Saya baru sahaja selesai membaca buku 10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh-menyingkap sejarah perjuangan dan kegemilangan tokoh abad ke 20 dan 21-(terbitan pertama 2009-) tulisan bekas Timbalan Presiden ABIM,Mohd Rumaizuddin Ghazali.
Ustaz Rumaizuddin Ghazali ini memang dikenali dengan tulisan-tulisannya berkenaan tokoh- ulama.
Dalam buku terbitan PTS Islamika ini dimuatkan artikel tulisan berkenaan 10 orang tokoh iaitu Mustafa Al-Syiba’iy,Dr Yusuf Musa,Mahmud Shaltut,Muhammad ‘Imarah,Muhammad Al-Ghazali,Abu Hassan Ali Al-Nadawi,Syeikh Ismail Sodiq Al-Adawi,Muhammad Al-Mutawalli Al-Sya’rawi,Dr Wahbah Al-Zuhayli dan Dr Yusuf Al-Qaradawi.
Membaca latar belakang,sejarah perjuangan ,jasa dan sumbangan 10 tokoh di atas pasti membangkitkan semangat pembaca terutamanya generasi muda untuk mencontohi perjalanan hidup mereka dalam memperjuangkan Islam.
assalm saya pun penulis blog namun x pula buat masa nie saya menulis apa2.....masih mencari idea.... tp apabila terbaca aktikel tuan nie buat hati saya tergerak untuk menulis mengenai keagungan islam jd mohon dr pihk tuan utk berikn kepada saya di mana boleh saya dptkn buku ini.....bleh hubungi sya di facebook 'rais azmiperlis' sebarabg tindkn dr pihk tuan sya mengucapkn ribuan terima kasih... wassalam..
ReplyDeletetokoh ihwanul muslimin..susah nk digunapakai pegangan akidahnya..ramai ulamak salaf mengkritik perjuangan mereka yg jauh terpesong dari jalan salafusoleh yg sebanarnya..moga para pembaca berusaha mencari sumber yg sebanarnya tentang akidah pegangannya "adakah perjuangan mereka berlandaskan al-quran dan as-sunnah..."
ReplyDelete