Friday, August 12, 2005

Mutiara kata

-Menentang sesuatu tanpa melalui proses berfikir(secara rasional) merupakan sikap penyangak yang degil sedang menyokong sesuatu secara paksa hanya akan melahirkan robot yang setia.

-Usah fikirkan panjang atau pendeknya sesuatu masa fikirkan pengisiannya

-Kehidupan adalah singkat kita membuatnya singkat dengan membuang masa

-Membaca tanpa berfikir sama seperti makan tanpa penghadaman

-Tidak ada guru yang lebih hebat daripada tragedi dan tidak ada pengajaran lebih hebat daripada kegagalan-Pengalaman itu adalah seolah-olah seperti seorang penggembara yang mendaki gunung;semakin tinggi ia mendaki semakin jauh ia boleh melihat

-"keberanian yang sebenar bagaikan layang-layang,sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah sebaliknya semakin menaikkan"-John Petit Senn

Bicara Agama

Islam itu sesuai mengikut peredaran zaman tetapi jangan sampai zaman itu menentukan Islam.

Pemikiran Ulama

"Mereka menuntut agar Islam berubah tetapi mereka tidak meminta agar perubahan diIslamkan"-Yusuf Al-Qardhawi

Mahasiswa-reform


-Mahasiswa perlu memahami serta menghayati tanggungjawab agar tujuan serta niat dan matlamat belajar tidak tersasar mengarah kepada 'material target'

-Jangan dibiarkan menjadi robot atau diprogramkan serta disetkan minda dan tindakan

-Usah jadi mahasiswa kalau pengecut,penakut,menafikan keintektualan minda,mengkesampingkan praktikal ilmu dan tidak berani membuat perubahan

-Sebenarnya pelajar walaupun kuat dilambung oleh gelombang darah mudanya,bukanlah merupakan golongan pemberontak yang bertindak sesuka hati atau di luar perhitungan akal yang waras tetapi oleh kerana ia dilayan dengan kasar maka akibatnya ia bertindak mengikut gendang yang dipalu.
-

Minda


"Kelangsungan hidup tamadun Islam tidak dijamin oleh kekuatan tentera dan kekayaan kebendaan tetapi oleh cendekiawan yang sofistikated"-Anwar Ibrahim

Ikrar

Aku tetap tidak peduli
Asalkan aku seorang muslim
Biarpun diriku dibunuh mati
Untuk Allah kematianku pasti

Intelek

Pembangunan intelektual yang tidak diiringi dengan kekudusan rohani akhirnya akan melahirkan robot-robot yang begitu bijak dalam menganalisis segala pengkajian dan maklumat tetapi realitinya kosong dari segi kesarjanaan ilmu dan ketrampilan sahsiahnya.

Pemikiran

Kita mengkritik bukan sebagai pembangkang yang didorong oleh sentimen 'bangkangisme' semata-mata dan kita menyokong bukan sebagai 'government backbenchers'.Kita ingin menghayati semangat syura yang menjamin kebebasan berfikir dan bersuara yang menjunjung nilai kebenaran tanpa mengira dari mulut siapa kebenaran itu terbit dari kawan atau dari lawan.

Muhasabah

Perbezaan pendapat hanya akan kekal sebagai 'rahmah' selama masih disemangati rasa ukhuwwah tetapi akan menjadi musibah apabila telah melarat kepada perpecahan hingga mempertaruhkan 'survival' ummah.

Pujangga


Tegak rumah kerana sendi
runtuh sendi rumah binasa
sendi bangsa adalah budi
runtuh budi runtuhlah bangsa-HAMKA

Di atas robohan Kota Melaka
kita dirikan jiwa merdeka
bersatupadulah segenap baka
membela hak keadilan pusaka-Dr.Burhanuddin Al-helmi