Wednesday, December 31, 2008

Teater anti ISA 'Bilik Kecil'

21 Disember 2008-Malam ini saya berkesempatan menonton Teater anti ISA 'bilik kecil' -Teater bukan teater’ anjuran Majlis Peguam dan Gerakan Mansuhkan ISA bertempat di Majlis Peguam@Bar Council berdekatan dengan Pasar Seni@Central Market.

Sambutan daripada penonton amat memberangsangkan barangkali disebabkan teater ini hanya mengenakan bayaran sebanyak RM 10(untuk tabung mangsa ISA) dan juga disebabkan penonton yang hadir pada malam ini ingin mengetahui tentang situasi sebenar yang dialami oleh tahanan ISA di Kamunting.

Teater bilik kecil ini menampilkan hanya seramai 6 orang pelakon tetapi mampu menggambarkan secara kasar beberapa peringkat dan proses yang akan dihadapi oleh seseorang tahanan ISA.

Dalam teater yang diarahkan oleh bekas tahanan ISA,Hishamudin Rais ini ,digambarkan suasana sesi soal siasat antara polis cawangan khas(SB) dengan aktivis reformasi .

Soal siasat oleh SB terhadap aktivis reformasi ini dipenuhi dengan carut-marut ,tengking,belasah,pukul,tampar,terajang dan 1001 cara yang digunakan oleh SB untuk mendapatkan maklumat dan mengorek rahsia pergerakan reformasi.
Turut digambarkan dalam teater ini ialah kisah penderitaan yang dialami oleh para isteri tahanan ISA tatkala suami mereka ditahan di bawah ISA.

Teater ini agak santai dan dipenuhi dengan unsur komedi lucu namun cukup untuk memberi kesan kepada penonton untuk lebih memahami tentang nasib seseorang yang ditahan di bawah ISA.

Tuesday, December 30, 2008

Gazebo di Kompleks Perdana Siswa UM: Jadikan ia medan terbuka mahasiswa UM berhimpun,bersuara dan berkarya

Kadang-kadang saya terfikir apakah tujuan pihak Universiti Malaya mewujudkan ‘Gazebo’ di Kompleks Perdana Siswa(KPS) .Bukannya murah kos pembinaan gazebo ini dan sebarang pembaziran perlu dielak apatah lagi ia melibatkan penggunaan wang rakyat.
Amat malang sekiranya kewujudan Gazebo di KPS yangtersergam indah ini tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pihak pentadbiran Universiti Malaya dalam usaha melahirkan mahasiswa yang benar-benar menjiwai makna mahasiswa seterusnya mampu menyumbang kepada agama,bangsa dan tanah air.

Jika dilihat sebelum ini Gazebo di KPS seringkali meriah sebagai pentas utama penganjuran program-program berbentuk hiburan semata-mata tetapi agak lesu dengan program-program yang dapat memperkasakan budaya ilmu dan tradisi keintelektualan mahasiswa.
Di universiti-universiti ternama dunia seperti di Universiti Oxford,Universiti Harvard,Universiti Cambridge dan sebagainya juga mempunyai kawasan terbuka seperti gazebo ini tetapi apa yang menariknya ia dijadikan pentas utama untuk mahasiswa berhimpun,bersuara dan berkarya atau dengan kata lain ia menjadi milik mahasiswa dan mahasiswa bebas untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin dalam mengasah bakat, mengilap potensi dan mencabar pemikiran mereka agar menjiwai makna mahasiswa yang hakiki.

Kedudukan gazebo di KPS yang dikira agak strategik bahkan menjadi kawasan lalu lalang mahasiswa Universiti Malaya sewajarnya diambil kesempatan oleh aktivis-aktivis mahasiswa untuk mengadakan program-program terbuka seperti pidato umum,debat,forum ,wacana,bedah buku ,deklamasi puisi dan lain-lain program yang diisi sepenuhnya oleh mahasiswa untuk mahasiswa.

Cuma yang menjadi persoalannya apakah pihak pentadbiran Universiti Malaya bersedia memberi ruang kepada mahasiswa untuk memanfaatkan gazebo di KPS ini sebebas-bebasnya tanpa sebarang gangguan (dengan pemantauan sahaja)?

Kalau benar pihak pentadbiran Universiti Malaya mahu menekankan aspek komunikasi,ketrampilan,pembinaan syahsiah dan lain –lain kepada mahasiswa seperti mana yang sering dilaung-laung dan digembar-gemburkan oleh pihak pentadbiran Universiti Malaya,maka tiada jawapan lain yang perlu dijawab oleh pihak pentadbiran Universiti Malaya kepada mahasiswa keseluruhannya melainkan membenarkan mahasiswa menghidupkan dan merancakkan gazebo di KPS ini dengan program-program yang menjunjung tinggi budaya ilmu dan tradisi keintelektualan mahasiswa!!!

Monday, December 01, 2008

IAS-AEI International Conference New Horizons in Islamic Area Studies:Islamic Scholarship Across Cultures and Continents(3)

Dalam program IAS-AEI International Conference New Horizons in Islamic Area Studies:Islamic Scholarship across cultures and continents ini terdapat slot pembentangan poster di mana setiap pembentang akan membentangkan hasil kajian mereka dan para peserta boleh bersoal-jawab dengan mereka secara bersemuka.

Saya sempat melihat ‘pameran’ poster-poster para pembentang dan beberapa poster hasil kajian orang Jepun ini benar-benar menarik perhatian saya.

Akiko Komura

Wanita ini mengkaji tentang sejarah perkembangan Islam di Jepun .Penuntut PHD dari Sophia University ini memberikan kad namanya kepada saya dan saya melihat emailnya dan mendapati beliau menggunakanan nama emailnya dengan Saladin lantas saya bertanya beliau apakah dia mengkaji tentang Salahuddin Al-Ayubi dan dia memberitahu saya dia meminati ketokohan Salahuddin Al-Ayubi setelah membuat beberapa kajian tentangnya.

Sachiko Hosoya-

Penuntut PHD dari School of nursing,College of Medicine,Toho University ini mengkaji tentang peranan ngo perubatan Syiah di Iran.Dan dia memaklumkan kepada saya beliau telah beberapa kali pergi ke Iran dan melihat usaha ngo-ngo perubatan di sana yang dipimpin oleh golongan wanita dalam memberi khidmat kepada masyarakat terutamanya golongan tua di Iran.

Tobina Hiromi-

Penuntut PHD dari Kyoto University ini mengkaji tentang kehidupan rakyat Palestin di Jerusalem di bawah jajahan rejim Israel.Beliau telah beberapa kali menjejakkan kaki ke Palestin dan membuat penyelidikan juga tentang tembok pemisah yang dibuat oleh rejim Israel untuk menghalang kebangkitan rakyat Palestin.

Akiko Horiba

Penyelidik dari Institut Titian Perdamaian,Indonesia ini mengkaji tentang konflik antara umat Islam dan Kristian di Ambon dan Maluku di Indonesia.Beliau boleh bertutur dalam bahasa Indonesia dengan fasih .Apabila saya bertanya tentang agama anutannya beliau menjawab beliau tidak menganut mana-mana agama tetapi tetap percaya kepada tuhan.

Hiroki wakamatsu

Penuntut PHD dari Sophia University ini telah memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang wanita Turki.Beliau mengkaji tentang Gerakan Cemaat dan Alevi di Turki dan juga tentang pertentangan antara puak sekular dan Islam di Turki.

Sai Yukari-

Penuntut PHD dari Waseda University ini membuat kajian tentang perkongsian makanan antara penduduk Islam dan bukan Islam di masjid –masjid dalam kawasan majoriti bukan Islam di Negara China.Pihak masjid akan menyediakan juadah makanan di masjid dan penduduk Islam dan bukan Islam di sana boleh berkongsi juadah tersebut bersama.

Takayuki Yokota-

Fellow penyelidik dari The Japan Institute of International Affairs(JIIA) membuat kajian tentang pengajian timur tengah dengan fokus kajiannya di Mesir.Beliau turut mengkaji tentang gerakan Ikhwanul Muslimin dan Hassan Al-Banna dan bahkan sempat menemubual Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin sekarang.

Hirano Junichi

Penuntut PHD dari Kyoto University ini mengkaji tentang dokotomi antara Syiah dan Sunni dan juga tentang Jamaluddin Al-Afghani dan Pan Islamisme.
Beliau bertanya kepada saya tentang ISTAC dan mengetahui juga tentang Syed Mohamad Naquib Al-Attas dan beliau bercadang ingin melawat perpustakaan ISTAC yang terkenal dengan manuskrip,buku-buku,dan bahan rujukan yang bernilai yang terdapat di sana.

Fujii Chiaki-

Penuntut PHD dari Kyoto University ini membuat penyelidikan tentang konsep perubatan nabi di Afrika.Beliau juga membuat perbandingan antara konsep perubatan nabi dan perubatan Barat dan mendedahkan beberapa kelemahan konsep perubatan Barat terutamanya kegagalan mengubati aspek spiritual manusia berbanding dengan konsep perubatan nabi.

Antara tajuk kajian orang Jepun

Shi’a Islam and the activities of nursing care NGO’s in Iran:The example of Kahrizak Charity Foundation

Diversification of madrasa education in rural Bangladesh-comparative study of four villages

Alevi and Cemaat Movements in Contemporary Turkey:The current state of Islam

Palestinian lives in east Jerusalem under Israeli Occupation:Case studies of the residency right and housing problem

Beyond the sunni-shiite dichotomy:Rethinking Al-Afghani and his Pan-Islamism

Prophet medicine today:case studies in east Africa

Jawi and ideas of community:dynamics among muslim networks and nation-states in 20th century southeast asia

Transformations of Japanese muslims:A history of Islam in Japan

The tide of Islam or a means to independence?-The Young Men’s Muslim Association in the mandatory Palestine

Kebanyakan calon-calon PHD yang membentangkan poster mereka ini rata-ratanya masih muda lingkungan umur 25-30 tahun dari beberapa buah universiti di Jepun seperti Sophia University,Waseda University,Toho university,Kyoto University dan lain-lain lagi.

Mereka cukup berani membentangkan hasil kajian mereka walaupun tidak semua yang fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Dan hasil kajian mereka yang kebanyakannya bukan beragama Islam ini tentunya sangat bermanfaat kepada umat Islam dan kita dapat melihat bagaimana universiti-universiti di Jepun dan kerajaan Jepun sendiri yang berani melabur dalam bidang pendidikan dengan tumpuan penuh kepada aspek penyelidikan dan kajian.

Maka tidak peliklah kita melihat Jepun berjaya melahirkan cendekiawan dalam bidang pengajian Islam ,cendekiawan Islam merentasi budaya dan benua.Islam untuk semua!!!

IAS-AEI International Conference New Horizons in Islamic Area Studies:Islamic Scholarship Across Cultures and Continents(2)

Jepun lahirkan cendekiawan Islam

Penubuhan pusat penyelidikan di beberapa buah universiti-kolej di Jepun telah berjaya melahirkan ramai cendekiawan Jepun dalam bidang pengajian Islam dan telah meningkatkan penerbitan ilmiah berkenaan Islam yang kadangkala tidak diketahui oleh umat Islam sendiri.

Selepas peristiwa 11 September 2001,perkembangan Islam di Jepun sangat memberangsangkan dan timbul keinginan di kalangan rakyat Jepun untuk mengetahui dan mendalami ajaran agama Islam bahkan terjemahan al-quran dalam bahasa Jepun mendapat permintaan yang cukup tinggi.

