Ulasan pembentangan Habiburahman El-Shirazi
Saya agak tertarik dengan beberapa hal yang dibicarakan oleh Habiburahman pada program ini antaranya ialah:-
Masalah pemuda Malaysia-Indonesia masalah yang sama
Beliau memulakan bicaranya dengan menyentuh masalah yang dihadapi oleh pemuda samada dari Malaysia mahupun Indonesia yang bagi beliau mempunyai masalah yang sama sahaja terutamanya berkenaan dengan masalah pencintaan pemuda.
Antara faktor utama beliau menulis novel ialah untuk menyampaikan dakwah kepada pemuda melalui pendekatan yang diminati dan dekat dengan jiwa pemuda seperti melalui novel dan bukannya sekadar melalui ceramah-ceramah.
Kebangkitan melalui penerbitan
Beliau menjelaskan tentang bagaimana proses kebangkitan yang boleh berlaku melalui penerbitan dan bahan –bahan bacaan yang mampu mengubah sebagaimana Al-Quran yang bagi beliau sarat dengan cerita-cerita luar biasa yang dapat membentuk generasi yang luar biasa.
Kuasa penerbitan dalam mempengaruhi minda dan membentuk fikrah perlu dimanfaat kan sebaik mungkin oleh para aktivis dakwah yang ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan
Ulama sebagai Sasterawan
Beliau juga membawa kisah bagaimana ulama-ulama terdahulu yang sebenarnya terkenal sebagai sasterawan terlebih dahulu sebelum menjadi ulama.
Hal ini perlu diambil perhatian oleh golongan yang berpendidikan agama agar terjun ke bidang penulisan dan kesusasteraan sebagai satu jihad melalui mata pena
Surah panjang=Novel-Surah Pendek=Cerpen
Beliau juga memperkatakan tentang surah-surah panjang dalam al-quran seperti Surah Yusuf yangbagi beliau boleh diibaratkan seumpama novel dan juga surah-surah pendek dalam Al-quran seperti surah yang menceritakan tentang habil dan qabil yang boleh diibaratkan seumpama cerpen.
Konsep yang terkandung dalam Al-quran sesungguhnya mampu dijadikan rujukan dalam bidang penulisan dan perlu dikaji lebih mendalam oleh para penulis yang ingin memantapkan penulisan mereka mengikut acuan Al-Quran
Berani Hidup vs Berani Mati
Beliau membangkitkan soal berani hidup yang sering dilupakan berbanding soal berani mati.Anak-anak muda sekarang menurut Habiburahman lebih ramai yang berani mati daripada yang berani hidup.
Sepatutnya kita juga harus berani hidup di samping berani mati apatalah lagi kita ini menjalani kehidupan dahulu sebelum menempuh alam kematian.
Gabungan pengalaman dan imaginasi dalam menulis
Habiburahman mengakui penulisan novelnya banyak berdasarkan pengalaman yang dialami beliau sendiri di samping imaginasinya sendiri dalam memperindahkan lagi tulisan-tulisan beliau.
Bagi beliau juga,,seseorang penulis perlu menulis apa yang dia tahu dan dia rasai dan beliau menjelaskan bahawa inspirasi dalam penulisan yang paling hebat itu ialah berdasarkan pengalaman.
Perbeza an antara novel dan filem ayat-ayat cinta:Dakwah memerlukan masa-beransur-ansur-proses
Dalam sesi soal jawab beliau ditanya tentang beberapa perbezaan yang terdapat dalam novel ayat-ayat cinta tulisan beliau dan filem ayat-ayat cinta yang digubah skripnya berdasarkan novel tersebut.Beberapa babak dalam filem tersebut dilihat bertentangan dengan syariat dan berbeza sedikit dengan apa yang ditulis oleh beliau dalam novel ayat-ayat cinta.Ini dilihat mencampuradukkan antara unsur dakwah dan maksiat menurut penanya soalan ersebut.
