Monday, August 02, 2010

Pendidikan Al-Hikmah dan misi pencerahan-Himpunan pidato kependidikan-Dato Dr Siddiq Fadzil(1)

Mukadimah Penulis

-‘Syukurlah jika masih ada yang sudi mendengar suara hati di tengah maraknya budaya...(yaquluna bi afwahihim ma laysa fi qulubihim) lain di mulut lain di hati.Mujurlah masih ada yang berani menghadirkan pembicara yang kritis di musim leluasanya budaya ampu.Mungkin masih ramai yang kurang berselera mendengar pidato-pidato ceremonial para pembesar yang biasanya hanya membaca teks hasil perahan otak orang lain.Yang jelas,semakin ramai orang yang tidak mahu diperbodoh dengan ‘ceramah-ceramah bodoh’.Dan jangan-jangan ‘intelektual’ pengampu pun lama-lama bosan sendiri.Berapa lama mereka berasa seronok memperbodoh dan menipu diri?’

-‘Pendidikan adalah faktor paling kritikal dalam perjuangan membina kualiti umat.’

-‘Krisis yang sedang berlaku dinilai cukup berat kerana telah merebak sampai ke jantung pendidikan itu sendiri sehingga pendidikan telah kehilangan esensinya sebagai proses pembinaan dan pengutuhan insan.’

-‘Pencahayaan dan pencerahan Ilahi itulah yang harus menjadi salah satu misi penting pendidikan’

-‘Justeru,pendidikan tanwiri adalah pendidikan yang memberikan pencerahan kepada anak-didik sehingga mereka mampu melihat segala sesuatu sebagaimana adanya,menepati wujud hakikinya’

-‘..pendidikan Islam harus mampu melakukan pembinaan akliah-rohaniah secara seimbang’

-‘Kekuatan ruhaniah adalah tonggak utama keunggulan umat generasi silam’

-‘Melayu adalah bangsa yang memiliki kesedaran yang cukup tinggi tentang hati.Mungkin Bahasa Melayulah ,bahasa yang paling banyak menggunakan kata hati—suka hati,susah hati,puas hati,baik hati,busuk hati,hati batu dan seterusnya.’

No comments:

Post a Comment