Wednesday, September 19, 2007

Seminar Ahmad Ibrahim:Pemikiran dan sumbangan ilmiah

Seminar Ahmad Ibrahim:Pemikiran dan sumbangan ilmiah-21-22 Ogos 2007- anjuran IKIM-Hotel Hilton Petaling Jaya

Saya menanti-nanti ketibaan seminar ini setelah melihat banting di Akademi Pengajian Islam.Pada mulanya saya fikir seminar ini diadakan di APIUM danberbayar.Alhamdulillah saya menerima SMS dari seorang sahabat yang mengatakan seminar ini diadakan di Hotel Hilton PJ dan percuma.

Saya tidak tahu dimana Hotel Hilton Pj jadi saya mengambil keputusan untuk menaiki teksi terus ke sana.Setibanya di sana ,saya mendaftar dan yang mengejutkan saya ialah pihak penganjur memberi lebih 20 kertas kerja,beg dan juga disediakan sarapan pagi,makan tengahari,minum petang percuma.

Seminar ini diadakan dua hari tetapi saya hadir pada hari kedua.Hampir 30 kertas kerja dibentangkan dalam program dua hari ini.Tidak pernah dalam sejarah hidup saya menghadiri seminar yang menampilkan pembentang yang berbeza setiap 30 minit.

Seminar ini diadakan untuk memperingati jasa,sumbangan dan pemikiran Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim,satu nama besar dalam perundangan negara.Bagi saya beliaulah penyelamat undang-undang Islam di Malaysia.Walaupun saya bukan pelajar undang-undang,tetapi saya banyak membaca tentang latarbelakang dan jasa beliau terutamanya dalam buku terbitan JAKIM berkenaan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah.

Saya sempat berjumpa dengan senior di MTAQ Pulai Chondong yang kini bertugas sebagai peguam persekutuan , beberapa orang rakan dari jabatan syariah undang-undang UM dan 2 orang sahabat dari UKM dan juga sahabat dari Indonesia(pelajar Master di APIUM).

Penutupan seminar ini dilakukan oleh Ketua Pengarah IKIM,Syed Ali Tawfiq Al-Attas yang juga anak kepada Syed Naquib Al-Attas(tinggi sekali orangnya...bila agaknya boleh bertemu dengan ayahnya...).

Sebaik selesai seminar,saya sempat bersembang dengan seorang pendakwah bebas dari Singapura dan seorang pakcik yang turur menyertai seminar ini.Sengaja saya dapatkan maklumat tentang dakwah Islam di Singapura dari pendakwah bebas tersebut sebagai persediaan untuk berkunjung ke Singapura suatu hari nanti,InsyaAllah.

Saya turut sempat bersembang dengan seorang pakcik tua yang juga bekas wartawan dan kini memegang jawatan penting dalam majalah Milenia.Beliau memberi nama,no telefon dan email untuk dihubungi dan sangat menggalakkan saya untuk menyumbang artikel berkenaan remaja dan mahasiswa dalam majalah Milenia.Insya Allah saya akan cuba menyumbangkan artikel untuk majalah Milenia,itupun jika saya terus rajin istiqamah menulis dan ada kemudahan .Sukar juga menulis tanpa kemudahan ya…

Menghadiri seminar sebegini membuatkan saya terus yakin akan pentingnya mengkaji pemikiran seseorang tokoh dan semoga saya bertambah memahami ilmu berkenaan undang-undang.Amin!!!

No comments:

Post a Comment