Malulah dengan orang Jepun!

Sempat seorang pensyarah dari Fakulti Sastera Sains Sosial UM yang duduk bersebelahan saya membisikkan ke telinga saya kita patut rasa malu dengan usaha orang -negara Jepun yang bersungguh-sungguh menaja program antarabangsa tentang pengajian Islam ini berbanding dengan orang-negara Islam sendiri!

Duta Jepun cakap Bahasa Melayu

Saya tertarik dengan ucapan Duta Jepun di Malaysia yang memulakan ucapan beliau dengan bahasa ibunda beliau,bahasa Jepun(rasa macam kat Negara Jepun pula ketika itu-sedangkan ketika itu saya di Hotel Nikko Kuala Lumpur bukan di Hotel Nikko,Tokyo!)dan kemudiaanya berusaha bercakap dalam Bahasa Melayu yang saya kira lebih baik (baku) daripada rakyat Malaysia sendiri!

Ketepatan masa peserta Jepun

Sepanjang program ini saya memerhatikan bagaimana budaya menepati masa di amalkan oleh peserta- peserta dari Negara Jepun.

Pihak penganjur terpaksa menunggu lama untuk memastikan kehadiran para peserta sebelum meneruskan program selanjutnya selepas sesi rehat dan saya perhatikan peserta dari Negara jepun inilah yang paling awal masuk ke dalam dewan untuk mengikuti program seterusnya.

Pembentangan kertas-kertas kerja

Pembentangan kertas kerja dibahagikan kepada beberapa sidang dalam satu masa dan para peserta boleh memilih sidang mana yang ingin diikuti mengikut topik-tajuk pilihan yang telah ditetapkan.

Antara yang menjadi moderator dan pembentang kertas kerja dari kalangan tokoh tempatan ialah Dr.Usman El-Muhammady,Prof Mohamad Abu Bakar,Prof Dr.Redzuan Osman dan lain-lain.

Saya sempat mengikuti beberapa sidang yang membentangkan topik berkenaan Islam dan kesenian dan Islam ,keamanan dan keselamatan.

Dalam sidang Islam dan kesenian,Pengerusi Yayasan Restu,Dato abdul Latif Mirasa membentangkan tentang usaha Yayasan restu memperkembangkan kesenian Islam di Malaysia.

Saya cukup tertarik dengan pembentangan daripada Dr.Annabel Teh Gallop dari British Library,United Kingdom(bukan Islam) yang membentangkan tentang aspek kesenian dalam Al-Quran yang merangkumi manuscript,tulisan khat,kalighrafi,hiasan ,warna dan motif dalam Al-Quran yang seringkali dilupakan oleh umat Islam sendiri

Fuad Kouichi Honda,pakar kalighrafi-khat dari Jepun(Islam) pula membentangkan tentang kalighrafi dan tulisan khat yang cukup menarik seperti diwani,ruq’a,thulth,naskh,kufi dan lain-lain.Beliau menunjukkan bagaimana melalui kalighrafi dan khat kita dapat melukis lukisan haiwan dengan penuh unsur kesenian.

Saya sempat menyalin kata-kata Bablo Piccaso yang dibawa dalam pembentangan beliau iaitu :-

‘When wanting to reach a final end in drawing ,I realized that the art of Islamic calligraphy had started it before’

Bersama pengerusi Yayasan Restu,Dato Abdul Latiff Mirasa

Ketika waktu rehat program,saya sempat berjumpa dengan Dato Abdul Latiff Mirasa.Saya memberitahu beliau tentang usaha PBMUM untuk mengadakan program yang boleh mengangkat martabat Bahasa Melayu termasuk juga tulisan jawi dan khat.

Beliau mencadangkan kepada saya supaya diadakan program berkenaan cop mohor dan ini sekaligus dapat menyemarakkan perjuangan tulisan jawi dan khat.PBMUM akan berkerjasama dengan Yayasan Restu selepas ini untuk mengadakan sebarang program yang berkaitan nanti Insya Allah.

Bersama Eksekutif kanan kaligrafi Yayasan Restu

Saya juga sempat berbual dengan En.Abdul Baki Abu Bakar yang berkerja sebagai Eksekutif kanan kaligrafi di Yayasan Restu.Beliaulah yang melukis kalighrafi dank hat ketika pameran Yayasan Restu sepanjang program antarabangsa ini yang mana mendapat perhatian daripada para peserta luar Negara.Saya bertanya kepada beliau dari mana beliau belajar kaligrafi dan khat dan beliau mengatakan beliau belajar dengan pakar khat terkemuka Malaysia,Ustaz Yusuf Abu Bakar(tulisan tangan khat beliau terdapat di beberapa dinding masjid di Malaysia seperti di Masjid Putrajaya dan Masjid Negara)

IAS-AEI International Conference New Horizons in Islamic Area Studies:Islamic Scholarship Across Cultures and Continents(1)

Sekali lagi bertuah.....

Cuti semester pada kali ini menyaksikan saya sekali lagi tergolong dalam kalangan mahasiswa sang penuntut ilmu yang bertuah(amanah yang disangka tuah?Bak kata Dato Dr.Siddiq Fadzil)
Alhamdulillah Syukur pada Allah.
Cuti semester tahun lalu dengan izin Allah jua saya dapat menghadiri program International Conference on Islamophobia di Istanbul,Turki mewakili delegasi PKPIM.

Dan cuti semester kali ini pula saya mendapat rezeki menghadiri program IAS-AEI International Conference New Horizons in Islamic Area Studies:Islamic Scholarship Across Cultures and Continents atau Ruang linkup baru untuk pengajian islam:cendekiawan islam merentasi budaya dan benua anjuran Institut Asia Eropah(AEI),Universiti M alaya dengan kerjasama NIHu Program Islamic Area Studies(Jepun).Program ini juga mendapat tajaan daripada Yayasan Restu ,kedutaan Malaysia di Jepun dan kedutaan jepun di Malaysia.

Program antarabangsa ini dihadiri oleh peserta dari beberapa buah Negara seperti Malaysia,Jepun,Indonesia,Amerika,Filipina,Thailand,Belanda,Nigeria,England dan lain-lain manakala tempatnya diadakan di Hotel Nikko(milik Jepun di Kuala Lumpur!) selama 3 hari berturut-turut(22-24 November 2008)

Sertai program antarabangsa secara percuma!

Saya mendapat maklumat tentang program ini daripada seorang sahabat yang sering mengikuti seminar-seminar bersama, Isa Tan dan kemudiannya saya mendaftar nama di Institut Asia Eropah UM.

Pihak penganjur mengambil nama saya sebagai peserta dan berjanji akan menghubungi saya jika masih terdapat kekosongan untuk program antarabangsa ini.
Sehingga sehari sebelum program berlangsung,pihak penganjur masih belum menghubungi saya dan barangkali saya fikir tiada kekosongan untuk mneyertai program ini walaupun saya betul-betul sangat berharap dapat menyertainya.

Isa Tan mengalami nasib yang sama dengan saya namun begitu beliau mencadangkan agar kami pergi sahaja mendaftar pada pagi hari pendaftaran program tersebut.

Bersama –sama dengan 2 orang sahabat dari Indonesia(pelajar PHD Ekonomi) dan seorang pelajar dari Turki-Iraq,Saya,Isa dan juga hafizol menaiki teksi menuju ke Hotel Nikko berdekatan sahaja dengan stesyen LRT Ampang Park(kami sebenarnya tidak mengetahui pun lokasi Hotel Nikko-sepatutnya boleh menaiki lrt dari stesyen universiti terus ke stesyen Ampang Park(tambang rm 2.10 berbanding teksi rm 12.50!-pengajaran-pastikan lokasi program dahulu ya!)

Sampai sahaja kami disana kami terus ke kaunter pendaftaran dan pihak penganjur meminta kami menunggu sebentar dan kemudiannya memanggil kami dengan khabar gembira;kami boleh menyertai program antarabangsa ini secara percuma!
Selepas mendaftar sebagai peserta kami diberi beg yang dipenuhi dengan fail kertas kerja,buku nota,pen dan sebagainya.

Raja Muda perak,Dr Raja Nazrin Shah merangkap Pro Canselor UM merasmikan program ini yang turut dihadiri oleh Naib Canselor UM,Duta Jepun di Malaysia,Pengarah Institut Asia Eropah(AEI),Universiti M alaya dan pengarah NIHu Program Islamic Area Studies(Jepun).


Ceramah Yusuf Estes di DKU Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Ceramah Yusuf Estes di DKU Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya


Ketika dalam perjalanan pulang ke UM selepas solat jumaat di Putrajaya ,saya mendapat panggilan daripada Nuruddin(wakil Yayasan Al-Khadeem yang menuntut di UM).
Beliau meminta bantuan saya untuk menyelesaikan masalah besar yang dihadapi oleh Yayasan Al-Khadeem apabila usaha untuk membawa Yusuf Estes yang dijadualkan malam ini di UM cuba digagalkan oleh sesetengah pihak .

Menurut beliau pihak HEP UM tidak memberi kelulusan dan keizinan untuk mengadakan program malam ini atas alasan Yusuf Estes tiada dalam senarai penceramah luar yang dibenarkan JAKIM.

Rungsing juga saya memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.Sebelum ini Nuruddin pernah meminta saya mencadangkan tempat untuk program besar ini dan saya mencadangkan DKU APIUM atau KPS.Tidak banyak yang saya sempat tolong memandangkan masih dalam minngu peperiksaan dan mujur Yayasan Al-Khadeem berkerjasama dengan PMAPIUM untuk memudahkan lagi perjalanan program ini.

Ketika saya baru selesai menghadiri program LAKIUM pula saya mendapat sms dari Nuruddin juga yang meminta saya menjadi pengerusi majlis program Yusuf Estes ini tetapi saya menolak atas beberapa alas an.

Belum pun sempat saya menghubungi pihak JAKIM,saya menerima SMS dari Nuruddin yang mnegatakan program malam ini telah pun diluluskan oleh HEP UM.Alhamdulillah!!!

Saya tak tanya pula secara lanjut lanjut kepada beliau bagaimana semudah itu dapat kelulusan setelah beberapa masalah yang dihadapi sebelum ini.Yang penting program Yusuf Estes ini dapat berjalan lancer tanpa sebarang gangguan.

Bayangkan kalau program ini dibatalkan minit-minit akhir pastinya akan mengecewakan pihak penganjur dan juga para hadirin yang hadir semata-mata ingin mendengar ceramah bekas paderi yang popular di youtube ini.

Ternyata program malam itu mendapat sambutan hangat dari para hadirin yang datang dari seluruh pelusuk tanah air.Dewan Kuliah Utama APIUM sekali lagi dipenuhi orang ramai yang hadir sehingga kerusi-kerusi tidak mencukupi untuk menampung jumlah hadirin dan mereka terpaksa duduk di tangga-tangga DKU ini.(Program Syeikh Mohd Siyam ,Imam Masjidil Aqsa dahulu juga dihadiri orang ramai sehingga memenuhi DKU APIUM ini)

Ceramah yang disampaikan oleh Yusuf Estes ini berkisar tentang ketuhanan dan berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang bekas paderi Kristian dan ceramah ini diselangi dengan unsur-unsur humor yang membuatkan para hadirin tidak berhenti ketawa sambil menghayati isi-isi ceramah beliau.

