Tuesday, April 24, 2012

yang mendapat pencerahan-tinggu ilmunya-matang dll bukan sebab latar belakang pengajian mereka lulusan universiti malaysia ke timur tengah ke eropah ke pesantren ke sekolah atap ke dll -universiti itu atau universiti ini...yang mendapat pencerahan ialah mereka yg mencari pencerahan dan mungkin ramai d kalangan mereka yg 'melawan arus' setelah mencari mencari dan mencari.
mereka perlu diingatkan bahawa kita sekarang di tahun 2012 bukan 1976-bukan 1985 bukan 1993 bukan 2011 apatah lagi bukan di zaman Hassan Al-Banna-Syed Qutb bukan di zaman Salahudin Al-Ayyubi bukan zaman Al-Fatih bukan zaman Nabi ......:).....Tapi perlu dingatkan juga banyak buku 'lama' yg baru-segar pemikirannya dan ada juga buku yg kononnya 'baru'' membawa pemikiran usang-lama...:).....Baca sahaja semua buku,belajar dari pengalaman silam,faham realiti semasa dan rancang untuk masa hadapan...Yang tahun 2012 -yg terkini pun sebenarnya lama-lama jadi lama juga kan?..:)...kena tengok kesesuaian silibus,mana yg boleh pakai,pakai,mana yg boleh simpan di muzium,simpan di muzium..:)..tapi yg di muzium tu pun kadang2 masih bernilai tinggi..:)....namun mereka juga perlu faham konteks penulisan buku2-silibus yg ditulis oleh senior2@org yg terdahulu daripada mreka,bukan mengikut membuta tuli dan bukan juga menolak semborono...
curah kita punya idea dalam tulisan-ungkap pemikiran,buat ulasan buku-galak orang baca buku,fokus sesuatu idea,bahasa ada kaitan dgn pemikiran,penulis punya tanggungjawab sosial-intelektual-jurubicara masyarakat,belajar 'critical thinking'-retorik-balaghah,penulis perlu banyak membaca,analisis tulisan2 pemikir,3P(Penulisan-Pemikiran-Pembacaan),selalu bersama buku-cinta buku-menulis suatu keindahan,pemikiran kreatif,penulis tak perlu takut dgn kritikan,tulis berdasarkan pengalaman-pembacaan...
Harap UM dapat wujudkan juga Pengajian Turki(sejarah Turki Uthmaniyah-budaya-Turki kontemporari-tokoh2 Turki-dasar luar-bahasa dll) sebagaimana kajian2 menarik(subjek yg bersesuaian) di Pengajian Korea-Jepun-China tersebut....
sampaikan mesej2 nasihat-kebaikan-kepentingan akhlaq mulia-mesej perjuangan cinta kepada semua dan singkirkan segala virus2 benci,permusuhan,pertelingkahan,pergaduhan,pertengkaran......Hidup perjuangan CINTA!
selalu makan tengahari-minum petang bersama sahabat2 kelompok kecil di UM sambil berdiskusi santai topik bebas.Kami akan ubah pendekatan selepas ini dgn diskusi buku2-artikel2 menarik yg telah tamat dibaca.Ke mana-mana sahaja pastikan membawa apa-apa sahaja buku-artikel (yg tamat dibaca),setiap kali berjumpa sesiapa sahaja dimana-mana sahaja akan berdiskusi apa-apa sahaja bila-bila masa sahaja dimana-mana sahaja...:)
Kepada anak muda yg masih mencari-mengkaji pemikiran tokoh2 pemikir ,semoga kalian tidak menjadi seperti kelompok anak muda yg aktif dgn seni mempertahankan diri(silat-kung fu-karate-teakwando dll) yg marah bila tok guru mereka dihina-dikritik ''Belasah mereka!''(kata anak murid) padahal tok guru mereka 'cool'-'rileks' sambil berkata 'bertenang!'maafkan mereka!' :)
.Apabila dewan kuliah menjadi panggung wayang....menonton filem itu sebahagian daripada kuliah!...
