Alhamdulillah saya telah berkesempatan menghadiri Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke 46 yang berlangsung di Malaysia France Institute-Unikl di Bangi,Selangor pada 7 hingga 9 September yang lalu.
MPAT kali ini menampilkan 3 program utama iaitu:-
1)Konvensyen Mahasiswa IPTS
2)Malam Pengkisahan Para Daie
3)Mukatamar Sanawi PKPIM
Konvensyen Mahasiswa IPTS
Konvensyen Mahasiswa IPTS saya tidakdapat hadir .Ternyata PKPIM sudah mula menyebarkan sayapnya di kampus-kampus IPTS di Malaysia setelah mempunyai jaringan di kebanyakan kampus IPTA seluruh Malaysia,badan-badan gabungan negeri,dan lain-lain jaringan termasuk jaringan antarabangsa.
Malam Pengkisahan Para Daie
Malam Pengkisahan Para Daie itu mengumpulkan para pendakwah yang terdiri daripada seluruh keluarga besar PKPIM-ABIM-WADAH.
Ramai tokoh-tokoh yang hadir dari latar belakang yang berbeza;pendakwah bebas,tokoh akademik,ahli politik dan lain-lain lagi.Antara tokoh yang dilihat hadir pada malam tersebut ialah Ustaz Abdul Halim El-Muhammady(adik-beradikDr. Uthman ElMuhammady),Dr.Yusuf Othman(prof fizik.di UKM),Ramli Ibrahim(bekas ahli parlimen Kota Bharu-kalau tak silap),Syamsul Iskandar(Angkatan Muda KeADILan),mantan pimpinan PKPIM dan ABIM ,dan
ramai lagi.
Saya sebenarnya ternanti-nantikan pidato Dato'Dr.Siddiq Fadzil pada Malam Pengkisahan Para Daie pada malam tersebut namun beliau tidak dapat hadir.
Tempat beliau digantikan dengan mantan pimpinan PKPIM yang menceritakan suka-duka perjuangan dakwah dalam wadah PKPIM untuk renungan dan iktibar generasi PKPIM kini.
Mukatamar Sanawi PKPIM
Muktamar kali ini dirasmikan oleh Presiden ABIM ,Tuan Hj.Yusri Mohamad.Antara yang turut hadir ialah wakil dari Indonesia yang merupakan Setiausaha Agung PEPIAT dan wakil dari Syatra Sibil Bangladesh(sayap pelajar Jamaat Islami).Mengikut catatan saya,perwakilan yang hadir seramai 67 orang manakala pemerhati 52 orang.
Antara rumusan yang boleh saya buat setelah mendengar ucapan perasmian Presiden ABIM tersebut ialah:-
-Pada hari ini berlaku persaingan fikrah dan pertembungan kecenderungan dalam menjuarai gelanggang dakwah.
-Pendakwah turut diuji dalam kemewahan
-Kekuatan umat Islam zaman berzaman ialah ulama dan ummat
-Pentingnya kita menonjolkan ulama untuk manfaat ummat
-Musuh Islam pada hari ini memanfaatkan mood antarabangsa dan sentimen pasca 11 September untuk mematikan proses islamisasi seterusnya menjalankan misi deislamisasi
-Tiada jaminan Islam akan menang di Malaysia ataupun di tangan kita
-Pentingnya mempersiapkan Rijal dakwah yang bukan sahaja penuh dengan idea-idea,falsafah dan konsep malah menjadi aktivis dan pemikir muda yang menguasai realiti gelanggang
-Pendakwah jangan janggal untuk bergerak dalam masyarakat
-Pendakwah jangan mensibukkan diri dengan sesuatu yang tidak bermakna pada dirinya
Rumusan yang boleh saya buat setelah mendengar pembentangan dan perbahasan usul ialah:-
-Pentingnya menceburi program keusahawanan
-Perjuangkan isu Palestin dan sambutan Hari Al-Quds pada 21 Ogos setiap tahun
-mantapkan modul usrah dan tamrin
-Kita jangan mmeperjuangkan PKPIM semata-mata tetapi perjuangkanlah agama Islam!!!
