Wednesday, September 19, 2007

Forum Dakwah dalam masyarakat majmuk

Saya telah hadir ke Forum Dakwah dalam masyarakat majmuk pada 14 September 2007 yang lalu anjuran Kolej Kediaman 12 UM.Antara barisan panelis ialah Nicholas Sylvester,Shah Kirit dan Lim Jooi Soon.

Setelah mendengar ceramah Nicholas Sylvester,saya dapat membuat kesimpulan bahwa:-

Islam itu agama yang universal

Pentingnya Islah dan dakwah untuk muslim dan non muslim

3 golongan utama non muslim di Malaysia ialah mereka yang menentang Islam,yang boleh terima Islam dan yang tidak kisah langsung berkenaan Islam

Majoriti muslim tidak tahu peranan berdakwah

Istiqamah dalam perjuangan dakwah

Kesimpulan yang saya boleh buat setelah mendengar ceramah Shah Kirit pula ialah:-

Dalam berdakwah,gunakan bahasa yang mudah difahami

Bagi golongan free thinker,kaedah yang sesuai untuk berdakwah ialah menerusi sains dan agama

Bina hubungan dengan non muslim

Adakan Dialog antara agama secara harmoni

Bagi mereka yang baru memeluk Islam jangan terus bicara soal hukum-hakam tapi tekankan soal akidah

Tugas pendakwah bukan memaksa orang lain memeluk Islam tapi sebagai penyampai mesej Islam

Perkasakan pemahaman berkenaan konsep ketuhanan

Gunakan bukti dan dalil sains dalam menyampaikan dakwah

Kongsi Islam dengan orang lain

Perubahan bermula dari diri sendiri

Mendengar ceramah Lim Jooi Soon saya boleh membuat kesimpulan bahawai:-

Ramai non muslim yang salah faham berkenaan agama Islam terutamanya soal Hijab,poligami,babi,malaikat,kaabah dll

Islam tidak mendiskriminasi wanita

Perhatikan kedudukan wanita di zaman dan tamadun sebelum kedatangan Islam untuk memahami keindahan Islam memartabatkan wanita

Cintai semua manusia

No comments:

Post a Comment