Thursday, May 24, 2007

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM



Golongan Islam tidak punyai pilihan selain dari meneruskan perjuangan suci ini.Untuk bersikap kelu membisu di tengah-tengah kepincangan bererti mengkhianati perjuangan dan melarikan diri dari tugas!!!

Wednesday, May 23, 2007

PERIBADI-Prof Dr.HAMKA(Pustaka Dini-cetakan pertama 2007)


-Kesanggupan melahirkan perasaan,ketangkasan lidah berkata dan sikap yang gembira adalah tanda peribadi yang kuat dan menarik

-lidahlah wakil kebatinan kita,menunjukkan kecerdasan fikiran,keluasan kefahaman,kedalaman penyelidikan,banyak pengalaman


-lidah itu ialah besi,berani untuk menarik manusia agar supaya berhubungan dengan kita

-Jangan kita sahaja yang dipelajari orang,kitapun mempelajarinya juga

-Keberanian menyatakan yang terasa dalam hati walaupun kita tahu bahawa yang mendengar tidak akan menyetujuinya adalah alamat kekuatan peribadi

-Kebanyakan orang hanya dikotak-katikkan oleh lidah beberapa orang

-Bijak berkata-kata bererti

1)Perasaan yang halus
2)Kefasihan berkata
3)Kekayaan bahasa

-Akal pemandu jiwa,ilmu pemandu akal dan lidah yang fasih pemandu ilmu

-Kata-kata yang keluar dari dalam hati akan masuk pula ke dalam hati,tetapi kata-kata yang cuma keluar dari lidah,tidaklah akan sampai ke hati hanyalah sehimgga kulit telinga-Amir bin Abdul Kais

-Mentang-mentang bersahabat dengan buku ,janganlah diputuskan persahabatan dan pergaulan dengan manusia.Banyak ulat buku yang putus pertaliannya dengan manusia,hanya fikirannya yang menerawang tetapi beku bila bergaul.Lidahnya beku kerana buku!Ajaib...!