Sebelum ini saya hanya mendengar nama beliau dalam internet melalui laman web berkenaan beliau dan saya juga pernah mendengar ceramah beliau melalui Youtube.
Bersempena dengan program ceramah Yusuf Estes ini juga turut diadakan penjualan buku-buku di luar DKU APIUM.Saya sempat membeli 2 buah buku terbitan IPSI-Islamic Propagation Society International bertajuk Keajaiban Al-Quran oleh Dr.Gary Miller dan Kisah-kisah paderi memeluk Islam.

Semoga kehadiran Yusuf Estes di Malaysia ini dapat membangkitkan semangat umat Islam di Malaysia untuk terus mendalami Islam , dan menyerlah kan keindahan Islam itu sendiri.

Terserempak dengan Syeikh Wahbah Zuhayli di Masjid Putrajaya

Terserempak dengan Syeikh Wahbah Zuhayli di Masjid Putrajaya

Sebaik sahaja selesai urusan penyerahan memorendom,saya terus ke Masjid Putrajaya untuk solat jumaat .


Ketika khatib sedang membaca khutbah ,mata saya terpaku kepada sosok tubuh seorang tua yang memakai jubah jauh di hadapan saya berjalan menuju ke saf paling hadapan .Dari belakang saya memerhatikan beliau dari jauh walaupun tidak nampak jelas raut wajahnya dan saya yakin beliau ialah Syeikh Wahbah Zuhayli yang pernah saya jumpa dan makan semeja bersama ketika Multaqa Alumni Al-Azhar di KLCC dahulu. (rujuk -
http://ilmuwan-w.blogspot.com/2008/02/kenangan-bersama-syeikh-wahbah-zuhayli.html)

Lantas saya memaklumkan melalui SMS kepada Syahir dan Hafez Sabri yang turut sama dalam sesi penyerahan memorendom dan solat jumaat bersama tentang kehadiran Syeokh Wahbah Zuhayli dan meminta mereka berdua agar tunggu selepas solat jumaat untuk berjumpa Syeikh Wahbah Zuhayli.

Selesai sahaja solat jumaat kami berkumpul semula dan kali ini turut disertai oleh Umar Bagharib dan beberapa orang bekas pelajar APIUM yang kini berkerja di Putrajaya dan kami sama-sama berjumpa dan bersalam dengan Syeikh Wahbah Zuhayli.

Orang ramai yang mengenali Syeikh Wahbah Zuhayli yang diiringi oleh pegawai-pegawai kanan JAKIM dan Masjid Putrajaya berebut untuk bersalam dengan beliau dan mujur pihak kerajaan menyediakan payung khas untuk Syeikh Wahbah Zuhayli yang melambangkan beliau merupakan tetamu kenamaan kerajaan buat orang ramai yang tidak mengenali beliau.

Semoga kembara ulama besar ini yang sering bertandang ke Malaysia untuk menyebarkan ilmu dan risalah dakwah ini diredhai oleh Allah dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya mendapat manfaat.

Penyerahan memorendom penempatan semula pelarian Palestin yang berada di sempadan Syria-Iraq di Malaysia

21 November-

Penyerahan memorendom penempatan semula pelarian Palestin yang berada di sempadan Syria-Iraq di Malaysia

Hari ini saya menaiki ERL di KL Sentral untuk ke Putrajaya(sudah lama tak naik ERL..) untuk menghadiri satu sesi penyerahan memorendom kepada Perdana Menteri(mewakili PBMUM)-‘Memorendom penempatan semula pelarian Palestin yang berada di sempadan Syria-Iraq di Malaysia ‘yang dipimpin oleh Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid(TERAS)

Memorendom yang disokong hampir 20 NGO dan persatuan (termasuk Citizen International- TERAS-PKPIM-PBMUM-Bersatu Perak-ADR Students’ Society) ini dipanjangkan kepada YAB Perdana Menteri dan Menteri Luar oleh delegasi NGO Malaysia yang mengikuti misi lawatan ke tiga buah kem pelarian Palestin di sempada Syria-Iraq pada 9-13 November 2008 yang lalu.

Memorendom ini menggesa kerajaan Malaysia agar membantu pelarian warga Palestin di sempadan Syria-Iraq ini dan menyeru kerajaan Malaysia untuk segera mengambil tindakan dengan menjadi Negara penerima kepada program penempatan semula pelarian Palestin ini.

Beberapa orang wartawan dari NSTP dan NTV 7 sempat menemubual saya untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang memorandum ini dan mujur bahan-bahan berkaitan ada dalam laptop yang saya bawa bersama.

Cikgu Azmi yang mengetuai delegasi penyerahan memorendom ini seperti biasa tampil dengan kain pelikatnya.Sempat kami ber ‘usrah’ bersama di bawah pokoh berhadapan Jabatan Perdana Menteri yang mana beliau begitu semangat membangkitkan rasa peduli anak muda terhadap nasib umat Islam yang ditindas di Negara-negara lain.

Beliau juga menasihatkan agar mahasiswa lebih ke hadapan dalam memperjuangkan isu-isu seperti isu Palestin,isu bahasa Melayu dan lain-lain lagi.

LAKIUM 3

LAKIUM 3

Yusri Hafiz,Syeikh Omar Baraghib,Ustaz Muhsin,Ustaz Hasrizal Jamil@Saiful Islam,Ustaz Anwar Ridhwan,Ustaz Hisommudin Bakar,Amin Idris antara mereka yang memberi pengisian dalam LAKIUM ini selain program-program seperti Team building,Jungle Trecking,senamrobik,Flying Fox dan lain-lain lagi yang bagi saya merangkumi aspek pengisian spiritual@rohani, emosi-motivasi ,mental, dan fizikal.

Secara umumnya hasil perbincangan saya sebagai fasilitator dengan ahli-ahli kumpulan untuk mendapat maklum balas tentang program LAKIUM ini saya mendapati mereka berpuas hati dengan pengisian sepanjang LAKIUM ini.

Cuma bagi saya program LAKIUM ini perlu diperkasakan lagi dengan pengisian –pengisian yang mencabar pemikiran terutamanya aspek pembinaan idealisma dan tradisi keintelektualan mahasiswa.

Sebagai cadangannya peserta LAKIUM diminta mengupas beberapa buah buku tulisan tokoh@pemimpin dan mereka diminta berpidato dan berdebat tentang idea pemikiran mereka.

Ini dapat melatih keupayaan mereka menguasai kemahiran seperti pidato atau debat , berfikiran kreatif dan kritis,berani berhadapan dengan orang ramai,lantang bersuara mengatakan kebenaran dan lain-lain yang diperlukan oleh seorang pemimpin.

Dalam LAKIUM ini ada slot dimana peserta diminta mengkaji tentang gaya kepimpinan 4 orang khalifah
(Abu Bakr,Umar,Usman,Ali),Sukarno,Ahmadinejad,Barack Obama,Umar Abdul Aziz,dan lain-lain lagi.

Slot ini cukup menarik tetapi bagi saya peserta LAKIUM perlu juga didedahkan atau mengkaji gaya kepimpinan tokoh-tokoh tempatan seperti Dato Seri Anwar Ibrahim,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,Tun Dr.Mahathir Mohamad,Allahyarham Ustaz Fadzil Nor dan lain-lain.

Semoga ‘graduan’ hasil ‘universiti’ LAKIUM ini mampu memimpin dan menggerakkan perubahan di kampus Universiti Malaya .

Anak muda berjiwa besar
Takkan gentar segala ugutan
Biar ditohmah kata-kata nista
Tetap berani meneruskan perjuangan
Bersatu hati melawan kemungkaran
gagah mara memimpin perubahan

LAKIUM 2

LAKIUM 2

Sebaik sahaja selesai peperiksaan kertas terakhir,saya pergi ke Bank Islam untuk menyelesaikan urusan pembukaan akaun bersama untuk PBMUM.


Saya bertolak ke Bukit Lagong menaiki motor bersama-sama Hafizol dan disertai oleh Maizatul .Kami tidak berapa pasti perjalanan untuk ke sana tetapi saya menyakinkan mereka berdua tentang perjalanan ke sana memandangkan saya pernah ke sana hampir 15 tahun yang lepas!

Ketika itu BAHEIS(kini JAKIM) mengadakan program Hari Keluarga bersama-sama dengan orang asli di Bukit Lagong.

Jalan ke sana memang banyak yang sudah berubah dan saya begitu teruja apabila motor yang kami lalui melintasi jalan-jalan yang saya pernah lalui suatu ketika dahulu dan yang lebih membuatkan saya teruja apabila melalui Sekolah Kebangsaan Selayang Utama ,sekolah rendah saya dahulu dan juga Taman Bidara , kawasan rumah lama saya dan tempat saya membesar (tadika,tempat permainan dengan kawan-kawan-main ‘polis and thief’,’baling selipar’,sorok-sorok,besbol@roundest,lumba basikal,congkak,bolasepak,badminton dan lain-lain) .

Ketika kami sampai ke Pusat Belia Bukit lagong,program sudah pun bermula dan para peserta sedang beratur mendengar taklimat.
Dari atas motor kami melihat ‘gerombolan manusia’ peserta LAKIUM dengan didominasi oleh peserta wanita yang begitu ramai berbanding peserta lelaki.

Ketika mencari tempat ‘parking’ motor,hampir sahaja berlaku insiden pertama LAKIUM apabila motor yang saya naiki bersama-sama Hafizol hampir terlibat dalam tragedi kemalangan bukan dengan kereta@bas@lori dan lain-lain tetapi dengan motor yang dibawa oleh Maizatul yang ‘konvoi’ bersama-sama.

Nasib baik saya yang duduk di belakang Hafizol sempat melompat dari atas motor dan mujur juga Hafizol dan Maizatul dapat mengawal keseimbangan motor dari berlanggar sesama sendiri.

LAKIUM 1

18-20 November -

LAKIUM 1

Apabila mendapat tahu PMIUM akan mengadakan Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya@LAKIUM pada 18-20 November 2008,saya segera membelek buku perancangan@planner dan mencatatkan pada ruangan tarikh 18-20 November,LAKIUM PMIUM .

Sudah lama saya ingin mengikuti siri-siri latihan anjuran PMIUM memandangkan kali terakhir program latihan yang saya ikuti ialah program ‘JUNTAR’di masjid UIA PJ pada semester satu dahulu.

Saya sering tidak melepaskan peluang mengikuti setiap program anjuran PMIUM seperti kuliah ilmu,ceramah,forum,sambutan sempena bulan-bulan Islam dan lain-lain walaupun tidak pernah mengikuti program tarbiyah PMIUM secara khusus seperti usrah dan tamrin(Kalau dijemput-diajak-dipelawa-pasti saya akan ikut!)
Pada mulanya saya ingin mendaftar sebagai peserta LAKIUM tetapi kemudiannya saya diajak oleh 2 orang penggerak utama LAKIUM(Shafie dan Hadi) untuk menjadi fasilitator dan saya menerimanya memandangkan saya juga sebenarnya berminat menjadi fasilitator@naqib dan sebagainya.

Tarikh 19-21 November sebenarnya dijadualkan program Tamrin Jundi PKPIM UM di Bukit Lagong tetapi memandangkan ada beberapa masalah sedikit program tersebut terpaksa ditangguhkan.

