PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan
Tuesday, February 19, 2013
Melayu-Islam di Pulau Pinang.
Ketika di Pulau Pinang baru2 ini(4 hari),saya dan sahabat2 kuliah Universiti Jaringan Anak Muda sempat membuat kajian lapangan tidak rasmi tentang Melayu-Islam di Pulau Pinang
Setiap kali berjumpa orang tua-muda dalam kunjungan kami ke beberapa rumah tokoh-saudara mara-sahabat kami di sana kami mengambil peluang mendapatkan maklumat tentang Melayu-Islam di Pulau Pinang.
Kami juga sempat berjalan kaki meninjau kawasan kampung yg diduduki oleh orang Melayu-Islam di sana.
Seorang bergelar "Dato' " mantan pentadbir tertinggi kerajaan sebuah negeri (kami menginap semalaman di rumahnya) dengan sukarela membawa kami meninjau juga kawasan rumah-hartanah mewah sambil menerangkan harga hartanah-siapa yg memilikinya-sejarahnya dll.Beliau pelik mengapa wang zakat tidak digunakan utk membeli hartanah2 tersebut,dan menekankan kesedaran terhadap sistem waqaf.
Seorang ayah kpd sahabat kami juga menceritakan bagaimana nasib kampung asalnya yg kini sudah lagi tiada,dan rumah beliau yg kami ziarahi tersebut ialah rumah pampasan kpd penduduk kampung asal yg dipaksa pindah ke rumah flat sederhana kecil untuk memberi peluang kpd pihak pemaju membangunkan perumahan mewah di tanah tapak asal kampung mereka yg banyak diduduki oleh orang luar seperti Hong Kong,Singapura dll.
Ramai yg menjual tanah milik nenek moyang mereka,terpaksa berpindah ke kawasan lain,dan tanah -tapak asal berpindah milik ke tangan orang lain,terpukau dgn wang ringgit dan sanggup menjual tanah demi wang ringgit
Pakcik dan sepupu kpd sahabat kami pula menceritakan kisah menarik di sebalik nasib orang Melayu-Islam di Pulau Pinang tersebut.Kata mereka semua ini berlaku kerana pengkhianatan pemimpin Melayu Islam di negeri mereka sendiri dan bukannya kerana penindasan oleh bangsa lain.
Sahabat saya juga mendakwa orang kampung telah ditipu oleh pemimpin Melayu Islam sendiri agar berpindah rumah,mendapat rumah pampasan tanpa mengetahui sebenarnya pemimpin Melayu Islam itu sendiri rupanya mendapat komisen tinggi dari pihak pemaju perumahan mewah tersebut.
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik KRONI !!!
" Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia"
No comments:
Post a Comment