PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan
Wednesday, July 30, 2008
AKP Turki bakal diharamkan....???
Recep Tayyib Erdogan:-Strategi kita berjaya Alhamdulillah...Kau Presiden Aku Perdana Menteri.....
Abdullah Gul:-Masa untuk Perubahan.......
SEKARANG
Abdullah Gul:-Nampaknya mereka cuba sedaya upaya nak mematikan perjuangan kita.....
Recep Tayyib Erdogan:-Mari kita berfikir apa strategi seterusnya.....
Maklumat lanjut dalam akhbar Turki berbahasa Inggeris-
http://www.todayszaman.com/
Tuesday, July 29, 2008
Badiuzzaman Said Nursi -Risalah An Nur
‘’Saya tidak pernah bersembahyang langsung sehinggalah umur saya 21 …saya bersembahyang setelah banyak mengikuti usrah yang mengupas buku Rasail An Nur karangan Badiuzzaman said Nursi….Risalah An Nur telah banyak mengubah hidup saya……”
Demikianlah kata “
Sepanjang bersembang dengan beliau,Ahmed menceritakan pengalaman beliau sepanjang bersama dengan Hayret Vekfi@Hayrat Foundation salah satu gerakan Islam di Turki yang mengikuti aliran pemikiran tokoh reformis,Badiuzzaman Said Nursi.
Saya mendapat jemputan daripada sahabat PKPIM di UIAM,Gombak untuk menghadiri program anjuran IYC,Seminar Badiuzzaman Said Nursi ahad lalu tetapi saya tidak dapat hadir memandangkan ada urusan ‘assignment’ penting yang terpaksa disiapkan segera.Mungkin bukan rezeki saya untuk hadir pada majlis ilmu ini….
Sebelum menjejakkan kaki ke bumi Istanbul,saya sudah mendengar dan membaca sedikit sebanyak tentang sejarah Badiuzzaman Said Nursi dan perjuangannya.Dan selepas pulang dari Istanbul saya lebih giat mencari dan membaca perihal perjuangan dakwah beliau.
Di Malaysia,buku berkenaan badiuzzaman Said Nursi dalam bahasa Melayu masih kurang dan sukar didapati.Namun demikiaan saya telah menjumpai beberapa buah buku berkenaan Badiuzzaman Said Nursi bahasa Melayu di Perpustakaan Utama Universiti Malaya.
Saya juga menjumpai beberapa buah buku kecil koleksi Risalah An Nur(edisi Bahasa Inggeris),karya agung Badiuzaman Said Nursi di surau kolej kediaman kelima(Dayasari)-kolej kediaman saya semasa tahun pertama,surau kolej kediaman 11(Ungku Aziz)-kolej kediaman saya semasa tahun dua dan juga di surau kolej kediaman 12(Raja Nazrin)-kolej kediaman saya sekarang.
Melalui blog 'sahabat maya ' saya http://albazrah.blogspot.com/juga saya memperolehi banyak ilmu berkenaan Badiuzzaman Said Nursi dan Risalah An Nur http://rasailnur.blogspot.com/Semoga cahaya 'NUR" terus menerangi alam semesta ini....
Monday, July 28, 2008
Pelancaran Zon Intelektual dan Kempen membaca PMAPIUM
Hari ini saya hadir ke Pelancaran Zon Intelektual dan Kempen Membaca PMAPIUM di Hadapan BKS APIUM.Pengarah program ini ialah Zulzaidi mahmood ,Exco Akademik dan intelektual PMAPIUM dan ia dirasmikan oleh ,YDP PMAPIUM,Izzat Amin.
