Usrah hari ini,Selasa-11 September 2007 (usrah sempena memperingat 11 September?)mengupas ayat 183 Surah Al-Baqarah ,satu ayat yang begitu popular tatkala tiba bulan Ramadhan.Sengaja saya(menggunakan kuasa veto?) menetapkan ayat tersebut sebagai persediaan menyambut bulan Ramadhan yang akan tiba nanti.
Sambil mendengar pembentangan sahabat,saya terfikir sesuatu berkenaan hikmah di sebalik tuntutan berpuasa di bulan Ramadhan.Entah bagaimana datang ilham untuk mengaitkan puasa dengan dunia.Seringkali ramai yang berfikiran berpuasa hanya semata-mata untuk bekalan akhirat sahaja.Bagi saya,di sebalik tuntutan berpuasa itu tersirat satu mesej yang bersifat keduniaan.
Beberapa aspek yang saya sentuh dalam usrah tersebut ialah berkenaan puasa dan kaitannya dengan ilmu falak dan astronomi,pengurusan,kesihatan,dan ekonomi.
Falak dan Astronomi
Menjelang Ramadhan,umat Islam seluruh dunia menanti penetapan tarikh mula berpuasa.Apakah kita menggunakan kaedah rukyah atau hisab ataupun kedua-duanya?Ini juga berkenaan soal kalendar umat Islam dan pastinya menuntut penguasaan ilmu falak dan astronomi.Bagaimana pula dengan penguasaan kita terhadap ilmu falak dan astronomi?
Pengurusan
Sebagai bekalan kekuatan dan tenaga untuk berpuasa di siang hari,Rasulullah menggalakkan umatnya bersahur dan kebanyakan umat Islam bangun untuk bersahur di awal pagi sebelum masuknya waktu subuh.Ini berkaitan soal pengurusan masa umat Islam .Apakah kita sanggup bangun di awal pagi untuk memulakan aktiviti seharian kita?
Kesihatan
Berpuasa baik untuk kesihatan umat Islam.Sepanjang 11 bulan kita makan(kadangkala tidak mengikut jadual) dan pastinya perut kita dan organ dalaman lain memerlukan ‘rehat’(Sebulan).Begitu juga dengan hikmah di sebalik tuntutan berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma.Bila agaknya kita mahu sedar tentang tuntutan menjaga kesihatan?
Perniagaan
Menjelang waktu berbuka kita kadangkala sibuk ke bazar ramadhan untuk mencari juadah pilihan untuk berbuka puasa.Kadangkala mereka yang tidak berniaga sebelum ini turut berniaga untuk menambahkan pendapatan(mungkin mereka sedar keuntungan hasil yang bakal diperoleh melalui bazaar Ramadhan.)Bila agaknya kita ingin menceburi bidang perniagaan?
Semoga kita menghayati ibadah puasa dengan sebenarnya.(bukan sekadar ibadat ritual semata-mata)Semoga Ramadhan kali ini menjadi madrasah tarbiyah yang menatijahkan perubahan menyeluruh dalam diri kita ke arah menjadi insane yang bertaqwa.
Persoalan yang timbul sekarang,mampukah kita terus istiqamah dengan amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini pada bulan-bulan akan datang?Hanya diri kita sahaja yang mampu memberi jawapan.Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!!
No comments:
Post a Comment