Saya berkesempatan mengikuti satu program berkenaan jenayah anak muda iaitu International Conference On Engaging Youth In Crime Prevention pada 1-4 August 2010 di Pusat Belia Antarabangsa,Cheraas.Program ini merupakan anjuran bersama Pusat Belia Antarabangsa,Cheras, Majlis Belia Malaysia,Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ,Universiti Putra Malaysia,World Assembly of Youth (WAY),World Youth Foundation(WYF),Asian Youth Council (AYC)dan Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC).
Bertemakan ‘Towards crime free YGeners’,program ini dihadiri oleh para peserta dari Malaysia,Indonesia,India,Filipina,Maldives,Cameroon,Nigeria,Singapura,Libya,Mauritius,Kemboja,Kazakhstan,China,Myanmar,Nigeria,Pakistan,Somalia,Iran,Sudan,Yaman dan lain-lain.
Beberapa kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar ini antaranya ialah ‘Drivers and Ingedients of a crime free society’,’Youth development programmes as sustainable vehicle for prevention and intervention of youth crime’,’Safe city concept for crime prevention’,’Youth leaders as enablers of crime free society’,’Legal and risk implications of youth involvement in crime prevention’ dan ‘Integrated responses to youth-at-risk:effective prevention programmes’.
Selain pembentangan kertas kerja,turut diadakan ialah pembentangan laporan jenayah bagi setiap negara,tayangan video dan juga forum bertajuk ‘Case studies related to youth-adult partnerships in ensuring crime free community’.
Secara umumnya program ini diadakan bagi memupuk kesedaran anak muda bagi mengurangkan jenayah di kalangan anak muda yang kian meningkat .Para peserta sepakat bahawa melabel anak muda sebagai pembawa masalah langsung tidak akan membantu keadaan dan anak muda perlulah dilihat sebagai aset dan bukannya liabiliti dan oleh kerana itu semua pihak perlu sentiasa mewujudkan jaringan yang kukuh bersama anak muda.
Mana-mana pihak yang hanya tahu menuding jari menyalahkan anak muda semata-mata dan menganggap mereka hanyalah pembawa masalah sahaja perlu merenung apa yang diungkapkan oleh Rothand Brooks-Gunn ,’Youth are resources to be developed ,not problems to be managed’.
Beberapa jenayah yang melibatkan anak muda seperti ketagihan alkohol,penyalahgunaan dadah,rogol,pecah rumah,gangster,pornography dan sebagainya perlu diatasi seberapa segera dengan penglibatan semua pihak.
Apa yang perlu diberi penekanan sekarang ialah soal pembangunan dan pengembangan anak muda secara menyeluruh dan berterusan .
Menurut Delgado ‘Youth development is an ongoing process in which young people are engaged in building skills,attitudes,knowledge and experience to prepare them for the present and the future’’
Sebagai resolusi program ‘International Conference On Engaging Youth In Crime Prevention’ ini,para peserta sepakat untuk mewujudkan World Youth Network Against Crime(WYNAC) yang bakal disertai oleh anak muda seluruh dunia yang komited bagi menangani soal jenayah.
‘If you want to make peace in the world,you have to start with the children-Ghandi’
No comments:
Post a Comment