Monday, April 27, 2009

Lidahnya beku kerana buku???

''Mentang-mentang bersahabat dengan buku ,janganlah diputuskan persahabatan dan pergaulan dengan manusia.Banyak ulat buku yang putus pertaliannya dengan manusia,hanya fikirannya yang menerawang tetapi beku bila bergaul.Lidahnya beku kerana buku!Ajaib...!''-HAMKA dalam bukunya PERIBADI terbitan Pustaka Dini

Tuesday, April 21, 2009

“Pentas 152: Amanat Buat Pejuang Muda”.


Pada 26 April 2009, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) akan menganjurkan satu aktiviti bagi menghayati semangat Perjuangan Bahasa Melayu bertajuk “Pentas 152: Amanat Buat Pejuang Muda”.

Antara pengisian program tersebut ialah persembahan deklamasi puisi, sajak dan lagu khas dari tetamu jemputan seperti Amin Iskandar (Black) dan Rahmat Haron, wakil-wakil NGO serta wakil-wakil AIC. Berikut adalah butiran program:

Tarikh : 26 April 2009
Masa:8 malam
Tempat: Rumah Kelab AIC (Yayasan Aman PJ)


Laman Web Hebahan: http://www.anwaribrahimclub.com/pentas152/ || http://pentas152.blogspot.com/

Seterusnya acara kemuncak bagi Pentas 152 adalah merupakan amanat dari Datuk A. Samad Said, Sasterawan Negara yang merupakan Pejuang Bahasa buat sekian lamanya, termasuklah sama-sama memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Semua dijemput hadir.

Semoga usaha kecil ini mampu memberikan impak yang besar di kalangan golongan muda yang sayangkan identiti bangsa!

Friday, April 17, 2009

Antara yang menarik dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur



18 Apr 2009 10:00 AM - 12:00 AM Majlis Perasmian PBAKL Ke 28 Dewan Merdeka PWTC

19 Apr 2009 3:00 PM - 4:00 PM Bersama Pemenang SEA Write Award- A.Ghaffar Ibrahim (AGI) Ruang Legar/Lobi PWTC Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia

21 Apr 2009 10:00 AM - 11:00 AM Pelancaran Buku 'Murtad' Terbitan MUSTREAD Oleh YB Mufti Perak Ruang Legar/Lobi PWTC

21 Apr 2009 1:00 PM - 2:00 PM Pelancaran Buku "SEJARAH PERKEMBANGAN GERAKAN ISLAM" Ruang Legar/Lobi PWTC Sarjana Media Sdn Bhd


22 Apr 2009 12:00 PM - 1:00 PM Pelancaran Buku " Gaza Menangis & Tokoh Gerakan Islam Abad Moden" Ruang Legar/Lobi PWTC Sarjana Media Sdn Bhd

22 Apr 2009 4:00 PM - 5:00 PM Pelancaran Buku Nik Nur Madihah - Catatan hati Nik Nur Madihah : Kesusahan tidak menghalang kejayaan oleh HIJJAZ Ruang Legar/Lobi PWTC Hijjaz Records Sdn Bhd

23 Apr 2009 10:00 AM - 1:00 PM Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia oleh Pelajar LIMKOKWING Ruang Legar/Lobi PWTC

23 Apr 2009 1:00 PM - 2:00 PM Pelancaran Buku " THE MISSION OF ISLAM IN THE CONTEMPORARY WORLD" by Japanese Prof. Hassan Nakata Ko. SABA ISLAMIC MEDIA Ruang Legar/Lobi PWTC Saba Islamic Media Sdn Bhd

24 Apr 2009 4:00 PM - 5:00 PM Promosi Ensaiklopedia Warisan Dan Kesenian Islam / Hansard Ruang Legar/Lobi PWTC Ebiza Sdn Bhd

25 Apr 2009 11:00 AM - 12:00 AM Pelancaran Buku 'Bercinta Sampai Ke Syurga' oleh Ustaz Hasrizal Abd Jalil

25 Apr 2009 12:00 PM - 1:00 PM Forum Malaysia Membaca leh BUKUONLINE.ORG Ruang Legar/Lobi PWTC

25 Apr 2009 5:00 PM - 7:00 PM Pelancaran Buku dan Filem Ketika Cinta Bertasbih Habibur Rahman Anjuran AL-HIDAYAH Ruang Legar/Lobi PWTC Al-Hidayah Publishers

26 Apr 2009 3:00 PM - 4:00 PM Baca Puisi PENA Ruang Legar/Lobi PWTC Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

26 Apr 2009 4:00 PM - 6:00 PM Dialog Pinggir PENA : Faizal Tehrani, Habibul Rahman Bilik Seminar Johor/Kedah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

Tuesday, April 14, 2009

Peperiksaan vs Budaya Ilmu??

Maaf, penulisan anda tidak sekritikal tahap yang kami tetapkan. Penulisan yang bagus adalah penulisan yang dibawa bersama input-input yang dapat dikongsi disamping rempah-rempah idealisme mahasiswa. Cuba lagi. Sekian.

(Email yang saya terima daripada ketua editor satu laman web mahasiswa(ala malaysiakini?) setelah cuba menghantar tulisan dibawah ini ......kahkahkah(gelak hishamudin rais sambil menukar tiub...kahkahkah)-Mujur ada blog sendiri........

Musim peperiksaan di Universiti Malaya semakin hampir tiba.

Suasana mula lengang di fakulti-fakulti.

Perpustakaan pula semakin hari semakin meningkat pengunjungya daripada kalangan mahasiswa UM.

Kehadiran mereka ke perpustakaan ini bukanlah bertujuan untuk membaca buku,membuat kajian penyelidikan dan sebagainya tetapi untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan yang bakal kunjung tiba.

Masing-masing mencari tempat yang sesuai untuk ber’uzlah’.

Nota-nota kuliah semenjak awal semester pengajian mula dikumpulkan,dibaca dan dibuat ringkasan....

Jadual peperiksaan mula diberi perhatian dan jadual pembelajaran dan ulangkaji setiap matapelajaran mula disusun.

Semuanya demi peperiksaan......

Saya berfikir sejenak .