Namun begitu dengan izin Allah jua saya bertandang juga ke Bukit Lagong bukan untuk program PKPIM UM tetapi untuk mengikuti program LAKIUM anjuran PMIUM ini.(KARISMA kampus UITM juga mengadakan program latihan di kawasan yang sama dengan LAKIUM PMIUM ini bahkan lagu tema program PMIUM dan Karisma(nyanyian Alarm Me)turut sama dan modul juga hampir-hampir sama sahaja.

Bayangkan jika PKPIM UM tidak menangguhkan program di sini pasti kita akan menyaksikan siri latihan dakwah bersama PMIUM- KARISMA PKPIM-!!!

Saturday, November 22, 2008

Gerakan Anti PPSMI(Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris )

Tahniah kepada semua pimpinan PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)atas usaha istiqamah memperjuangkan dan memartabatkan Bahasa Melayu dan memimpin usaha menggerakkan Gerakan Anti PPSMI.

Rujuk-
http://www.pkpim.net/v2/info/laporan-khas/gerakan-anti-ppsmi.html

Kita tiada pilihan lain melainkan bertindak dengan lebih agresif demi mendesak pimpinan negara agar benar-benar komited memperjuangkan Bahasa Melayu dan bukannya sentiasa memberikan dalih alasan yang menampakkan sifat kepura-puraan mereka dalam membicarakan soal perjuangan Bahasa Melayu.


Gerakan anti PPSMI(Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris)anjuran PKPIM ini diharap mendapat sokongan sepenuhnya daripada mahasiswa-mahasiswa di seluruh kampus tanah air.

Bagi pihak PBMUM(Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya),saya menyeru semua pimpinan persatuan pelajar di kampus tanah air dan juga pimpinan gerakan mahasiswa di Malaysia untuk bersama-sama dengan perjuangan mengangkat martabat Bahasa Melayu ini melalui Gerakan Anti PPSMI ini .





Saturday, November 15, 2008

Bedah buku Ketika Cinta Bertasbih bersama Habiburrahman El-Shirazy(4)

Bersama Mus’ab dari Singapura -Surya dari Indonesia-Produksi Filem Islam

Kedua-duanya datang jauh dari Singapura semata-mata untuk menemui Habiburahman.


Mus’ab yang berjubah dan berambut panjang sehingga ke paras bahu(gayanya seorang sufi-keturunan Arab Yaman-sempat singgah di bilik saya di Kolej 12 untuk mengecas bateri telefonnya-lama juga kami bersembang) dan Surya(bersama ‘laptop poket’ nya -ketika sesi soal jawab mengemukakan soalan yang menarik apakah kemungkinan Angelina Jolie akan masuk Islam?) -;ini dalam usaha untuk membawa filem Ayat-Ayat Cinta ke pasaran Hollywood(Penterjemahan ke dalam bahasa Inggeris )


Kedua anak muda ini kini bergiat aktif dalam seni produksi filem dan berusaha keras menerbitkan filem-filem yang berunsur islamik yang menelan belanja yang agak besar dan cuba memasarkannya ke seluruh dunia.

Usaha dakwah ini amat jarang dilakukan oleh para aktivis dakwah yang kadangkala terlupa bahawa kita wajib melakukan proses ‘islamisasi’ dalam industri filem ini dan wajib menerajuinya agar tidak terlepas ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab apatah lagi filem mempunyai kuasa luar biasa untuk mempengaruhi pemikiran khalayak ramai.

Bedah buku Ketika Cinta Bertasbih bersama Habiburrahman El-Shirazy(3)

Bertemu Ghozali sahabat Temu Pemuda Serantau

Tanpa disangka-sangka program bedah buku ini menemukan saya dengan seorang sahabat yang pernah bersama-sama dalam program Temu Pemuda Serantau di Kaliurang,Yogyakarta.Ghozali.

Beliau menyertai program temu Pemuda Serantau mewakili GPII@Gerakan Pemuda Islam Indonesia dan kini menuntut di Universiti Petronas.

Menemui beliau mengingatkan saya kembali kepada kenangan program temu Pemuda Serantau yang pastinya tidak akan dilupakanterutamanya kenangan bersama sahabat-sahabat HMI,GPII,PII,YPU dan PKPIM di atas puncak Gunung Merapi,menaiki tangga-tangga Candi Borobudur,membeli-belah di Malioboro,memijak bara api,menjadi orang buta selama 1 jam dalam siri LDK,persembahan budaya ,senaman pagi sambil menyanyi dan mengelingi Kaliurang yang cukup nyawan udaranya dan nyanyian lagu Lil Ilir serta pastinya kenangan bersama sifu En.Anuar Tahir,Dr Mohd Manuty,EnWan Kharizal Wan Hazim dan abang-abang GPII.

Rujuk(http://ilmuwan-w.blogspot.com/search/label/Kembara%20di%20Indonesia)

Bedah buku Ketika Cinta Bertasbih bersama Habiburrahman El-Shirazy(2)

Ulasan pembentangan Habiburahman El-Shirazi

Saya agak tertarik dengan beberapa hal yang dibicarakan oleh Habiburahman pada program ini antaranya ialah:-

Masalah pemuda Malaysia-Indonesia masalah yang sama

Beliau memulakan bicaranya dengan menyentuh masalah yang dihadapi oleh pemuda samada dari Malaysia mahupun Indonesia yang bagi beliau mempunyai masalah yang sama sahaja terutamanya berkenaan dengan masalah pencintaan pemuda.

Antara faktor utama beliau menulis novel ialah untuk menyampaikan dakwah kepada pemuda melalui pendekatan yang diminati dan dekat dengan jiwa pemuda seperti melalui novel dan bukannya sekadar melalui ceramah-ceramah.

Kebangkitan melalui penerbitan

Beliau menjelaskan tentang bagaimana proses kebangkitan yang boleh berlaku melalui penerbitan dan bahan –bahan bacaan yang mampu mengubah sebagaimana Al-Quran yang bagi beliau sarat dengan cerita-cerita luar biasa yang dapat membentuk generasi yang luar biasa.

Kuasa penerbitan dalam mempengaruhi minda dan membentuk fikrah perlu dimanfaat kan sebaik mungkin oleh para aktivis dakwah yang ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan

Ulama sebagai Sasterawan

Beliau juga membawa kisah bagaimana ulama-ulama terdahulu yang sebenarnya terkenal sebagai sasterawan terlebih dahulu sebelum menjadi ulama.
Hal ini perlu diambil perhatian oleh golongan yang berpendidikan agama agar terjun ke bidang penulisan dan kesusasteraan sebagai satu jihad melalui mata pena

Surah panjang=Novel-Surah Pendek=Cerpen

Beliau juga memperkatakan tentang surah-surah panjang dalam al-quran seperti Surah Yusuf yangbagi beliau boleh diibaratkan seumpama novel dan juga surah-surah pendek dalam Al-quran seperti surah yang menceritakan tentang habil dan qabil yang boleh diibaratkan seumpama cerpen.

Konsep yang terkandung dalam Al-quran sesungguhnya mampu dijadikan rujukan dalam bidang penulisan dan perlu dikaji lebih mendalam oleh para penulis yang ingin memantapkan penulisan mereka mengikut acuan Al-Quran

Berani Hidup vs Berani Mati

Beliau membangkitkan soal berani hidup yang sering dilupakan berbanding soal berani mati.Anak-anak muda sekarang menurut Habiburahman lebih ramai yang berani mati daripada yang berani hidup.

Sepatutnya kita juga harus berani hidup di samping berani mati apatalah lagi kita ini menjalani kehidupan dahulu sebelum menempuh alam kematian.

Gabungan pengalaman dan imaginasi dalam menulis

Habiburahman mengakui penulisan novelnya banyak berdasarkan pengalaman yang dialami beliau sendiri di samping imaginasinya sendiri dalam memperindahkan lagi tulisan-tulisan beliau.

Bagi beliau juga,,seseorang penulis perlu menulis apa yang dia tahu dan dia rasai dan beliau menjelaskan bahawa inspirasi dalam penulisan yang paling hebat itu ialah berdasarkan pengalaman.

Perbeza an antara novel dan filem ayat-ayat cinta:Dakwah memerlukan masa-beransur-ansur-proses

Dalam sesi soal jawab beliau ditanya tentang beberapa perbezaan yang terdapat dalam novel ayat-ayat cinta tulisan beliau dan filem ayat-ayat cinta yang digubah skripnya berdasarkan novel tersebut.Beberapa babak dalam filem tersebut dilihat bertentangan dengan syariat dan berbeza sedikit dengan apa yang ditulis oleh beliau dalam novel ayat-ayat cinta.Ini dilihat mencampuradukkan antara unsur dakwah dan maksiat menurut penanya soalan ersebut.

Beliau tidak menafikan wujudnya babak-babak yang dilihat bertentangan dengan syariat dan beliau sendiri telah memprotes kewujudan babak-babak tersebut.Proses mewujudkan filem yang betul-betul Islamik dan memenuhi syariat sememangnya agak sukar dilakukan dan pastinya usaha dakwah ini melalui proses-proses tertentu yang mengambil masa dan bukannya bersifat ‘kun fayakun’.


Gerakan dakwah perlu lahirkan bintang filem

Beliau juga menyarankan agar mereka yang terlibat dalam bidang dakwah menyiapkan calon-calon bintang filem dari kalangan aktivis dakwah.Beliau menceritakan bagaimana pemilihan yang dibuat dalam mencari artis yang berlakon dalam filem Ketika Cinta Berasbih yang masih dalam penggambaran filemnya menguji bacaaan AL-Quran mereka yang menyertai pemilihan tersebut dan juga filem ini bakal menampilkan seorang artis baru yang juga seorang aktivis dakwah.

Beliau berharap bermula dari aktor-artisnya,sutradara-pengarah filemnya,pengeluar filem kesemuanya melambangkan imej Islam yang sebenarnya bukannya seperti sesetengah artis yang memegang watak yang baik tetapi mengamalkan watak yang buruk yang berbeza sekali dengan watak yang dilakonkannya.

Filem Islam sebaikmana pun bagi beliau tidak akan dapat ditayangkan di pawagam sekiranya wujud apa yang beliau istilahkan sebagai ‘mafia-mafia’ filem.

Ulasan ringkas pembentangan Kak Ummu Hani

Ummu hani mem’bedah’ buku karya Habiburrahman yang bertajuk ‘Ketika Cinta Bertasbih’ .Beliau menanyakan berapa ramaikah di kalangan peserta yang hadir yang telah membaca habis buku novel ini dan apakah ia dipinjam ataupun dibeli sendiri.Beliau menyarankan para peserta supaya membaca sehingga tamat novel menarik ini.

Beliau membincangkan juga tentang isi-isi penting terutamanya berkenaaan watak-watak yang terdapat dalam novel ini dan menceritakan beberapa aspek positif dan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh Habiburahman dalam novel ini.

Beliau juga agak lantang mengkritik penyudah@penutup novel Ketika Cina Bertasbih ini di samping mendedahkan beberapa kelemahan yang terdapat dalam novel ini.

Ulasan novel Ketika Cinta Bertasbih oleh Ummu Hani ini mampu menyuntik semangat dan menimbulkan rasa ingin mengetahui isi dan membaca novel ini sampai habis buat mereka yang belum selesai membacanya lagi.

