Tuesday, September 04, 2007

Temu Pemuda Serantau 1,Kaliurang,Yogyakarta


3 Jun 2007(Ahad)

Hari ini bermula dengan solat subuh berjemaah dan kemudiannya diikuti oleh kuliah subuh atau dipanggil oleh penduduk di sini ,Kultum(Kuliah Tujuh Minit)atau tausiyah yang disampaikan oleh Bapak Marwan.Seperti hari sebelumnya,kami melakukan senaman pagi di hadapan tempat penginapan kami,Wisma Puas sebelum berjalan-jalan sekitar kawasan kampung Kaliurang menghirup udara pagi yang segar sambil menyanyikan lagu tema Temu Pemuda Serantau 1.

Selepas Sarapan pagi,para peserta kembali ke dewan utama untuk mengikuti ceramah Jatidiri Pemuda Serantau dan sesi Why we are here? oleh En.Anuar Tahir.Kami telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing hasil gabungan peserta Indonesia dan Malaysia dan diminta untuk membuat rumusan sepanjang 2 hari program berlangsung.Setiap kumpulan juga diminta untuk membuat satu puisi segera bertemakan program Temu Pemuda Serantau 1 ini.

Selepas makan tengahari,solat jama’Zohor-Asar dan istirahat,program disambung kembali dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Bapak Sunardi.Selepas itu,kami berdiskusi berkumpulan tentang topik yang dibicarakan dalam ceramah dan kali ini diskusi dibuat di luar dewan iaitu dengan duduk bersila beralas rumput hijau di atas bukit berdekatan Wisma Puas.Para peserta juga sempat bergambar dan menaiki tren(keretapi mini) mengelilingi kawasan Kaliurang

Selepas Solat jama’ maghrib-isya berjemaah dan makan malam,kami mengikutiCeramah Ketrampilan dan Keunggulan Pemuda Baru yang disampaikan oleh En.Wan Kharizal bin Wan Khazim dan beberapa aktiviti permainan berkenaan pengurusan.

No comments:

Post a Comment