PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan
Tuesday, February 19, 2013
aku sesekali tidak akan menembak mati sahabat baikku itu
di luar sana musuh-musuhku,peluru hanya tinggal satu,yang tinggal hanya aku dan seorang sahabat baikku,dengan baki satu peluru , aku sesekali tidak akan menembak mati sahabat baikku itu
kembara ilmu di Pulau Pinang-Kedah
Selepas beberapa hari (mengikuti program IRF di Pulau Pinang,bertandang ke rumah Dato Azmi(mantan SUK Pahang),rumah Prof Fadhlullah Jamil,kampung Sifu kami Nuruddin,rumah Ustaz Wahab(Muhammadiyah Internasional) di Kulim(beliau sekarang tenat-strok),mandi di Lata Sedim,balik kampung makan buah,main bola dgn penduduk kampung,saya dan sahabat2 kaki kembara mahasiswa kuliah Universiti Kehidupan "Jaringan Anak Muda" singgah bermalam di rumah seorang sahabat di Gurun.
Di sana tanpa disangka-sangka kami bertemu dgn seorang "orang tua berjiwa muda".Orang tua ini mengajak kami sarapan pagi bersama-sama di sebuah gerai.
Orang tua ini berkongsi pengalaman hidup beliau.Beliau mendakwa umurnya 138 tahun,berasal dari Bangkok,banyak bercerita tentang hal2 sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Selepas sarapan pagi beliau mengajak kami berkunjung ke rumah beliau bagi menjawap beberapa persoalan kami dan beberapa rahsia.
Sambil berjalan kaki bersama kami,beliau menunjukkan tangan beliau ke beberapa deretan kedai berdekatan dan berkata lebih kurang begini:"Dulu sebelum Merdeka semua ini milik Melayu" . Satu perkara yang saya masih ingat ketika beliau mengungkapkan " sebelum merdeka,tanah ini mereka yang punya,selepas merdeka mereka merdekakan tanah-tanah mereka."
Di rumah beliau saya dan sahabat2 lain mengambil peluang bertanya pelbagai soalan kepada beliau.Orang tua ini menceritakan sejarah perjuangan pejuang2 dahulu seperti Dr Burhanuddin Helmi,Dr Zulkifli Muhammad,Ahmad Boestamam dll."Mereka ini sangat bijak dan punya fikiran dan cita-cita yg sangat bagus".Lebih kurang begitu kata beliau kepada kami.
Beliau menceritakan bagaimana ceramah Dr Burhanuddin Helmi,Dr Zulkifli Muhammad ,Ahmad Boestamam dll yg dipenuhi oleh orang ramai yg hadir dalam siri ceramah mereka.
Beliau mendakwa terlibat sama dalam perjuangan parti rakyat,mengadakan kuliah agama kepada aktivis parti rakyat di rumahnya yg kami ziarahi pada pagi itu.
"Rumah ini saya buat sendiri.Emak burung pun buat sarang sendiri walaupun ditengah2 hujan-panas" kata beliau kepada kami menceritakan perihal rumahnya.
Di rak buku rumahnya terdapat kitab2 lama dan menurut beliau ketika beliau mengajar aktivis parti rakyat dahulu beliau berniat untuk mengajar mereka tanpa meminta duit cuma menetapkan satu syarat sahaja iaitu "belajar mengaji".
Bila ditanya oleh sahabat saya dari Indonesia(aktivis Muhammadiyah) tentang siapa tokoh2 lama dari Indonesia yg beliau pernah temui ,jawab beliau "Hamka dan Muhammad Natsir".Beliau menasihatkan kami untuk menemui sendiri tokoh2-tuan2 guru bukan sahaja untuk menuntut ilmu bahkan beliau menekankan satu perkara lagi iaitu "berkat" .
Di rumahnya ini kami terjumpa Utusan Kiblat edisi 1971 yg sangat menarik isinya.Beliau jg cerita kisah prjuangan Angkatan Pemuda Insaf API,shamsiah faqeh,prjuangan dlm hutan,komunis dan agama,pranan tokoh agama yg mndidik aktivis plbgai aliran,crita kisah bgaimana bliau spatutnya dilntik sbgai imam hsl twaran seorang tokoh politik tapi dgn satu syarat:sertai Umno ,dan beliau menolaknya dan brpesan agar imam masjid 'bebas politik'
Melayu-Islam di Pulau Pinang.
Ketika di Pulau Pinang baru2 ini(4 hari),saya dan sahabat2 kuliah Universiti Jaringan Anak Muda sempat membuat kajian lapangan tidak rasmi tentang Melayu-Islam di Pulau Pinang
Setiap kali berjumpa orang tua-muda dalam kunjungan kami ke beberapa rumah tokoh-saudara mara-sahabat kami di sana kami mengambil peluang mendapatkan maklumat tentang Melayu-Islam di Pulau Pinang.
Kami juga sempat berjalan kaki meninjau kawasan kampung yg diduduki oleh orang Melayu-Islam di sana.