bersama Prof Emeritus Dato Dr Osman Bakar(IAIS):Beliau menekankan kepentingan mendengar pelbagai versi isu2 kontroversi(yg dibincangkan dlm FORLOT),mengimbas ABIM zamannya yg sentiasa menggalakkan bacaan pelbagai buku tulisan pelbagai tokoh(baca Al-Attas,baca Faruqi-baca SH Nasr-baca-baca-baca),keseimbangan antara 'aktivisme'-'haraki' dan 'intelektualisme',jangan bersikap elit-ekslusif dan abai aspek 'gerakan',jangan terlalu berteraskan 'ideologi'-dan abai aspek keintelektualan,minta teruskan kajian terhadap gerakan 'hizmet'-Fethullah Gulen dan lihat kejayaan mereka,dan nasihat supaya fokus kpd penDIDIKan....
Recep Tayyip Erdoğan dalam rangka mencetak generasi pelapis kepimpinan pada masa hadapan.Strategi beliau :mengumpul anak muda dari seluruh dunia di Turki dan mereka diberi latihan secukupnya khusus kepada 3 perkara penting 1)Sejarah 2)Ketamadunan 3)Sains Politik
Sebelum nak urus negara-urus dunia-urus empayar dll,belajar urus diri sendiri dulu tau!
Tulislah:walau sepotong status Facebook ! ..
Tak habis-habis kejar ranking-jurnal ISI...aduhai varsitiku!Seorang demi seorang pensyarah hebat-lantang bersuara pergi meninggalkan varsitiku,ada yg tidak disambung kontrak,tak dinaikkan pangkat perkara biasa...Kalau macam ini lebih baik menuntut ilmu di Universiti Facebook kerjasama Universiti Youtube!
.Di sana ada yg cuba me'lembu'-memandul-meroboh-meruntuh anak muda,disini kita membangun-mendidik anak muda....
Antara punca kelemahan sesebuah organisasi-persatuan:pengabaian terhadap penerapan ilmu2 tentang pemikiran-pengurusan-pentadbiran-latihan kepimpinan-strategi-dll kepada ahli-ahli-pimpinannya
hormati budaya orang lain,punya cita-cita wawasan masa depan,fikir apa yg boleh kita sumbangkan utk masyarakat dan negara...
kepentingan bukan sekadar bernostalgia dgn sejarah-masa silam,tetapi memahami perkembangan realiti masa kini dan merancang wawasan masa hadapan... bukan sekadar berbangga-mengetahui sejarah masa silam atau terlalu sibuk merancang-merangka masa hadapan sehingga melupakan realiti masa kini.Fokus kpd reformasi politik-kepemimpinan-media-ekonomi-sosial-pendidikan...
carilah buku apa yg patut dibeli(untuk dibaca bukan sekadar hiasan atas rak buku atau buat jamuan kesyukuran untuk anai-anai ...
saya ada idea,anda ada idea,dia ada idea,mereka ada idea.....tetapi sering kali kita hanya bersama idea kita semata-mata,mengapa tidak kita kongsi idea kita bersama orang lain?...berjumpa kawan-kawan yg punya idea,kongsi idea,bahas idea,debat idea,kritik idea,dll...biar penuh kepala kita dgn idea-idea.....Takkan meletup kepala kita dgn idea-idea !!!Tapi dengan idea-idea kita,kita boleh letupkan dunia !!! :)
Profesor A mungkin pakar dalam bab 1 tapi kurang kepakaran dalam bab 2.Mungkin juga anak murid Profesor A lebih pakar dalam bab 2 daripada Profesor A sendiri.Jadi Profesor A tidak boleh mendabik dada mengatakan beliau ''Profesor Serba Tahu''
Kuasai media,kuasai pemikiran,kuasai dunia.
Isu Palestin isu kemanusiaan yg boleh menyatupadukan pelbagai kelompok.Bila bawa isu kemanusiaan,maka tiada masa berbalah isu politik kepartian-aliran pemikiran-mazhab-perbezaan kaum-bangsa-agama-pasukan bola sepak dll.Kita semua manusia.....
