Pengenalan
Muktamar Majlis Amal Islami Malaysia kali ini diadakan bagi menghimpun sekali lagi pemimpin Pertubuhan Amal Islam bagi berbincang dan berkongsi idea mengenai isu-isu semasa dan permasalahan sosial yang timbul akibat perkembangan globalisasi yang begitu pantas.
Pertubuhan-pertubuhan amal Islam, adalah institusi masyarakat yang mempunyai keupayaan untuk menggerakkan masyarakat ke arah kemajuan dan peningkatan kualiti masyarakat Islam.Keupayaan ini seharusnya tidak disia-siakan oleh masyarakat Islam untuk kebaikan bersama namun keupayaan ini perlu digerakkan dan peranan mereka perlu diselaraskan bagi mencapai matlamat jangka pendek dan panjang dalam perjuangan ummat Islam untuk tergolong dikalangan “khairu ummah”.
Oleh yang demikian, umat Islam tidak boleh lagi berpeluk tubuh dan menjadi penonton kepada perkembangan yang berlaku disekitar seterunya menjadi mangsa kepada cabaran itu.Kekalahan dan penderitaan umat di dalam dunia yang penuh saingan, pasti akan menjejaskan martabat Islam yang menjadi teras jati diri bangsa.Sudah tiba masanya untuk kita mengemblengkan semua potensi umat secara sepadu dan serentak di bawah naungan persaudaraan Islam untuk memperkasakan usaha memaju dan membangunkan umat.
Tarikh : ; 13 hb Januari 2009
Tempat : Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Jumlah Peserta : 3000 orang peserta
Objektif:
Mengutarakan cadangan dan pandangan mengenai isu-isu semasa
Mencari jalan terbaik untuk menyatukan pandangan dan cadangan dalam membentuk perpaduan yang tegar.
Menjadi wadah penggerak gerakan amal Islami dalam membantu kerajaan menangani masalah sosial yang wujud.
Mengukuhkan sumber maklumat, kewangan dan tenaga sukarelawan dan prasarana untuk meningkatkan keberkesanan gerak kerja pembangunan ‘Khairu Ummah’.
Menyelaras gerakan amal Islami agar ia lebih tersusun dan dinamik.
Tema: “Bersatu Membela Islam”
Aturcara Program:
7.00 pg - Pendaftaran peserta
8.00 pg - Jamuan pagi
8.45 pg - ketibaan Dif-Dif Kehormat
9.00 pg - keberangkatan tiba SERI PADUKA BAGINDA AI-WHATIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA
9.05 pg - bacaan doa
9.10 pg - bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
09.30 pg - Titah Perasmian SERI PADUKA BAGINDA AI-WHATIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA
10.30 pg - santapan diRaja
11.15 pg - keberangkatan pulang SERI PADUKA BAGINDA AI-WHATIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA
11.30 pg - Ucaptama Halatuju Masyarakat Islam Masakini Oleh: Datuk Haji Mohd Nakhaie bin Haji Ahmad Yang Dipertua YADIM
Kertas Kerja 1 Peranan Pertubuhan Islam dalam Memartabatkan Islam di Malaysia Oleh: Tuan Haji Zaid Kamaruddin Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Kertas Kerja 2 Pengukuhan Pertubuhan Islam Sebagai Wadah Dakwah yang Berkesan Oleh: Tuan Haji Yusri Mohamad Presiden Angkatan Belia Islam Malayia
Pengerusi: Y.Bhg Encik Mohd Jamaludin Shamsudin Timbalan Presiden Persatuan Al-Hunafa
01.30 tghri - Makan Tengahari dan Solat Zohor
02.30 ptg - MESYUARAT AGUNG MUKTAMAR MAJLIS AMAL ISLAMI MALAYSIA YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA
04.00 ptg - Minum Petang
05.00 ptg - Ucapan Penutup Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Y.Bhg Datuk Haji Mohd Nakhaie bin Haji Ahmad
No comments:
Post a Comment