Bedah buku Ketika Cinta Bertasbih bersama Habiburrahman El-Shirazy(1)

Sebaik sahaja selesai peperiksaan Dirasat Asanid pada 1.30 petang , saya bergegas ke Auditorium Institut Pengajian Siswazah untuk menghadiri program Bedah Buku Ketika Cinta Bertasbih bersama Habiburahman El-Syirazi anjuran bersama Persatuan Pelajar Indonesia(PPI)-PMIUM-PBMUM-PMAPIUM.

Sampai sahaja saya di sana tayangan filem Ayat-ayat cinta sudahpun bermula sebagai pengisian sementara menanti kehadiran peserta .Bukan sahaja peserta dari Universiti Malaya(Malaysia-Indonesia) bahkan ada peserta yang hadir dari beberapa buah IPTA-IPTS seperti Universiti Islam Antarabangsa,Institut Help,Universiti Petronas,dan lain-lain lagi.

Ummu Hani,Novelis Malaysia turut sama diundang bersama penampilan istimewa Habiburahman El-Shirazi,penulis novel Ayat-Ayat Cinta.

Ketika peserta-peserta sibuk menonton filem Ayat-Ayat Cinta dan menanti kehadiran Habiburahman El-Shirazi, barisan penggerak –penganjur program sibuk berbincang perkara penting di luar auditorium untuk menyelesaikan beberapa masalah luar jangkaan yang dihadapi oleh pihak penganjur.

Kami mendapat makluman bahawa penerbangan Habiburahman dari Kaherah ke Kuala Lumpur menghadapi kelewatan @tergendala dan mungkin akan sampai ke Kuala Lumpur hanya pada pukul 8.oo malam!!!(Sepatutnya program Bedah Buku bermula pada pukul 3-5 petang).

Mujur dengan bantuan Surya(dari Indonesia-ahli perniagaan yang berusaha untuk membawa filem Ayat-Ayat Cinta ke pasaran Hollywood-hadir bersama Mus’ab dari Singapura) yang berjaya menghubungi adik kepada Habiburahman di Mesir dan akhirnya dapat menghubungi dan mendapat persetujuan Habiburahman untuk meneruskan program apabila dia tiba di Kuala Lumpur pada malam hari.

Penganjur terpaksa memikirkan tempat program untuk sesi malam memandangkan auditorium IPS hanya disewa sampai pukul 5 petang sahaja dan akhirnya kami mendapat izin untuk menyewanya sehingga malam hari selepas berunding dengan pihak IPS.(Terima kasih kepada pihak IPS-Program ini sebenarnya tidak mendapat kelulusan HEP UM atas alasan minggu peperiksaan namun IPS tetap memberi kebenaran mengadakan program.)

Keputusan menangguhkan program Bedah Buku ini ke malam hari pastinya mengecewakan para peserta yang hadir namun pihak penganjur tetap bertungkus lumus untuk menjayakannya juga walaupun pada malam hari .(Tangguh lebih baik daripada membatalkannya terus,bukan?)

Dalam ‘mesyuarat tergempar’antara ahlijawatankuasa program@panitia kemudiaanya kami menyusun kembali strategi dan perancangan untuk memastikan kejayaan program terutamanya dari aspek kehadiran para peserta memandangkan kami tidak mahu kesanggupan Habiburahman yang bersusah payah hadir ke program ini walaupun menempuhi perjalanan penerbangan berjam-jam lamanya dari Kaherah,Mesir dibalas dengan kehadiran yang tidak memuaskan di kalangan peserta.

Tepat pukul 8 malam panitia program tiba di Auditorium IPS untuk persiapan terakhir program.Sekali lagi filem Ayat-Ayat Cinta ditayangkan sementara menanti kehadiran para peserta dan para tetamu jemputan.Program bermula dengan ucapan wakil mahasiswa Malaysia (Presiden PMIUM)dan Indonesia(Presiden dan wakil PPI)

Sedikit kerungsingan bermain di fikiran para panitia program memandangkan Habiburahman masih belum tiba walaupun sudah mencecah pukul 10 malam dan akhirnya Habiburahman pun tiba dengan tampak jelas di wajahnya yang keletihan .(Bayangkan perjalanan jauh penerbangan dari Kaherah ke Kuala Lumpur dan apabila sampai ke Kuala Lumpur terus sahaja ke Universiti Malaya untuk memenuhi undangan program bedah buku ini)

Tahniah kepada semua peserta yang setia dan sabar menunggu dan tidak berganjak dari auditorium IPS demi menanti kehadiran penulis yang mereka sanjungi, Habiburahman El-Shirazi(bukan senang nak sertai program bersama penulis novel ‘bestseller secara percuma ini apatah lagi beliau datang dari jauh tanpa mempunyai waktu istirehat secukupnya)

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung khas kepada AJK-AJK program (gabungan dua negara serumpun Malaysia-Indonesia terutamanya Syamsuri,Nik Abdur Razak,Yasin),pengacara majlis(Dekka-Indonesia),moderator (Hussein)Indonesia dan(Nurasyikin ) Malaysia ,Bapak Syakirin (Pembaca doa)Kak Ummu Hani dan istimewa buat Habiburahman El-Shirazi

Semoga Allah membalas keikhlasan hati kalian untuk berjuang demi ISLAM.

Thursday, November 13, 2008

Cenderamata vs cenderahati-Pengajian Islam di Jepun-Buku Badiuzaman Said Nursi

Cenderamata vs cenderahati (dari mata turun ke hati?-mata hati?)

Hari ini sebaik sahaja selesai peperiksaan Falsafah Beragama saya terus ke Pekan Buku untuk menempah cenderahati(Ketika bermesyuarat (PP Indonesia@PPI-PMIUM-PBMUM-PMAPIUM),sahabat dari Indonesia mengatakan cenderamata lalu dijawab oleh seorang sahabat saya(Pok Jak PMIUM) cenderahati lebih tepat sebab dekat di hati kalau cendermata hanya sekadar di mata sahaja!



Cenderahati ini ditempah untuk program Bedah Buku bersama penulis novel Ayat-Ayat Cinta,Habiburrahman El-Shirazy Sabtu 15 hb ini anjuran bersama PPI UM-PMIUM-PBMUM-PMAPIUM).

Pengajian Islam di Jepun(Doraemon,Nobita ,Sizuka,Sinyu,Gaint ,Ultraman,Sailormoon,dan rakan-rakan dah masuk Islam ke?)



Selesai tugas tempahan cederahati ini saya terus ke Institut Asia Eropah untuk mendaftar sebagai peserta untuk satu program berkenaan pengajian Islam di Jepun (kalau tidak silap saya anjuran Kedutaan Jepun di Malaysia dan Institut Asia Eropah) yang akan diadakan pada 22-24 November ini di Hotel Nikko Kuala Lumpur.

Program ini saya fikir agak menarik memandangkan ia pasti membincangkan perkembangan Islam di Jepun apatah lagi sudah ada program pengajian Islam di universiti di Jepun ketika ini.Orang Jepun bagi saya sudah ramai yang berminat untuk mengetahui dan mendalami Islam.

Pernah ketika dalam perjalanan ke Masjid Negara dari Stesyen Komuter Kuala Lumpur,saya terserempak dan berbual-bual dengan seorang Jepun yang juga dalam perjalanan ke Masjid Negara.

Kebetulan ketika itu bulan Ramadhan dan beliau bertanya sedikit sebanyak tentang puasa di bulan Ramadhan.Sempat juga saya berikan pada beliau risalah tentang puasa dalam bahasa Jepun yang disediakan oleh pihak Masjid Negara secara percuma.

Buku tulisan Badiuzzaman Said Nursi di perpustakaan Institut Asia Eropah UM
Saya sempat singgah sebentar di perpustakaan Institut Asia Eropah yang sungguh selesa dan sesuai untuk sang ulat buku ‘iktikaf’ dan ‘bertapa’ di sini.Ketika sibuk ‘menonton’ dan ‘membelek-belek’ buku,mata saya terlihat kepada 4 buah buku yang menarik perhatian saya .

Buku –buku itu merupakan koleksi tulisan Badiuzzaman Said Nursi dalam karya agungnya Risalah@Risale-i Nur iaitu

1)Sozler @The words on the nature and purposes of man,life and all things,
2)Mektubat@Letters(1928-1932)
3)Lem’alar@The flashes collection
4)Sualar@The Rays collection

Buku ini telah diwakafkan oleh seorang pelajar PHD dari Turki dan saya rasa barangkali beliau merupakan pengikut aliran Badiuzaman Said Nursi.

Di Turki banyak Ngo-ngo Islam yang mengikuti aliran Badiuzaman Said Nursi dan mereka begitu aktif menyebarkan koleksi tulisan Badiuzaman Said Nursi ke seluruh dunia terutamanya koleksi daripada karya agungnya,Risalah An-Nur.

Aku melawan teroris vs mereka adalah teroris







Dalam kesibukan orang ramai terutamanya di Indonesia (juga di Malaysia)menanti bilakah 3 orang yang disyaki terlibat dalam kes pengeboman di sebuah kelab malam di Bali(Imam Samudra(mempelajari teknik membuat bom di Afghanistan),Amrozi(pengebom yang tersenyum),dan Mukhlas(Abang Amrozi) akan menghadapi hukuman ditembak sampai mati,saya terjumpa sebuah buku atas rak buku di rumah saya yang bertajuk Bantahan terhadap buku Imam Samudra ‘Aku Melawan Teroris :Sebuah Kedustaan Atas Nama Ulama Ahlussunnah.


Buku terbitan Center For Moderate Muslim(www.cmm.or.id) ini tidaklah terlalu tebal iaitu sekitar 122 muka surat sahaja dan oleh kerana itu saya sempat menghabiskan bacaan keseluruhan nya .

Buku kecil ini memuatkan artikel tulisan Al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf Al-Atsary yang mengemukakan hujah-hujah bantahan terhadap apa yang ditulis oleh Imam Samudra sebagai dalil membolehkan beliau dan rakan-rakan mengebom kelab malam di Bali sehingga mengorbankan nyawa orang ramai.


Setiap hujah yang dikemukakan oleh Imam Samudra dibalas oleh Ustaz Abu Hamzah Yusuf ini dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadith .

Turut dimuatkan dalam buku ini ialah artikel tulisan bertajuk Meluruskan cara pandang terhadap jihad,Jihad harus didasari ilmu dan Jihad bersama penguasa.
Kesemua tulisan yang termuat dalam buku ini menolak keras pengeboman di Bali ini dan rasanya patut dibaca oleh mereka yang menganggap tindakan Imam Samudra,Amrozi dan Mukhlas bertepatan dengan Islam dan matinya mereka tergolong dalam mati syahid.


Sebaik sahaja menyimpan kembali buku Bantahan terhadap buku Imam Samudra ‘Aku Melawan Teroris :Sebuah Kedustaan Atas Nama Ulama Ahlussunnah atas rak buku ,saya ternampak sebuah lagi buku yang berkaitan dan menarik bertajuk Sebuah Tinjauan Syariat Mereka Adalah Teroris!bantahan terhadap buku Aku Melawan Teroris! Karya Imam Samudra tulisan Al-Ustadz Luqman bin Muhammad Ba’abduh terbitan Pustaka Qaulan Sadida.

