesilapan dan pengadil memberikan sepakan penalti kepada Greece.
Penyokong Greece mula menaruh harapan sekaligus keajaiban.
Penalti yang sangat mendebarkan.
Dan GOOOOOOOOOOOOOOOOL untuk pasukan Greece .
Kedudukan kini 2-1 dan akhirnya pengadil meniupkan wisel penamat yang
juga menamatkan riwayat Ivory Coast pada Piala Dunia 2014 ini.Air mata
darah mengalir di Ivory Coast………………..
Pengajaran: Berjuanglah
mati-matian sehingga tiupan wisel penamat yang terakhir,selagi pengadil
belum meniupkan wisel penamat selagi itulah kita masih berpeluang untuk
menang ataupun kalah
No comments:
Post a Comment