Mungkinkah ini yang dikatakan ‘ Exam oriented’ –berorientasi kan peperiksaan semata-mata?Entahlah,,,

Dalam keghairahan menuntut ilmu di universiti ,apa yang kita mahu kejar sebenarnya?lulus peperiksaan? ‘pointer’-‘CGPA’ tinggi ?sijil?diploma? ijazah? atau apa sebenarnya.....???

Jawapan kepada persoalan ini hanya mampu dijawab oleh para mahasiswa sendiri....
Menjelang musim peperiksaan ini,saya membaca kembali buku tulisan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu.

Beberapa perkara penting menarik perhatian saya tatkala kita membicarakan soal peperiksaan ini.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud mengulas tentang tujuan pendidikan kini yang pada pandangan Ronald Dore mirip apa yang dipanggil ‘penyakit diploma’ - ‘diploma disease’ atau pengejaran yang tergesa-gesa untuk mendapatkan sijil bukan kerana nilai dalaman kependidikannya tetapi kerana nilai ekonomi dan martabat sosial yang mungkin diperolehi melaluinya(ms 119)

Beliau juga menyentuh bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu pada masa kini.

Satu kenyataan menarik yang ditulis Prof Wan Mohd Nor Wan Daud dalam bukunya ini wajar diberi perhatian oleh seluruh mahasiswa yang bakal menduduki peperiksaan nanti.

‘’Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat’’(ms 119)

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan bukan pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh,hafalan dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan(ms 120)

Sewajarnya perkara-perkara penting di atas direnung dan dihayati oleh seluruh mahasiswa.

Selamat menduduki peperiksaan...

Ikhlaskan niatmu menuntut ilmu....

Bersama menghayati budaya ilmu...

Jihad menuntut ilmu.....

Saturday, April 11, 2009

Senam Ruhul Jadid

Dekat-dekat musim peperiksaan ini baru saya perasan saya rupanya sudah lama tak bersenam-bersukan-riadhah.

Patutlah tak ada mood nak hadapi peperiksaan.

Slip peperiksaan pun belum diambil lagi.

Jadual peperiksaan pun baru semak.

Nota kuliah belum kumpul sepenuhnya lagi.Apatah lagi dibaca keseluruhannya.

Rasa macam tak puas belajar lagi semester ni.(Banyak ponteng kuliah ke ni?)

Tiba-tiba datang pula musim peperiksaan(kan elok datang musim buah-buahan ke musim bunga ke....)

Alangkah indah hidup ini..(dengan rentak lagu Nada Murni),belajar di universiti tanpa peperiksaan......

Ok.Tak apa.

Lupakan sebentar hal peperiksaan..

Biarkan hal peperiksaan itu dibicarakan oleh mereka yang suka peperiksaan....(penganut ‘agama exam-oriented’)

Haha...nampak sangat anti peperiksaan....

Kembali kita kepada hal bersenam-bersukan-riadhah.

‘’Otak cerdas.Badan cergas’’.....-Sihat-Ibadah-Dakwah-Jihad-Syahid...(tafsir sendiri lah...terpulanglah kalau nak takwil...)

Ketika menginap di Kolej Kediaman Kelima dahulu(zaman muda-muda dulu-tahun 1),hampir setiap petang saya akan joghing(walking sebenarnya) mengelingi UM.

Dari Kolej 5 ,melintasi Pusat Sukan-Padang APIUM-naik bukit(daki gunung Kinabalu....jangan percaya!)-turun bukit-...bla...bla...melintasi DTC-pusing-pusing jalan-jalan dulu dacing sekarang bulan(eh silap!!....)-pusing-pusing sekitar padang varsiti-terjun berenang di tasik varsiti(kenapa?...tak percaya?...Jangan percaya!.....-sehinggalah hampir masuk waktu maghrib baru kembali ke Kolej 5(dengan selamatnya..) dalam keadaaan tercungap-cungap......

Tapi setelah masuk tahun 2 (Kolej 11)dan tahun 3(Kolej 12)(1 tahun 1 Kolej Kediaman),tiada lagi(ikut rentak lagu Amy Search),joghing-walking....-bowling-....boxing(jangan percaya)....

Yang ada hanyalah(ikut rentak lagu Nowseeheart)....talking....meeting......

Menjelang masuknya musim peperiksaan(yang saya tak suka itu),eloklah saya insaf dan bertaubat untuk kembali bersenam-bersukan-riadah....

Kata Ustaz Dahlan Arshad,apa guna ada ilmu tapi tak sihat?(Lalu dijawab oleh saya dan sahabat saya ,upin-ipin:Betul,betul,betul......

Jom kita bersenam-bersukan-riadhah.....

Tak tau bersenam?,,,,,

Jom kita belajar Senam Ruhul Jadid,-
http://www.youtube.com/watch?v=ffVgWaUm4-M&feature=related

Apabila Tok Guru Nik Aziz minat ROCK Ketuhanan-ROCK Rohani....




-‘’Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan.

"Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka,"

-Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.

"Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik,"

http://pantainews.blogspot.com/2009/04/tg-nik-aziz-terharu-perubahan-artis.html


-“Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi ‘ikon’ baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan remaja.

“Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah apapun boleh berlaku,”


http://siasahdaily.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-terharu-apabila-artis.html

-"Apabila melihat persembahan Amy, melihat wajahnya dan mendengar lagu-lagunya saya menangis tetapi ramai orang tidak sedar. Saya menangis kerana apabila artis rock menyanyikan lagu ketuhanan ia sekali gus menolak tanggapan negatif terhadap mereka seperti dadah, perempuan dan maksiat.

"Saya kagum dan gembira kerana melalui suara, makhluk Allah berupaya memanfaatkannya ke jalan Allah dan menyampaikannya kepada masyarakat,"

- Kumpulan artis juga mempunyai tanggungjawab menegakkan Islam melalui acuan masing-masing. Misalnya apabila mereka berkarya, selit-selitkan bait ketuhanan kepada khalayak,"

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm



Tok Guru Nik Aziz nampaknya mempunyai minat yang sama seperti saya iaitu menghayati lirik lagu ketuhanan.Dalam program yang dinyatakan dalam sedutan berita di atas,Tok Guru Nik Aziz sempat menghayati tiga buah lagu yang disampaikan oleh Raja Rock Malaysia,Amy Search iaitu ‘Tiada Lagi’, ‘Mentari Di Ufuk Timur’ (yang ditujukan khas buat Nik Aziz) dan Isabella.

Di bawah ini disertakan lirik 3 lagu tersebut.

