PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan
Friday, May 18, 2012
Prof Ajmal terjemah Mathnawi Rumi....
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0511&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm&arc=hive
Kalau Najib Tun Razak nak undi saya dlm PRU 13,beliau perlu berikan baucer buku percuma kpd Wasif Wan untuk membeli terjemahan Mathnawi Rumi (Bahasa Melayu) oleh Profesor Dr. Syyid Mohamed Ajmal Abdul Razak Al-Aidrus ini.Tapi kalau saya dapat baucer buku percuma tu pun belum tentu sy beri undi kpd beliau sebab harga diri saya tak sama dengan harga baucer buku percuma!!!!!
''....PROFESOR bahasa Turki Uthmani, Arab dan Parsi yang terkemuka, Reynolds Alleyne Nicholson mengambil masa selama 40 tahun untuk menterjemah karya agung Maulana Jalaluddin Rumi, Mathnawi Rumi, lebih satu abad yang lalu.
Maka tidak hairanlah sewaktu idea untuk menterjemahkan karya tersohor penyair terunggul Islam yang hidup lebih dari 800 tahun lalu itu diutarakan kepada seorang profesor dari Iran dalam tempoh 10 bulan untuk ia diterjemahkan ke bahasa Melayu, ia dianggap mustahil.
Bahkan, pensyarah Sastera Amerika, Sastera Inggeris dan Sastera Dunia di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Syyid Mohamed Ajmal Abdul Razak Al-Aidrus turut dikatakan berfikiran tidak waras apabila secara tegas meletakkan tempoh 10 bulan untuk usaha itu direalisasikan.
..."Namun, dengan niat untuk menjadikan usaha saya ini sebagai satu ibadat, saya duduk antara lapan hingga 13 jam sehari dengan menulis tangan dan ada ketikanya juga saya menghabiskan sehingga 16 jam sehari. Ini tidak termasuk kerja penyemakan bahasa dengan merujuk beberapa kamus," kata Mohamed Ajmal.''
No comments:
Post a Comment