Seorang bergelar "Dato' " mantan pentadbir tertinggi kerajaan sebuah negeri (kami menginap semalaman di rumahnya) dengan sukarela membawa kami meninjau juga kawasan rumah-hartanah mewah sambil menerangkan harga hartanah-siapa yg memilikinya-sejarahnya dll.Beliau pelik mengapa wang zakat tidak digunakan utk membeli hartanah2 tersebut,dan menekankan kesedaran terhadap sistem waqaf.
Seorang ayah kpd sahabat kami juga menceritakan bagaimana nasib kampung asalnya yg kini sudah lagi tiada,dan rumah beliau yg kami ziarahi tersebut ialah rumah pampasan kpd penduduk kampung asal yg dipaksa pindah ke rumah flat sederhana kecil untuk memberi peluang kpd pihak pemaju membangunkan perumahan mewah di tanah tapak asal kampung mereka yg banyak diduduki oleh orang luar seperti Hong Kong,Singapura dll.
Ramai yg menjual tanah milik nenek moyang mereka,terpaksa berpindah ke kawasan lain,dan tanah -tapak asal berpindah milik ke tangan orang lain,terpukau dgn wang ringgit dan sanggup menjual tanah demi wang ringgit
Pakcik dan sepupu kpd sahabat kami pula menceritakan kisah menarik di sebalik nasib orang Melayu-Islam di Pulau Pinang tersebut.Kata mereka semua ini berlaku kerana pengkhianatan pemimpin Melayu Islam di negeri mereka sendiri dan bukannya kerana penindasan oleh bangsa lain.
Sahabat saya juga mendakwa orang kampung telah ditipu oleh pemimpin Melayu Islam sendiri agar berpindah rumah,mendapat rumah pampasan tanpa mengetahui sebenarnya pemimpin Melayu Islam itu sendiri rupanya mendapat komisen tinggi dari pihak pemaju perumahan mewah tersebut.
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik KRONI !!!
" Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia"
Ramai yg dapat auta bukan fakta
Ramai yg dapat auta bukan fakta .Penguasaan media oleh para pembohong berjaya memperbodohkan orang ramai termasuk segelintir pejuang hak asasi manusia yang ditipu hidup-hidup akibat kebergantungan kepada media yg dikuasai oleh para pembohong.
Aku mula meragui betul ke kau ini seorang manusia.
Aku seorang manusia dan kau pun mengaku seorang manusia.
Tapi bila aku dilayan lebih teruk dari binatang kau pula membisu mendiamkan diri.
Aku mula meragui betul ke kau ini seorang manusia.
jangan sekadar tahu Kitaro,Syeikh Ahmad Kuftaro pun kena tahu
http://www.islamic-study.org/islam_and_christianity.htm
jangan sekadar tahu Kitaro,Syeikh Ahmad Kuftaro pun kena tahu
Islam and Christianity:Two Faiths, One God
Lecture at: The University of Vienna, Austria May 18, 1979
By the late Shaykh Ahmad Kuftaro, the Grand Mufti of Syria
yang hang tau ikan sardin sahaja,hang langsung tak tau Saladin !!!
http://www.islamic-study.org/saladin_%28salahu_ad-deen%29.htm
yang hang tau ikan sardin sahaja,hang langsung tak tau Saladin !!!
Saladin: a Benevolent Man, Respected by both Muslims and Christians
Tunisia
Ben Ali diktator-rakyat marah-Ben Ali tumbang-pilihanraya-Nehdah dan pakatannya menang-Rashid Ghannuchi(De Factor Leader) dan sahabat2 pimpin Tunisia
Baru mereka nak baiki kerosakan Tunisia yg dijahanamkan Ben Ali-Leyla -nak fokus kuatkan ekonomi-perbaiki jurang kekayaan-pengangguran-kemiskinan dll,pembangkang Tunisia ambil peluang insiden pembunuhan pimpinan pembangkang Tunisia untuk merancang kudeta
Pembunuhan tokoh pembangkang dikecam Nehdah dan pakatan,walaupun lawan mereka menuduh mereka terlibat dalam pembunuhan.Siapa yg membunuh tokoh pembangkang Tunisia sebenarnya?Mungkinkah ia satu strategi halus merampas kuasa-kudeta?
Sebelum ini 'salafi' Tunisia yg gopoh gapah banyak mengganggu pentadbiran baru Tunisia.
Betapa susahnya menjaga kestabilan politik negara.
Rashid Ghannuchi
Sahabat baik saya di Arab Turk Youth Congress dari Tunisia(perempuan) berambut panjang,pakai skirt pendek pun sokong Rashid Ghannuchi-pentadbiran Nehdah dan pakatannya dalam isu terbaru yg menimpa Tunisia.