Zon intelektual dan kempen membaca yang diadakan di APIUM ini saya kira merupakan satu usaha yang terpuji dilakukan oleh PMAPIUM dalam rangka mewujudkan budaya ilmu dan tradisi keintelektualan di kalangan mahasiswa APIUM. Saya amat berharap ruang zon intelektual ini tidak hanya sekadar menjadi tempat bermesyuarat persatuan ,berbuka puasa dan lepak sambil bersembang kosong semata-mata bahkan menjadi pusat percambahan ilmu dan pemikiran di mana para mahasiswa sendiri aktif berdiskusi,mengadakan ulasan buku dan karya-karya besar,bertukar pandangan dan idea,berdebat dan sebagainya sebagai lambang keintelektualan mahasiswa.
Saya juga berharap dengan kempen membaca ini mampu memberi kesedaran buat mahasiswa APIUM tentang kepentingan membaca selaras dengan saranan IQRA dalam Al-Quran.Kita tidak mahu melahirkan mahasiswa yang malas membaca apatah lagi berfikir ,hanya sekadar membaca buku-buku mengikut pengkhususan jabatan atau hanya membaca pada musim peperiksaan semata-mata tetapi kita mahu melahirkan mahasiswa yang ‘ketagih ‘membaca ,yang tidak boleh hidup tanpa membaca,yang membaca sebanyak mungkin buku-buku demi mendapatkan ilmu dan mencari kebenaran hakiki.
Dunia memerlukan ilmuan berwibawa yang sarat dengan ilmu merangkumi pelbagai bidang.Apakah APIUM mampu melahirkan ilmuan tersebut?Semoga dengan kewujudan zon intelektual dan kempen membaca ini mampu merealisasikan hasrat tersebut.
Kolej kediaman 12
280708
Saturday, July 26, 2008
Kelas Bahasa Turki dan Usrah An Nur
Assalamualaikum Wrh. Wbt.
Thursday, July 24, 2008
Mutiara Kata
Tuesday, July 22, 2008
Ceramah Prof.Dr.Sidek Baba
15 Julai 2008
Hari ini saya hadir ke program ilmu anjuran Fakulti Sastera dan Sains Sosial,UM yang menampilkan bekas
Turut hadir sebagai moderator ialah Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial ,Prof Mohamad Abu Bakar,penulis buku “Mahasiswa Menggugat ’(antara buku rujukan utama untuk mengetahui tentang sejarah perjuangan mahasiswa di kampus UM)
Sambutan daripada mahasiswa mungkin kurang memuaskan bagi saya(barangkali akan mendapat sambutan hebat jika diadakan di Balai Ilmu ,APIUM) namun begitu apa yang menariknya program ilmu ini turut dihadiri oleh sebilangan mahasiswa India dan Cina (duduk sekelompok berhadapan Dr.Sidek Baba khusyuk mendengar).
Antara perkara penting yang dibicarakan beliau yang sempat saya catit pada program ilmu ini ialah persoalan ;-
1)Globalisasi dan mekanisme kawalan
-Kewangan antarabangsa
-Perdagangan antarabangsa
-ICT
-Media
2)Proses penjajahan semula di abad ke 21(Dominasi Global)
-penjajahan menerusi ketenteraan
-globalisasi dan hegemoni politik dan ekonomi
-Dunia ketiga bergantung kepada dunia pertama
-Dunia pertama saling bergantung
-Penjajahan semula politik,ekonomi,sosial
3)Cabaran mahasiswa
-proses pendidikan yang berlaku
-keupayaan membangun peribadi holistik
-memiliki kekebalan dari pengaruh hedonistik
-memilih manfaat berbanding yang sifatnya menyumbang
-membangun daya intelektual tinggi mengimbangi idealisme dan realiti secara strategik.
4)Wawasan mahasiswa era globalisasi
-membangun peribadi holistik dan daya kepimpinan teladan
-keupayaan menyaring manfaat berbanding dari nilai murni pelbagai tamadun
-ada tekad membina perubahan dalam acuan sendiri
-memiliki upaya strategik globalisasi dalam konteks membangun jiwa merdeka
5)UIAM
Prof Dr.Sidek Baba menceritakan pengalaman beliau tatkala diamanahkan untuk memimpin UIAM dan antara perkara utama yang ditekankan beliau kepada mahasiswa di UIAM ialah penguasaan kemahiran debat sehingga UIAM berjaya dalam beberapa pertandingan debat bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di peringkat dunia mengalahkan universiti-universiti ternama dunia.