Tiada Lagi

Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu


Mentari Merah Di Ufuk Timur

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal


Isabella

Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...

Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta

1
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...

Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella....

Friday, April 10, 2009

Novel mencari tuhan :Cogito Allah Sum?

Novel mencari Tuhan

Oleh SITI AINIZA KAMSARI(Utusan Melayu-
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Bukan sebarangan tulisan jika si penulis cuba menggugat kedudukan tuhan dalam kepercayaan atau akidah untuk watak yang mendokong plot sesebuah karya. Sehinggalah pada muka 9 buku ini, kita jadi tersentak apabila watak utama dalam buku ini, iaitu Rayyan mula menunjukkan belang dengan memandang sinis bapanya yang sedang tekun dan khusyuk berzikir selepas menunaikan sembahyang Subuh.

"Eh…ayah dan ibu masih lagi melakukan ibadat yang sia-sia itu. Seandainya mereka mengetahui bahawa tuhan itu tidak wujud…," kata Rayyan dalam hati.

Sesungguhnya buku ini mempunyai tema yang unik ingin disampaikan. Iaitu mengisahkan bagaimana seorang anak muda yang dilahirkan dalam keadaan ekonomi keluarga yang agak mewah dan yang lebih penting mempunyai ibu bapa yang begitu berpegang kuat kepada Islam tetapi sebagai anak, tanpa sebarang keraguan, Rayyan mengaku memilih kepercayaan sebagai seorang ateis.

Bagaimana seorang anak yang diberikan segala keperluan dan ditanggung pelajarannya dalam bidang kedoktoran sanggup melakukan penghinaan sebegini rupa malah mempunyai azam untuk turut menyesatkan kedua orang tuanya sendiri.

Rayyan mengaku bahawa perkenalannya dengan golongan yang materialistik, komunis dan falsafah barat memberikan kekuatan kepada dirinya untuk menafikan kewujudan Allah dan langsung untuk tidak mempercayai-Nya.

(Mungkin bukan sesuatu yang mustahil bilamana pada hari ini, terutama kalangan anak muda atas nama kebebasan berfikir, begitu memanipulasikan pemikiran mereka sehinggakan kewujudan Allah begitu dijadikan persoalan).

Begitu pun apa yang boleh difahami dari tajuk buku ini, Cogito Allah Sum? Ahli falsafah yang juga seorang saintis dan pakar Matematik terkemuka Perancis, Rene Descartes menjadikan frasa ini sebagai tagline kepada ajarannya, iaitu satu frasa falsafah latin terkenal yang bermaksud: "I think, therefore I am" atau dalam olahan yang lain, "I Think, therefore I exist".

Lalu tajuk novel ini, Cogito Allah Sum mungkin dimaksudkan "I think, therefore Allah exists" yang maksudnya "Semakin aku berfikir, ternyata Allah semakin ada" atau "Aku berfikir, maka dengan itu aku tahu bahawa Allah itu wujud."

Sebagaimana yang terjadi pada Rayyan sebenarnya, semakin jauh dia cuba meninggalkan tuhan, namun semakin fikirannya sebenarnya berkecamuk dan hidup masih tidak tenang.

Sementara siapakah penulis novel ini yang begitu berani untuk menjayakan satu watak yang cuba menafikan Allah itu wujud.

Malah pada satu peringkat begitu memperolok-olokkan Allah dengan segala perkataan yang jahat dan derhaka malah secara lantang mengajak rakan-rakan sekampus agar hidup ini jangan ada peranan tuhan di dalamnya.

Penulis merupakan seorang anak muda, iaitu Lalu Mohammad Zaenudin yang lahir pada tahun 1986. Beliau adalah graduan di Fakulti Teknik Jurusan Elektronik dan Telekomunikasi Universiti Gajayana, Indonesia.

Menarik perhatian

Seorang yang aktif malah merupakan Presiden Mahasiswa (Presma) Universiti Gajayana Malang (2007-2008) dan novel sebaik ini merupakan novel pertama tulisan beliau.

Buku ini yang pada asalnya dalam bahasa Indonesia di bawah terbitan Diva Press yang kemudiannya diterjemahkan dengan baik mengikut persekitaran dan gaya bahasa tempatan bagi menjayakan satu watak murtad yang tidak mustahil wujud di mana-mana jua.

Sebagai ibu bapa, mereka dapat membaca dan mengetahui perubahan si anak, namun berbanding ibu bapa lain yang kecewa kerana mempunyai seorang anak yang tidak lagi mempercayai tuhannya, ibu bapa Rayyan melepaskan anak mereka dengan penuh tawakal.

Berbanding hendak dipukul atau dileteri, ibu bapa Rayyan meyakini si anak akan menemui semula Tuhannya dengan pengalaman hidup kerana itu pasti akan lebih menjanjikan satu pengalaman yang sangat mengajar dan menginsafkan.

Dalam satu forum di kampus yang Rayyan anggap sebagai satu usaha untuk memberi kesedaran, beliau telah menyebabkan para penontonnya kagum.

Segala kepakaran berhujah beliau telah berjaya menarik perhatian pendengar. Hujah dimulakan dengan pendapat beliau yang bersekongkol dengan teori Darwin berikutan penemuan fosil manusia purba disebut sebagai pichecanthropus erectus itu.

"Perkara ini sedikit sebanyak menyindir orang yang berpegang kepada pegangan agama seperti Islam. Ini kerana nenek moyang mereka yang pertama adalah monyet. Tetapi mereka menamakannya sebagai Adam," hujah Rayyan menyindir.

Anak muda ini mengakhiri hujah yang mendapat tepukan gemuruh bahawa tuhan hanya lahir dari pemikiran dan anggapan manusia dan ini memberikan kesimpulan bahawa tuhan itu sebenarnya tidak wujud.

Berbanding mempercayai apa juga bentuk ketuhanan, hidup sebagai ateis sebenarnya lebih gelap lagi. Tanpa secebis pun hidayah dari tuhan, hidup benar-benar menjadi nanar. Begitu terjadi kepada Rayyan, sehingga ke peringkat beliau menjadi mabuk, minum arak dan akhirnya berteleku di hadapan mimbar masjid akibat tidak dapat menahan lagi hidup yang sering dicabar dengan pelbagai dugaan!