Kalau Rashid Ghannuchi bawa pendekatan hikmahnya ke Malaysia akan ada orang kata beliau parasit-bawa faham sekular-liberal-plural-agen asing ''dan lain-lain yang sama waktu dengannya'
Ustaz Habib Sufi Alcari Duiti
''Yang paling penting sekarang ialah soal dalaman-perbaiki diri-individu-adab-akhlaq dll.Politik-politik ni karut kesemuanya.Politik2 ni kotor.Orang politik ni kotor '' ,kata Ustaz Habib Sufi Alcari Duiti
Seorang hadirin bangkit bangun bertanya soalan kepada sang ustaz:"Bagaimana pula dengan isu rasuah-penyelewengan kuasa-pecah amanah dikalangan pemimpin negara kita ustaz?''
Ustaz Habib Sufi Alcari Duiti diam membisu.Terpaku.
''Ayuh kita sama-sama berzikir......'' ,jawab Ustaz Habib Sufi Alcari Duiti
balik sahaja dari ceramah ,para hadirin akan menjadi lebih bodoh-semakin bodoh.
60 hari sebelum pilihanraya.Ceramah politik.
Penceramah A(dari Parti Y):''Parti X memang bodoh.Tak reti memimpin.Parti X celaka.Pemimpin parti X ada skandal.Parti X..blablabla....Parti X...blablabla.....Parti X ,,blablabla.....''
Penceramah B :''Jika kita menang ,kita akan bawa agenda W,agenda W ini ialah blablablabla......agenda ekonomi kita...blablabla....agenda pendidikan kita ..blablabla....kita akan......kita mahu.....kita harap....kita berhasrat.....''
Penceramah A dan Penceramah B ada dalam parti pemerintah dan ada dalam parti pembangkang.
Moral:Jangan sia-siakan baki waktu yg sangat singkat menjelang pilihanraya dengan ceramah-ceramah yang balik sahaja dari ceramah ,para hadirin akan menjadi lebih bodoh-semakin bodoh.
Dikurnia 2 telinga tapi dipaksa dengar sebelah telinga dan kadang2 pekak kedua belah telinga.
Tau tau dah pilihanraya,calon tak kenal pun,nak pangkah siapa?
Itulah bencana besar bila tiada pendidikan politik yg membolehkan rakyat memilih hanya calon terbaik pilihan mereka secara bebas.
Media yg berat sebelah-mengongkong,rakyat kurang pendedahan terhadap pandangan2 lain-alternatif -untuk buat penilaian-perbandingan sebelum memilih calon-parti pilihan mereka.
Dikurnia 2 telinga tapi dipaksa dengar sebelah telinga dan kadang2 pekak kedua belah telinga.
Keadilan:Nurcholish Madjid
"...dalam menegakkan keadilan,kita tidak tergoda oleh rasa benci kepada suatu kelompok manusia,sehingga kita menyimpang dari keadilan"-Nurcholish Madjid (Pesan-pesan takwa-Kumpulan Khutbah Jum'at di Paramadina)
PM,tolonglah umum tarikh pilihanraya segera.
Saya tak suka hentam PM Najib gila-gila seperti ramai penyokong Pakatan Rakyat.Sebab fokus saya sekarang kepada PM Rosmah.
Saya sgt kesian juga kat PM Najib selepas mendengar (dr sumber yg boleh dipercayai) kisah seorang yg rapat dgn ibunya ,Tun Rahah yg terpaksa bersabar dgn karenah menantunya PM Rosmah.
Apapun,tolonglah umum tarikh pilihanraya segera.
Tak umum tarikh pilihanraya menyebabkan banyak perancangan (masa depan)orang ramai terbantut dan saya salah seorang mangsanya.(Anda pun ,kan?)
Apakah persamaan antara Che Guevera dan Hassan Al Banna?
Baca sikit tentang Che Guevera malam ini dan teringat seorang mantan pimpinan ABIM kemudian bersama PKR dan kini bersama PAS yg pernah "melatih-mendidik" ku di satu program di Indonesia.Di pejabatnya ada ditampal gambar besar Che Guevera.
Soalan cepu emas hari ini:Apakah persamaan antara Che Guevera dan Hassan Al Banna?
"Bagaimana Anda bisa menulis banyak artikel?
"Bagaimana Anda bisa menulis banyak artikel?
Kuncinya, 'Tahajud Ilmiah'. Tahajud berasal dari kata jahada. Ijtihad berasal dari kata jahada dan jihad juga berasal dari kata jahada (kerja keras). Artinya, setelah shalat tahajud, tidak langsung tidur. Tetapi, dilanjutkan dengan ijtihad atau kerja pikir, membaca buku 100-200 halaman. Kemudian, hasil membaca dituangkan dalam satu hingga dua lembar tulisan. Itu namanya jihad ilmiah.
Kalau itu dilakukan setiap hari, dalam satu tahun akan diperoleh 730 lembar artikel. Kalau ini dilakukan secara kontinyu, akan terjadi perubahan sejarah.