Buku ini agak tebal dan berharga 72,000!!!.....72000 Rupiah.
Saya akan membaca buku ini mungkin selepas pulang ke rumah nanti Insya Allah.
Video menarik ucapan Imam Samudra-Amrozi-Mukhlas -

Monday, November 10, 2008

Dulu PBMUM-PKPIM Sekarang Timbalan Menteri-Ahli Parlimen

Dalam perjalanan pulang dari rumah ke UM,saya singgah sebentar di kedai buku MPH Mid Valley untuk ‘membelek-belek’ buku-buku.

Di MPH Mid Valley inilah tempat saya selalu ‘membelek-belek’ buku selain di Kinokinuya di KLCC dan kadangkala di Border Berjaya Times Square.

Ketika berada di kedai buku ini,saya terserempak dengan Dato Saifuddin Abdullah ,Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Ahli Parlimen Temerloh(BN) yang juga merupakan bekas Presiden, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan bekas Timbalan Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).(2 persatuan yang saya sertai sekarang) (
http://www.saifuddinabdullah.com.my/index.php-http://saifuddinabdullah.wordpress.com/)

Dalam kesibukan beliau dengan tugas harian sebagai seorang Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen ,beliau tetap meluangkan masa dan ‘bergelumang’ dengan buku-buku.
Barangkali ilnilah hasil tarbiyah yang beliau perolehi sewaktu bersama dengan PKPIM dahulu yang mana PKPIM melatih ahli-ahlinya supaya istiqamah dengan budaya ilmu .


Buku-buku yang meliputi pelbagai tajuk (berbentuk haraki,pemikiran,falsafah,sejarah dan lain-lain) dan karya-karya besar tulisan tokoh-tokoh terkemuka memang sangat ditekankan oleh keluarga besar PKPIM-ABIM-WADAH.

Saya sempat berbual dengan Dato Saifudin dan menceritakan perkembangan serba sedikit tentang PBMUM yang pernah beliau terajui sewaktu di kampus UM dahulu.Beliau sempat juga memberi no telefon bimbit beliau dan berharap dapat bertemu dengan saya dan pimpinan PBMUM yang lain sebaik sahaja selesai peperiksaan nanti.

Semoga alumni PBMUM (tanpa mengira latar belakang politik dan sebagainya)dapat bersama-sama membantu untuk menghidupkan kembali perjuangan PBMUM .











Friday, November 07, 2008

Usrah Online-Usrah Maya

Semalam saya sempat ‘usrah online’ melalui Yahoo Messenger bersama dengan sahabat blogger(http://nazifatunnisa.blogspot.com/)

Beberapa perkara sempat saya kongsikan dengan sahabat saya ini dan disini saya kongsikan hasil ‘usrah’ semalam(setakat mana yang saya ingat..)kepada para pembaca blog ini.

Kepentingan usrah-tamrin

Bagi saya sesebuah persatuan-gerakan-jemaah itu janganlah menjadikan keutamaan gerakan mengadakan program-program besar (projek mega?)sehingga mengabaikan program usrah-tamrin.Tak ada banyak program mega pun tak apa tapi jangan sampai tak ada usrah-tamrin.Usrah-tamrin ini lah tunjang utama kepada proses tarbiyah dalam gerakan dan jika kita mengabaikan 2 perkara penting ini pasti akan pincang usaha kita untuk mentarbiyah ahli.

Meluaskan pembacaan buku

Saya berkongsi dengan sahabat saya ini tentang pengalaman mengunjungi rumah DSAI dan sempat menjenguk ke bilik bacaan beliau yang penuh dengan buku-buku.(perpustakaan peribadi).

Saya sarankan kepada beliau supaya membaca buku koleksi –koleksi ucapan dasar presiden mana –mana gerakan dalam muktamar gerakan tersebut.(Seperti ucapan dasar Anwar Ibrahim,Abdul Hadi Awang,Allahyarham Fadzil Nor,Siddiq Fadzil dan lain-lain)

Sebarkan penulisan

Memandangkan sahabat blog saya ini semakin aktif menulis saya cadangkan beliau supaya mencuba menghantar tulisan beliau kepada majalah atau akhbar.Ini tidak lain supaya manfaat hasil tulisan tersebut tersebar luas kepada pembaca keseluruhannya. Secara tidak langsung ia merupakan satu dakwah yang sememangnya cukup berkesan untuk mempengaruhi pemikiran khalayak ramai.

Kuasai kemahiran-kemahiran

Kemahiran mengecam muka orang,ber pidato dan lain-lain kemahiran lagi perlu dimiliki oleh para aktivis dakwah.Saya sendiri sebenarnya kadangkala tidak terlalu cam muka orang yang pernah saya jumpa(apatah lagi mengetahui namanya).Secara peribadi saya kagum kepada ingatan DSAI yang kuat sehingga mampu mengecam saya (walaupun baru beberapa kali jumpa)apabila berjumpa dengan beliau walaupun beliau telah berjumpa dengan pelbagai orang di serata dunia.

Saya juga sempat ‘berkempen’ kepada sahabat saya dalam ‘usrah’ semalam tentang PULAPIPRO dan laman webnya(http://www.pulapipro.org/home/ ).Kemahiran berpidato ini sememangnya amat penting dikuasai oleh pendakwah untuk mempengaruhi mad’u nya dan tapi kita harus ingat pidato itu bukan sekadar melontarkan kata-kata bahkan merupakan seni melontarkan kebijaksanaan.

Saya berterima kasih kepada sahabat saya yang sudi ber ‘usrah online’ semalam dan ‘mendengar saya berceloteh panjang’.Semoga ramai lagi yang akan mempraktikkan ‘usrah maya’ ini dan insyaallah disusuli dengan usrah realiti nanti.


Satu lagi projek ‘menghambakan teknologi demi ISLAM.Sampaikan salam kepada semua,sebarkan ISLAM ke seluruh dunia......

Wednesday, November 05, 2008

Bicara Anwar Ibrahim tentang Pak Natsir

Saya tidak berapa ingat bila kali pertama saya mendengar nama Pak Natsir.



Yang pastinya saya mengenali beliau melalui tulisan Dato Seri Anwar Ibrahim,buku terbitan ABIM dan juga melalui perbincangan dengan sahabat-sahabat PKPIM.



Artikel di bawah ini merupakan bicara Dato Seri Anwar Ibrahim (edisi Bahasa Indonesia)tentang salah seorang tokoh pemikir yang beliau cukup kagumi iaitu Mohamad Natsir

http://siapakah.wordpress.com/2008/07/17/natsir-kolom-anwar-ibrahim/

Untuk maklumat lanjut tentang Pak Natsir -rujuk artikel di bawah:-

http://mohamadnatsir.wordpress.com/

http://bulanbintang.wordpress.com/about/natsir-on-5-jelang-satu-abad/

http://jainal13.multiply.com/journal/item/3/100_tahun_Pak_Natsir

http://www.scribd.com/search?query=mohamad+natsir&x=15&y=10

http://adianhusaini.blogspot.com/2007/11/mengenang-seabad-mohammad-natsir.html

http://empimuslion.wordpress.com/2007/09/27/natsir-dan-warisan-yang-terabaikan/

http://isnet.org/masfami/2007/08/22/mohammad-natsir-1908-1993/

http://www.padangkini.com/mozaik/?id=16

Monday, November 03, 2008

‘Kisah method dakwah senyap -dakwah bisu’


Ketika saya sedang melayari internet(duduk bersila atas lantai depan Dewan Gemilang Kolej 12),tiba-tiba datang 2 orang(seorang lelaki agak lembut dan seorang perempuan) duduk tidak jauh depan saya.

Tanpa disangka-sangka mereka bangun berdiri dan berlatih depan saya sebuah tarian,tarian salsa kalau saya tak silap) dengan penuh ‘ghairah khusyuk wa tawaduk’ nya...

Dalam hati saya berkata,aku sekarang kat negara Amerika Latin ke?Ni mesti pengaruh drama-drama Latin ni...ataupun pengaruh ‘sehati berdansa’ ni....

Tiba-tiba saya teringat akan baju T-shirt yang dibeli oleh seorang kawan saya(PKPIM) di Indonesia.T-shirt hitam itu tertulis di depannya

Ya Allah ampuni dosa mereka yang berada di depan ku

Dan tertulis juga di belakangnya

Ya Allah ampuni dosa mereka yang berada di belakang ku

Menurut kawan saya ini,beliau sering menaiki lrt dan melihat pelbagai ragam anak muda masa kini.Jadi beliau akan memakai t-shirt tersebut dan berdiri di depan mereka yang didapati melakukan perkara yang tidak senonoh(sambil mempamerkan tulisan yang tercatat atas t-shirt tersebut}

Ini bagi saya merupakan satu bentuk ‘dakwah senyap’-‘dakwah bisu’ yang perlu juga diamalkan oleh para pendakwah aktivis gerakan Islam.

Namun begitu saya juga berfikir kalau t-shirt tadi tertera perkataan

Ya Allah ampuni dosa mereka yang berada di depan ku dan
Ya Allah ampuni dosa mereka yang berada di belakang ku

Perlu juga ada t-shirt yang tertera perkataan

Ya Allah ampunilah dosa aku yang menumpang hidup di atas muka bumi mu ini.....

Barangkali saya perlu membeli dan memakai t-shirt tersebut ya........

2 orang yang ‘mempersembahkan tayangan tarian percuma ‘di hadapan saya itu perasan saya sedang memerhatikan mereka(macam juri hakim pula).

Saya hanya melemparkan senyuman kepada mereka.(Dalam hati saya mengatakan ‘aku bukan juri hakim ya!!)

Mereka membalas senyuman saya(macam pertandingan membalas senyuman pula ya!!!)

Kemudiannya saya terus memasang lagu Andai Ku Tahu nyanyian Ungu(sengaja dikuatkan rangkap Andai ku tahu kapan tiba ajal ku’ nak bagi mereka berdua dengar..)

Tanpa disangka mereka tiba-tiba berhenti daripada berlatih tarian Salsa tersebut......
Saya tidak tahulah samada mereka berdua berhenti berlatih tarian itu sebab letih, penat ataupun sebab apa.Barangkali dan mungkin juga sebab ‘insaf sebentar ’ akibat ‘penangan’ lirik lagu andai ku tahu ini.....

Kalau benarlah dengan ‘penangan ‘ ‘sengatan’ lirik lagu tersebut menyebabkan mereka berhenti berlatih tarian tersebut maka ternyatalah ‘dakwah senyap -dakwah bisu’ ini sedikit sebanyak telah berjaya.

Semoga method ‘dakwah senyap-dakwah bisu ‘ ini dapat kita amalkan bersama...

Apabila aku bertanya ustaz Google,pakcik Yahoo dan abang Wikipedia.....

Hari ini saya cuba mendapatkan maklumat daripada ustaz Google,pakcik Yahoo dan abang Wikipedia berkenaan beberapa istilah yang saya sedang cuba hadamkan iaitu berkenaaan dengan sosialisme,kapitalisme,liberalisme,Neoliberalisme
libertarian ,modernisme,pasca modernisme dan lain-lain istilah yang sering saya jumpa tatkala membaca (buku,blog,laman web,majalah dll)

Saya tak tahu kenapa saya agak berminat untuk mengetahui istilah-istilah tersebut tetapi saya yakin dan percaya saya perlu dan wajib mengetahuinya.


Harap ada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi ilmu dengan saya tentang istilah-istilah tersebut ya...

