23 November 2007,Anjung Rahmat,Gombak
Hari ini saya hadir ke Anjung Rahmat,Gombak(Pejabat En..Azzam Abdur Rahman- Mantan Presiden ABIM) untuk sesi perjumpaan kali pertama delegasi Malaysia yang akan berangkat ke Istanbul,Turki untuk menghadiri International Seminar On Islamophobia anjuran The Union of NGOs of The Islamic World(UNIW)pada 8-9 Disember 2007.
Delegasi Malaysia ke International Seminar On Islamophobia ini ialah seramai 16 orang dari keluarga besar PKPIM, ABIM ,WADAH ,Global Peace Mission dan Yayasan Takmir Pendidikan.Kami diberi taklimat berkenaan latar belakang program dan persiapan yang perlu dilakukan sebagai persediaan ke Turki nanti oleh En.Azzam .
Menurut En.Azzam ,mesyuarat agung The Union of NGOs of The Islamic World(UNIW) yang turut diadakan sebelum International Seminar On Islamophobia nanti ialah mesyuarat antara NGO-NGO Islam seluruh dunia yang terbesar selepas kemenangan parti Islam (AKP) di Turki (Kejayaan AKP dalam pilihanraya ,perlantikan Recep Tayyep Erdogan sebagai Perdana Menteri dan Abdullah Gul sebagai Presiden)
Sebelum UNIW ,sudah wujud pertubuhan seperti IIFSO(anjuran Ikhwan)WAMY(Anjuran Kerajaan Saudi) dan UNIW ini pula merupakan NGO Islam anjuran kerajaan Turki.
Umat Islam seluruh dunia kini meletakkan harapan kepada Turki untuk memimpin Islam.Ketika umat Islam seluruh dunia berada dalam kedudukan paling lemah ,agama Islam tetap berkembang pesat seluruh dunia dan ini adalah bukti kekuatan risalahnya.
.
International Seminar On Islamophobia ini diadakan bagi membincangkan isu Islamophobia yang menjadi ancaman kepada umat Islam seluruh dunia lebih-lebih lagi selepas peristiwa 11 September 2001.Menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk melawan Islamophobia dengan mempamerkan akhlak yang mulia sesuai dengan tuntutan Islam dan bukannya dengan cara keganasan.
Kami diberi peringatan untuk membuat persiapan menghadapi musim sejuk di Turki nanti dan diminta supaya membuat kad nama untuk diagihkan kepada peserta-peserta dari negara-negara lain,membuat catatan peribadi melalui tulisan,gambar-gambar kenangan dan lain-lain yang penting
En.Azzam dalam perjumpaan ini sempat mengupas beberapa hal berkenaan Turki dan saya agak tertarik dengan kupasannya terutamanya berkenaan pertentangan pendekatan politik antara Erdogan dengan Erbakan yang juga merupakan gurunya dari aspek politik.
Beliau turut mengupas berkenaan kumpulan-kumpulan yang mendakwa pengikut Badiuzzaman Said Nursi atau digelar Nurju yang berpecah kepada 7 kumpulan antaranya Hayrat Vakfi dan Fathullah Ghulan.
Ramai orang Turki menyokong Tun Dr Mahathir kerana kelantangannya melawan kuasa besar Barat .Manakala ramai juga yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim atas usahanya
Ternyata perjumpaan kali pertama delegasi Malaysia ke Turki ini banyak menambahkan ilmu dan maklumat dan semakin tidak sabar rasanya saya untuk berkunjung ke Turki nanti bagi menambah ilmu dan pengalaman.Dan pastinya ini menuntut saya untuk membuat persiapan sehabis baik sebelum menjejakkan kaki ke bumi Turki nanti agar kunjungan ke sana lebih bermakna.
No comments:
Post a Comment