Selama ini kelemahan umat Islam memahami tahajud hanya pada shalat. Tidak dilanjutkan dengan ijtihad dan jihad. Jihad itu ada bermacam-macam, ada jihad ekonomi, politik, lingkungan, dan lain-lain. Tetapi, yang saya lakukan yang saya suka, yaitu jihad ilmiah."-Prof-dr-k-yudian-wahyudi
http://www.republika.co.id/berita//no-channel/09/04/06/42308-prof-dr-k-yudian-wahyudi-dari-santri-jadi-guru-besar-di-as
Undi parti ini HARAM. Undi calon ini HARAM.
PRU 13 dah dekat.Jom jual fatwa.Jual jual,siapa nak beli?
Undi parti ini HARAM.
Undi calon ini HARAM.
Parti-parti....
Politik Malaysia akan lebih menarik jika PSM Parti Sosialis Malaysia diterima menyertai PR Pakatan Rakyat? Macam macam ada.
Kemudian Parti Salafi akan ditubuhkan ?Parti Anti Demokrasi?Parti NGO?Parti Anti Parti Politik?Parti Pilihanraya Haram?Parti Ahli Akademik?Parti Sufi?Parti Pondok?Parti Zikir?Parti Selawat?Parti Ahli Syurga?
Agenda Haram- Mengharam
Sedang berada di sidang media penubuhan Parti Haram SeMalaysia.Parti Haram Semalaysia akan bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen dalam PRU 13 nanti.Doakan cita-cita murni kami dalam Agenda Haram- Mengharam dalam Buku Haram kami berjaya.Dengan lafaz yg mulia "Haram!!!" ,kami akan berjuang demi hak rakyat Malaysia keseluruhannya.
Anak murid boleh jadi guru.Guru boleh jadi anak murid.
Guru kita bukan tahu segalanya.Ada perkara yg kita lebih tahu dari guru kita.Jangan taksub.Hormat.Anak murid boleh jadi guru.Guru boleh jadi anak murid.
Setuju?
Guru-guru jangan sesekali mengambil peluang atas kebodohan anak-anak murid.
Guru-guru perlu memberi keyakinan kepada anak-anak murid bahawa anak-anak murid ini mampu menjadi jauh lebih baik-lebih berilmu daripada guru-guru jika mereka(anak2 murid)belajar bersungguh-sungguh.
Guru-guru jangan sesekali mengambil peluang atas kebodohan anak-anak murid.
berbangga dengan kebodohan satu malapetaka
Berasa diri bodoh tidak mengapa,berbangga dengan kebodohan satu malapetaka
Agar dunia ini dipenuhi oleh orang-orang yg bodoh,bakar sahaja buku-buku di perpustakaan ini
Agar dunia ini dipenuhi oleh orang-orang yg bodoh,bakar sahaja buku-buku di perpustakaan ini ( status di perpustakaan yg akan ditutup 5 minit lagi).
Sahaja aku keluar dari perpustakaan dengan niat melawan pembodohan.
Sahaja aku kembali lagi ke perpustakaan ini esok hari.
engkaulah yang paling pandai di dunia ini
Sekali kau berhenti belajar,engkau akan merasa engkaulah yang paling pandai di dunia ini
Fitnah itu zikir harianmu
Fitnah itu zikir harianmu.Tanpa fitnah,engkau bukan engkau yang sebenarnya.Hidup tanpa fitnah satu kematian buat dirimu.Selamat membuat fitnah.Aku akan ziarah engkau di pintu neraka.
Disisi tuhan yang maha esa,engkaulah yang paling hina.
Kau hina manusia lainnya dan kau rasa engkaulah manusia yang paling mulia.Disisi tuhan yang maha esa,engkaulah yang paling hina.
Kau akan tersesat jika kau berhenti berfikir !!!
Nasihatmu kepadaku ''Hentikanlah berfikir,kau akan tersesat !!!'' dan nasihatku kepadamu ''Kau akan tersesat jika kau berhenti berfikir !!!''
Islam Sontoloyo
''Islam Sontoloyo: Pemikiran-Pemikiran Sekitar Pembaruan Pemikiran Islam '' oleh Sukarno.......Dimanakah boleh kudapatkan buku ini ya?
Sontoloyo ? Yang ku tahu hanyalah Usop Sontorian......
aku tanpamu bagaikan seorang gila yang bercakap seorang diri
wahai idea,datanglah kau kepadaku....
tidakkah kau mengetahui aku tanpamu bagaikan seorang gila yang bercakap seorang diri :)
taksub membabi buta kepada mazhab -aliran pemikiran -tokoh-parti-kumpulan2 dll?
Kepada yang taksub membabi buta kepada mazhab -aliran pemikiran -tokoh-parti-kumpulan2 dll,mari kita bertanya soalan "Pernahkah kamu berfikir apakah kehadiranmu di dunia ini hanyalah semata-mata untuk mengajak manusia lainnya mendekatkan diri mereka kepada kesemua itu? "
Jumpamu dalam mimpi indahku wahai pembaca teks.
Kerana kau terpaku kepada teks semata-mata,jangan hairan dan ajaib jika aku menikmati tidur yang paling nyenyak tatkala kau berkhutbah.Selamat tidur .Jumpamu dalam mimpi indahku wahai pembaca teks. :)
"Islamic Worldview" ini apa sebenarnya ya?