Mencari maklumat gerakan anak Malaysia di UK-USA

Saya tidak ingat sejak bila saya berminat untuk mengetahui perkembangan gerakan Islam di sekitar UK dan USA.

Tetapi saya sedar pengalaman perjuangan sahabat-sahabat (junior dan senior) para aktivis Islam yang menuntut ilmu dan berada di sana perlu dikongsi bersama.

Saya kini sedang mencari maklumat berkenaan persatuan dan gerakan seperti Hizbi,Majlis Syuro Muslimun,MISG,FOSIS(Terima kasih kepada saudara Saifullah PKPIM-http://saifullah-zulkifli.blogspot.com/ yang pernah menceritakan secara ringkas berkenaan FOSIS suatu ketika dahulu) termasuk juga UKEC,Malaysia Think Tank dan lain-lain lagi persatuan yang wujud di sana.

Kadang-kadang gurauan itu menjadi kenyataan,,,,,,

Apabila balik bercuti di rumah, saya sering juga bergurau dengan adik-beradik saya terutama waktu makan .Selalunya adik-adik dan kakak saya akan bercerita- bersembang dan saya selalunya suka mendengar dan kemudiannya sering menyampuk dengan pelbagai bentuk ‘sampukan’(ada ke istilah ni ha?)antaranya:-

Gurauan 1

-Ha a..kan .,Waktu wasif kat UK dulu kan...bla bla bla
-Waktu wasif belajar kat Jepun dulu pun ...bla bla bla....
-Teringat waktu wasif kat Iran dulu...bla ...bla...bla...
-Pernah wasif kat Turki dulu..bla..bla..bla....


Sejak bila saya pernah belajar di luar negara pula?Cara percakapan saya itu seolah-olah saya pernah tinggal lama di beberapa buah negara asing.....padahalnya ,tidak pun...


Pernah juga terjadi 2 dialog gurauan antara saya dan mama saya.

Gurauan 2

Saya bertanya kepada mak saya

’’Mama,nak 5 ribu ringgit .... ..nak pergi Turki jap...”

Jawab mama saya ;

“Ha..ambil bawah karpet tu....”

Gurauan 3

Wasif nak pergi mana tu?’tanya mama saya.

Lalu saya menjawab;

‘Nak pergi solat Zohor kat Iran jap ...pas tu solat Asar kat Turki pas tu solat Maghrib kat Jepun pas tu solat Isya kat Itali..subuh esok wasif balik solat kat Masjid Putrajaya..ok?’

Entah bagaimana gurauan itu kadang-kadang menjadi kenyataan.Barangkali dengan gurauan yang sering diulang-ulangkan itu akhirnya berjaya juga saya menjejakkan kaki ke salah sebuah negara yang sering saya ‘guraukan’(sekali lagi,ada ke istilah ni ha?) itu.....
Syukur Alhamdulillah......

Berguraulah selalu ya sahabat ku!!!

Al-Kisah wireless di Kolej 12 UM

Barangkali ramai yang tidak mengetahui bahawa ketika saya menulis ,chatting melalui YM,membaca artikel-artikel dalam internet,buka blog orang lain,buka laman web berita,politik,dakwah,mahasiswa dan sebagainya,ketika itu saya sebenarnya sedang duduk bersila atas lantai dihadapan Dewan Gemilang Kolej Kediaman 12@Raja Dr.Nazrin Universiti Malaya(sambil mendengar muzik)

Disinilah 'kediaman rasmi' saya untuk melayari internet sepanjang menetap di Kolej 12 ini memandangkan disini mempunyai access wireless(kadang-kadang dapat kadang-kadang tidak...yang peliknya kadang-kadang tak boleh layari laman web tetapi boleh pula chatting YM)

Selalu bersama saya access wireless disini ialah seorang Pak Arab dari negara Iraq(sepupu Saddam Hussein kot..hehe) dan juga beberapa orang pelajar berbangsa cina(anak saudara Lim Kit Siang kot..)

Kadang-kadang saya terfikir alangkah baiknya jika seluruh kawasan di Kolej Kediaman 12 ini dilengkapi dengan capaian wireless internet yang laju tanpa sebarang gangguan.Jika hal tersebut menjadi kenyataan,maka mudahlah saya melayari internet...

Bayangkan saya melayari internet sambil minum milo ais di kafe kolej 12,sambil duduk rehat di bilik,sambil menunggu giliran cucuk duit di ATM,sambil menunggu azan bilal di surau,sambil naik lift,sambil naik tangga ke koperasi,sambil .......

Berapa banyak sambil dah?

Saturday, November 01, 2008

Perihal peperiksaan....

Peperiksaan semester 1 tahun 3(tahun akhir ,insyaallah) semakin dekat.Tarikh 5,6,7,13,14,18 November ini merupakan tarikh peperiksaan saya.(6 Subjek-Hadith Ahkam,Falsafah Beragama,Hadith dan Isu Semasa,,Fiqh Kepenggunaan,Histiografi Islam,Takhrij Hadith)

Nota dan bahan rujukan belum dikumpulkan lagi(apatah lagi dibaca kan?).'Study week'(ke Studur?-Study Tidur-Study 5 minit Tidur 5 Jam????) tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.Jadual sebenar peperiksaan pula baru diketahui dan barulah sibuk nak susun jadual 'study'(minit-minit terakhir-masa kecederaan)

Memang diakui inilah semester yang paling teruk dan prestasi paling buruk sepanjang saya menuntut di Universiti Malaya ini.Tambahan pula,saya sebenarnya bukanlah berminat sangat dengan sistem peperiksaan-sistem pointer(termasuk sistem tandatangan kehadiran-Sem ini mencipta sejarah apabila 3 subjek saya hampir-hampir diberi amaran larangan menduduki peperiksaan semuanya gara-gara 'sedikit ponteng' dan malas tandatangan kehadiran kuliah)

Entah sistem apa yang saya minat ya....Semuanya serba tak kena(kata diriku kepadaku ;kau buatlah sendiri universiti mengikut acuan kepala otak kau !!Lantas aku membalas kepada diriku juga;kepala otak kau!! Haha..mengarut...)

Apapun saya sebenarnya cemburu terhadap Isa Tan(cina baru 2 tahun lebih masuk Islam,pelajar tak rasmi di APIUM) yang bebas menuntut ilmu dan hadir ke mana -mana majlis ilmu,seminar ,pembentangan master dan PHD,bengkel,tiada tandatangan kehadiran,tiada peperiksaan,tiada 'pointer' dan .................tiada ijazah!!!

Tetapi apakan daya saya terpaksa memilih sistem universiti ini.Terpaksa jugalah berhadapan dengan peperiksaan.Bagaimana ya universiti tanpa peperiksaan?(macam best juga ya....haha)

Untuk mengelakkan saya gagal dalam peperiksaan yang bakal menjelang tiba nanti (ingat,,,saya tak berapa suka sistem peperiksaan ini ya...)saya terpaksa membuat keputusan 'menggantung' , 'merehatkan' dan ,memberikan 'kad merah' kepada laptop saya ini memandangkan kehadiran laptop ini sedikit sebanyak(banyak sangat sebenarnya) mengganggu persiapan saya menghadapi peperiksaan .

Apa tidaknya?Tatkala sahabat -sahabat lain sibuk mengumpul dan membaca nota-nota dan buku-buku rujukan,saya 'uzlah' dan 'berkhalwat' dengan laptop ini untuk chatting-yahoo messenger,baca blog orang lain,buka web politik, dakwah, berita dan lain-lain lagi.

Doakan saya cemerlang dalam peperiksaan nanti ya(walaupun saya langsung tidak berminat dengan sistem peperiksaan ini....)

02112008
Kafe Kolej 12
2.07 am

Akhirnya, aku memiliki Laptop sendiri ;langkah pertama menghambakan teknologi demi ISLAM.....

Setelah sekian lama saya mengimpikan memiliki laptop sendiri akhirnya impian tersebut termakbul juga akhirnya.Terima kasih tak terhingga kuucapkan kepada baba dan mama dalam kesibukan menguruskan perkahwinan kakak Saiedah di mesir sempat mengambil peluang transit di dubai untuk membeli laptop anak mu ini(Toshiba).

Terima kasih juga kepada adik-beradik ku yang lain(12 beradik ya jangan lupa) yang sanggup 'beratur panjang' (hehe..)menunggu giliran masing-masing untuk memiliki laptop sendiri.

Sebelum ini saya sudah berjanji kepada diri sendiri akan aktif
menulis@berkarya sebaik sahaja memiliki laptop peribadi sendiri.Agak sukar juga menulis menjadi 'penumpang'(bukan pendatang ya) kepada komputer@laptop orang lain.(komputer makmal komputer APIUM kini tinggal kenangan..hehe)

Sebelum ini agak penuh disket,cd,dan pendrive saya dengan koleksi artikel pilihan yang saya fikir agak menarik (tulisan orang lain).Saban hari sebelum ini saya melayari internet mencari artikel dan tulisan menarik untuk dibaca dan dihadam juga sebagai koleksi simpanan untuk rujukan.

'Folder' saya juga dibahagikan kepada topik-topik penting seperti pemikiran,dakwah,hiburan,tokoh,mahasiswa,dan lain-lain .Artikel dan tulisan yang menarik dalam 'folder' tersebut selalunya akan saya 'print' untuk dibaca dan di 'conteng' (isi-isi pentingnya).

Pernah saya menangis(lelaki menangis dalam hati ya..)apabila mp3 saya hilang setelah adik-adik saya pinjam(mengamuk juga abang mu ini..) bukanlah sangat kerana kerana kehilangan koleksi muzik (biasalah,peminat muzik) yang terdapat dalam mp3 tersebut tetapi 'yang paling menyayat hati'-'tragedi'-'bala bencana'-'malapetaka'dan yang sama maksud dengannya ialah kehilangan folder-folder yang didalamnya koleksi artikel menarik yang dikumpul sejak sekian lama dan yang paling pedih sekali ialah kehilangan koleksi tulisanku(baru berjinak-jinak nak menulis...) yang terdapat dalam mp3 itu...ish ish ish...sedih banget....

Semoga kehadiran laptop baru ini membawa sinar dan menjadi batu loncatan kepada ku untuk terus menulis berkarya penuh ikhlas demi ISLAM tercinta.

Peringatan buat diriku sendiri setelah memiliki laptop ini

Jangan terlalu leka dengan chatting-yahoo messenger(walaupun chat dakwah dan ukhwah sekalipun),baca blog orang lain(blog sendiri bagaimana pula?),web politik(nak jadi orang politik ke?) web dakwah(amali-praktikal dakwah bagaimana pula?),web berita(nak jadi wartawan ke?) dan jangan hanya ada laptop tetapi malas belajar aplikasi sofware nya.

Hambakan teknologi demi ISLAM....

Thursday, October 30, 2008

Semarak Pidato Di Aidilfitri PULAPI PRO

26 Oktober 2008-Ahad

Hari ini saya berkunjung ke rumah terbuka anjuran @majlis sambutan aidilfitri PULAPI-PRO(Pusat latihan pidato profesional -http://www.pulapipro.org/home/)dibawah bimbingan Dato Dr. Syed Ahmad bin Syed Samsudin Al=-Saggof(belajar pidato dengan kiai dari indonesia yang mengajar Dato Seri Anwar Ibrahim pidato-citra ageng pidato nusantara) di Auditorium SIRIM Shah Alam.

