16 OGOS 2008
Hari ini saya hadir ke Muktamar Sanawi ke 37 ABIM dan Seminar Islam dan Cabaran Semasa di Pusat Dakwah Islamiyah Paroi Negeri Sembilan.
Ucapan dasar Presiden ABIM kali ini bertajuk ’memperkasa perjuangan agama dan bangsa’ . (Kalau melihat daripada perspektif politik, perjuangan agama sinonim dengan PAS manakala perjuangan bangsa pula sinonim dengan UMNO dan ABIM juga memainkan peranan besar dalam penubuhan KEADILAN,semoga ABIM terus istiqamah dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan)
Saya tertarik dengan selingan selepas ucapan dasar presiden yang memaparkan sepintas lalu tentang TV ABIM;Madani Tv Network(layari. http://www.madanitv.net/).Semoga ia mampu menajdi wadah dakwah dan memberikan informasi bermanfaat kepada umat Islam seluruh tanah air.
Anugerah Khas Presiden ABIM pula dianugerahkan kepada Dato Prof Dr.Zainal Abidin Wahid,seorang pejuang bahasa ,pendidikan ,nasib orang Melayu
Saya sempat membuat beberapa catatan penting hasil Seminar Islam dan Cabaran Semasa yang diadakan sebaik sahaja selesai Muktamar ABIM .Antaranya ialah:-
Sesi 1-Dato’Dr.Hasan Ahmad-Prof.Shamsul Amri-Dato Dr.Siddiq Fadzil
Dr.Hasan Ahmad-Beliau menyentuh sedikit situasi orang Melayu di Malaysia pasca ‘tsunami politik’(PRU 12) yang lalu.Bagi beliau yang rebah dalam PRU 12 yang lalu ialah UMNO bukannya orang Melayu.Beliau juga menyatakan bagaimana orang non-muslim menyokong pemimpin Islam yang baik dan adil dan juga bagi orang Melayu yang sinonim dengan pepatah ‘Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah’.
Beliau juga membawa kisah pertarungan Hang Tuah dengan Hang Jebat sambil menyentuh isu Anwar Ibrahim dan mengatakan barangkali anwar ibrahim itu hang jebat dan menyindir secara halus dengan mengatakan ‘hakim India anwar bebas,hakim Melayu …jail’, Islam tak ‘racist’ kata beliau.Beliau juga menyentuh tentang kepentingan memilih pemimpin dan menteri berdasarkan ‘merit’dengan merujuk kes Singapura dan Lee kuan Yew.
Dr.Shamsul Amri-Beliau menyentuh persoalan demokrasi.Bagi beliau amat penting kita mendengar dan memberi perhatian kepada suara minoriti.Beliau juga membicarakan tentang beberapa kelompok penting dalam sesebuah negara antaranya kelompok politik,kelompok komunity based society,organization, dan kelompok elektronik.
Siddiq Fadzil-Beliau membicarakan persoalan berkaitan daulah syuriah,syura,musyawarah dan membandingkannya dengan persoalan demokrasi.
Bagi beliau amat penting sistem demokrasi itu disesuaikan dengan konsep syura dimana konsep dan nilai-nilai Islam harus dihormati.Bagi beliau juga yang dapat menyatukan orang Melayu di Malaysia ini ialah institusi raja-raja dan beliau juga menegaskan perbezaan antara raja sebagai individu dan juga institusi.
Konsep raja sebagai ’bayangan tuhan di muka bumi’ yang sinonim dengan orang Melayu dahulu bagi beliau tidak lain merujuk kepada persoalan ’pemerintahan kamu harus melambangkan keadilan Ilahi’.Rajalah tempat orang lemah dan teraniaya mendapat pembelaan kata beliau.Beliau juga menyentuh sepintas lalu konsep Melayu Islam Beraja seperti mana yang diamalkan di negara Brunei .
Sesi 2- Dr.Awang Sariyan-Prof Wan Mohd Nor Wan Daud
Dr.Awang Sariyan-Beliau menyentuh soal falsafah pendidikan Islam .Disamping itu beliau menegaskan tentang kesatuan akidah dan juga kesatuan bahasa Melayu dalam konteks umat Islam di Malaysia.Beliau menjelaskan kepentingan menggunakan Bahasa Melayu baku-seragam dan bagaimana bahasa itu mencerminkan sesebuah fikiran mengambarkan ketinggian tamadun.Beliau menjelaskan salah satu wasiat Hasan Al-Banna berkenaan pentingnya mempertahankan bahasa Arab baku.