Sekadar bertanya "Islamic Worldview" ini apa sebenarnya ya?Mengapa mereka yg mendakwa memperjuangkan "Islamic Worldview" ini dilihat terikat dengan satu bentuk pemikiran tertentu dan dilihat sukar menerima pandangan yg dikatakan lari daripada "Islamic Worldview".Tak boleh ke kita berpegang kepada sesuatu yang lebih universal atau hikmah yang boleh dikutip dimana sahaja kita menjumpainya?
Satu lagi saya teringat satu soalan yg pernah ditanya kepada saya oleh seorang sahabat Filipina ketika kami lepak berdiskusi dalam satu program di Bali yg lebih kurang begini "Mengapa perlu ada pandangan hak asasi manusia(HAM) menurut agama-agama(hak asasi menurut Islam- Kristian-Buddha dll)?Bukankah kita semua manusia?Tidak adakah hak asasi manusia yg universal?".Soalan sama saya bawa dalam satu diskusi kumpulan bengkel di Pulau Pinang tempoh hari.Sampai sekarang saya tak jumpa atau belum jumpa jawapan2 kepada soalan2 ini.Apa pandangan kalian ya?Ada cadangan buku2-artikel-tulisan yg baik yg mengupas persoalan2 ini?
FB bukan hak milik eksklusif orang muda.Hidup orang tua !!!
Sudah beberapa orang profesor-ahli akademik-pensyarah sahabat Facebook ku yg ku terserempak dlm perjalanan dan mereka sempat bertanyakan tentang perkembangan terbaru dan menyentuh tentang status FB ku.Nampaknya mereka juga membaca status 2 FB ku.Alamak,kantoi.
Zaman tiada FB dulu kalau saya berjumpa mereka kadang2 sekadar bersalaman dan tiada modal nak bincang apa dengan mereka.Zaman aktif FB ini masing2 mengikuti status FB sahabat FB masing2 dan secara tak langsung boleh dijadikan modal perbincangan-diskusi setiap kali bertemu-terserempak.
Kepada guru-guruku teruskanlah menulis status FB masing2 kerana aku juga membaca status2 FB mereka walaupun jarang bersua muka dengan mereka.Semoga hasil status FB itu menjadi modal perbincangan bila bersua muka nanti.
FB bukan hak milik eksklusif orang muda.Hidup orang tua !!! Kalian kelihatan muda dgn status2 FB kalian :)
Membaca + mendengar tapi terlupa menulis+bercakap
Membaca + mendengar tapi terlupa menulis+bercakap mmm
Jom membaca+mendengar+menulis+bercakap.
Berfikir?
Mencari jawapan terhadap persoalan
Dalam kehidupan ini kita kena sentiasa mencari jawapan terhadap persoalan.Kalau kita berhenti mencari jawapan terhadap persoalan,lebih baik kita hidup di alam kematian.....mmmm...'hidup di alam kematian?' .Satu persoalan juga ni......:)
ada juga yg berpandangan ''bukan semua soalan ada jawapan''..
Mana pemikiran agama versi Malaysia ya?
Belajar di Arab Saudi ,balik Malaysia terus nak import pemikiran agama versi Arab Saudi,
Belajar di Iran,balik Malaysia terus nak import pemikiran agama versi Iran.
Dll negara: Amerika ke Turki ke Australia ke Jordan ke dll ke :)
Versi Malaysia?
Ada baju kurung nak pakai jubah hitam, Ada baju Melayu nak pakai jubah putih.
Ada baju kurung nak pakai jubah hitam,
Ada baju Melayu nak pakai jubah putih.
Saya nak pakai kesemuanya.
Keislamanku bukan bergantung kepada jenis pakaianku?
Jangan ada dalam kepala otakmu tahap keislamanmu meningkat tinggi hanya dengan terus memakai jubah hitam+jubah putih.
Setiap negara punya jenis pakaian yg berbeza dan jangan sesekali difikiranmu "pakaian Islam" hanya satu jenis satu versi iaitu pakaian yg sedang kamu pakai sekarang
'pertempuran' perbezaan pandangan seperti sunni/aswj-syiah-sufi-salafi?
Ada kemungkinan tak gerak kerja kita di lapangan seperti bantuan misi kemanusiaan dimana2,bela nasib orang miskin-oku-ibu tunggal-penghidap aids-rawatan penagih dadah-masalah sosial-kesukarelawanan dll lembab sebab wacana 'agama' kita masih berlegar sekitar 'pertempuran' perbezaan pandangan seperti sunni/aswj-syiah-sufi-salafi-...dll......?????
Hiii samseng samseng
Hiiii samseng samseng
Apa khabar?
Seronok jadi samseng?
Engkau dicipta dan dilahirkan untuk menjadi samseng ya?
Aku mendengar engkau melafazkan ikrar dan bersumpah menjadi samseng seumur hidup.Betul?