Atas sifat-Nya yang Maha Penyayang, maka di setiap lorong yang gelap, sinar di hujungnya yang menanti dan mujur Rayyan juga sempat menikmati!

Beliau beroleh bantuan terutama dari seorang yang bergelar Tuan Haji yang menemukan beliau kembali kepada mengenali tuhan! Dibimbingnya anak muda itu secara bijak dan berhemah dalam keadaan hati Rayyan terbuka sedikit demi sedikit selepas melalui pelbagai kemalangan dan kecelakaan dalam hidup.

Namun untuk tidak mudah bagi Rayyan apabila terkadang masih diganggu pemikiran-pemikiran yang ateis. Kalangan rakan yang ateis tentu tidak menyenangi kembalinya semula Rayyan kepada mengakui kebesaran Allah sehinggakan anak muda ini telah diuji dengan dua soalan sahaja.

Jika kedua-dua soalan ini tidak dapat dijawab oleh Rayyan, maka sebagai pertaruhan wajib bagi Rayyan kembali seperti sebelumnya.

Soalan tersebut termasuklah, bolehkah Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya dan Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi.

Soalan kedua, bolehkah Allah menciptakan makhluk yang lebih hebat, kuat dan lebih berkuasa dari diri-Nya jika benar tuhan itu Maha Pencipta?

Bagaimana anda sendiri, tahu jawapannya? Untuk lebih mudah dan pasti segala-galanya terjawab dalam bab terakhir buku ini. Anda tidak sahaja berpuas hati kepada jawapan yang diberikan tetapi rasanya akan lebih berpuas hati kepada keseluruhan persembahan buku ini. Maka tepat sekali, pada buku ini terdapat label: Novel Inspirasi bagi pencari tuhan!

Bingkai Kehidupan

Kertas projek saya bertajuk Pengajian Tafsir Di Madrasah Al-Juneid Al-Islamiah Singapura belum siap lagi.

Waktu semakin suntuk untuk saya menyiapkannya walaupun sebenarnya saya tidak tahu bila tarikh akhir menghantarnya.

Saya tidak berminat untuk mengetahui tarikh akhir menghantar kertas projek ini kerana lebih berminat untuk menyiapkannya....Haha...Betul ke?,,,,

Dah siap bab berapa dah?

Inilah soalan yang paling banyak ditanya kepada saya sejak akhir-akhir ni.

Saya hanya mampu membalas persoalan ini dengan ...membalas soalan yang serupa...!!

Sempena selesainya pengajian subjek bagi semester ini dan masuknya ''study week''(Tiada istilah ''study week'' bagi saya semester ini memandangkan ''study week'' inilah saya lebih fokus 100 peratus untuk menyiapkan kertas projek),saya perlu menyuntik semangat saya untuk meneruskan perjuangan jihad ilmu ini dan seperti biasa saya menyuntiknya dengan lagu-lagu muzik sambil menghayati liriknya......

Lagu pilihan untuk permulaan 'study week'' ini ialah lagu Bingkai Kehidupan nyanyian kumpulan Shoutul Harakah dari Indonesia(kader PKS katanya ya,pak?mbak?).

Video Klip-
http://www.youtube.com/watch?v=pA_MLZ1U9RA#

Bingkai Kehidupan-Shoutul Harakah

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur?anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

Allah adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alquran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allahadalah,
Cita-cita kami tertinggi

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
AlMautu fi sabilillah, asma amanina

Allah adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alquran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah,
Cita-cita kami tertinggi
Cita-cita kami tertinggi

Tuesday, April 07, 2009

Opick :Bila waktu telah berakhir dan Rapuh


Salah satu hobi saya ialah mendengar lagu (muzik) sambil menghayati senikata -liriknya

Antara penyanyi yang cukup saya minati nyanyiannya ialah Opick ,penyanyi daripada negara Indonesia.

Opick suatu ketika dahulu mempunyai kumpulan band muzik tersendiri yang menyanyikan lagu-lagu Rock dan kini beliau banyak menyanyikan lagu-lagu ketuhanan.

Maklumat lanjut tentang Opick ,rujuk kepada -
http://id.wikipedia.org/wiki/Opick

2 buah lagu utama nyanyian Opick pilihan terbaik saya ialah lagu bertajuk ‘Bila Waktu Telah Berakhir’ dan ‘Rapuh’

Di bawah ini disertakan link untuk mendengar 2 buah lagu tersebut dalam Youtube dan juga senikata-lirik lagunya untuk sama-sama kita hayati keindahan ‘roh’ muzik dan menyelami makna senikata –lirik lagunya.

1) ‘Bila Waktu Telah Berakhir’-
http://www.youtube.com/watch?v=Row45JVFKsA

Bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
bagai manakah bila semua
hilang dan mati meninggal kan diri mu

Bagimanakah bila saat nya
waktu terhenti takkau sadari
masihkah ada jalan bagi mu untuk kembali
mengulang ke masa lalu

Dunia....dipenuhi dengan hiasan
semua..dan segala yang ada
akan kembali pada Nya
Bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal

Bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi...

2)Rapuh-
http://www.youtube.com/watch?v=oWKbR0yhjWo




Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Sunday, April 05, 2009

Pemuda harus jadi rajawali,santapan paginya adalah HALILINTAR dan PETIR!!!

Satu puisi yang tercatat pada penanda buku(hadiah daripada Konsultan SangSurya yang mengendalikan bengkel sewaktu Temu Pemuda Serantau 1 di Kaliurang,Yogyakarta) menarik perhatian saya.
Di bawah ini saya sertakan puisi tersebut....untuk dibaca...di deklamasi....dihayati..

MURID

Hai guru,
Aku terjepit dengan berbagai masalah dan kesulitan hidup,
Aku tidak tahu,harus lari kemana?

JAWAB SUFI

Justru kehidupan semacam Itulah yang harus kau tempuh,
Kalau engkau ingin menjadi Rajawali

Maka kau harus membuat sangkar di puncak-puncak gunung,
Di pohon-pohon yang tinggi,
Sehingga setiap hari kau dihantam petir,
dengan demikian kau berhak menjadi Rajawali.

Kalau kau takut pada tantangan,
kau sembunyi saja di ketiak ibumu,
buatlah sangkar di semak-semak belukar,
jadilah anak ayam atau burung pipit.
(Jangan pergi jauh dan jangan ke mana-mana)

Pemuda harus jadi Rajawali,
santapan paginya adalah halilintar dan petir!!!

