Selalu menonton bolasepak melalui kaca tv,sekali sekala eloklah kita berkunjung ke stadium untuk menonton secara langsung.Walaupun sukar menonton ulangan aksi tidak seperti siaran tv,sorakan penyokong yang cukup bersemangat memeriahkan suasana stadium.
Walaupun saya tidak suka sebilangan penonton taksub mengkhinzirbuta yang mendahulukan emosi berbanding aqal waras dan bertindak mengalahkan jurulatih bahkan menjadi 'jurulatih' di luar padang dengan ilmu perasan pandai dan suka memaki hamun mencarut kepada pemain yang melakukan kesilapan.
Suasana stadium yang meriah dengan penonton yang memakai jersi pasukan kesayangan mereka,'ombak' penonton,bunyi gendang semangat dan aksi kelab penyokong 'tukang sorak' dengan pelbagai lagu semangat mereka,suasana paling menarik dalam stadium pastinya tatkala cubaan gol dan jaringan goooooooooooooool !
Mereka yang membesar pada zaman kegemilangan bola sepak Selangor pastinya akan teringat kenangan mereka menghafal nama2 pemain bola sepak pilihan mereka,nombor jersi pemain,teknik-strategi pasukan,mengantung-melekat gambar pasukan dll
Antara kenangan saya pastinya ketika bersama sepupu2-adik2 menonton perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah di tv orang kampung di Kedah tatkala menghadiri kenduri pada malam hari dimana kami yang'nenekmoyang' berasal dari Kedah tetapi membesar di Selangor merupakan penyokong tegar pasukan Selangor bukannya Kedah,di depan orang kampung yang menyokong Kedah sepupu saya menjerit kuat 'gooool !' ketika Selangor menjaringkan gol.Mujur orang kampung kami tidak terlampau taksub,jika tidak pasti kami yang menjadi lauk kenduri pada malam tersebut
Kali pertama saya menonton bola sepak di stadium bukannya di Malaysia tetapi di Kaherah,Mesir ketika berkunjung ke sana(pertemuan 2 kelab paling hebat di Mesir) dan tamat perlawanan malam itu saya berjanji tidak mahu lagi menonton bolasepak di stadium di Mesir memandangkan sebilangan(kalau bukan kebanyakan)penonton mereka hadir ke stadium bukannya mahu menonton bolasepak tetapi lebih suka menyanyi-menari,membuat bising dan pastinya bergaduh-bertengkar-bertempur-
Bola sepak tanpa seni dan falsafah itu akan membunuh hakikat dan makna diri bola sepak
No comments:
Post a Comment