.Bila seseorang berbicara,cuba dengar dan analisis apa yg dibicarakannya....Biar sampai satu tahap,analisis pemikirannya dan 1 tahap lagi,analisis apa yg akan diperkatakannya nanti..:)
.Pentingnya membina jaringan-persahabatan.Dengan ''jaringan'',akhirnya membantu kita membina ''jaringan'' juga...
.ada ''pembangunan'' sahaja pasti ada perobohan.''Halau''-''pindah'' lepas tu bayar pampasan wang ringgit.Lepas tu lepas tu lepas tu...yang kaya semakin kaya yg miskin papa kedana..kais pagi makan pagi ,kais petang makan petang ,kais malam tak makan langsung,tidur dalam kelaparan,dan bangkit dari tidur keesokan paginya sebagai bangkai...:)
Wahai manusia sekalian,jadilah manusia yg berkemanusiaan.Jangan jadi syaitan-iblis.Jangan jadi malaikat.Jadi manusia sahaja.Ok manusia?
Kembaralah,jauh berjalan luas pandangan.Moga kita tidak menjadi seperti katak bawah tempurung.Moga katak-katak itu melompat tinggi melihat dunia,jakun dan kemudiaan meletakkan jawatannya sebagai seekor katak di bawah tempurung.Lompat si katak lompat,lompatlah tinggi-tinggi,.....Kembaralah,selagi nadi masih berdenyut,Kau kan seorang pengembara yang singgah sementara di dunia yg fana ini ?
Kita tidak tahu apa yg bakal berlaku pada masa hadapan(kita tidak punya pintu ajaib-mesin perentas masa Doraemon :) ).Tetapi kita tetap perlu merancang utk masa hadapan.Doa bahagia dunia dan akhirat mengajar kita bersikap futuristik.Tatkala masih menjalani kehidupan di dunia,kita sesekali tidak melupakan 'akhirat' .''Kalau ku pilih di sini ,Apa kata di sana ,Kalau ku pilih di sana ,Di sini akan terluka, Perlukah aku pilih keduanya Bahagi kasih adil-adilnya'' (walaupun lirik penuh lagu ini tentang wanita,pandai-pandailah tukar ''di sini-disana'' itu dunia-akhirat ya )....:)
Wahai kaum lelaki seluruh dunia,bersatulah kalian,masuklah kalian buat kerja di dapur membantu ibu-kakak-adik atau nenekmu.Yg nak makankan,kamu?Takkan tahu makan sahaja?Dapur untuk semua bukan untuk 1 gender sahaja :) .(Tapi biarkan bersalin utk 1 gender sahaja) :).
waktu ber'wudhu-ambil air sembahyang' -kita bersihkan tangan: jadi jangan ambil rasuah-tulis berita palsu,kita bersihkan mulut:jadi jangan maki hamun orang-sebar fitnah-propaganda......
pentingnya 'Negotiation Skills'-lobi,buat laporan,ilmu2 pentadbiran-kewangan-'Public Relations(PR),'Connect with people'-Pengajian Antarabangsa-Sains Politik,penguasaan bahasa,kemahiran menulis-bercakap-menganalis,realistik,pantas,bergerak,'survive'....Jom jadi diplomat-jadi duta ! :) Setiap kamu adalah duta.Duta bagi mewujudkan dunia yg lebih baik-duta bagi perjuangan kebenaran dan keadilan,duta kemanusiaan-universal,duta persaudaraan,duta CINTA...
’There is no weapon in the universe stronger than the weapon of love’’-Fethullah Gulen
'' We are deveotees of love and don’t have time to hate’’-Badiuzaman Said Nursi
Anak muda perlu terus rapat dengan ilmuwan,mengkaji-bedah pemikiran tokoh-pemikir,menulis,membaca,berdebat-berbahas,berdiskusi,kritik sosial-kemasyarakatan,bertanya,berfikir,,,,,,walaupun dalam kelompok yg kecil dan berbekalkan air masak....

