Sembuh
demam terus selepas hadir syarahan Prof Dr Syafii Maarif(Indonesia)
Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak(Malaysia) dan ziarah Profesor
Dr Wan Mohtar Wan Yusoff (Malaysia).Cuma demam Piala Dunia 2014 sahaja
yang tak sembuh-sembuh.Mata panda
Antara isi penting hasil penyampaian mereka yang saya boleh simpulkan disini ialah :-
Prof Dr Syafii Maarif
1)Kepentingan membawa pendekatan universal Islam,moderat,inklusif
2)Perlu tetap menjaga persaudaraan dan 'berbeza dalam persaudaraan dan bersaudara dalam perbezaan'
3)Jangan memberhalakan sejarah permusuhan sunni vs syiah,tetapi perlu buka-teroka wacana-wacana baru
4)Perlu prihatin kepada rakyat miskin-anak yatim-orang yang dalam kelaparan
5)Perlu serius melawan kebodohan-buta huruf-kemiskinan
6)Tidak sesekali menutup pintu ijtihad dan menekankan peranan aqal-rasional
7)Mengaktifkan gerakan ilmu -gerakan budaya dan memberi keutamaan kepada soal tauhid-keadilan
8) Islam agama yang pro orang miskin tapi anti kemiskinan
Profesor Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak
1)Universiti perlu menekankan soal budaya nilai-etika Melayu-Malaysia
2)Besarnya peranan perpustakaan-universiti dalam melonjak budaya ilmu
3)Perlu disemarakkan kajian penyelidikan dan menggerakkan pusat penterjemahan
4)Perlu banyakkan lagi kedai buku-perpustakaan bukannya pusat membeli
belah atau mewujudkan pusat beli belah yang ada banyak kedai buku-ada
perpustakaan
5)Tidak membahaskan soal Renaissance Barat sahaja bahkan ‘Renaissance’ lain-lain juga
6) Universiti perlu menekankan asas ilmu seperti sejarah dan falsafah
7)Berhati-hati dengan sains teknologi tanpa ruh
8)Penekanan terhadap ‘humaniversity-insaniversity’ dan fokus terhadap maruah manusia-nilai kemanusiaan
9)Mengkritik universiti yang terlampau bergantung kepada pemikiran
mekanikal-berpaksi KPI-tanpa ruh-dan penggunaan istilah ‘modal insan’
10) Kepentingan penekanan terhadap hati-qalbu dan pendidikan yang berpaksi kepada fitrah berakar umbi pada qalb insan-keinsanan
11) Kita jangan sekadar banyak berborak tetapi juga perlu menulis-membuat dokumentasi
12) Pendidikan ilmu yang menekankan aspek nilai budaya dan budi bahasa-budi pekerti-budi bicara
13)Banyak mengkaji kata-kata pujangga Melayu
Profesor Dr Wan Mohtar Wan Yusoff
1)Perlu membuka pintu ijtihad seluasnya dan tidak terhad terhadap pandangan imam-imam-mazhab tertentu sahaja
2)Ketaksuban terhadap sesuatu pandangan-imam-mazhab boleh menjejaskan kreativiti-inovasi umat
3)Tidak bergantung kepada seorang tokoh-individu atau taksub membuta tuli hanya kepada seorang individu
4)Kepentingan membina rangkaian jaringan ilmuan-persaudaraan antara alam Melayu -Nusantara-negara ASEAN
5)Kepentingan guru-perguruan dan peranan sebagai ‘muaallim’ muadib’ ‘murabbi’ dll
6) Kepentingan menghentikan permusuhan kelompok Sunni vs Syiah dan agenda memecah belahkan perpaduan ummat
7) Kepentingan perjuangan Bahasa Melayu dan pemerkasaan hal-hal pemikiran
Nota kaki: Kesimpulan Piala Dunia 2014 setakat ini pula :-
1) Jangan gigit orang macam Suarez
2) Jangan terlampau yakin dan menyangka kita sudah menang lantas membuat sedikit kesilapan-kealpaan seperti Ivory Coast
3) Jangan bergantung hanya kepada seorang individu seperti Portugal
4) Tetap tidak putus asa dan berjuang mati-matian walaupun lawan memandang remeh kekuatan kita seperti Costa Rica
5) Jangan ‘kembang hidung’ dan perasan sudah kuat seperti Sepanyol
6) Jangan banyak propaganda media seperti England
No comments:
Post a Comment