6)Negara
7)Kesedaran politik mahasiswa
Prof Dr.Sidek Baba selaku ahli akademik menasihat kan mahasiswa supaya tidak terlalu ghairah mencampuri urusan politik kepartian @ berpolitik walaupun beliau tidak menafikan kepentingan kesedaran politik- (Politic awareness) di kalangan mahasiswa.
8)Demonstrasi mahasiswa
Prof Dr.Sidek Baba menolak sikap sebilangan mahasiswa yang gemar berdemonstrassi tanpa alasan yang kukuh dan bagi beliau demonstrasi bermakna pintu perbincangan tertutup.Selagi ada ruang untuk perbincangan maka mahasiswa perlu manfaatkannya bukannya mengikut emosi melulu lantas berdemonstrasi.Beliau tidak menolak perlunya kebebasan diberikan kepada mahasiswa namun menekan setiap kebebasan ada batasannya.
9)
Beliau sempat menyentuh pengalaman dialam kampus tatkala berjuang bersama PBMUM dan PMIUM.Bagi beliau hubungan PBMUM –PMIUM perlu kukuh memandangkan persoalan Melayu-Islam itu sangat berkait rapat.
10)Mahasiswa berfikiran kritis dan kreatif
Beliau menyeru mahasiswa agar berfikiran lebih kritis dan kreatif.Menurut beliau ,’tak boleh yang ini bukanlah bermakna kita tidak perlu membuat apa-apa!!!Sebarang kekangan terhadap pergerakan mahasiswa perlulah di hadapi dengan strategik.Perlu ada pemikiran dan perancangan strategik.Ada Plan A ,Plan B dan seterusnya...
11)Tradisi budaya ilmu mahasiswa
Bertanya soalan kepada
Saya turut mengambil kesempatan dalam program ilmu ini untuk bertanyakan soalan yang bermain dalam fikiran saya tatkala mendengar ceramah hebat Prof Dr.Sidek Baba ini.Saya bertanya beliau tentang perbandingan mahasiswa 70 an dan mahasiswa kini dari segi tradisi budaya ilmu memandangkan fakta sejarah perjuangan mahasiswa era 70 an yang lebih menonjol ialah persoalan demonstrasi.Saya sebenarnya ingin tahu lebih lanjut berkenaan budaya ilmu mahasiswa suatu ketika dahulu
Beliau menjawab dengan menerangkan sedikit pengalaman beliau dan rakan-rakan bagaimana mereka mengembangkan idea-idea perubahan (bank Islam-universiti Islam dll),membina kelompok teras (usrah dan sebagainya),mengundang tokoh-tokoh ilmuan,hubungan rapat dengan para pensyarah ,mengadakan kupasan buku,dan lain-lain lagi program dakwah.
Ceramah Prof Dr.Sidek Baba ini ternyata sarat dengan ilmu dan pengalaman yang wajar dijadikan pedoman buat aktivis-aktivis dakwah di kampus .
Semoga perancangan untuk menyemarakkan lagi budaya ilmu di kampus ini diredhai oleh Allah Taala.
Monday, July 21, 2008
Aktifkan debat di universiti...
Rakyat ternyata dahagakan maklumat dan ilmu dari perspektif yang berbeza untuk dibuat penilaian dan perbandingan lantas memilih sesuatu yang tepat dan dianggap kebenaran.
Debat bukanlah untuk mencari siapa yang menang dan siapa yang kalah. Debat sebenarnya untuk mencari kebenaran dan kebenaran itulah pemenangnya bukannya kepalsuan.
