Tuesday, May 08, 2012

Gerakan ‘’Hizmet’’ Fethullah Gulen

Gerakan pimpinan Fethullah Gulen ini digelar gerakan ‘’Hizmet’’.Dalam tulisan pengkaji Fethullah Gulen di dunia Barat,mereka seringkali menggunakan istilah ‘’Gulen Movement’’.Namun difahamkan Fethullah Gulen tidak mahu istilah ini digunakan seolah-olah gerakan ini hanya bergantung kepada seseorang individu sahaja padahal ia merupakan satu gerakan bersama maka oleh sebab itulah pendokong Fethullah Gulen lebih selesa dengan istilah ‘’Hizmet’’ ini.
Elisabeth Ozdalga dalam tulisannya ‘Redeemer or Outsider?:The Gulen Community in the Civilizing Process’’ menggambarkan gerakan ‘’Hizmet’’ pimpinan Fethullah Gulen ini sebagai :’’ ‘one of the most influential revivalist movements in modern Turkey’’ manakala Ihsan Yilmaz dalam tulisannya ‘State,law,civil society and Islam in contemporary Turkey’ merujuk gerakan ini sebagai ‘’The largest civil movement in the country’’ . Gerakan ‘’Hizmet’’ ini sangat aktif dalam membangunkan projek-projek pencerahan bagi mengatasi pelbagai penyakit sosial dalam masyarakat .Perancangan jangka panjang yang cukup sistematik disamping penguasaan mereka dalam pelbagai bidang yang strategik dalam menggerakkan perubahan banyak membantu dalam proses menjayakan misi mereka. Menurut Elisabeth Ozdalga dalam ‘Redeemer or Outsider?The Gulen Community in the Civilizing Process’ :- ‘The Gulen movement is a conglomerate of networks concentrated around four main clusters of activities:economic enterprises;educational institutions;publications and broadcasting;and religious gatherings’
Gerakan ‘’Hizmet’’ ini terlibat dalam pembinaan ratusan sekolah moden(kombinasi sains moden dengan etika dan spiritual) dan universiti dalam dan luar Turki,memiliki jaringan media-stesyen televisyen-radio(STV national channel) majalah berita mingguan(Aksiyon), suratkhabar harian (Zaman),organisasi perniagaan (ISHAD),bank (Asya Finans-‘non interest-bearing bank(with $ 125 million in capital)’ dan banyak lagi. Di samping itu juga gerakan ini telah menubuhkan Turkish Teachers’ Foundation(terbitkan jurnal bulanan dan 2 jurnal akademik,menganjur simposium,diskusi panel dan seminar)dan The Journalists’ and Writers’ Foundation (Fethullah Gulen sendiri menjadi pengerusi terhormatnya) yang bergiat aktif dalam siri dialog antara agama . Program Turkish Olympiads yang popular di peringkat antarabangsa juga dikaitkan dengan gerakan ‘Hizmet’ sebagai belakang tabirnya.

No comments:

Post a Comment