Saturday, April 04, 2009

Syeikh Feiz Muhammad:Dulu atlet sukan bina badan-boxing sekarang pendakwah....

Malam ini saya hadir ke program makan malam dan mesyuarat Al-Khadeem Youth (Yayasan Al-Khadeem) di rumah sepupu saya di Kajang(bersebelahan rumah saya!!-seorang sahabat mengajak saya menemani beliau mengikuti program di Kajang dan rupa-rupanya program itu bersebelahan sahaja dengan rumah saya!!!...apa lagi,...balik rumah lah.....

Sampai sahaja di rumah sepupu saya,para hadirin sudah memulakan sesi ‘melahap’.

Makanan laut-dengan udangnya..fishball...ketam...dan adik beradiknya menjadi hidangan,,,

Saya lebih suka melahap dan me'rembat 'roti-roti Arab dan daging....

Turut hadir ialah pengasas Yayasan Al-Khadeem,ustaz Hussein Yee dan Syeikh Faez Muhammad dari Australia.

Saya bukanlah ahli jemaah Al-Khadeem tetapi pernah beberapa kali mengikuti program jemaah ini.

Sebaik sahaja selesai makan malam dan solat isya berjemaah ,mesyuarat Al-Khadeem Youth bermula.

Ustaz Hussein Yee menyampaikan amanatnya dalam bahasa Inggeris menyentuh tentang peranan pemuda dalam gerakan dakwah.

Syeikh Faez Muhammad asal Australia pula telah diamanahkan untuk memimpin Al-Khadeem Youth pada kali ini dan beliau menyampaikan amanatnya juga dalam Bahasa Inggeris(loghat Australia? ).

Sebelum ini saya hanya mendengar nama Syeikh Faez daripada sepupu dan beberapa orang sahabat yang aktif dengan Al-Khadeem.

Tubuhnya sasa umpama ahli bina badan.(selalu masuk GYM kot...)..

Rupa-rupanya beliau bekas atlet sukan yang aktif dengan sukan Boxing dan bina badan di Australia dahulu dan kini aktif dengan gerakan dakwah dengan fokus utamanya kepada anak muda Islam.

Beliau juga pernah memimpin Global Islamic Youth Centre(GIYC).

Maklumat lanjut tentang GIYC rujuk:-
http://www.youtube.com/watch?gl=GB&hl=en-GB&v=bpbnwGQpGHI#

Maklumat lanjut tentang diri beliau juga boleh merujuk kepada :-
http://en.wikipedia.org/wiki/Feiz_Mohammad
http://sheikhfeiz.com/aboutsheikhfeiz.html

Beliau menyampaikan nasihat kepada ahli Al-Khadeem Youth yang hadir dengan penuh semangat ,tegas dan serius bagai seorang komander tentera.

Memang meremang bulu roma(dan bulu mata mengelip bagai bulu mata unta...) mendengar nasihat beliau yang disampaikan seolah-olah seorang panglima perang yang menyeru anak buah supaya memberikan komitmen yang menyeluruh,serius dan berani mara ke medan JIHAD.......

Disarankan gerakan mahasiswa Islam di kampus universiti membina jaringan dengan gerakan dakwah seperti Yayasan Al-Khadeem ini dan memanfaatkan pendakwah muda seperti Syeikh Faez ini yang mampu menyuntik semangat anak muda untuk terus istiqamah berdakwah secara profesional dan gerak kerja yang sistematik.

Di bawah ini disertakan beberapa link ceramah Syeikh Faez dalam Youtube:-

http://www.youtube.com/watch?v=LnWxJX0egRU
http://www.youtube.com/watch?v=cIIZNq53mwo&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=AuR-JChntHs
http://www.youtube.com/watch?v=TQCWHkIxuGM&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=zslxnr8Pz94&feature=related

Perjalanan Hidup-Ramli Sarip


Berjam-jam lamanya mengadap skrin komputer ;menaip kertas projek(bukan projek mega!) cukup meletihkan.

Bahu terasa lenguh.
Mata terasa juling.
Perut terasa lapar.

Mujur ada muzik yang mampu merehatkan minda menenangkan jiwa.(Terima kasih Profesor Youtube)

Sambil mendengar muzik sambil menghayati lirik lagu....

Bro.Ramli Sarip,satu lagu!!!..OK...Perjalanan Hidup!!!

Hidup Rock Ketuhanan!!!


http://www.youtube.com/watch?v=Qy4ExRtKhMY#

PERJALANAN HIDUP

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya perjalanan ku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku


Lirik oleh Dr.Wan Zawawi

Friday, April 03, 2009

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW dan Haul Syaikh Abdul Qadir al-Jilani

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW dan Haul Syaikh Abdul Qadir al-Jilani
Tarikh: 15 Rabiulakhir 1430H/ 11 April 2009
Tempat: Masjid Negara, Kuala Lumpur
Majlis bermula: 4.30 petang – 9.30 malam


Antara jemputan khas:
• Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Negara Iraq)
• Al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Ulama Makkah)
• Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Ulama Makkah) - membacakan Qasidah Burdah
• Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti al-Azhar, Mesir)
• Shohibus Samahah Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Besar Mesir)
• Al-Habib Hassan bin Muhammed bin Salim al-Athtas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
• Maulana Afeefuddin al-Gailani (Syaikh Tariqah Qadiriah)
• Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC)
• Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi


Aturcara Majlis

4.30pm -- Sholat ‘Ashar Berjemaah

4.45pm -- Persembahan Audio Visual Sirah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم

5.15pm -- Pembukaan Pengaraca Majlis

5.30pm -- Ceramah 1 - Prof. Dr. Rafi' al-Ani (Mufti Iraq)

6.00pm -- Ceramah 2 – al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Makkah)

6.30pm -- Qasidah Burdah - Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Makkah)

6.50pm -- Syair - Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir)

7.05pm -- Ceramah 3 - Dr. Muhammad El-Muhammady (Pensyarah ISTAC)

7.25pm -- Azan dan Sholat Maghrib

7.45pm -- Ceramah 4 - Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Mesir)

8.31pm -- Azan dan Sholat ‘Isyak

8.40pm -- Ceramah 5 - Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki (Pengasas Yayasan SOFA)

8.50pm -- Bacaan Maulud ad-Daiba'ie – al-Habib Hassan bin Mohammad bin Salim al-Atthas (Masjid Ba’alawi, Singapura)

9.20pm -- Doa Penutup - Syaikh Maulana Afeefuddin Abdul Qadir al-Gaylani (Pengerusi Amanah Al-Wariseen)

9.30pm -- Jamuan & bersurai
Semua dijemput hadir.