-semarakkan budaya intelektual
-Pendakwah perlu turun ke kawasan-kawasan pedalaman,orang asli dan sebagainya
-Pendakwah perlu mempunyai sifat keibuaan dan keayahan atau murabbi
-Kita perlu memantapkan kemahiran penulisan,orator dan komunikasi
-Tulislah artikel di dada-dada akhbar ,blog dan sebagainya
-Jangan lesu dan beku
-Pengurusan jangan celaru
-Jagalah identiti kita
-Kita perlu menghadapi cabaran intelektual samada luaran atau dalaman
-Pendakwah perlu mengingati nama mad'u
-Pendakwah perlu membuat ziarah fardhiah
-Pentingnya pembacaan,percakapan dan penulisan dalam usaha meningkatkan keintelektualan kita dan penghayatan budaya ilmu
-Pendakwah perlu melakukan sentuhan dan tautan hati ke hati pada jiwa mad'u
-Jangan lupakan pelajar-pelajar yang bermasalah
-Jiwa merdeka apabila akalnya turut merdeka
-mantapkan majlis syura
-libatkan diri dalam pilihanraya kampus agar wujud kampus madani mahasiswa insani
-Pemimpin lahir dari kancah permasalahan masyarakat
-Bantulah exco dan pimpinan pusat
-Buat kerja dengan strategi
-Politik kampus hanyalah cabang dalam perjuangan dakwah di kampus
-Kita kemarau teladan tetapi banjir dengan idola
-perjuangkan isu wanita
-Kita perlu menggabungkan diri kita keseluruhannya dalam jemaah
-Luaskan wilayah pengaruh kita
-Ikhlaskan niat kerana banyak perkara besar dikecilkan kerana niat dan banyak perkara kecil dibesarkan kerana niat
-Mahasiswa usah takut apabila digertak
-Kita perlu bijaksana dan berstrategi dalam melaksanakan dakwah di kampus
Rumusan yang boleh saya buat setelah mendengar ucapan penggulungan Presiden PKPIM,Abang Hilmi Ramli pula ialah:-
-Biarkan orang muda menjadi orang muda!!!
-Kita perlu menawarkan alternatif hiburan
-Kita perlu reseptif terhadap apa yang dilontarkan
-Harmonikan dokotomi antara idealis dan aktivis
-Kita perlu banyak membaca,menulis dan berucap
-Jadilah juruislah yang berkesan
-Kita perlu menghayati budaya ilmu
Rumusan ucapan penangguhan Presiden PKPIM yang boleh saya buat pula ialah:-
-Jawatan ialah satu amanah bukan sesuatu yang boleh dibangga-banggakan!!!
-PKPIM (atau jemaah lain)mampu menjadi medan kita mengenal Islam dengan baik
-Tidak cukup sekadar kita berada di madrasah usrah(keluarga kita) dan madrasah pengajian(Universiti dan Institut pengajian kita).Lengkapkannya dengan madrasah tarbiah dalam jemaah(PKPIM dan sebagainya) dan jadikannya training centre!!!
-Libatkan diri dalam masyarakat dan lakukan perubahan!!!
-2 fokus utama PKPIM kali ini ialah proses pembinaan generasi dengan memperkasa institusi tarbiah(usrah,tamrin dan sebagainya) dan keterlibatan dalam masyarakat agar kehadiran PKPIM dirasai dalam usaha pemerataan kesedaran Islam dalam masyarakat
-Kita perlu menekankan soal akhlak dan moral
-Tepatilah masa
-Senyumlah selalu
-Amalkan tegur menegur sesama kita
-Amalkan budaya kerja Islam
No comments:
Post a Comment