Sudah lama saya mendengar tentang Millenium Courth daripada Isa terutamanya sepanjang Ramadhan ini.Dan akhirnya buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke Millenium Courth bersama dua rakan sebilik hasil ajakan Isa yang pernah berbuka puasa di sini.
Ternyata berbaloi berbuka puasa di sini apa tidaknya rasa seperti berbuka puasa di negara Arab.Hampir semua jemaah yang berbuka puasa di sini orang Arab dan hanya kami beberapa orang sahaja berbangsa Melayu.Dan yang lebih seronok lagi apabila hidangan berbuka puasa ialah makanan Arab.Sedapnya!
Semangat perpaduan orang Arab di perantauan ternyata berbeza dengan orang Arab di negara mereka sendiri yang sering bercakaran sesama sendiri.Apa yang saya perhatikan mereka berjemaah dan bergotong royong dalam memastikan kelancaran majlis berbuka puasa dan hasilnya kami melayu turut berpeluang menyibuk berbuka puasa bersama mereka!!!
No comments:
Post a Comment