Monday, October 08, 2007

Berbuka puasa di kediaman rasmi MB Selangor


Hari ini Saifullah ajak saya berbuka puasa di rumah kediaman MB Selangor,Dato Seri Dr.Khir Toyo di Shah Alam.Kami pergi bertiga (Isa turut serta) dan akibat lewat bertolak dari UM kami terpaksa berbuka puasa di dalam kereta(Roti Kaya dan air Milo ais).

Ramai juga yang datang berbuka di sini memandangkan ia terbuka kepada umum.Kami solat maghrib berjemaah dan kemudiaanya sambung berbuka puasa (sedap lauknya).Selepas itu kami solat isya dan solat terawih berjemaah (8 rakaat walaupun MB sendiri mengarahkan surau dan masjid sekitar selangor mengadakan solat terawih 20 rakaat-alasan yang boleh diberikan MB apa ya?-mungkin '8 rakaat di rumah tak pe,di masjid dan surau kena 20 rakaat lah...."-ntahlah.

Setiap jemaah yang hadir solat terawih hari ini mendapat 'hadiah'(bukan rasuah ya) sehelai kain pelekat cap Wadimor.Alhamdulillah.Bertambah koleksi kain pelekat.Terima kasih MB.

No comments:

Post a Comment