Baca seterusnya klik -http://malaysiakini.com/letters/86279
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm
Friday, July 18, 2008
Ekspo buku DBP di UM
Sebaik sahaja selesai menghadiri syarahan Prof.Dr.Sidek Baba di Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM,saya terus ke Kompleks Perdana Siswa UM untuk mengunjungi Ekspo Buku DBP anjuran Koperasi Kedaibuku UM Berhad dan DAWAMA
Ekspo buku DBP ini mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa UM memandangkan diskaun istimewa yang diberikan antara 10 hingga 80 peratus.(siapa agaknya yang berani bagi diskaun 100 peratus ya???)
RM 17.50 dibelanjakan pada ekspo buku ini untuk menambahkan koleksi buku peribadi saya.(yang pastinya perlu dibaca bukan sekadar hiasan semata-mata)
4 buah buku menjadi pilihan saya kali ini iaitu:-
1)Strategi dunia Islam abad ke 21 tulisan Ziauddin Sardar-
(RM 2.80 harga asal RM 14)
2)Bahasa konsep,fungsi dan penguasaannya oleh penutur tulisan Zulkifley Hamid-(RM 3.00 harga asal RM 7.50)
3)Intelektualisme Budaya tulisan A.Aziz Deraman-
(RM 9.60 harga asal RM 12)
4)Panduan Peniaga Kecil tulisan Dr.Mahathir bin Mohamad-
(RM 2.10 harga asal 3.50)
Bila agaknya saya akan memulakan bacaan 4 buah buku ini ya???
Hari ini saya singgah sekali lagi ke Ekspo Buku DBP anjuran Koperasi Kedaibuku UM Berhad dan DAWAMA yang diadakan berhampiran Kompleks Perdana Siswa UM.
Untuk kunjungan kali ini saya tertarik untuk membeli 3 buah buku iaitu:-
1)Sastera:Pengalaman Ilmu Imaginasi dan kitarannya tulisan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad-Harga asal RM 15 Harga RM3
2)Spektrum Falsafah Islam –terbitan DBP Harga asal RM 7 Harga RM 1.40
3)Falsafah Politik Plato-terbitan DBP Harga asal RM 10 Harga RM 2
Saya tetap membeli buku baru ini walaupun 4 buah buku yang saya beli tempoh hari pada ekspo yang sama ;belum pun dibaca!!!
Sekali lagi …. Bila agaknya saya akan memulakan bacaan 7 buah buku ini ya???(Takkan sekadar beli sahaja???buat koleksi???Tak salah buat koleksi buku tetapi koleksi buku itu WAJIB dibaca……,bukankah begitu?
Monday, July 14, 2008
Debat :Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak
Kolej kediaman saya.kolej 12 memang ada tv di kafetaria.Tetapi saya bimbang kemungkinan penghuni yang mengunjungi kafetaria ini memilih siaran lain selain debat ini.Tambahan pula suasana di kafetaria yang bising boleh mengganggu tumpuan saya menonton dan menghayati debat ini.
Lantas saya bergerak berjalan kaki menuju kolej lama saya,kolej 11 dan singgah sebentar di surau untuk solat isya berjemaah bersama-sama pelajar luar negara yang kebanyakannya dari Yaman.Sebaik sahaja selesai solat Isya saya bergegas ke kantin kolej 11 ini yang mempunyai tv berskrin besar.
Setibanya di sana kelihatan ramai mahasiswa memenuhi kerusi berhadapan tv skrin besar sambil menonton debat yang sudah pun bermula pusingan pertama..Satu suasana yang tidak disangka memandangkan sepanjang saya tinggal di kolej 11 ini tv berskrin besar ini hanya menjadi tarikan utama tatkala siaran program hiburan dan perlawanan bolasepak sahaja.
Mungkinkah ini menjadi bukti masih ramai mahasiswa yang ;peka terhadap isu semasa?ghairah menuntut ilmu?mempunyai tahap keintelektualan yang tinggi?