Biarpun kau mati berkali-kali,hidup semula,mati kembali,kembali hidup kau akan terus berkhidmat sebagai samseng ya?
Aku tahu tiada istilah pencen sebagai samseng dalam kamus hidupmu,
Hidup matimu hanyalah demi mencapai kebahagian hidup sebagai seorang samseng ,
Aku mendoakanmu semoga mati sebagai seorang samseng,
Akanku ziarahi pusaramu nanti dan mengukir kata-kata di batu nisanmu :-
''Sahabatku yang mati sebagai seorang samseng.Selamat menempuh hidup baru di neraka''
Askar-tentera pencen=Pegawai keselamatan?Pemandu teksi?
Ramai askar-tentera Malaysia yg dah ikut latihan ketenteraan yg lasak-lasak berpuluh-puluh tahun,lepas pencen ,sekadar(terpaksa) jadi pegawai keselamatan-pemandu teksi......
Apakah perkerjaan yg sesuai buat mereka selepas pencen ya?
Dengar arahan ketua.Serang !!!
Jangan pandang mudah apa yg telah didedahkan oleh mantan pimpinan tertinggi askar-tentera Malaysia ini.Ini soal keselamatan negara Malaysia.
Campur tangan politik melampau terhadap urusan ketenteraan menyukarkan kerja angkatan tentera."Perniagaan'' jual beli senjata,rasuah-penyelewengan kuasa-soal komisen -kronisme -kualiti peralatan ketenteraan-kebajikan tentera dll disentuh dalam ceramah ini.
Semangat kesetiakawanan-persahabatan-pengorbanan-disiplin tentera wajar ditauladani.
Ayuh bertempur di medan peperangan melawan ketidakadilan.
Dengar arahan ketua.Serang !!!
undilah calon Muslim..tidak utk calon bukan Islam.???
katanya ''undilah calon Muslim..tidak utk calon bukan Islam.Sanggupkah anda memangkah yg bukan Islam semata-mata utk kemenangan parti anda yg diwakili bukan Islam...fikirkan...tangan yang memangkah akan dipersoalkan di hadapan Allah...''
kata saya ringkas ''aduh!!!ada lagi pemikiran kuno sebegini ya?sedih sungguh''
Gelanggang perkongsian perdebatan idea dibuka.Masuk gelanggang.
Ibnu Battutah-Wali Songo(GPTD)
Tengahari tadi saya di sekitar Kotaraya bersama abang2 Bangladesh-Nepal-Myanmar-Filipina dll (rujuk http://www.youtube.com/watch?v=KY362XhCwqI dan http://www.youtube.com/watch?v=se9qCTYrdXY ) sebelum sempat singgah hadir ke program GPTD :-
‘’GPTD is the Malay acronym of Grup Pengkaji Tamadun Dunia (World Civilization Research Group) formed under Global Peace Mission to train young volunteers mainly students from higher education institutions, as social and relief workers as well as researchers of world civilizations.
GPTD was founded by Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman in 2001. The idea of its establishment was purposely to offer an alternative for young generations to explore the world besides overcome social problems.
Its logo was meant to be designed from the word 'rahmat' which is in Arabic that means blessing. With the spirit of spreading the blessing towards all mankind, our volunteers shall travel all over the world.
With love and care, we treat people especially those who are in need of help. We come and serve for them in order to provide them better lives.
In preparation for the field work, these young volunteers will be equipped with basic volunteer skills and trainings. From these trainings, only those qualified are eligible to enter the main projects.
GPTD has 5 main projects namely Spain-Latin America, France-Africa, China, Cocos Island and Turkey-Central Asia.
In 2010, GPTD starts on focusing its projects to 9 subgroups based on various scholars namely:
• Al-Fateh Group
• Cheng Ho Group
• Ibnu Khaldun Group
• Ibnu Battutah Group
• Wali Songo Group
• Tariq Ziyad Group (GIBRALTAR Group)
• Jil Salahuddin al-Ayyubi Group (Jil Saladin Group)
• HAMKA Group
• Jejak Melayu Group’’
(rujuk blog GPTD http://gptd.blogspot.com/2007/07/what-is-gptd.html)
Saya sempat mendengar perkongsian pengalaman kembara aktivis GPTD Grup Ibn Battutah & Wali Songo.
Ketika di Maghribi dulu kami sempat dibawa melawat ke satu makam yg dikatakan makam Ibn Battutah.Dan ketika di Turki dan di Mesir juga saya telah dibawa melawat ke pelbagai makam sehingga menyebabkan saya mula kurang berminat melawat makam-makam sebab terlalu banyak perbezaan pandangan tentang '' makam ini makam siapa?'' ''ada yg kata disini,ada yg kata disana'' ''kepalanya disini,tubuh badannya disana'' ''mungkin ini makamnya'' ''ada yg berpandangan ini makamnya'' ''entah ini makam siapa''......ada yg mencium-'bercumbu' dengan kekasih mereka 'sang besi' di makam..mmuahh!!(gaya DSAI)..ambil berkat kata mereka....campak duit pun ada(duit itu lebih baik derma kepada saya untuk dana kembara) dan pelbagai ragam manusia lagi..
