Friday, April 11, 2008

Pertemuan dengan YB termuda di Malaysia

Hari ini saya mengikut rombongan beberapa orang pimpinan PKPIM ke SUK Selangor di Shah Alam dalam pertemuan bersama dengan YB termuda di Malaysia iaitu YB DUN Seri Setia yang mewakili Parti Keadilan Rakyat,Nik Nazmi Nik Ahmad.

(Biodata ringkas YB Nik Nazmi-http://www.niknazmi.com/wordpress/?page_id=673)

Beliau baru sahaja berusia 26 tahun dan telah memenangi kerusi DUN Seri Setia dalam ’tsunami politik’ baru-baru ini.Dan yang lebih menarik lagi ialah beliau kini menjadi SU Politik kepada MB Selangor.

Suatu ketika dahulu,saya sering membaca tulisan-tulisan beliau dalam satu laman SuaraAnum yang cukup popular tatkala ‘zaman reformasi’ dahulu.Saya menyangka artikel yang ditulis oleh seseorang yang bernama Nik Nazmi Nik Ahmad itu ialah artikel tulisan orang dewasa yang sudah lama berkecimpung dalam politik dan rupa-rupanya tulisan itu ditulis oleh seorang yang baru berusia sekitar 20 tahun ketika itu.

Lama sebelum PRU dahulu,saya juga pernah mengirim email kepada beliau setelah melayari blog beliau sebagai salam perkenalan dan bertanyakan beberapa soalan

dan beberapa hari selepas itu terus saya mendapat balasan email daripada beliau

Beliau sememangnya dapat dijadikan role-model buat anak muda yang lain terutamanya mahasiswa di universiti pada hari ini .Wajar sekali bagi persatuan mahasiswa di kampus untuk menjemput beliau dalam forum-forum berkenaan masa depan anak muda di Malaysia.

Semoga suara anak muda terus didengari dan diberi perhatian oleh kepimpinan negara dan yang lebih penting bagi saya suara anak muda di kampus didengari oleh pihak pentadbiran universiti!!!

No comments:

Post a Comment