Makumat lanjut hubungi Pn Nursham/ En. Muhammad Amin (03-4251 8555/ 8666) email: info@alwariseen.org

Wednesday, April 01, 2009

Kembara di Singapura

Tajuk Kertas Projek

Pengajian tafsir di Madrasah al-Juneid al-Islamiah Singapura.

Demikianlah tajuk kertas projek saya yang perlu disiapkan seberapa segera .
Tatkala sahabat-sahabat lain sedang sibuk menyiapkan dan menaip beberapa bab daripada kertas projek mereka,saya masih mencari-cari bahan untuk kertas projek tersebut apatah lagi dengan kelewatan menyiapkan proposal bahkan hanya mendapat kepastian tajuk sebenar setelah beberapa bulan semester ini berjalan.

Tajuk asal kertas projek saya ialah Pengajian Tafsir di Singapura yang kelihatan seperti tajuk peringkat Master dan kemudiaannya setelah berbincang semula dengan penyelia kertas projek akhirnya dikecilkan skop kajian dengan memilih salah sebuah madrasah di Singapura dan saya memilih Madrasah Al-Juneid Al-Islamiah sebagai fokus kajian.

Sebelum ke Singapura

Saya bertekad untuk ke Singapura seorang diri membuat kajian lapangan di Madrasah Al-Juneid setelah gagal menjumpai bahan-bahan penting di sekitar Malaysia memandangkan masa semakin suntuk untuk saya menyiapkan kertas projek .
Tatkala sahabat-sahabat yang lain sudah menyiapkan bab 3 hingga bab 4 ,saya masih belum menyiapkan walaupun Bab 1.

Setelah membuat penyelidikan tentang Madrasah Al-Juneid dan hal ehwal Singapura melalui bacaan di internet(terima kasih Pak Cik Yahoo ,Makcik Google,Ustaz Wikipedia dan sanak saudara mereka...),mengutus email tentang surat makluman kajian dan proposal kertas projek kepada pihak madrasah , serta mengirim SMS kepada seorang sahabat di Singapura ,akhirnya saya bertekad menaiki bas di hentian Bas Pudu untuk ke Singapura seorang diri.

Ketika ingin membuat tinjauan harga tiket ke Singapura,saya ke kaunter tiket bas ke Singapura berdekatan Stesyen Keretapi Kuala Lumpur dan harga tiketnya ialah RM 88 dan kemudiaannya saya terus ke kaunter bas di Pudu dan mendapati tiket bas ke Singapura hanyalah RM 39 sahaja.
Saya menaiki bas Greenland Express daripada Hentian Pudu jam 10 malam dan tiba di Golden Mile Complex di Singapura sekitar jam 3 pagi.

Daripada Masjid Sultan ke Madrasah Al-Juneid

Selepas solat subuh di Masjid Sultan,saya berehat sebentar dan kemudiaannya mandi pagi di sana.
Masjid Sultan bagi saya memang ‘mesra musafir ‘dengan membenarkan para musafir tidur di sekitar kawasan masjid,menyediakan kelengkapan bilik mandi yang bersih dan percuma.

Saya melihat beberapa senarai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Masjid Sultan dan seperti yang sedia maklum,masjid-masjid di Singapura cukup aktif dengan pelbagai program yang kreatif serta pengurusannya yang professional.

Sepanjang perjalanan ke Singapura ini saya tidak membawa pun 2 benda penting bagi seorang penggembara iaitu Kamera dan Peta.

Saya juga tidak tahu di mana Victoria Street tempat terletaknya Madrasah Al-Juneid memandangkan saya hanya mengambil alamat madrasah tersebut melalui internet dan hanya melihat sepintas lalu peta Singapura dalam internet.

Jadi saya menggambil keputusan untuk berdikari mencarinya sendiri dengan berjalan kaki sekitar Bandar Singapura dengan hanya berpandukan papan tanda.
Malu bertanya sesat jalan.

Tatkala hampir sampai di Victoria Street,saya melihat sekumpulan pelajar wanita Islam bertudung labuh menuruni bas dan berjalan menuju ke destinasi mereka.Lantas saya bertanya kepada salah seorang daripada mereka apakah mereka itu pelajar madrasah dan kebetulan mereka merupakan pelajar madrasah tertua di Singapura iaitu Madrasah As Saggoff (untuk pelajar perempuan sahaja)yang sempat saya selidiki tentang maklumat madrasah ini hasil pembacaan melalui laman-laman web.

Saya bertanya kepada mereka di mana Madrasah Al-Junied dan mereka memberi panduan jalan ke Madrasah Al-Juneid yang sebenarnya tidak jauh daripada tempat saya bertemu dengan mereka tersebut.

Saya tidak terus ke Madrasah Al-Juneid sebaliknya sengaja mencari Madrasah As Saggof apatah lagi ia merupakan madrasah yang tertua di Singapura yang dibina pada tahun 1912.

Setelah menjumpai Madrasah As Saggof ,saya melintasi pula Malay Heritage Centre atau Istana Kampung Gelam tetapi ketika itu ia masih belum dibuka untuk lawatan.
Lantas saya berjalan kaki terus menuju ke Madrasah Al-Juneid dan sebaik sahaja melihat bangunan Madrasah Al-Juneid,sedikit kelegaan dan gembira hati saya sambil bermonolog seorang diri;’permulaan yang terbaik.’

Urusan di Madrasah Al-Juneid

Tibanya saya di Madrasah al-Juneid terus saya ke kaunter pertanyaan di tingkat bawah madrasah.Sungguh Indah reka bentuk dan lanskap madrasah al junied ini .
Saya memperkenalkan diri kepada kerani yang menjaga kaunter tersebut dan menceritakan serba sedikit tentang kajian yang akan saya lakukan nanti.
Setelah menunggu sebentar,saya di bawa terus ke pejabat naib mudir madrasah dan disana saya menemubual naib mudir madrasah berkenaan latar belakang dan pengajian tafsir di madrasah ini.