Kalau saya dibawa ke makam sekalipun saya lebih suka membaca sejarah tokoh yg tercatat di pinggir makam tersebut.Sejarah cukup penting !!!
Kisah Ibn Battutah dengan pelbagai versi dan perbezaan pandangannya wajar dikaji dan dijadikan rujukan sekaligus menyuntik semangat anak muda untuk meneruskan kembara ilmu di universiti kehidupan yg sementara ini.
Ketika sesi soal jawab saya sempat melontarkan sedikit tambahan terhadap resolusi bagi agenda misi Grup Wali Songo (saya peminat kisah-kisah Wali Songo,,,,dan juga pendengar setia lagu Wali Band ! ).Di sini saya mengambil peluang menjelaskan serba sedikit pandangan saya yang sebahagiannya saya tidak sempat utarakan dalam sesi soal jawab tersebut.
Bagi saya ‘’ pendekatan kultur’’ Wali Songo wajar diberi perhatian serius bagi mereka yang berminat untuk mengkaji Wali Songo dan perlunya pemahaman terhadap adat budaya setempat tanpa mencedok bulat-bulat atau mengimport pendekatan negara lain(saya mengambil contoh mengimport pendekatan Arab Saudi,Iran,Turki,Mesir dll).Saya berharap para peminat Wali Songo(termasuk saya) dapat memberi fokus kepada soal seni-budaya ,dapat menghasilkan karya kritik sosial,teater,lagu,lirik lagu,wayang kulit,sastera-puisi-cerpen,novel,dokumentari-filem,dan sebagainya yang sesuai dalam konteks zaman sekarang dengan mengambil semangat ‘pendekatan kultur’wali songo tersebut.
Saya juga sempat mengambil contoh di Indonesia misalnya ‘’sholawat jawa’ yang menggunakan bahasa yang difahami oleh majoriti masyarakat Jawa tanpa perlu meng’arab’kan kesemuanya.Kita dapat melihat peningkatan terhadap sambutan majlis-majlis zikir-solawat di Malaysia yang kebanyakannya dalam Bahasa Arab dan tidak ramai yang cuba menghasilkan zikir-solawat dalam Bahasa Melayu dengan lebih kreatif.
Dalam konteks Malaysia juga kita dapat melihat peningkatan kecenderungan sesetengah pihak yang suka mengharam(agenda haram-mengharam?),dan membidaahkan sesuatu dan barangkali pendekatan perjuangan wali songo boleh dijadikan contoh terbaik bagi menangani pemikiran jumud dan tidak berhikmah tersebut.
http://www.youtube.com/watch?v=u3PPa-2dVng
http://www.youtube.com/watch?v=YRAEpZRj9cs
http://www.youtube.com/watch?v=sokUmnz-G6w
Classroom Mumbai
kalau anda tak minat isu politik(kepartian-kenegaraan dll) atas alasan nak jadi 'neutral' 'bebas' 'tak berpihak' 'tak sokong siapa-siapa' 'tak sokong mana-mana' 'atas pagar' 'bawah katil' 'tepi longkang' 'dalam kubur' dll lebih anda fokus kepada gerak kerja ini.
Tapi pada masa yg sama janganlah sesekali melupakan isu rasuah-penyelewengan kuasa-jenayah-harga barang-perumahan-pengangkutan-dll kerana ia juga punya kaitan erat dengan gerak kerja di bawah....
http://www.facebook.com/photo.php?v=10151249495430588
(Classroom Mumbai)
SHOLAWAT DAN SYAIR GUSDUR SYAIR TANPO WATON : (SYAIR YANG BELUM ADA JUDULNYA)
SHOLAWAT DAN SYAIR GUSDUR
SYAIR TANPO WATON : (SYAIR YANG BELUM ADA JUDULNYA)
Astaghfirullah robbal baroya..
Astagfirullah minal khotooya..
Robbi zidni ilmannaafiia..
Wawaffikni amalan soliha..
//aku mohon ampun pada Allah,
tuhan sekalian makhluk..
//Aku mohon ampun pada Allah,
dari segala kesalahan..
//Tuhanku tambahkan aku ilmu
yang bermanfaat..
//Dan berikan taufiq kepadaku
untuk beramal sholeh..
Ya rosulallah salammunalaik..
yaa rofiasaaniwaddaaroji..
atfatayaji rottal aalami..
Yauhailaljuu diwaalkaromi..
//Wahai utusan Allah, semoga
keselamatan tetap padamu..
//Wahai yang berbudi luhur
dan bermartabat tinggi..