Beliau tidak menafikan wujudnya babak-babak yang dilihat bertentangan dengan syariat dan beliau sendiri telah memprotes kewujudan babak-babak tersebut.Proses mewujudkan filem yang betul-betul Islamik dan memenuhi syariat sememangnya agak sukar dilakukan dan pastinya usaha dakwah ini melalui proses-proses tertentu yang mengambil masa dan bukannya bersifat ‘kun fayakun’.
Gerakan dakwah perlu lahirkan bintang filem
Beliau juga menyarankan agar mereka yang terlibat dalam bidang dakwah menyiapkan calon-calon bintang filem dari kalangan aktivis dakwah.Beliau menceritakan bagaimana pemilihan yang dibuat dalam mencari artis yang berlakon dalam filem Ketika Cinta Berasbih yang masih dalam penggambaran filemnya menguji bacaaan AL-Quran mereka yang menyertai pemilihan tersebut dan juga filem ini bakal menampilkan seorang artis baru yang juga seorang aktivis dakwah.
Beliau berharap bermula dari aktor-artisnya,sutradara-pengarah filemnya,pengeluar filem kesemuanya melambangkan imej Islam yang sebenarnya bukannya seperti sesetengah artis yang memegang watak yang baik tetapi mengamalkan watak yang buruk yang berbeza sekali dengan watak yang dilakonkannya.
Filem Islam sebaikmana pun bagi beliau tidak akan dapat ditayangkan di pawagam sekiranya wujud apa yang beliau istilahkan sebagai ‘mafia-mafia’ filem.
Ulasan ringkas pembentangan Kak Ummu Hani
Ummu hani mem’bedah’ buku karya Habiburrahman yang bertajuk ‘Ketika Cinta Bertasbih’ .Beliau menanyakan berapa ramaikah di kalangan peserta yang hadir yang telah membaca habis buku novel ini dan apakah ia dipinjam ataupun dibeli sendiri.Beliau menyarankan para peserta supaya membaca sehingga tamat novel menarik ini.
Beliau membincangkan juga tentang isi-isi penting terutamanya berkenaaan watak-watak yang terdapat dalam novel ini dan menceritakan beberapa aspek positif dan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh Habiburahman dalam novel ini.
Beliau juga agak lantang mengkritik penyudah@penutup novel Ketika Cina Bertasbih ini di samping mendedahkan beberapa kelemahan yang terdapat dalam novel ini.
Ulasan novel Ketika Cinta Bertasbih oleh Ummu Hani ini mampu menyuntik semangat dan menimbulkan rasa ingin mengetahui isi dan membaca novel ini sampai habis buat mereka yang belum selesai membacanya lagi.
salam..
ReplyDeletemenarik dan detail.. ulasan yang memberi penonjolan kepada karekter catatan penulis sambil mendengar. Betul ke us yg buat catatan ni?
Teruja berjumpa penulis kesukaan bercampur dengan suasana yang menarik menyebabkan ana sendiri tidak sedar masa berlalu pantas..
seperkara lagi yang perlu diambil perhatian, jalinan ukhuwah antara mahasiswa Indonesia dan Malaysia perlu dimurnikan dengan hubungan yang baik antara keduanya.
sebenarnya sy terlupa mmbawa kertas dan pen malam itu,jadi catatan dibuat mlalui taip di hp shj.
ReplyDeletemendengar smbl mgambil-mncatat isi2 penting sblm mnulis..
mahasiswa malaysia-indonesia serumpun dan melihat dari aspek sejarah sendiri malaysia-indonesia sebenarnya hampir mncapai kmerdekaan bersama-sama...(bergabung?)
pernah dlm satu prgrma mhaswa malaysia-indonesia,kami mbyangkan pngabungan smula mlysia-indonesia....haha...ditambah pula dgn brunei,singapura dan kwsan skitar yg ramai melayu-islam....
seandainya rumpun melayu di rantau nusantra ini brgabung pastinya akan mnghasilkan satu empayar melayu-Islam yg kuat ...dan Islam di nusantara ini pasti akan lebih kuat dn trsebar luas berbanding di negara2 arab!!