Semarak pidato di aidilfitri .Inilah tema rumah terbuka PULAPI-PRO menggambarkan ruh semangat berpidato yang tertanam dalam jiwa aktivis-aktivis Pulapipro.

Banyak rumah terbuka aidilfitri yang saya telah saya hadiri sebelum inilah tetapi rumah terbuka pulapipro ini agak berlainan sedikit dengan rumah -rumah terbuka yang lain.

Bermula daripada pengacara majlis,doa,ikrar,deklarasi,ucapan pengarah program,sajak,nyanyian lagu semuanya berasaskan gaya, teknik-teknik, dan jurus-jurus pidato.

Bahkan jemputan khas YB Yaakob Sapari-PKR(belajar pidato dengan Dato Syed Ahmad) yang merasmikan program ini turut menyampaikan pidato perasmiannya.

Saya sebelum ini hanya mendengar nama Dato Syed Ahmad antaranya melalui cikgu hafizi(anak murid Dato Syed Ahmad) yang telah memberi pengisian dalam bengkel pidato anjuran Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya(PBMUM) baru-baru ini.

Dan saya juga telah menjemput dan ber 'kempen' kepada 4 orang sahabat saya (Zulzaidi,Syahir,Hafes Sabri,Aizuddin ) untuk mengikuti kelas pidato dibawah seliaan dato syed ahmad di IYC,Cheras walaupun saya sendiri belum pernah mengikuti kelas tersebut.

Dalam program semarak pidato di aidilfitri inilah saya berpeluang buat pertama kali mendengar pidato dato syed ahmad yang cukup bertenaga,menaikkan semangat pendengar,menggunakan bahasa yang cukup cantik dan menarik,diselitkan dengan unsur
humor@lucu,sindiran tajam dan pengisian rohani.

Pidatonya memukau audien seperti pidato Dato Seri Anwar Ibrahim cuma bezanya anwar ibrahim tidak membuka dan mengajar secara khusus dalam kelas pidato (Siri pidatonya di seluruh dunia itulah barangkali kelas pidato beliau).

Dalam laman web DSAI beberapa tahun yang lalu,saya pernah bertanyakan beliau melalui ruangan dalam web tersebut bila beliau mahu menulis buku tentang teknik berpidato seperti mana yang telah ditulis oleh dato seri dr zahid hamidi('anak didik' beliau).Jika beliau berjaya menulis buku teknik pidato tersebut barangkali buku itu akan menjadi 'best-seller' dan laris di pasaran.

Insyaallah bengkel pidato anjuran PBMUM di bawah seliaan cikgu hafizi akan cuba saya teruskan pada semester akan datang dan mungkin juga PBMUM akan menjemput Dato Dr Syed Ahmad sendiri untuk menyampaikan pidato beliau.

Dan pasti juga ramai mahasiswa UM yang tertanya-tanya bila PBMUM nak jemput bekas presiden PBMUM ,Dato Seri Anwar Ibrahim.........;untuk belajar pidato !!!

Friday, October 24, 2008

Tuesday, October 21, 2008

Misi Mas Darwin di Turki

Semalam saya melayari laman web Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD-ABIM) ,http://gptd.blogspot.com/ dan baru sahaja mengetahui pemergian sahabat saya ,Mas Darwin@Faiz ke bumi Turki untuk melanjutkan pelajarannya dan menyempurnakan misi dakwah GPTD Turki.

maklumat lanjut klik-

http://gptd.blogspot.com/2008/09/misi-ke-turki.html
http://gptd.blogspot.com/2008/09/salam-syahadah-dari-turki.html

Kepada Mas Darwin diucapkan selamat berjaya menuntut ilmu di bumi bertuah bumi Sultan Mohd Al-Fatih,Badiuzzaman Said Nursi,Erbakan,Erdogan,Gul dll.........

Aku merinduimu Istanbul,Turki!!!!

Tuesday, October 14, 2008

Kiai Kanjeng?

Ketika sedang melayari youtube,saya terjumpa video Kiai Kanjeng.

Saya tak berapa ingat bila kali pertama saya mendengar nama Kiai Kanjeng@Cak Nun.

Sedikit maklumat yang saya tahu sebelum ini ialah beliau antara mereka yang menyampaikan dakwah melalui seni dan ini mengingatkan saya kepada gerak kerja dakwah Wali Songo suatu ketika dahulu.

Sedikit pengenalan tentang siapa beliau-Klik

http://www.tokohindonesia.com/ensiklopedi/e/emha-ainun-nadjib/index.shtml

Untuk mendengar video beliau yang menarik-klik

http://www.youtube.com/watch?v=diTgOm1VAf8&feature=related (Lagu Lil Ilir-(ciptaan Sunan Kalijaga kalau tidak silap)mengingatkan saya kepada kenangan program Temu Pemuda Serantau 1,Kaliurang,Yogyakarta-lagu rasmi program)

http://www.youtube.com/watch?v=G4yq_KFVLXk&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=5DX2R7BTNuY&feature=related

Wednesday, October 08, 2008

Persiapan Aktivis Gerakan Mahasiswa Islam

Malam ini saya keluar makan malam dengan seorang sahabat(Hafez Sabri,bekas Presiden PEMARAK dan kini Pengerusi BERSATU-Perak) yang mengajak saya keluar makan sambil bersembang-sembang,berdiskusi,bertukar-tukar fikiran,melontar pandangan dan.....’yg sama waktu dengannya’.

Sepanjang perjalanan menaiki motor menuju ke sekitar Kerinci mencari restoran pilihan sempat kami bersembang beberapa perkara (atas motor)dan disambung semula di meja makan sebuah restoran sambil menjamu hidangan makan malam.

Beberapa topik berkaitan gerakan mahasiswa Islam menjadi pilihan diskusi kami malam itu dan hasil diskusi tersebut saya dapat membuat rumusan (sebagai persiapan aktivis gerakan mahasiswa Islam )seperti berikut:-

Membaca buku daripada pelbagai cabang bidang Ilmu pengetahuan

Adalah penting sekali bagi anak-anak muda terutamanya mahasiswa yang terlibat dalam gerakan Islam agar membaca sebanyak mungkin buku-buku daripada pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan hasil bacaan buku-buku tersebut perlu selalu dibahaskan@diskusi@bedah buku.

Kecenderungan di kalangan aktivis gerakan ialah membaca buku-buku yang bersifat ‘haraki’(terutamanya karya tokoh Ikhwanul Muslimin) namun begitu perlu juga diperkasakan pembacaan buku-buku yang bersifat ‘pemikiran’(buku Syed Mohd Naquib Al-Attas dan anak-anak muridnya sebagai contoh@’Mazhab ISTAC’.) dan bahan-bahan bacaan yang lain.

Mengetahui aliran pemikiran semasa yang berpengaruh

Aktivis gerakan mahasiswa Islam perlu memberi penekanan kepada penguasaan aliran pemikiran semasa yang banyak mempengaruhi pemikiran orang ramai sebagai contoh aliran Sosialisme,Kapitalisme,Liberalisme dan lain-lain.

Kalau dahulu pejuang gerakan Islam era akhir 60 an dan awal 70 an yang berusaha menyebarkan ’fikrah’ Islam turut mengetahui selok-belok aliran Sosialisme yang berpengaruh ketika itu barangkali era kini menuntut kita mengetahui pula selok-belok aliran liberalisme-pasca modernisme dan berusaha menonjolkan kehebatan fikrah Islam berbanding aliran pemikiran lain.

Membuat kajian tokoh-tokoh

Tokoh-tokoh reformis berpengaruh yang banyak menggerakkan perubahan(rujuk senarai tokoh pilihan saya dalam.....) perlu dikaji perjalanan hidup,sejarah perjuangan,jasa-jasa,pemikiran,karya-karya dan apa-apa sahaja berkenaan mereka sebagai pedoman ,rujukan dan suntikan motivasi buat aktivis gerakan mahasiswa Islam kini.

Tokoh-tokoh berpengaruh ini boleh diperkenalkan secara mendalam dalam siri-siri usrah ,diskusi dan sebagainya


Memperlengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran
Aktivis gerakan mahasiswa Islam perlu berusaha menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa(Bahasa Melayu,Bahasa Arab,Bahasa Inggeris,Bahasa Mandarin dan lain-lain)termasuk hebat berpidato,berdebat,berhujah atau ilmu mantik ,kemahiran ’ICT’ (komputer,internet dan sebagainya)dan lain-lain kemahiran lagi.

Penguasaan kemahiran ini amat penting sebagai nilai tambah yang dapat mengkembangkan lagi potensi individu yang terlibat dalam gerakan mahasiswa Islam untuk menjadi lebih ke hadapan berbanding mahasiswa-mahasiswa lain.

Mengadakan usrah rentas jemaah

Kebiasaanya sesuatu usrah itu diadakan dan dihadiri oleh ahli jemaah yang sama atau se’fikrah’.Usaha untuk menghidupkan usrah yang dihadiri oleh ahli daripada kepelbagaian jemaah perlu digerakkan.

Usrah rentas jemaah ini pastinya akan menemukan kepelbagaian fikrah yang pastinya lebih menyegarkan dan menghidupkan sesuatu usrah sekaligus menjadikan perbincangan dalam usrah tersebut lebih mencabar minda dan pemikiran ahli usrah tersebut.

Tidak terlampau taksub kepada jemaah atau pemikiran tokoh jemaah

Antara masalah besar yang dihadapi sebilangan mahasiswa yang terlibat dalam sesuatu jemaah@gerakan ialah ketaksuban melampau terhadap jemaah dan kepada pemikiran tokoh-tokoh daripada jemaah yang disertai.

Ahli sesebuah jemaah @gerakan perlu bersifat terbuka kepada jemaah@gerakan Islam yang lain dan bersedia mengkaji dan mengikuti pemikiran tokoh-tokoh daripada jemaah Islam yang lain atau tidak membabibuta mengikuti pemikiran tokoh-tokoh daripada jemaah yang disertai

Keseimbangan spiritualisme-aktivisme-idealisme-intelektualisme

Ketidakseimbangan aspek spiritualisme,aktivisme,idealisme,intelektualisme(maklumat lebih lanjut tentang ’4 isme’ ini boleh rujuk kepada PKPIM) mampu membantutkan perkembangan potensi kader-kader dakwah.

Tidak dapat dinafikan ada kecenderungan tertentu di kalangan aktivis gerakan mahasiswa Islam untuk lebih tertumpu kepada satu aspek daripada ’4 isme’ utama tersebut namun demikian usaha perlu dilakukan untuk memperkasakan kader-kader dakwah dengan keseimbangan antara ’4 isme’ ini tanpa mengabaikan walaupun satu aspek tersebut.


Ternyata hasil bersembang-sembang,berdiskusi,bertukar-tukar fikiran,melontar pandangan dan.....’yg sama waktu dengannya’ antara dua orang ini(saya dan Hafez Sabri) berjaya melahirkan rumusan buah pemikiran yang pastinya sedikit sebanyak dapat membantu menggerakkan dan memantapkan lagi perjuangan gerakan mahasiswa Islam di kampus .

Bagaimana pula jika ramai yang merenung ,mengamati dan berfikir walaupun sejenak?....Ayuh bersama kita berfikir dan jadi pemikir.....!!!

1020 pm
08102008
Kolej Kediaman Raja Dr.Nazrin
Universiti Malaya