Kuliah Universiti Facebook

ada beberapa org sahabat sekuliah Universiti Facebook yg tak habis-habis dengan ''pertempuran'' Sufi-Salafi-Syiah-Liberal-Sunni-Haraki- dan entah apa lagi.Bosanlah.:) .Jom kita fokus kepada keMANUSIAan nak?.Lagi seronok.Sebab kita semuakan MANUSIA....???Kan ,MANUSIA,kan ?...:)

Saturday, April 14, 2012

Dari status FB ku...

STRATEGI + FOKUS kepada kerangka besar perjuangan.Geng 'Hizmet' Fethullah Gulen dan NGO2-Yayasan(waqaf) pengikut aliran pemikiran Badiuzaman Said Nursi(Turki) mampu mendirikan sekolah-universiti-asrama penempatan berkualiti tinggi,memiliki stesyen tv-radio-surat khabar-majalah-kedai buku,kilang besar menyimpan stok bantuan kemanusiaan ,menghidupkan wacana2 pencerahan-intelektual-penulisan-penerbitan,turun padang aktif dlm misi2 kemanusiaan,organisasi2 perniagaan-ekonomi dan lain-lain lagi agenda PERUBAHAN.Kita pula bagaimana ya?Tidur?Bergaduh-Bertengkar-Berbalah-Bersengketa?Menyalahkan orang lain?Memperbesar-besarkan isu kecil-remeh-temeh?Memperkecil-kecilkan isu besar-utama?

PTPTN?

Saya tidak memohon pinjaman PTPTN(walaupun pernah mengisi borang permohonan pada mulanya) sepanjang pengajian saya di Universiti Malaya.Saya menyokong apa jua perjuangan gerakan mahasiswa yang memberi manfaat kepada semua mahasiswa.Berkenaan isu pinjaman PTPTN,saya lebih suka pendekatan dialog-mencari jawapan dan kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah dan bebanan yang dialami oleh para mahasiswa.

Pendekatan seperti di bawah ini agak melampau dan walaupun ia dilakukan oleh sahabat-sahabat saya juga,saya mesti berani menegur pendekatan mereka ini.Kerana,aku sahabatmu,sahabat......:)


http://www.youtube.com/watch?v=XmoEEWUxzQM&feature=share


bila emosi-kemarahan-nafsu mendahului aqal-rational.Satu bintik hitam yg mencalar perjuangan suci mahasiswa.Menanti suara gerakan mahasiswa yg berjuang dengan senjata CINTA,bermazhab CINTA,mabuk CINTA,khayal CINTA,perjuangan CINTA,laskar CINTA,jihad CINTA....''Kill them with LOVE! ''

''Wahai jiwa-jiwa yang tenang
Berhati-hatilah dirimu
Kepada hati-hati yang penuh
Dengan kebencian yang dalam

Karena sesungguhnya iblis
Ada dan bersemayam
Di hati yang penuh dengan benci

Di hati yang penuh dengan prasangka

Laskar cinta...
Sebarkanlah benih-benih cinta
Musnahkanlah virus-virus benci
Virus yang bisa rusakkan jiwa
Dan busukkan hati

Laskar cinta...
Ajarkanlah ilmu tentang cinta
Karena cinta adalah hakikat
Dan jalan yang terang bagi semua
Umat manusia

Jika kebencian meracunimu...
Kepada manusia lainnya
Maka sesungguhnya iblis
Sudah berkuasa atas dirimu

Maka jangan pernah berharap
AKU akan mengasihi
Menyayangi manusia-manusia
Yang penuh benci seperti kamu..

Wahai jiwa jiwa yang tenang jangan sekali kali kamu
Mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi

Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya
Serta kekuatan untuk menentukhan kebenaran yg sejati

Bukankah kita memang tercipta laki laki dan wanita
Dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda

Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati
Bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata'
'

http://www.youtube.com/watch?v=igNSD90lYPo