//Rasa kasihmu wahai
pemimpin tetangga
//Wahai ahli dermawan
dan pemurah hati
Ngawiti ingsun nglara syiiran
Kelawan muji maring pangeran
Kang paring rohmat lan kenikmatan
Rino wengine tanpo pritungan 2x
//Kuawali dengan melantunkan syair
//Dengan memuji kepada Tuhan
//Yang memberi rahmat dan kenikmatan
//Siang dan malam tanpa perhitungan 2x
Duh bolo konco priyo wanito
Ojo mung ngaji syareat bloko
Gur pinter ndongeng nulis lan moco
Tembe mburine bakal sangsoro 2x
//Wahai sahabat pria dan wanita
//Jangan hanya mengaji hukum saja
//Hanya pandai bercerita menulis
dan membaca
//Akhirnya hanya akan sengsara2x
Akeh kang apal Quran haditse
Seneng ngafirke marang liyane
Kafire dewe dak digatekke
Yen isih kotor ati akale 2x
//Banyak yang hafal Quran dan Haditsnya
//Senang mengkafirkan orang lain
//Kekafirannya sendiri tak diperhatikan
//Kalo masih kotor hati akalnya
Gampang kabujuk nafsu angkoro
Ing pepaese gebyare ndunyo
Iri lan meri sugihe tonggo
Mulo atine peteng lan nistho 2x
//Mudah tertipu nafsu angkara
//Dalam hiasan gebyarnya dunia
//Iri dan dengki kekayaan tetangga
//Maka hatinya gelap dan nista2x
Ayo sedulur jo nglaleake
Wajibe ngaji sak pranatane
Nggo ngandelake iman tauhidnya
Baguse sangu mulyo matine 2x
//Mari saudara jangan lupakan
//Kewajiban mengaji dan tingkatannya
//Bagusnya bekal mulia matinya 2x
Kang aran soleh bagus atine
Kerono mapan seri ngelmune
Laku thoriqot lan ma’rifate
Ugo hakekot manjing rasane 2x
//Yang disebut orang baik itu
bagus hatinya
//Karena sempurna seri keilmuannya
//Melakukan thariqat dan ma’rifatnya
//Juga hakekat sampai terasa 2x
Alquran qodim wahyu minulyo
Tanpo ditulis biso diwoco
Iku wejangan guru waskito
Den tancepake ing jero dodo2x
//Alquran qodim wahyu yang mulia
//Tanpa ditulis bisa dibaca
//Itu wejangan guru waskita
//Ditancapkan ke dalam dada2x
Kumantil ati lan pikiran
Mrasuk ing badan kabeh jeroan
Mujizat rosul dadi pedoman
Minongko dalan manjinge iman 2x
//Tertempel di hati dan pikiran
//Merasuk ke dalam badan dan tubuh
//Mujizat rasul jadi pedoman
//Sebagai jalan meniti iman 2x
Kelawan Allah kang moho suci
Kudu rangkulan rino lan wengi
ditirakati diriyadhohi
dzikir lan suluk jo nganti lali 2x
//Karena Allah yang maha suci
//Harus mendekatkan diri siang dan malam
//Diusahakan dan dilatih
//Dzikir dan suluk jangan dilupakan 2x
Uripe ayem rumongso aman
Dununge roso tondo yen iman
Sabar narimo najan pas pasan
Kabeh tinakdir saking pangeran 2x
//Hidupnya tentram dan merasa aman
//Itulah perasaan tanda beriman
//Sabar menerima meski pas pasan
//Semua yang ditakdirkan dari Tuhan 2x
Kelawan konco, dulur lan tonggo
Kang padha rukun….
Iku sunnahe rasul kang mulya
nabi Muhammad panutan kita2x
//Terhadap teman, saudara dan tetangga
//Yang saling rukun…
//Itu sunnah Rasul yang mulia
//nabi Muhammad suri tauladan kita-2x
Ayo nglakoni sekabehane
Allah kang bakal ngangkat drajate
Senajan ashor toto dhohire
Ananging mulyo maqom drajate 2x
//Mari melakukan semuanya
//Allah yang akan mengangkat derajatnya
//Meskipun rendah secara lahiriah
//Namun mulia kedudukan derajatnya 2x
Lamun palastro ing pungkasane
Ora kesasar roh lan sukmane
Den gadang Allah swargo manggone
Utuh mayite ugo ulese 2x
//Saat tiba pada akhirnya
//Tidak tersasar roh dan sukmanya
//Disanjung Allah surga tempatnya
//Utuh mayatnya juga kafannya 2x
mahasiswa yang bodoh tetapi pandai sedikit daripada lembu
Untuk melahirkan mahasiswa yang bodoh tetapi pandai sedikit daripada lembu maka mereka perlulah disumbatkan dengan satu pandangan sahaja dan sebarang pandangan yang berlawanan dengan pandangan yang disumbatkan itu perlulah diharamkan dan adalah satu kewajipan untuk menghalang mahasiswa daripada mendengar pandangan-pandangan yang bertentangan yang dikira mampu menggugat status mereka sebagai calon mahasiswa yang bodoh tetapi pandai sedikit daripada lembu.
Profesor Kangkong didahulukan,Profesor Petai diutamakan
Profesor Kangkong didahulukan,Profesor Petai diutamakan