Rupa-rupanya beliau sudah dimaklumkan tentang perancangan kajian saya melalui email proposal kajian yang saya hantar ke alamat email madrasah ini.Dan sebenarnya juga saya dimaklumkan oleh seorang ustazah yang turut bersama saya dan naib mudir bahawa beliau sebenarnya ada menghantar email balasan kepada saya meminta maklumat lanjut dan tarikh kehadiran saya di Madrasah Al Juneid ini.
Kesilapan saya apabila tidak membaca email balasan tersebut sebaliknya terus datang mengejut ke madrasah ini.

Banyak maklumat yang saya perlukan saya dapatkan melalui temubual dengan naib mudir madrasah ini dan kemudiaannya pula saya menambahkan maklumat kajian dengan menemubual pula seorang ustaz daripada Indonesia yang mengajar tafsir di madrasah ini yang turut bersama-sama saya di bilik pejabat naib mudir madrasah.
Naib mudir madrasah menghadiahkan saya sebuah buku rujukan tentang Madrasah Al-Juneid manakala ustaz yang mengajar tafsir tadi pula membantu saya photostat muka hadapan beberapa buah buku rujukan berkenaan tafsir yang digunapakai di madrasah ini.
Alhamdulillah urusan saya di Madrasah Al-Juneid ini dipermudahkan Allah.
Saya melangkah keluar daripada pintu masuk madrasah ini dengan penuh harapan dapat kembali lagi ke madrasah ini.

Terserempak Surya di Singapura

Saya mengenali Surya tatkala hadir ke program Bedah Buku Ketika Cinta Bertasbih bersama Habiburahman El-Shirazi (kerjasama PBMUM-PPI-PMIUM-PMAPIUM) di IPS,UM yang lalu.

Selepas solat jumaat di Masjid Sultan tanpa disangka-sangka saya terserempak dengan Surya kembali.Turut bersamanya ialah Hj Sulaiman,ayahnya.
Saya hanya memaklumkan kehadiran ke Singapura melalui SMS kepada Musab kawan baik Surya yang turut hadir dalam bedah buku dahulu namun tidak memaklumkan kepada Surya kerana menyangka beliau menetap di Indonesia.

Sebaik sahaja bertemu,kami makan tengahari bersama di sebuah restoran Indonesia berdekatan Masjid Sultan.(Surya belanja).
Kami bersembang pelbagai topik sambil menjamu makan tengahari.

Di Wardah Book Store

Kedai buku ini terletak berdekatan sahaja dengan Masjid Sultan.Kami singgah di kedai buku ini memandangkan Surya ingin bertemu dengan sahabatnya yang menjaga kedai buku ini .
Agak lama kami singgah di kedai buku yang menjual pelbagai buku-buku menarik terutamanya buku-buku tentang Islam dari United Kingdom dan disini jugalah saya memasang telinga mendengar Surya dan sahabatnya itu berdiskusi dan berdebat pelbagai topik ilmiah.

Saya dan ayah Surya hanya mendengar sahaja diskusi tersebut sambil berehat di sofa kedai buku ini.
Ayah Surya juga sempat mengulas proposal kajian saya dan mengkrittik serta memberikan pelbagai cadangan kepada saya bagi menambahbaik dan memantapkan lagi kajian saya nanti.

Ayah Surya yang juga merupakan seorang Ketua Program Studi Pendidikan di Universiti Muhammadiyah di Sumatera Utara ,Indonesia mengadu kepada saya betapa bimbangnya beliau dengan Surya yang terlampau suka dan kuat membaca,berdiskusi dan berdebat bahkan beliau meminta pandangan saya bagaimana boleh membantu Surya menghentikan minat dan ketagihan membaca terlampau ini!!!

Bapa Surya meminta saya cuba berdiskusi dan berdebat dengan Surya sebentar dan akhirnya Surya berhenti berdiskusi dengan sahabatnya tadi dan kini berdiskusi dengan saya pula atas permintaan ayahnya.

Ayahnya meminta saya berdiskusi dengan beliau agar saya melihat sikap dan perwatakan beliau tatkala berdiskusi dan memastikan adakah Surya ini sukar mendengar pandangan orang lain atau tidak.

Diskusi bersama Surya

Pada mulanya saya tidak tahu hendak berdiskusi tentang topik apa dan kemudiannya mata saya terpandang kepada sebuah buku berkenaan Badiuzaman Said Nursi di atas rak buku Wardah Book Store ini lantas saya meminta pandangan Surya tentang Badiuzaman Said Nursi.

Jawapan dan kupasan Surya cukup menarik dan beliau bukan sahaja memperkatakan tentang Said Nursi semata-mata malah mengaitkan pendekatan Said Nursi dalam politik dan pendidikan@mendidik ummat dengan pendekatan Al-Ghazali ,Syed Mohamad Naquib Al-Attas dan Fethullah Gulen.

Banyak maklumat baru yang saya peroleh daripada diskusi bersama Surya dan Surya yang kuat membaca buku-buku dalam Bahasa Inggeris memberitahu saya beliau dalam perancangan mahu mendalami dan menguasai Bahasa Arab pula.

Hari Pertama di Perpustakaan Nasional Singapura

Surya membawa saya dan ayahnya ke Perpustakaan Nasional Singapura yang terletak agak strategik di tengah kota Singapura.
Di perpustakaan inilah menurut ayah Surya tempat Surya selalu lepak bergelumang dengan buku-buku .
Bagi saya inilah perpustakaan yang terbaik ,tercanggih dan terbesar yang pernah saya jejakkan kaki ke dalamnya.

Sebelum ini perpustakaan terbaik yang masuk dalam senarai pilihan saya antaranya ialah Pusat pembelajaran kejiran@PPK di Presint 8 Putrajaya,Perpustakaan Az Zahra’ di Kubang Kerian ,Kelantan,perpustakaan UM Nilam Puri,Perpustakaan API UMKL,Perpustakaan Utama UMKL,Perpustakaan Pusat Islam,Perpustakaan UIAM ,Perpustakaan Negara dan lain-lain lagi.
Bangunan Perpustakaan Nasional Singapura ini tingginya lebih daripada 11 tingkat(Saya lepak di tingkat 11 manakala Surya di tingkat 7)
Memang mata saya terbeliak melihat pelbagai buku menarik yang saya jumpa di atas rak-rak buku perpustakaan ini.