Semoga siaran langsung debat ini membuka mata hati mahasiswa Universiti untuk terus memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan.
Makna Debat
Saya yakin debat antara Anwar Ibrahim dan Ahmad Shabery Chik ini bukanlah untuk mencari siapa yang menang dan siapa yang kalah.Debat sebenarnya untuk mencari kebenaran dan kebenaran itulah pemenangnya bukannya kepalsuan.Carilah kebenaran!!! dan tunduklah kepada kebenaran!!!
Keberanian Menteri Penerangan.Ahmad Shabery Chik
Tabik hormat buat YB Ahmad Shabery Chik yang berani bersemuka dan berdebat dengan seorang pemimpin berpengaruh seperti Anwar Ibrahim.Sifat berani ini lah yang sewajarnya dicontohi oleh semua mahasiswa di kampus bukannya sifat takut dan bacul lantas tidak berani berjuang melawan arus dan membuat perubahan.
Kuasa Karisma Anwar Ibrahim
Karisma yang dimiliki oleh anwar Ibrahim ini memang satu anugerah Allah kepadanya.Saya terfikir bagaimana beliau mampu mempengaruhi orang sekeliling,memukau telinga pendengar yang mendengar pidatonya yang berisi ilmu ,sarat dengan fakta,kepetahannya berbicara dengan lenggok bahasa dan pemilihan kosa kata dan ungkapan yang berhati-hati dan penuh makna ditambah pula keunikan bahasa badannya.
Siapa agaknya think-thank Anwar Ibrahim?
Saya juga yakin kemantapan hujah Anwar Ibrahim sewaktu berdebat banyak dibantu oleh kumpulan pemikir-thinkthank yang banyak membuat penyelidikan dan bacaan terhadap sesuatu isu.Anwar Ibrahim yang sememangnya dikenali mempunyai penghayatan terhadap budaya ilmu yang tinggi dan menghormati para ilmuan pastinya mempunyai rujukan penting yang berauthoriti yang terdiri daripada pakar-pakar dan ilmuan pelbagai bidang.Siapa mereka ya?
Friday, July 04, 2008
KONVENSYEN MAHASISWA:MENGISI REALITI SEMASA
Dato Dr Hassan Ahmad
(Pengerusi Eksekutif Yayasan Karyawan)
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Khoo Kai Kim
YBhg. Prof. Dr. Awang Sariyan
(Akademi Pengajian Melayu UM)
Faisal Tehrani
(Penulis Novel)
YBhg. Dr. Mohd. Farid Mohd. Shahran
Empayar sekular Turki akan roboh?
Demikianlah kata Pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Mohammad Redzuan Osman dalam akhbar hari ini (rujuk artikel bertajuk Sekular Turki terancam-klik di sini)
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
Saya memang minat dan mengikuti perkembangan politik di Turki terutamanya selepas berpeluang berkunjung ke kota Istanbul ,Turki akhir tahun lalu.
Prof. Dr. Mohammad Redzuan Osman- http://umexpert.um.edu.my/papar_cv.php?id=AAAJxnAAQAAAF9vAAL) turut bersama saya hadir ke Internasional Conference On Islamophobia anjuran The Union of NGOs of The Islamic World(UNIW) di Istanbul,Turki pada 8-9 Disember 2007 yang lalu.-(rujuk tulisan saya dalam ‘kategori’ Kembara di Turki)
Kenyataan beliau di atas cukup menarik perhatian saya dan membuatkan saya semakin minat mengikuti perkembangan politik di Turki.
Kebetulan pula saya baru selesai membaca buku Islam dan Politik Di Turki tulisan Prof.Dr.Mohammad Redzuan Othman dan Mashitah Sulaiman.
Semoga ada mahasiswa di UM yang berminat untuk berdiskusi dan berkongsi ilmu dengan saya berkenaan perkembangan Islam di Turki.