Dr.Awang Sariyan turut menyentuh keunikan huruf tulisan jawi misalnya ‘pa,cha,nga,ga’ dan beberapa persamaannya dengan bahasa Arab .Beliau meluahkan rasa kekecewaan beliau dengan langkah kerajaan memperkenalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan juga langkah menghadiahkan I juta bagi setiap atlet yang meraih emas Sukan Olimpik dan pada masa yang sama terus meminggirkan peranan para ilmuwan.
Bagi beliau ,kita telah zalim apabila kita menafikan sumbangan dan peranan ilmuwan.Beliau juga membicarakan kaitan linguistik bahasa dengan Islam yang sering diabaikan oleh umat Islam.Beliau turut mengkritik program television pada masa kini yang banyak menganjurkan budaya hedonisme yang tiada nilai ilmu langsung.
Prof Wan Mohd Nor Wan Daud-Beliau membicarakan kepentingan Bahasa Melayu yang diperkasakan pandangan alam,makna diri dan kandungan hidup Islam.Bagi beliau kuasa politik boleh hilang,tetapi kuasa ilmu tak boleh hilang.Beliau turut menyentuh apa yang beliau anggap ‘the clash of worldview’ atau pertembungan pandangan alam.
Di samping itu beliau turut membicarakan persoalan kefahaman yang dipancarkan melalui bahasa Melayu,proses deislamisasi dan Islamisasi dan menjelaskan apa yang diperkatakan oleh guru beliau ,Syed Moh Naquib AlAttas tentang bahasa Melayu sebagai ‘a family of Islamic language’Ilmu menurut beliau akan memberi arah kepada politik dan menguatkan ekonomi sesebuah negara dan beliau menegaskan kepentingan bagi kita menggunakan akal yang sihat dan ilmu yang dalam.
Beliau turut mengupas tentang bagaimana Solahuddin Al Ayubi dapat membebaskan AL-Quds yang sebenarnya tidak dapat dinafikan hasil sumbangan buah pemikiran Imam Al-Ghazali yang diterimanya melalui Abdul Qadir Jailani anakmurid Imam Al-Ghazali yang menjadi guru kepada Solahuddin Al Ayubi. Prof Wan Mohd Nor turut menegaskan kepentingan umat Islam untuk kembali kepada sumber yang muktabar.
Sesi 3- Prof Dr.Redzuan Osman-YB Dr.Fuad Zarkashi
Prof Dr.Redzuan Osman –Beliau membuat analisis keputusan Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.Melalui fakta dan statistik beliau menerangkan kedudukan kerusi orang Melayu-Islam dalam DUN dan Parlimen Malaysia.Beliau menjelaskan tentang sejarah politik Malaysia bermula sebelum kemerdekaan sehingga kini dan menegaskan cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu-Islam terutamanya kesan ‘tsunami politik ‘ yang lalu.
Menurut beliau 4 perkara utama yang dijamin Perlembagaan Malaysia iaitu hak keistimewaan Melayu,raja-raja Melayu,bahasa Melayu,agama Islam perlu dipertahankan habis-habisan oleh semua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu-Islam.Beliau turut mendedahkan tuntutan 18 perkara Hindraf yang cukup berbahaya dan salah satunya ialah ingin menamatkan hak keistimewaan Melayu.Beliau menyeru orang Melayu-Islam agar bersatu padu dan kenal pasti siapa kawan siapa lawan.
YB Dr.Fuad Zarkashi-Beliau menyentuh soal kesungguhan dan kejujuran politik.Beliau menegaskan pentingnya orang melayu agar sentiasa berstrategik,dan mengamalkan kebijaksanaan dalam politik dan tidak memiliki apa yang dipanggil ‘mentality minority’. Beliau menganggap Umno sebagai alat bukan matlamat dan menyeru orang Melayu-Islam agar bermuafakat,.Beliau menegaskan kepentingan mencari apa yang salah daripada mencari siapa yang salah.Beliau turut menegur kesilapan media massa terutamanya akhbar Melayu yang semakin hilang fokus.
Seminar Islam dan Cabaran Semasa ini diakhiri dengan 6 Resolusi Paroi yang dibacakan oleh Presiden ABIM,Yusri Mohamad.
Sebaik sahaja selesai Muktamar Sanawi ke 37 ABIM dan Seminar Islam dan Cabaran Semasa,saya dan 2 orang sahabat pulang ke UM dengan menumpang kereta anak lelaki kepada Tan Sri Sanusi Junid(bekas ABIM,UMNO dan Presiden UIAM yang dipecat)Dan dalam keretanya,sembang kami membincangkan beberapa isu berkenaan perjuangan Melayu-Islam,punca pemecatan ayahnya,isu politik tanah air,isu minyak, ,isu gerakan mahasiswa,perniagaan dll…..

No comments:
Post a Comment