Kalaulah bukan saya ingin fokus mencari bahan-bahan tentang kajian tafsir di Madrasah Al-Juneid pasti saya akan ‘berkampung’ dan ‘bermalam’ di perpustakaan ini untuk membaca buku-buku pilihan.
Banyak bahan maklumat tentang kajian yang ingin saya lakukan ditemui di perpustakaan ini.

Hari sudah lewat petang menghampiri waktu maghrib.Saya,Surya dan Ayahnya masih di perpustakaan.
Sebenarnya saya bercadang ingin pulang ke Kuala Lumpur malam ini juga tetapi menyedari betapa banyaknya maklumat tentang kajian yang saya perolehi di perpustakaan ini dan masih banyak yang belum diambil catatannya,jadi saya membatalkan hasrat ingin pulang malam ini atau kata lain,tambah satu hari lagi Singapura!!!

Berjumpa Mus’ab di kedai pakaiannya di Temporary Market

Sebaik sahaja keluar daripada perpustakaan,saya dan ayah Surya menaiki bas menuju ke Temporary Market untuk berjumpa dengan sahabat saya,Mus’ab.
Surya tidak mengikuti kami kerana mahu menyelesaikan bacaan dan penyelidikannya di perpustakaan tadi.

Menurut ayah Surya,Surya sanggup tidak makan nasi hanya demi membaca buku!!
Akhirnya,saya berjumpa juga dengan Mus’ab yang sedang berkerja menjaga kedai kainya.Mus’ab membantu keluarganya menjual pakaian-pakaian seperti jubah dan tudung wanita dari negara Arab,kain batik dan lain-lain pakaian lagi.
Setelah menutup kedainya ,kami singgah solat maghrib di surau Darul Arqam Singapura yang pernah saya kunjungi tatkala kali pertama ke Singapura menziarahi sahabat FMSA dan NUSMS bersama-sama rombongan PKPIM dahulu.

Mus’ab mempelawa saya bermalam di rumahnya apabila mengetahui saya menangguhkan hasrat ingin pulang pada malam itu manakala ayah Surya ingin pulang ke rumahnya.
Saya meninggalkan ayah Surya dengan penuh kesedihan memandangkan beliau sudi menemani saya berjalan-jalan sekitar Singapura ini semenjak kami bertemu selepas solat Jumaat sehinggalah hampir maghrib.
Banyak ilmu dan pengalaman hidup yang sempat beliau curahkan pada saya sepanjang pertemuan sebentar kami ini.

Di Rumah Mus’ab di Pasir Ris

Dalam perjalanan ke rumah Mus’ab,Mus’ab berhenti di sebuah kedai di tepi jalan dan membelanja saya makan buah durian beberapa biji.


Kemudiannya kami menaiki MRT dan bas terus ke rumah Mus’ab.
Di rumah Mus’ab saya bersembang panjang dengan ayahnya sebelum tidur tentang beberapa isu dan malam itu saya tidur nyenyak keletihan dalam kembara seharian.
Keesokan paginya,emak Mus’ab menghidangkan sarapan pagi kepada saya dan sarapan pagi tersebut cukup saya gemari iaitu roti dengan telur,mentega dan madu serta air teh arab.

Emak Mus’ab turut memberi saya seutas tasbih yang cantik untuk dihadiahkan kepada emak saya dan katanya sebagai tanda saya selamat sepanjang tinggal semalaman di rumahnya.

Dari rumah Mus’ab,saya dan Mus’ab menaiki bas dan kemudiaanya MRT dan di perhentian MRT kami berpisah dengan Mus’ab turun ke perhentian berdekatan kedai pakaiannya manakala saya meneruskan perjalanan ke perhentian yang paling hampir dengan Perpustakaan Nasional Singapura.

Saya berterima kasih kepada Mus’ab sepanjang bantuannya tatkala saya di Singapura dan kami berjanji akan bertemu lagi suatu masa nanti.
Terasa sedih berpisah dengan sahabat saya ini.

Inilah nilai persahabatan.

Kami hanya baru berkenalan satu hari sahaja tatkala hadir ke program Bedah Buku di UM.

Tatkala Mus’ab di UM,saya membantu beliau beberapa urusan dan tatkala saya di Singapura pula Mus’ab membantu saya pula.
Allah jua yang paling banyak membantu kami.

Hari Kedua di Perpustakaan Nasional Singapura

Perpustakaan Nasional Singapura buka sekitar 10 pagi dan saya tiba di sana sekitar 12 tengahari.
Dari pukul 12 tengahari itulah sehingga hampir masuk solat Maghrib,saya bergelumang dengan buku-buku di perpustakaan ini.

Pada mulanya saya cuba menyiapkan beberapa catatan penting tentang tajuk kajian saya dan kemudiaannya saya memilih dan membaca pula buku-buku pilihan yang saya temui di beberapa tingkat rak buku perpustakaan yang cukup besar dan canggih ini.
Sekali sekala saya keluar berehat berjalan-jalan di luar perpustakaan dan selepas itu menyambung kembali tugasan di dalam perpustakaan.

Saya cukup berpuas hati dengan suasana budaya ilmu di perpustakaan ini dan berjanji akan mewajibkan diri hadir ke perpustakaan ini sekali lagi jika berkunjung ke Singapura pada masa akan datang.

Pulang ke Kuala Lumpur

Dari Singapura ,saya menaiki bas ke Johor Bharu.Pada mulanya saya ingin pulang terus ke Kuala Lumpur dari Singapura tetapi mujur Mus’ab, Surya, dan ayahnya memaklumkan kepada saya bahawa kos tambang lebih jimat jika ke Johor Bharu@Larkin terlebih dahulu memandangkan kita tidak perlu membayar menggunakan wang dollar Singapura.Jika dari Singapura terus ke Kuala Lumpur,harga tiket lebih mahal kerana bayaran menggunakan Dolar Singapura.

Saya tiba di Johor Bharu sekitar pukul 10.30 malam dan terus menaiki bas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 11 malam dan akhirnya tiba dengan selamat di hentian Pudu pada sekitar pukul 4 pagi.

Kembara 2 hari di Singapura cukup memenatkan tapi penuh nikmat.Semoga ia menambahkan ilmu dan pengalaman hidup buat saya.Jalan-jalan ....Cari Tuhan........