Sunday, June 03, 2012

Saya taklah kebulur sgt nak ke Putrajaya sebab memang dah pernah tinggal di Putrajaya 6-7 tahun,waktu mula2 tinggal di Putrajaya, tak ramai lagi penduduknya.Putrajaya waktu itu,kami yg punya ! :).Dan waktu Pilihanraya Umum ketika itu juga saya memang tak berapa suka dgn Ahli Parlimen Putrajaya ketika itu...:).Ada ke patut terhegeh-hegeh kelam kabut waktu kempen pilihanraya bergambar depan papan tanda(kemudian disebarkan di setiap rumah) kononnya satu bukti satu sekolah lagi akan dibina,padahal itu manifesto lamanya dulu,sekolah tu pun tak wujud lagi pun yg wujud hanya papan tandanya.Kelakar juga ahli politik Malaysia ya. Nak tukar parti pemerintah yg memimpin Putrajaya dari UMNO ke PAS pun saya ok sahaja sebab yg berubah hanyalah parti bukannya negara ,negara Malaysia,negara Malaysia yg tu juga(cuma pastinya ada berbeza pencapaian-pendekatan)...Bezakan parti dgn negara tau.Terpulanglah kepada rakyat Malaysia,kalau selesa dgn parti A,sokonglah parti A,kalau rasa nak tukar ke parti B pula,tukarlah ke parti B....Tapi jangan bagi mana2 parti pemerintah terlampau kuat sangat,kuatkan juga parti pembangkangnya ,ngo-masyarakat madani-yayasan2.... Pendidikan politik rakyat lagilah kena kuat....Jangan sampai rakyat tak tahu bagaimana nak pilih pemimpin yg terbaik Di Malaysia,saya bukan ahli mana-mana parti politik lagi.Tapi entah mengapa saya rasa macam nak isi borang keahlian dan istihar menyertai AKP Turki pimpinan Recep Tayyip Erdogan....Opps !.. http://www.youtube.com/watch?v=6jcwZdzHf5A&feature=share

No comments:

Post a Comment