Tuesday, February 19, 2013

"Islamic Worldview" ini apa sebenarnya ya?

Sekadar bertanya "Islamic Worldview" ini apa sebenarnya ya?Mengapa mereka yg mendakwa memperjuangkan "Islamic Worldview" ini dilihat terikat dengan satu bentuk pemikiran tertentu dan dilihat sukar menerima pandangan yg dikatakan lari daripada "Islamic Worldview".Tak boleh ke kita berpegang kepada sesuatu yang lebih universal atau hikmah yang boleh dikutip dimana sahaja kita menjumpainya? Satu lagi saya teringat satu soalan yg pernah ditanya kepada saya oleh seorang sahabat Filipina ketika kami lepak berdiskusi dalam satu program di Bali yg lebih kurang begini "Mengapa perlu ada pandangan hak asasi manusia(HAM) menurut agama-agama(hak asasi menurut Islam- Kristian-Buddha dll)?Bukankah kita semua manusia?Tidak adakah hak asasi manusia yg universal?".Soalan sama saya bawa dalam satu diskusi kumpulan bengkel di Pulau Pinang tempoh hari.Sampai sekarang saya tak jumpa atau belum jumpa jawapan2 kepada soalan2 ini.Apa pandangan kalian ya?Ada cadangan buku2-artikel-tulisan yg baik yg mengupas persoalan2 ini?

No comments:

Post a Comment